December 30, 2006

Salam Aidil Adha -Salam Penuh pengorbanan

Assalamualaikum wbt

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban. Eedul Adha Kareem. Tidak ketinggalan juga menguapkan selamat tahun baru masihi 2007.

Jika kita amati penghayatan perayaan di Malaysia, kita akan merasakan perayaan yang disambut, adalah perayaan yang disambut penuh meriah. Suasana hari raya Aidl Fitri, yang penuh meriah, yang semuanya berbaju baru, yang hiasan rumah semuanya diperbaharui, dan apa yang lebih penting, kesanggupan untuk berkorban beribu-ribu ringgit untuk menyambut hari raya. Begitu juga dengan perayaan-peraayan lain, sebagai contoh, perayaan Hari Krismas, yang baru sahaja lepas beberapa hari, yang Muslim, sama-sama merayakan hari krismas

Kita lihat, penghayatan ‘pengorbanan’ umat Islam kini (terutama Melayu Moslem) dihabiskan ke tempat-tempat yang tidak membawa kepada peningkatan kerohanian. Hari Raya yang sepatutnya disambut dengan penuh syukur, tetapi disambut dengan penuh kegembiraan tanpa sedikitpun rasa syukur kepada Rabb. Lebih menyedihkan, apabila terpaksa berkorban wang ringgit semata-mata untuk menghidupkan suasana hari raya.

Sejauh mana penghayatan kita kepada Eidul Adha, atau hari raya korban? Adakah cukup sekadar menghabiskan wang ringgit untuk sama-sama terlibat dalam upacara korban lembu? Cukupkah sekadar pengorbanan dinilai dari mata wang ringgit sahaja? Bagaimana dengan pengorbanan masa, minda, tenaga, untuk kemaslahatan umat islam?

Kita lihat kini, masyarakat Islam ‘dikorbankan’ menjadi mangsa isme-isme yang merosak binasakan aqidah umat islam. Hedonisme mula meresap dalam jiwa umat Islam, keseronokan menjadi tunjang utama kehidupan. Isme-isme lain seperti liberalisme, individualisme, feminisme, kesemuanya mengorbankan aqidah umat Islam kini.

Sedar tak sedar, kita umat Islam hanya menjadi mangsa sembelih kaum Yahudi dan konco-konconya. Kita masih lagi belum sanggup berkorban apa sahaja demi aqidah kita. Penghayatan Hari Raya Korban disekularismekan sekadar penghayatan penyembelihan mata wang untuk penyembelihan lembu. Kita tidak cuba untuk cuba menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim as, yang menerima arahan daripada Allah untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail as, semata-mata untuk membuktikan penghayatan hidup beragama kepada Allah. Apakah kita cuba meresapkan penghayatan pengorbanan sebegini dalam kehidupan seharian kita?

Lihat sekeliling. Masih ramai yang kekurangan, yang perlukan pengorbanan wang ringgit kita untuk membantu mereka. Lihat sekeliling, masih ramai anak muda yang tersasar, yang perlukan korban masa, tenaga, kepentingan diri untuk membantu mereka mencari sinar hidup yang sebenar. Lihat sekeliling, masih ramai orang bukan Islam takut dengan Islam, sedangkan Islam itu agama yang indah. Yang perlu kita korbankan kepentingan diri untuk bergoyang kaki, tapi perlu berkorban langkah dan fikiran untuk membetulkan persepsi Islamophobia kepada Islamophilia (sukakan Islam).

Ayuh, bersama kita bergolok gadai mempelajari ilmu Islam yang sebenar, ayuh bersama mengembalikan keislahan diri kepada Rabb sekalian alam. Dan semestinya ini memerlukan kepada pengorbanan, diri, masa, nafsu dan sebagainya. Di tahun baru masihi ini, tanamkanlah azam : BERKORBAN APA SAHAJA UNTUK ISLAM TERCINTA.

Selamat tahun baru. Selamat mengotakan azam baru. Semoga tahun baru ini melayakkan kita menjadi golongan yang dikasihi Allah kerana pengorbanan kita untuk agamaNya

November 29, 2006

Allah will never let you down

Lonely?
Don't be! Because He will always accompany you if you put Him inside your heart.
Put your trust on Him, and He will never let you down.
Love Him, and He will shower you with His affection.
Consult Him, and He will always be the Greatest Consultant.

O Lord, give us strength to love Thou for the rest of our life

November 17, 2006

Sihat yang Sering Dilupakan

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.
Ana baru lepas menziarah seorang sahabat yang mengalami keradangan selepas pembedahan kecil. Atau dalam istilah perubatannya, ‘post surgical infection’. Sahabat ana mengalami pembedahan kecil di bawah lidahnya, pembedahan frenum lidah (frenectomy). Frenum lidah berfungsi sebagai penyambung atau pemegang lidah dan lantai lidah. Frenectomy adalah satu pembedahan yang sangat minor.

Selepas pembedahan, jangkitan kuman kadang kala berlaku. Sahabat ana demam, tidak boleh bercakap, susah untuk makan dan menelan, air liur bertakung di bawah lidah, dan terdapat dan bengkak di bawah tekaknya. Ana sayu melihat sahabat ana. Sudah 3 hari tidak makan, terdetik dalam hati, bagaimana sahabatku ini menahan lapar? Subhanallah, Allah beri dia kekuatan.

Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat sihat. Namun jarang kali mengucap syukur. Jarang sangat memaksimakan usaha dalam ibadah sebagai tanda terima kasih seorang hamba kepada Tuannya. Sahabatku, mengadaplah cermin sekarang. Bukalah mulutmu, angkatlah lidahmu ke lelangit, dan kau akan nampak satu penyambung antara lidah dan lantai lidahmu. Kecil bukan? Terlalu kecil sehingga kita mengabaikan fungsinya. Ciptaan Khaliq tiada yang sia-sia, sedangkan frenum yang kecil, apabila terdapat jangkitan, kita langsung tidak boleh makan, langsung tidak boleh bersuara. Hilang nikmat mee lakna yang sedap, ais krim yang menggiurkan. Hilang jua nikmat bergurau senda dan bercerita kepada sahabat.

Allah telah merakamkan dalam firmannya, hanya sedikit hamba yang bersyukur dalam surah al Mulk ayat 23: Katakanlah, “Dialah yang menciptakan kamu, dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu yang bersyukur”

Kita jarangkali bersyukur pada benda yang kecil. Berapa banyak yang kita ucapkan terima kasih ke atas benda-benda yang kecil? Contoh paling mudah, kalau kawan kita ambilkan pen di atas meja, kerapkah kita mengucapkan terima kasih? Apa pula perasaan kita kalau kita menolong sahabat kita, namun tiada langsung ucapan terima kasih darinya? Begitu jugalah hubungan kita dengan Allah. Allah beri kita mata, untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk berhujah, kulit untuk menyentuh, dan sebagainya. Dia bantu kita ketika kita memerlukan, Dia hulurkan juga pertolonga ketika kita terlupa padanya, Dia beri kita jalan ketika kita kebuntuan. Argh..terlalu banyak.

Ketahuilah apabila kita bersyukur, kita takkan rugi, malah Allah janjikan lebih lagi. Syukur bukan sekadar ‘alhamdulillah’, namun amalan soleh kita. Jika sekadar lafaz, apalah ertinya. Semua orang boleh mengatakan ‘aku sayang padamu’, tapi dalam hati ‘aku membencimu’. Ayuh sahabat, perhatikan kejadianmu. Perhatikan perkara kecil dalam kejadian dirimu. Mana tahu, yang kecil itu akan memberi impak besar kepadamu suatu hati nanti?

Teringat satu lagu nasyid “Dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan alhamdulillah”

Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang sedikit. Maha SuciMua atas segala nikmat yang besar. Izinkanlah Ya Allah, aku tergolong dalam golongan yang sedikit. Amin ya rabbal alamin..

November 02, 2006

repent always!




Oh Lord!Let not our hearts deviate from the truth after Thou have guided us, and bestow us mercy from Your Grace. Verily Thou are the Giver of bounties without measure (3:8)


Our Lord! Forgive us our sins and the lack of moderation in our doings, and make firm our steps and succour us against those who deny the truth (3:147)



Oh Lord! Forgive us our sins and efface our bad deeds and take our souls in the company of righteous (3:193)


Our Lord! We sinned against ourselves, and unless You grant us forgiveness and bestow Your Mercy upon us, we shall most certainly be lost! (7:23)


Ya Allah, ampunkan dosa ku ya Rabb =(



October 31, 2006

tarbiyah ramadhan, biar berpanjangan

Assalamulaikum wbt

Alhamdulillah, segala puji-pujian bg Allah rabb sekalian alam. KepadaMu lah kami bermohon, kepada Mu jualah kami meletakkan harapan dan kepada Mu jualah kami dikembalikan. Subhanallah,Alhamdulillah, Allahu Akbar

Rasanya, tak terlalu lambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan maaf zahir dan batin.

Ramadhan pemergianmu ditangisi, pemergianmu mengikut aturan dan kehendakNya, dan kini Syawal pula menjelma. Sahabatku, andai ramadhan kali ini, diisi penuh dengan amalan-amalan tadabbur al quran, sedeqah yang tulus, nafsu yang dikawal ketat, solat yang cukup terjaga, maka sama-samalah kita kekalkan ibadah-ibadah tersebut dalam sebelas bulan yang mendatang. Ketahuilah, Islam mementingkan konsistensi daripada sesuatu yang nampak gah namun tidak konsisten. Berusahalah untuk terus istiqamah, kerana Allah terlalu mencintai hambaNya yang konsisten dengan ibadahnya.

Dari Aisyah ra katanya: Orang bertanya kepada Nabi Saw : “Amal apakah yang paling disukai Allah?” Baginda berkata “ Yang dikerjakan secara tetap walaupun sedikit” Baginda berkata lagi : “ Lakukanlah amal perbuatan mana yang kamu sanggup lakukan” Hadis Riwayat Bukhari

Dalam kemeriahan menyambut eidul fitri ini, jangan lupa untuk menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Syukur kerana diberi kekuatan utk beribadah dalam bulan ramadhan, yg penuh dengan keampunan, yang pintu api neraka ditutup dan penuh dengan barakah, Syukur kerana dipertemukan dengan syawal utk meraikan kemenangan setelah berpuasa sebulan, syukur kerana masih ramai yang meraikan hari raya tidak semeriah kita.

Lantaran itu, rasulullah saw telah menganjurkan umatnya agar menyambut hari raya dengan takbir Allahu Akbar : Allah Maha Besar, tahmid: Alhamdulillah. Malah dianjurkan juga berpuasa 6 hari agar kita dapat melatih diri utk terus istiqamah dan mensyukuri nikmat yang sedia ada. Maka ayuh sahabat, rebutlah peluang keemasan ini, untuk sama-sama berpuasa 6 di bulan ramadhan
Sabdanya : Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari berpuasa di bulan syawal, maka baginya seolah-olah berpuasa selama setahun”

Tepuk dada tanyalah iman, mampukah aku berpuasa selama setahun. Rutin harian yang meletihkan, mampukah kita? Ayuh teman, kita sama-sama berpuasa enam di bulan syawal. Pemurahnya Allah, masih lagi dibuka ‘grand sale’ kepada kita, setelah sebulan ramadhan yang penuh dengan grand sale. Subhanallah!

Biarlah tv penuh dengan rancangan hedonisme raya : rock raya, mentor raya, filem-filem raya dan sebagainya, namun biarlah kita beraya dengan penuh rasa kehambaan. Tahmid, takbir, puasa, ziarah menziarahi, maaf-bermaafan. Kurangkanlah masa mengadap tv, tutup tv, dan bukalah kembali al quranmu…

October 10, 2006

Semarakkan ramadhan dengan iktikaf

Assalamualaikum wbt

Sedar tak sedar dah masuk 17 ramadhan. Maknanya ramadhan makin meninggalkan kita. Ayuh sahabat, jom kita imarahkan malam2 terakhir ramadhan. Jom kita muhasabah andai 2 minggu pertama ramadhan kita masih belum mentarbiyah jiwa.

Sunnah Rasulullah saw, apabila menjelang malam-malam terakhir ramadhan, makin dimaksimakan usaha baginda saw ke arah mengimarahkan malam-malam dengan kekasihNya. Makin baginda saw perbanyakkan sedeqah, makin rasulullah saw perbanyakkan i’tikaf.

Makna I'tikafYaitu berdiam (tinggal) di atas sesuatu, dapat dikatakan bagi orang-orang yang tinggal di masjid dan menegakkan ibadah di dalamnya sebagai mu'takif dan 'Akif. [Al-Mishbahul Munir 3/424 oleh Al-Fayumi, dan Lisanul Arab 9/252 oleh Ibnu Mandhur]Disyari'atkannya I'tikafDisunnahkan pada bulan Ramadhan dan bulan yang lainya sepanjang tahun. Telah shahih bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam beritikaf pada sepuluh (hari) terakhir bulan Syawwal[1] Dan Umar pernah bertanya kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. "Artinya : Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ini pernah bernadzar pada zaman jahiliyah (dahulu), (yaitu) aku akan beritikaf pada malam hari di Masjidil Haram'. Beliau menjawab :Tunaikanlah nadzarmu".Maka ia (Umar Radhiyallahu 'anhu) pun beritikaf pada malam harinya. [Riwayat Bukhari 4/237 dan Muslim 1656]Yang paling utama (yaitu) pada bulan Ramadhan beradasarkan hadits Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu (bahwasanya) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam sering beritikaf pada setiap Ramadhan selama sepuluh hari dan manakala tibanya tahun yang dimana beliau diwafatkan padanya, beliau (pun) beritikaf selama dua puluh hari. [Riwayat Bukhari 4/245]Dan yang lebih utama yaitu pada akhir bulan Ramadhan karena Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam seringkali beritikaf pada sepuluh (hari) terakhir di bulan Ramadhan hingga Allah Yang Maha Perkasa dan Mulia mewafatkan beliau. [Riwayat Bukhari 4/266 dan Muslim 1173 dari Aisyah]

Utk maklumat lanjut tentang iktikaf
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=1146&bagian=0

September 23, 2006

Ramadhan,kedatanganmu dinanti, kehadiranmu dirai

















gambar-gambar dari
http://www.seni-kehidupan.blogspot.com

Ramadhan, kedatanganmu dinanti
kehadiranmu dirai
moga ramadhan kali ini membawa sinar gemilang buat iman kita

Ramadhan kareem

September 22, 2006

Belajarlah Menjadi Daie

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt


“Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat bagi orang yang beriman” Adz-Dzariyat : 55

2 bulan pertama selepas naik thn 4, ana posting surgery dan medical. 2 posting yang menjadikan ana celik mata dengan hakikat kehidupan dan hak sebagai seorang daie yang masih belum tertunai.

Rutin di HKB untuk kedua-dua posting ialah mengambil sejarah pesakit (clerking patient), melihat kemajuan tahap kesihatan pesakit, mengetahui ‘management’ pesakit di wad. Itulah rutin, pagi berjumpa dengan pesakit-pesakit, bertanya khabar, bertanya ada masalah dengan kesihatan lagi atau tidak,dan seterusnya berbincang dengan doktor tentang keadaan pesakit. Begitu juga di waktu petang

Teringat satu peristiwa ketika dua minggu terakhir posting medical. Di wad surgery disediakan bilik solat, tp di wad medical ana tak nampak bilik solat. Bg kami student, boleh solat di surau utama HKB. Ana ternampak seorang pelawat bersolat di sebelah katil pesakit. Ketika itu baru ana tersedar ana tidak pernah bertanya khabar dari segi rohani pesakit

“Makcik dah solat?” “Belum lagi doktor”
“Hmm, makcik uzur ya?” “Taklah makcik tak boleh solat.”
“Kenapa ya, makcik?” “Makcik kenaling bila bangun dari sujud”
“Kalu gitu makcik solat duduk deh?” “Makcik tak leh solat, rasa nak rebah bila nak jalan amik air semaye”
“Nk saya tlg makcik amik air semaye?” “Takpelah doktor, makcik tak cekak nok jale”

Ana berfikir,bagaimana sepatutnya ana menimbulkan kesedaran solat satu ibadah yg wajib?
Ana ke katil sebelah. Bertanya perkembangan pesakit. Bertanya soalan yang sama, tentang solat. “Mokcik tokleh solat, sbb susah nk ambil wudhu’ ada jarum kat tangan, sakit bila kena air”

Lalu baru ana tersedar, ana cukup faham tanggungjwb tentang memberi peringatan, atau kata lainnya, amar ma’ruf nahi munkar. Cukup faham kewajipan solat sebagai salah satu tanda penghambaan kepada Pencipta sekalian alam, cukup belajar teori-teori berdakwah, tp apabila terjun ke realiti sebenar, segalanya jadi kaku. Masalahnya apa? Ilmu dah ada, tp tiada praktikal

Masalahnhya, apa yang ana nampak, ana meng’exclusive’kan diri sendiri, batas pergaulan ana terlalu sempit. Akhirnya ana tidak tahu cara berdakwah yang hikmah. Tidak pandai memainkan peranan sebagai salah seorang bakal professional dalam bidang kesihatan.

Kami dah didedahkan dengan etika pesakit, cara berhadapan dan berkomunikasi dengan pesakit sejak dari tahun dua lagi.Ini bermakna sudah tiga tahun ana berhubung dengan pesakit. Barangkali ana lebih letakkan ‘differential diagnosis’, dan daripada ‘differential diagnosis’, itu perancangan rawatan akan dijalankan. Ya, masalahnya ana nampak sakit yang fizikal tetapi tidak nampak sakit dalaman pesakit. Jika dalaman tidak diubati, usahlah diharap yang luar dapat sembuh sepenuhnya.

2 faktor tersebut, pergaulan yg cukup tertutup, dan menggunakan konsep ‘treating patient base on their sign and symptoms’ menjadikan misi dakwah tertutup.

Lantaran itu, menyedari hakikat, sebagai bakal professional dalam bidang kesihatan, yang tugasnya sentiasa berhubung dengan manusia, perbetulkanlah semula misi kiti. Priotize the priority. Keutamaan kita sekarang ; meletakkan Laa Ilaha Illallah Muhammadur rasulullah dalam diri setiap pesakit yang berjumpa kita. Itu keutamaan kita!

Kepada sahabat di luar sana, antum/tunna mungkin bakal jurutera, ustaz/ustazah,pendidik,akauntan,peniaga,peguam,konsultan, dan sebagainya, luaskan skop fikiran kita. Walaupun persekitaran mungkin memerlukan antum bekerja dengan mesin, dengan komputer atau dengan buku akaun, sedarlah hakikat kita masih lagi ada hubungan dengan manusia. Belajar dan amalkanlah ilmu dakwah bermula dari sekarang. Perluaskanlah pergaulanmu, agar kau nampak bagaimana cara sebenar berdakwah, pandanglah orang sekelilingmu dengan pandangan penuh kasih dan bukannya pandangan “hai, inilah orang zaman sekarang”

Moga ada khair dalam tulisan ini
Moga sama-sama kita letakkan kalimah laa ilaha illallah muhammadur rasulullah
Kita sekadar hamba,yg tugasnya beribadah dan membawa bersama hakikat hamba dalam hati ummah.Insya allah

Allahu a’lam.

September 19, 2006

Alfatihah buat allahyarham Ahmad Idris Ahmad Helmi


Bismillahirrahmanirrahim
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Pengasihani

Dialah Rabb,Dialah Penguasa, Dialah Pengurus, Dialah Pentadbir seluruh alam. Subhanallah,Maha SuciNya dari segala kelemahan dan kekurangan. Allahu Akbar, Allah Maha Besar, Dialah yg punya kekuasaan, keagungan dan kekuatan. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yg telah menurunkan nikmat islam sebagai rahmatan lil 'alamin. Subhanallah Alhamdulillah, Allahu Akbar.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar tecinta Rasulullah Saw, para isteri baginda,keluarga baginda, para shbt, tabi'an tabii'n.

Al fatihah buat allahyarham ahmad idris ahmad helmi, saudara kami, sahabat perjuangan, yg sama2 berjuang dlmilmu pergigian. Moga rohnya tergolong dlm golongan yg Engkau redhai, Ya Rabb. Golongkanlah rohnya dalam kalangan yg beroleh nikmat dariMu, iaitu, yg terdiri drpd para anbiya', para solihin, para syuhada', dan para siddiqin.

Sesungguhnya,benarlah sabda rasulullah saw, orang yang paling bijak antara kamu adalah orang yang paling banyak mengingati mati. Apa tidaknya, kita sediakan payung sebelum hujan,ita berpulun utk sesuatu yg tidak tersangka-sangka, berpenat lelah utk misi yg jauh ke hadapan.

Benarlah,setiap yg hidup kan mati. benarlah kematian tidak mengenal siapa, tua muda, kaya, miskin. benarlah...

Namun, benarkah diri sudah bersedia mengadap Rabbul Izzati?

Aduhai diri, muhasabahlah......
Aduhai sahabt, muhasabahlah...
sejauh mana hak kita sebagai hambNya tertunai??

Ya Rabb, jangan Kau biarkan kami sendirian melayari cinta kami kepadaMu...

September 13, 2006

Dari mana,utk apa, ke mana?

Bismillahirrahmanirrahim

asalamualaikum wbt.

Alhamdulillah,masih diberi kekuatan dari yg Maha Kuat untuk 'update' blog yang dah lama sunyi.Alhamdulillah masih diberi kesedaran dariNya hakikat diri yang hanya sekadar hamba walau diri pernah jauh dariNya, alhamdulillah yang masih diberi sinar iman walau terlalu banyak hak seorang hamba tidak tertunai. Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar!!

Dua bulan posting di HKB banyak mentarbiyah diri. sebulan pertama posting surgery dan bulan kedua posting medical. Hakikatnya, ana sendiri kurang faham mengapa dental student perlu ke HKB belajar apa yg medical student belajar. Masuk operation theatre (OT) keluar OT, amik sejarah pesakit, tengok perkembangan kesihatan pesakit di ward dan sebagainya, pada awalnya memang datang tanpa tujuan, sekadar memenuhkan prosedur yang perlu diketahui dan kemudian minta tandatangan dr. Mudah!

Hakikatnya, jiwa mula rasa kosong. Tiada tujuan, bangun pagi solat,then bekejar utk naik bas ke HKB jam 750am, then ke HKB dengan tujuan menjalankan kehidupan yg rutin, bosan!Terlupa setiap amal adalah ibadah, lgsung tiada keikhlasan dalam setiap saat sepanjang 2 bulan yang lepas.

Namun, ada sesuatu hikmah yang Maha Punya Ilmu singkapkan dari ana. Hakikat dari mana kita datang, untuk apa kita dijadikan,dan ke mana arah tujunya. Masih ingat lagi, ketika sedang berbincang dengan seorang rakan tentang diagnosis pesakit saya, satu kiub di ward kecoh. Dr tergopoh gapah dengan seorang pesakit. keadaan pesakit ketika itu nazak, terlalu nazak. Dr cuba masukkan oxygen,buat bantuan kecemasan, namun akhirnya, kudrat manusia manalah mampu melawan kudratNya.

Ana tergamam, tidak pernah melihat kematian di hadapan mata.Terus bertafakur, ''inikah akhiran ku?? Sempatkah aku mengucap kalimah syahadah ketika aku dijemput bertemu denganNya nanti?'' Rakan-rakan yang lain meneruskan clerking patient, ana ambil keputusan, biar segala prosedur kematian ana lihat, dari membersihkan mayat sehinggalah kepada mengkafankan mayat. Insaf sebentar..

..Kemudian leka lagi.. Insaf sebentar...leka yg berpanjangan....insaf lagi..
Teringat ketika sedang 'observe' seorang houseman buat prosedur PD (peritoneal dyaisis) satu prosedur untuk membuang lebihan air terkumpul dalam badan kerana ginjal yang tak berfungsi, pesakit masih tiada respons. Sebetulnya prosedur PD sangat sakit. bayangkan bahagian abdomen ditebuk begitu sahaja, mana tak sakit. But pt unresponse. "Makcik,rasa sakit tak??" Pt x respons. Dr kemudian terus memeriksa nadi, pernafasan...."Staff nurse tolong panggil ahli keluarga, sy nk mntk kebenaran nk intubate pt"..Setelah hmpir 10 minit berbincang dengan ahli keluarga br anak2 arwah membenarkan dr menjalankan bantuan kecemasan,tupun setelah diiberi kebenaran oleh abang yg sulung....Namun akhirnya, allahyarhamah pulang kepada yang memilikiNya..

Ana berrtanya, 'dr dah lama ke pt tak sedar?" "dlm 10 minit gak rasanya,"...Saya terdiam lagi..Sempat kah pesakit mengucapkan syahadah??

Bertafakur lagi..."Ke mana nanti orang2 yang kusayangi ketika aku dijemput? mereka tiada di sisi..aku seorang yang akan menempuhnya..."

Sedar..cukup sedar..hakikat diri sekadar seorang hamba..namun dalam tika sedar, masih lagi lalai....dunia masih jadi no satu..akhirat takcuba diletakkan dalam hati..Buktinya, perhatikanlah dalam doa...Sejauh mana kita tekankan kematian yg husnul khatimah?? Sejauh mana penghayatan doa kepada keadaan kita dalam alam kubur nanti?? Pernah kah dibayangkan dalam doa kita bangkitkanlah kami Ya Allah dalam golongan kanan yang Kau janjikan kemengana yg nyata di padang mahsyar nanti?? Pernahkah berdoa Ya Allah, ringankanlah kepada kami ketika kami dihisab..Pernahkah berdoa, Ya Allah permudahkanlah urusan kami dalam melintas titian sirat? Pernahkah berdoa, Ya Allah, pertemukanlah kami denganMu dan seluruh yg mencintaiMu...

Jika ana bertanya diri ana, ana akui ana akan jwb, jarang2...kadang terlupa.plg ada pun "Ya Allah kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan di akhitat"..

Lupa sungguh kitakan??
Dr mana kita dtg??
Utk Apa kita dijadikan?
Ke mana akhirnya..

Ya Allah, pandulah aku ke arah cintaMU

July 27, 2006

='(

Assalamualaikum

Juz a few recent updates..
Israel makin lama makin mengganas..
Sekarang dah involve Lubnan..
Dan orang malaysia, yg moslem
masih lg sibuk mempertikaikan siti nurhaliza dan dato' K
Let me make it clearer,
Jodoh, maut ajal rezeki di tangan Allah
kalo dah jodoh dorang, biarkan
Siapa kita nak pertikaikan
kalo tak suka senyap je..kalo sukepun senyap jer...

Kes Lina Joy makin lama makin hangat
mungkin ramai yg tak tahu
seorang wanita Islamyg
naim turun mahkamah yg mntk tukar
dalam ic dia tak payah ada agama Islam
sebabnya, dia dah lama tak de pegangan islam
Tp, terlupa kotmita ni
Hanya agamaIslam satu-satunya agamayg diredhai Allah
jadi nk dibiarkan shaja ker?

adus shbt...
lupa sungguh kita..
kita terlalu selesa..
AF, One in a million
Berapa ramai yg duduk depan tv apbila siaraan akademi Al quran
Berapa ramai yg duduk depan tvmenuggun siaran langsung
pengumuman dato' k dan siti?


Apakah tanggungjawab kita sekadar hiburan dunia?
Biarkan urusan mereka
di Palestin berjuta yang hilang nyawa
tapi satu doa pun kita tak titipkan..
kenapa ya?

sebabnya
kita tak kenal palestin
tak kenal maka tak cinta...


coming soon..
kenal Palestin
cinta palestin

Insya Allah

July 17, 2006

They Are also our responsibilities

Assalamualaikum..

Wahai saudaraku sekalian, janganlah dibicarakan tentang yang remeh-remeh..Biarkanlah urusan jodoh artis tanah air di bawah urusan Allah..Ketahuilah umat palestin memerlukan doamu..Memerlukan bantuanmu..Mereka tak perlukan sorak sorai kalian untuk pelajar AF yang terkeluar, bukan juga suka dukamu untuk Siti Nurhaliza yang bakal berkahwin dengan Dato' K..

Ketahuilah, urusan saudaramu adalah urusan mu jua..
Jika kita sayangkan kiblat kita Makkatul Mukaramah, maka kasihi jugalah palestin, kerana di situ terdapat baitul maqdis, kiblat pertama umat Islam

Jika kita benar-benar ingin mendapat solat yang khusyuk agar dengan itu kita boleh menjadi hambaNya yang dikasihiNya, maka kasihilah baitul maqdis yang mana telah di isra' mi'raj kan rasulullah saw menerima tuntutan solat

Ketahuilah sahabatku,

Berdasarkan hadith Abu Dzar dalam sahih al-Bukhari dan Muslim :Rasulullah S.A.W pernah ditanya,Masjid apakah yang pertama dibangunkan di atas muka bumi ini , Baginda S.A.W menjawab : Masjid al-Haram, Selepas itu masjid apakah pula? Baginda S.A.W pun menjawab : Masjid al-Aqsa

Maka sahabatku, konklusinya, kumemohon dengan sungguh-sungguh dari kalian, ketahuilah palestin adalah urusan kesemua umat Islam.Ia adalah berkaitan dengan aqidah..Bangkitlah dan doakan kejayaan utk mereka.

Wahai saudaraku,
Ketahuilah
"Tidak beriman seseorang di antara kamu jika kamu tidak mengambil tahu urusan saudaramu:
Hadith

Ana hadiahkan wallpaper ni utk sume.Moga ada khair dalam tulisan kali ini..
Doakanlah mereka...Sungguh-sungguh doa..Mereka benar-benar perlukan doa kita, saudara mereka.





July 16, 2006

Penawar Jiwa Yang Lesu

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..

Kadang-kala, dalam keghairahan mencari redha Allah, jiwa kadang-kadang lesu tak bermaya. Apabila ujian satu demi satu diberiNya hati mula keluh kesah. Lagi kuat ujian lagi mula tersasar kita. Mengapa ya? Jangan dibiarkan sahabatku saudaraku fillah yg kucukup kasihi keranaNya. Gembirakanlah hatimu, ranapkan tahzanmu, garapkan keyakinanmu kepada janji Yg Maha Menunaikan janji, Allah Tuhan Sekalian Alam, Dialah Pencipta, Dialah Pentadbir, Dialah Penguasa dan Dialah Pemelihara.

Ikhlaskan hatimu dalam menerima agamaNya..Kerana Dia cukup mengasihi hambaNya yg benar-benar ikhlas dlm memperhambakan dirimu kepadaNya. Redhalah dengan ujian yg diberi kepadaMu.Bersabarlah dengan ujian Tuhanmu,kerana janjiNya kepadamu terlalu banyak andai kau bersabar.
a) Allah tidak menyia-nyiakan kebaikanmu dalam kesabaranmu
Dan bersabarlah kerana Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan” Al Hud: 115

b)Balasan syurga kepada as sabiruun
Dan Dia memberikan balasan kepada mereka atas kesabaran mereka dengan syurga dan pakaian sutera” al Insan :12

c) Keselamatan ke atas mereka
Keselamatan ke atas kesabaran kamu maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu” ar ra’du:24

Maka bergembira dan bersabarlah.Raikanlah dugaan itu. Malah, dalam kelelahan meredah kepayahan akhirnya pasti berjumpa dengan kesenangan. Itulah janji Allah.
“……Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang diberikan oleh Allah kepadanya, Kelak Allah akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan” At Talaq:7

Sedarlah dirimu, ujian itu adalah yang terbaik buat dirimu..Maka janganlah lesu, janganlah goyah..kerana kita tidak tahu, mungkin itu yang terbaik buat kita..
“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan itu baik bagi kamu, dan padahal itu baik bagi kamu sedangkan kamu tidak mengetahui.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui” Al baqarah:216

Janganlah lesu saudaraku fillah..Kerana kita ada Allah, dan Dialah sebaik-baik Penolong.Allah lah jua yang akan membantumu dengan sebenar-benar bantuan dariNya
Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenalkanNya kepada mereka. ‘Hai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu” Muhammad:5-7

Maka pamanku, usahlah bersedih lag.Janganlah lesu dan layu dibiarkan terus membara.Kembalikanlah semangat juangmu utk keredhaan Allah? Apakah hatimu masih tidak gembira dengan janji Allah, yang tidak mampu utk kunukilkan semuanya dalam laman maya ini. Berwudhu’, dan solatlah, dan berzikirlah, krn hanya dengan itu hatimu kan tenang, resah kan kian kabur, masalahmu kan diselesaikan..
“Maka aku katakan kepada mereka ‘Mohonlah ampun kepada Tuhan kalian, sesungguhnya Dia Maha Pengampu, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat kepada kalian” Nuh:10-11

Akhirul kalam , moga dirimu kan sentiasa diberi ketenagan dan kekuatan, dengan janji Allah yang Maha Agung..Moga janjiNya menggembirakan hatimu…Insya Allah

July 15, 2006

Pejuangkah Aku

Assalmualaikum

Sekadar muhasabah diri
setelah membaca artikel 'pejuang sejatkah aku' sewaktu melayari internet..

Benar-benar ikhlas kah aku dalam agama Allah?
Lihat sahaja solatku..seringkali aku lewatkan..Khusyuk? Jauh sekali..
Kenapa? Terlalu sibukkah aku dgn urusan agama?Atau terlalu sibukkah aku melayan kerenah bdn yang seringkali letih?
Astaghfirullah al adzheem

Benar-benarkah aku ikhlas dalam agama Allah?
Cukuplah masa studyku dkurangkan setengah jam. Muka sudah mencuka..Cukuplah diminta memandu 4 kali pusingan, sudah mengeluh keletihan..Cukuplah diminta ke program yang tidak langsung aku minat, sudah membebel mulutku..Inikah hakikat seorang pejuang?
Astaghfirullah al adzheem

Benar-benar ikhlaskah aku dalam agama Allah?
Al quran aku baca, tafsirannya aku baca..namun jarang benar tersentuh hati..Jarang benar ar mata bercucuran mengingati dosa yang menggunung.. Zikir aku lagukan, namun jarang benar ada rasa kemanisan.Cukupkah kemanisan itu sekadar menjelang peperiksaan? jarang benar aku merayu merintih menghara kekuatan dariNya..
Astaghfirullah al adzheem

Benar-benar ikhlaskah aku dalam agama Allah?
Dalam bicara penuh dengan lagha..Penuh dengan umpatan..Penuh dgn cacian. Dalam hati penuh dgn riyak, penuh dengan su udzon, penuh dengan hasad? hati penuh mazmumah, ati tidak mengingati Allah, hati mengingati perkara lagha? Tubuh badan yg dliatka utk berjuang di agama Allah? Tubuh bdn yg sengaja ditidurkan utk mengelakkan tugasan??
Astaghfirullah al adzheem

Ya Rabbi...Ya Allah..Ya Rahman...Ya Rahim
Ampunkan dosa ku.
Aku ingin jadi pejuangMu, namun seringkali aku melupakanMu
Aku ingin mewakafkan diriku utk agamaMu, namun tak sepenuhnya tuntutanMu kuturuti
Ampunkan dosaku yang menggunung
ya Rabbi
Ku hanyalah hambaMu yg hina
Engkaulah sebaik-baik dan selayak-layak penerima pujian
Segala pujian hanya utkMu Ya Rahim
Ampunkan dosaku ya Rabbi..
Kuatkanlah keyakinan kami kepada janjiMu
Letakkanlah dalam hati kami kecintaan terhadapMu
Letakkanlah dalam hati kami kemanisan beramal dengan sunah rasulMu
letakkanlah dalam hati kami
keindahan tawakkal kepadaMu ya Rabbi

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar.
Izinkan Ya Allah
kami memujiMu
Izinkan Ya Rahim
hati kami sentasa bergetar apabila disebut namaMu
Izinkan Ya Allah
hati kami bertambah keimana apabila dibacakan kalamMu
Kerana hanya Engkaulah
yg Maha Memberi Hidayah...

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar



hambaMu yg terlalu hina
Nurul Diyana Sharifudin

July 11, 2006

Belajarlah Menjadi Busy Body

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Belajarlah Menjadi ‘Busy Body’.

Agak kontroversi tajuk kali ini. ‘Busy body’ yang menggambarkan seseorang itu terlalu mengambil tahu urusan seseorang, mahu yang perkara yang kecil atau pun yang besar. Kemudian, mereka ini jugalah yang sering mewar-warkan cerita bukankah begitu?

Bagaimana pendapat Islam tentang orang yang ‘busy body’ ini? Kita lihat hadis berikut : dari Anas ra, Nabi Muhammad saw bersabda “tidak sempurna iman seseorang di antara kamu, sebelum kamu menyintai saudara kamu sebagaimana dia menyintai diri sendiri” hadis riwayat bukhari. (Kitab sahih bukhari jilid 1, hadis tentang iman, hadis no 10)

Sekiranya kita tidak suka sakit, maka saudara kita juga kita tanyakan khabar beritanya, Jika kita tidak suka hidup susah, begitu juga dengan saudara kita kita tanyakan apa yang boleh dibantu, jika kita resah gelisah, begitu juga kita perlu mencuba sedaya upaya kita untuk menyelesaikan masalah saudara kita. Begitu indah Islam, Islam tidak mengajar umatnya mementingkan diri sendiri, lalu melalui hadis rasulullah saw, diberi panduan agar kita sentiasa menyintai saudara kita sendiri, sehinggakan kecintaan kepada saudara kita adalah kecintaan diri kita sendiri.

Kita lihat bagaimana rasulullah saw cakna terhadap urusan umatnya. Rasulullah ketika hendak ke msjid untuk solat berjemaah, pasti akan baginda singgah sebentar di rumah seorang Yahudi. Setiap hari baginda akan bertanya khabar tentangnya. Yahudi itu pula, setiap hari akan mengejek-ngejek rasulullah saw. Suatu hari, orang Yahudi itu tidak mengejeknya. Lalu rasulullah bertanya kepada sahabat, di mana kah si fulan. Kata mereka, si pulan sakit. Terus sahaja rasulullah saw ziarah si fulan.

Jika rasulullah saw tidak mengambil tahu masakan baginda saw tahu si fulan sakit? Jika rasulullah saw tidak cakna,masakan di akhir hayatnya, masih disebut ummati..ummati…ummati… (umatku…umatku.umatku?) Lihat pula keperibadian saidina umar al khattab sebagai khalifah. Malam-malam akan, dibuat rondaan, siapakah umatnya, yang miskin, yang hidup melarat, sehinggakan satu malam, beliau terjumpa keluarga miskin yang digembirakan oleh ibunya dengan batu-batu yang direbus? Jika beliau as tidak cakna, masakan dirinya sanggup meronda malam-malam untuk memantau keadaan pimpinannya.

Jadi, saudaraku sekalian. Demi iman yang perlu dipertahankan, marilah, cubalah tanam dalam diri, kesengsaraan saudaraku adalah kesengsaraan diriku jua. Kegembiraan saudaraku, adalah kegembiraan diriku sendiri. Jika umat di Palestin merana, maka rasakanlah jua kesengsaraan mereka. Berfikirlah sebagaimana mereka berfikir untuk memerdekan kiblat pertama umat Islam. Jika saudara di hadapan bilik kita masih belum mengenalinya, maka berkenalanlah. Kerana, tak kenal maka tak cinta. Tak cinta oranglain pula bermakna kurang sempurna iman. Kurang sempurna iman pula, makin jauhlah kita dari Allah yag menjadikan syurga, hakikat yang abadi…Allahu ‘alam.

July 03, 2006

Menjana peribadi professional dalam diri muslim

Assalamualaikum

Siapakah golongan professional muslim? Golongan professional yang punya ilmu dan perwatakan seperti ustaz atau ustazah? Golongan ini lebih dikenali sebagai protaz. Jika definasinya begini, maka kasihanlah muslim yang tidak menceburkan diri dalam bidang professional ini; mereka tiada gelaran tertentu buat mereka.

Bagamana kalau isu protaz digantikan dengan peribadi professional muslim? Ini bermakna setiap muslim wajar mempunyai sikap professional sebagai muslim. Maksudnya, mereka ini bukanlah semestinya golongan doktor, bukan semestinya jurutera, peguam, akauntan, pensyarah atau sebagainya, namun mereka masih mempunyai kredibiliti sebagai seorang muslim yang professional

‘Professional person is a person having impressive competence in a particular actvity’
Oxford

Lantaran itu, seorang professional muslim didefinasikan sebagai seorang yang mempunyai kefahaman dan kompeten yang tinggi terhadap kehidupannya sebagai muslim. Masih kurang jelas?

Kita lihat bagaimana menjana masyarakat muslim yang berperibadi professional. Pertamanya, golongan professional adalah orang yang mahir dan berilmu serta berkeupayaan tinggi dalam bidangnya. Maka, setiap Muslim wajiblah menguasai, dan berkeupayaan tinggi dalam kehidupannya sebagai seorang Muslim. Dia perlulah menguasai ilmu tentang segala ilmu Islam (yang cukup luas) dan dia mestilah mahir serta berkeupayaan (baca:mengamalkan) sepenuhnya. Maka berbaliklah kepada suruhan pertama yg diterima oleh rasulullah saw “Bacalah! Dengan nama Tuhanmu yang menjadikan” Al ‘alaq.1-2

Malah golongan professional ini adalah mereka yang bijak merancang,merencana, serta melakukan apa jua demi masa depan mereka. Maka sebagai Muslim, perlulah bijak dalam merancang,merencana dan bersungguh-sungguh demi masa depan mereka, syurga yang abadi. Maka, dengan ini, tiadalah masa terbuang dengan sia-sia, kerana mereka yang professional merasakan masa itu satu asset yang cukup berharga. Maka benarlah ayat al quran “demi masa.Sesungguhnya manusia itu adalah dalam kerugian yang nyata’ Al asr:1-2

Komited adalah salah satu ciri golongan professional. Setiap yang telah mengucapkan syahadah sewajarnya berlaku cukup komited dengan kehidupannya sebagai seorang Muslim. Di sinilah gelanggang peribadi professional seorang Muslim. Hidupnya, matinya, segala kelakuannya dilakukan sepenuh hati dan penuh komitmen untuk menjadi seorang muslim yang sebenar.

Kebiasaannya golongan professional akan diakreditasikan. Para pegawai perubatan akan dipantau perkhidmatannya setiap beberapa tahun sekali. Kita kaitkan pula dengan kehiduan muslim, kehidupannya dipantau setiap saat oleh Allah. Maka itulah system akreditasi kita. Dengan itu, peningkatan qualiti iman akan terus meningkat kerana kita tahu kita dipantau setiap masa.

Bagaimana? Ayuh, bersama kita bina peribadi professional dalam diri muslim kita. Kitalah yang mahir, kitalah komited, kita bijak merancang serta melaksanakan perancangan kita, dan kitalah juga yang sentiasa memastikan peningakat iman. Tepuk dada, tanya iman. Mahukah sekadar jadi amatur muslim? Saya memilih untuk menjadi professional muslim. Allahu ‘alam

June 25, 2006

New converted Moslem..please give moral support to them

assalamualaikum

setelah diberi kebenaran oleh
akh masri
  • dan hafizbar
  • , ana pun fwd kan posting ni.
    Innamal muiminunal ikhwah. Give them support.They had encounter difficult path to appreciate the meaning of Islam is the only way of life..

    So read this..from http://www.the-authenthic.blogspot.com

    Assalamu'alaikum WBT.

    Kat bawah ini adalah petikan dari blog Hafizbar. Aku harap semua yang membaca blog ini memberi tindak balas kepada isi kandungannya. Tindak balas yang aku kehendaki bukanlah meng' forward' tulisan ini ke seberapa banyak kawan-kawan korang. Akan tetapi tindak balas yang aku mahu, mudah sahaja, tulis emel, dan hantarkan kepada hafizbar@gmail.com dan Hfaiz akan forwardkan emel itu kepada dua saudara seIslam kita yang baru sahaja memeluk Islam.

    Sila ikut format yang diberikan dalam tulisan di bawah. Ini untuk memudahkan membezakan emel tersebut dengan emel-emel lain yang singgah masuk ke dalam Inbox Hafizbar.

    Benda ni dah lama wujud dalam blog Hafizbar, hampir sebulan. Dan aku tanya Hafiz berapa ramai yang bagi emel kata-kata semangat, motivasi dan lain-lain kepada dua orang saudara kita tu. Jawab Hafizbar tidak sampai lima orang. Maka dekat blog aku ini, aku ingin menginatkan adakah isu ini terlalu kecil dibanding dengan isu-isu lain. daripada sibuk menulis emel meng'forward' benda-benda yang entah betul ke tidak, ini makanan ada sosej babi dan lain-lain 'nonsense' emel, lebih elok engkau semua luangkan masa menulis emel kepada saudara kita yang dua orang ini. Selamat membaca pengalaman Hafizbar bersama mereka dan jangan lupa hantarkan emel kamu semua.




    warkah (surat) drp hafizbar buat sahabat2 di luar sana.

    Dengan sukcitanya saya memulakan warkah ini dengan sebuah cerita. cerita yg tidak ada di mana2 melainkan hanya di hafizbar's site. dengarkan lah adik-adik sekalian.

    Di sebuah universiti, di dalam sebuah ruang, aku singgah sembahyang zohor. Belum masuk waktu lagi. Aku pusing mata melihat keadaan sekeliling. tengok ada seorang mat saleh yg aku rasa baru kenal tempat `ini'. baru je masuk islam aku rasa. Bagi salam, tanya nama, jawabnya: ``Brant.... Brant johnson." aku balas, ``My name is Muhammad...."

    Aku tanya tunggu orang ke? Dia kata tak... Nak tunggu sembahyang zohor. Aku tanya lama ke tunggu/ duduk sini? Dia kata dalam 10 minit. ****... selama 10 minit dia duduk dalam bilik tu, takde orang nak tegur, borak-borak dengan dia. Apa cerita? Orang yang konon-konon berjuang menegakkan keharmonian dan kebenaran dalam alam mayapada LANGSUNG tak ambil peduli dgn orang cam beliau (read: brant).

    Berapa lama masuk islam? Dia kata about 3 weeks ago. sekali lagi, minda ku berputar-putar fikir ke mana perginya orang-orang Islam yg suka knee-jerk pada benda-benda yang langsung tak offended pun. Benda-benda besar nampak, benda-benda yang dianggap `kecil' langsung haram tak ambil peduli.

    ULANGAN... kenapa lah bab-bab `kecil' utk bergaul, bersosial sesama muslim -- terutama new converted, langsung tak diambil kisah.


    Lepas tu, aku kerap gak jumpa dia, kat school, masjid, etc. tiap-tiap kali jumpa kat masjid aku ajar dia al-fatihah (ajar semua, dan dia dapat baca dgn agak baik. dan juga dimaklumkan dia dapat hafal 5 ayat dlm masa 1 jam, lagi 2 ayat aku suh dia hafal sendiri. dia penat aku rasa, tu yg stop tu).

    Lepastu sebagai sedara baru, aku pon faham apa tugas aku... selain tolong ajar benda-benda yg basic, aku bagi dia HADIAH quran, minyak wangi, etc.

    itu baru cerita satu, ni plak cerita seterusnya

    ---
    cerita dua (2)

    sekali aku gi jalan-jalan kat Winona (minneapolis-winona = 2jam kereta). Singgahla kat masjid situ. lepak-lepak apa semua.... nak tunggu asar. sekali datang lah sorang new american muslim.

    ``ape nama"
    ``nama saya doug"
    ``bla bla bla bla"
    ``saya dah sebulan masuk islam"
    ``ooo ye ke... alhamdulillah. apa nama islam?"
    ``abd rahman"

    maka berborak-borak la. ringkasan lebih kurang:

    keadaan kat sana teruk. die dah sungguh-sungguh cari islam, masuk islam. tapi, takde sape2 yg dia boleh buat member nak tunjuk ajar ape seme. ade sekali die datang masjid tu... langsung takde orang. haram tul la.

    die siap tanya aku macam-macam.. solat la, fatihah la. ape yg aku dapat jawab, jawab je la. pastu cakap kat die... kalau ade ape-apa soalan terus je jumpa ustaz. pastu die kata, ustaz yg selalu die jumpa tinggal jauh dari tempat dia. kene pegi bandar berhampiran.

    sblm berpisah, aku bagi hadiah perfume/ minyak attar

    ---

    Ini Format untuk emel yang korang kena hantar kepada saudara kita.
    ikut format ni:
    ---------------------------------------------------------------------------------
    Subject: New Converted Muslim

    Assalamualaykum Rafeeq/Abd Rahman,
    Allah has forgiven every single of your sins at the moment you recite ``asyhadu al lailaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah"

    Sincerely,
    Hafizbar, Minneapolis, USA
    ---------------------------------------------------------------------------------

    * subject line kat email ko tu, TULIS: New Converted Muslim. bukan letak kat isi email.

    * isi surat tu contoh je, ko taruk la ape2 ko nak, IKUT SUKA. panjang ke pendek isi tak kisah.

    * nama kena BETUL (mohd.....)

    * ``Assalamualaykum" dan ``Sincerely" ... JANGAN tinggal. tak perlu ganti ukhuwah fill-up atau ape2 yg sewaktu dgn nya.

    * tempat tinggal ko pon MESTI tulis.

    * Sila ikut format yang diarahkan. Ini untuk memudahkan kerja mencari emel-emel yang tiba ke dalam inbox Hafizbar

    Sekian blog hari ini. Ingat hantar emel, luangkan sedikit masa untuk saudara kita yang baru masuk Islam. Jangan abaikan mereka. Dan ingat hantar emel korang tu kepada hafizbar@gmail.com .

  • June 24, 2006

    The High tech machine


    Assalamualaikum..

    Dear friends,
    Do we realized that human being is a very HIGH TECH and INTERCONNECTED and COMPLEXED, yet it is a very MAGNIFICENT MACHINE?
    Will ya agree?


    Do we really know our heart?
    Do we know that our heart is just a lil bit larger than a clenched fist?
    So small, huh?
    But do we know that, that tiny machine really play an important role in our daily life?
    Do we know, it pumps the blood to all another machines in your body?
    Do we know, it pumps 80 beats per minute, and it works faster than a second!!
    80 bpm x 60 minutes(1 hour)=4800
    4800bpm x 24 hours =115,200
    115, 200 x 7 days =806,400
    In a week, it beats 806, 400 beats!!
    With no rechargeable battery, with no extra generator!!
    And it never stops till the end of our life!!
    And it never fails provide the blood..
    What a great machine, huh?



    And do you know that,
    When blood is pumped out from the heart,
    It has to take a long and difficult journey thru out your body?
    And we never realized,
    Along the journey, the blood travel the hazardous path,
    Independently,
    with no sign boards, no direction,
    no traffic lights, but there’s no traffic jam
    and there’s no misleading..
    we don’t even see that, although its in our body

    That’s only 2 minor machines in our body,
    there’s a lot more, if u wanna know,
    the immune machine to combat your external enemies,
    It has army...the neutrophil, the macrophages..the antibody
    they never with each other..
    but they combat external and internal enemies..
    They are the best defense ministry

    our brain as a mastermind to plan all those aggressive measurement.
    our lungs to fuel the oxygen to your body,
    our kidney to illuminate the betrayal in your body
    and so forth so forth….

    Dear friends,
    we might realize this, we might be not..
    we are magnificent,
    our Creator is much Magnificent than you,
    instead we ignore Him.
    We are arrogant, aren’t we?

    June 23, 2006

    A Jordanian Woman Discovers Islam

    Assalamualaikum

    I love reading/listening to their journey, how they find the beauty of Islam, and then become a full-moslem. Sometimes they appreciate Islam more than Moslems who born to a Moslem family.

    Their journey to islam is not easy.But with the difficulties they encounter, they really appreciate islam. So dear brothers, and sisters, live in Islam as awhole.Worship Allah in everything you do. Be grateful to Him no matter how rough your journey is..

    Let us read this article about a jordanian woman discovers Islam
  • Click here
  • Awak bercuti ke Iman?

    Assalamualaikum

    Iman : Assalamualaikum, bos

    Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?

    Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi?

    Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri aku berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

    Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV..jadi kami rasa terpinggir

    Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit aku habis...entah ar

    Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, ma'thurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

    Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti

    Iman : bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya liha mereka buat tuan gembira..

    Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

    Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang2 mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

    Diri : maafkan saya. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

    Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

    Diri : janganlah menyalahkan saya.

    Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami

    Diri : Dah awak tak melawan?

    Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

    Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

    Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

    Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

    Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami

    Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan aku.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..Aku rimas

    Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

    Diri : jangan pergi..aku sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya

    Iman : Tuan betul-betul sanggup?

    Diri : ya, aku kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..

    Iman : Alhamdulillah..kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi

    Diri : Terima kasih..=)
    Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En ma'thurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan akamu ya?

    Iman : Alhamdulillah.Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

    Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..


    ******
    Sekadar analogi mudah..Begitulah diri kita..Kitalah bos dalam syarikat kita.Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan Iman dan jabatan dosa.Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik..Kerana anatara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur.Bagai air sungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman air itu..Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah unutk mebersihkan kembali.Begitu juga dengan pekerja kita, andai terlalu 'diternak' satu jabatan, maka jabatan lain akan terpinggir

    *****
    Oooh, iman kembalilah kepadaku
    hadirmu sekejap cuma
    Aku terlalu merinduimu... ='(

    June 22, 2006

    Petikan Dialog PM Palestin

    Assalamualaikum

  • Petika Dialog PM Palestin

  • If: Bagaimana pandangan anda bahawa Hamas memegang tampuk pemerintah Palestin pada ketika yang serba sulit (tidak tepat)?
    Ha: Kami tidak melihat masalah-masalah politik terlepas dari dimensi keimanan. Ini adalah takdir rabbani dan Allah SWT mentaqdirkan kami menjadi pejuang aspirasi rakyat Palestin.
    If: Bagaimana anda melihat Al Quds dan semua usaha pengepungan dengan tembok dan pembukaan kediaman baru Yahudi?
    Ha: Al Quds di mata kami, Ia memiliki kedudukan yang agung dan kami akan terus mengutamakannya. Tidak ada perang saudara dalam kamus Palestin

    Semoga kalian dirahmati Allah..Sesungguhnya takdir rabbani adalah ketentuan terhebat,Janganlah gusar wahai saudaraku..
    Kalian ditaqdirkan menjadi pejuang aspirasi rakyat Palestin.
    Insya Allah kemenangan dan bantuan dari Allah sangat dekat..
    Moga kalian pencetus utama kemenangan Islam

    IF:infopalestina
    Ha:Ismail Haniyyah

    June 21, 2006

    My Ummah



    My Ummah
    By Sami Yusuf

    My ummah, my ummah
    He will say
    Rasulullah on that day
    Even though we’ve strayed from him and his way

    My brothers, my sisters, in Islam
    Let’s struggle,
    work, and pray
    If we are to
    Bring back the glory of his way

    CHORUS:
    Ya Allah ya rabbal ‘alamin
    Ya rahmanu ya rahim
    Ya rabbi
    O Allah Lord of the Worlds
    O Merciful and Beneficent
    O my Lord


    Let the Ummah rise again
    Let us see daylight again
    Once again

    Let’s become whole again
    Proud again’
    Cause I swear with firm belief in our hearts
    We can bring back the glory of our past


    My ummah, my ummah
    He will say
    Rasulullah on that day
    Even though we strayed from him and his way

    Look at where we were
    And look at where we are
    And tell me
    Is this how he’d want it to be?
    Oh no! Let us bring back our glory


    CHORUS

    ****
    penuh syahdu...harapan tinggi...
    ya Allah
    kurniakanlah aku kekuatan utk sama-sama mereka yang meperjuangkan agamaMu..
    jangan biarkan kami terlena...
    bantulah kami...

    ***
    Nurul Diyana Sharifudin
    Wake up!!
    Ayuh tempur!!

    June 16, 2006

    Pulok dah!!

    assalamualaikum..
    ana teringat beberapa dialog ana dengan teman-teman ana.
    "Ko ada join usrah?" ana memang flexible, boleh beraku kau, boleh bersaya awak, boleh berkami hang, boleh berana enti..
    "Erm, ehhe segan aku nak jawb dengan ko ni ar, diyana"
    "Awat lak hang ni? Aku bukan mak datin pun"
    "Hehhe..aku x join ar diyana.."
    "Ohh..kenapa?"
    "Entah ar..dorang geng-geng usrah ni perkauman sangat ar..maksud aku kalo kat surau lepas solat jemaah mesti dorang slm geng dorang jer..Bila kitorg nak salam, mcm rasa x selesa je dorang.."
    "Ler pulak dah.."

    Aduhai, kasihan kawan ku ini..Erm alahai..

    Mungkin ada kebenaran yang perlu kita renung sebagai ahli dakwah..kita membina 'barrier' antara kita dan mereka. Kita kurang bergaul dengan mereka.Ukhwah yang kita bina, hanya dengan ahli sejemaah kita.. kita cukup hafal dalil-dalil tentang ukhwah fillah..Cukup faqih barangkali..tetapi kita menyempitkan dalil-dalil itu di kalangan ahli jemaah sahaja..Dengan ahli jemaah, masya Allah, cantiknya ukhwah..Siap bersuap-suap lagi..Tapi bila kat luar, aduhai rasa lain jer..Nak salam pun, rasa kekok.

    Dalam firman Allah, Innamal mu'minunal ikhwah...Lihat:mu'min maknanya orang-orang yg beriman.Adakah kita tahu mereka di luar sana, tak beriman sehingga kita tidak mahu membentuk ukhwah dengan mereka? Dan kenapa allah gunakan mu'minunal ikhwah, bukannya mu'minunal ikhwan? Sebabnya ikhwah bermaksud persudaraan adik beradik (yang ada talian darah), sedangkan ikhwan bermaksud pertalian yang tiada talian darah..

    Jadi, siapalah kita nka rasa kekok dengan orang lain? Dulu, zaman jahiliyyah kita pun, entah-entah kita lagi teruk kan? Jadi siapalah kita nk kekok? Ingat, misi kita untuk bawa dakwah, bagaimana nak sampaikan dakwah, kalo kita sendiri, tanpa sedar(barangkali sedar) kita membuat barrier...

    Ana sendiri, pernah begitu taksub dengan golongan dakwah.maksud ana, pergaulan ana mula tertutup rapat..Dengan mereka ana rasa cukup kekok..Sehinggalah satu hari, senior tegur ana..'Akak tengok batch korang yg bertudung labuh ni tak rapat dengan orang..Penting kita kena buat rapport dengan semua orang, diyana.." Dan ana mula tersedar..bila kwn ana kata..Kita hanya hamba Allah..Entah siapalah kita ni nk memandang rendah orang..

    Jadi, jangan bina penghalang.Shbt-shbt yg mungkin terbaca blog ana, ana mntk maaf, mungkin ada yg terasa..tetapi ana perlu menegur, agar kita tak rasa diri kita lebih superior berbanding orang lain..

    Allahu 'alam

    June 15, 2006

    Sifarkan alasan, maksimakan usaha.


    Gambar dari http://contengmfr.blogspot.com/
    Janganlah mencari alasan lagi..
    "Ishk aku bukan sebaik kau"..
    "Ko nak aku gi kelas tasawuf?Hahaha, mati aku kena gelak dengan geng2 masjid"
    "Ala, hidayah tak sampai lagi la"
    "Heheh..ko doakan aku dapat seru eh??"
    "Ala, kubur kita lain-lain kan?"
    "Ana, tak cukup kuat lah nk join program-program ni"

    Jom kita tengok apa kata al-quran, kalam dari Pencipta kita...
    "manusia hanya akan diberi balasan mengikut apa yg diusahakannya" An Najm:39
    Memang benar hidayah dan taufiq milik Allah, namun, jika tidak diusahakan mencari, bagaimana kita hendak mendpat taufiqNya? Bagaimana alasan-alasan yg diberi kan menjadi beban buat kita dari menerima hidayah Allah?
    Kita singkap kembali bagaimana masyarakat jahiliyyah mencipta alasan, setelah kekasih Allah mengajak mereka menyembah yg satu?
    Kata mereka, mereka dah biasa, dah berkurun menyembah berhala, kenapa kena tukar? Namun, ketika ditanya mereka siapakah yg menciptakan langit dan bumi, mereka mengatakan Allah!!
    Malah, antara alasan mereka, kenapa mereka mesti mengikuti apa yg disampaikan kerana mereka sudah senang bin lenang

    jadi apa bezanya kita dengan mereka?Bukankah memberi alasan menyamai mereka? Kita sudah nampak kebenaran, namun kerana nafsu, kubutakan mata, kubina berjuta alasan...Aduh jgn marah, sekadar membezakan kesamaan sikap kita..Beralasan!(termasuk diri sendiri..ana mintak maaflah mak ana x bg, ana mntk maaflah ana tak berapa sihat, ana mntk maaflah, study tak tercover lg) bnyk sungguh alasan!!Samakan sikap kita dengan mereka?

    Lantaran itu, sifarkan alasan.Maksimakan usaha..Orang kata 'when there's an oppurtunity, grab it, it occurs only once..when u missed it it can't be yours forever"...begitulah kita..sekali kita tersedar, dosa bertimbun, maka carilah apa jua usaha untuk mendapatkan hidayahNya kembali..Jangan biarkan kita terlepas satu peluang keemasan...nanti menyesal tak sudah..

    Andai tak dapat buat semua, jgn tinggal semua..Kita sememangnya tak dapat nk buat semua..krn itulah hakikat kita, manusia yg lemah..Namun dlm lemah kita, Allah telah menjadikan kita sebaik-baik umat.Maka sifarkanlah alasan.maksimakan usaha!

    June 10, 2006

    Siapakah ibadurRahman

    Assalamualaikum..
    Sebagai kesinambungan dari posting 'Iffan sayang Allah"
    Dari Surah Al Furqaan: 63-77

    Mereka yang baik akhlaknya, baik perkataannya
    [63]Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

    Mereka yang tekun beibadah di MALAM hari
    [64]Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

    Mereka yang berdoa dijauhkan dari AZAB API NERAKA
    [65]Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan

    [66]Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk";

    Mereka yang BERSEDERHANA dlm membelanjakan harta
    [67]Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

    TIDAK BERTUHANKAN selain Allah, tidak MEMBUNUH melainkan hak, tidak BERZINA
    [68]Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;

    [69]Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, -

    Mereka yang BERTAUBAT, BERIMAN DAN MENGERJAKAN PERKARA BAIK
    [70]Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    Mereka yg berTAUBAT NASUHA
    [71]Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;

    Mengelakkan perkara SIA-SIA
    [72]Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.

    Mereka yang terus beramal dengan ayat Allah, apabila diberi peringatan
    [73]Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.

    mereka yang berdoa, agar dikurniakan PASANGAN YG SOLEH, dan ZURIAT yang bertaqwa
    [74]Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

    Mereka itulah yg beroleh syurga
    [75]Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,

    [76]Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

    [77]Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu".

    *****
    Jelaslah...sudah dinyatakan di dalam KalamuLLAH, siapakah para hamba Rahman (ibadur rahman).Namun sedarkah kalian, Islam, bukanlah satu agama ritual, atau spiritual sahaja, tapi ia agama yg cukup lengkap..Di dalamnya cukup digariskan hablumminannas (hubungan dengan manusia). kenapa?because Islam is the way of life..Because in our daily live, we deal we human....Jadi, perkukuhkan hubungan dengan Allah, perindahkan hubungan dengan manusia..
    Mereka yang baik bicaranya, mereka yang tidak keterlaluan dalam berbelanja, mereka yang tidak membunuh melainkan yg hak, mereka yang tidak berzina,mereka yang menjaga keluarga, pasangannya dan zuriatnya, dengan berdoa, dan begitu memilih dalam soal baitul muslim..Lihat sahaja, semua ini menekankan hubungan manusia...
    jadi, sekali lagi, ana berpesan pada diri, pada rakan sekalian, kita sudah diberi panduan, maka ikutilah ia..amalkan lah..al Quran bukan sekadar bahan bacaan berlagu, tetapi pegangan dalam hidup..

    Ya Allah, kurniakan kami kekuatan utk menjadi salah seorang ibadurrahman..Amin

    June 09, 2006

    Iffan sayang Allah

    Assalamualaikum

    Ikhwah akhawat sekalian..
    apa khabar iman hari ini? maafkan ana, agak lama menyepi..Ana pulang ke kampung sebentar..

    *****
    "Yani sayang atuk, yani sayang mama, yani sayang elynn, yani sayang didi.." bicara si adik yg keletah
    "Opah, yani tak sayang?" tanya opah pula.
    "heheh..opah garang" aduhai, si kecil berusia 6 tahun itu sudah pandai membeza-bezakan orang..
    "Ehh, Iffan sayang Allah"ngomel si abang yang sedang khusyuk meratah ayam goreng..
    Ana bertanya, sekadar kepastian:
    "Iffan sayang siapa?"
    "Iffan sayang Allah"..
    Ana minta kepastian dari angah, Adilah, dan mak ana..
    "Dia kata dia sayang Allah"

    Subahanallah, alangkah indahnya, Iffan seorang budak lelaki yang usianya baru 7 tahun, sudah mula mengatakan perkataan sebegitu...Aduhai, diri, apakah masih tiada rasa malu terhadap dirinya, yang punya dosa terlalu sedikit, namun, hati mula nampak terikat kepada penciptaNya?

    Pengalaman itu hanya berlaku dalam 5 minit, namun, ketika ana menaip, masih terkesan bicara si bijak kecil itu.Subhanallah! Ya Allah, izinkanlah hatiku, hati orang-orang yang bersamaku sentiasa dalam keadaan mengingatiMu..Kurniakanlah kepada kami kemanisan bermuqarabah denganMu, letakkanlah dalam hati kami keindahan merindui kekasihMu, perkukuhkanlah dalam hati kami, kecintaan terhadap alquran Mu, dan perteguhkanlah keyakinan kami utk terus dalam agamaMu demi satu syurga nan indah..

    Ana mula terfikir, selama ini, ana mengaku ana orang islam..Ana mula marah apabila isu karikatur Nabi Muhammad saw diperbesarkan, ana geram bila ana tak mampu mencegah munkar depan mata ana, namun, benarkah ana mengasihi, mencintai Allah sepenuh jiwa raga ana?

    "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Al Imran:31

    Jadi, apa maksud mengasihi,mencintai, mendahulukan Allah?
    jadi, segalanya berbalik kepada syahadah yang diucapkan, tiada Tuhan yg disembah, melainkan Allah, dan nabi Muhammad saw sebagai pesuruhNya. Jika benar mengasihiNya, mengapa masih lagi berajakan nafsu? Mengapa masih lagi tidak cuba memahami sunnah rasul tercinta?

    Di sepanjang perjalanan dari melaka ke perak, kemudian singgah di selangor, kemudian kembali semula ke melaka, terlalu macam ragam manusia ana lihat. benarlah, manusia hanya tengok kesalahan manusia, namun kesalahan diri tidak terlihat. Ana mengomen, "ishk pakcik driver ni, geramnya!".."ishk, budak-budak ni berkepit je, dah kahwin ke belum".."Ishk, apasal mahal sangat ni, gi mana duit tu nanti?" Astaghfirullah al adzheem..
    Benarkah ana mengasihi Allah, sedangkan sudah termaktub dalam al quran, janganlah kamu berpransangka buruk....
    Di dalam al quran juga sudah dinyatakan, mereka yang dalam keadaan berdiri, duduk, baring sentiasa mengingati Allah, mereka itulah yang dikasihi Allah..

    Anakah yang dikasihi Allah?
    Aduhai..jika perjalanan ke kampung sudah banyak ayat-ayat al quran ana langgar, bagaimana bisa kasihNya diraih? Astaghfirullah al adzheem...
    Lantaran itu, ana menyeru pada diri, berpesan pada diri, dan berpesan pada semua saudaraku sekalian...
    Mari kita selami...
    Siapakah yang dikasihi ibadurrahman.?
    bagaimana menggapai KasihNya?
    Sekadar lafaz di mulut...namun tiada keyakinan dan kesungguhan...
    manakan mungkin cintaNya dirai?

    "Iffan sayang Allah"....
    bergegar jantung ku......

    June 05, 2006

    Bukan karya ana(kuinginkan islam begini..antum?)

    assalamualaikum

    Ikhwah wa akhawat rahimatullah..
    Maafkan ana..
    Cerpen 'Kuinginkan islam begini..antum?" bukanlah karya ana.
    Ana dapat dari http://www.usrahonline.blogspot.com/

    Maafkan ana ya..
    Ya Allah
    kuberlindung dari sebarang fitnah
    berkatilah kami

    June 02, 2006

    Menyelusuri syukur Nabi Sulaiman As

    Menyelesuri syukur Nabi Sulaiman As

    Segala puji bg Allah Rabb sekalian alam, Dialah pencipta, Dialah pemelihara, Dialah pentadbir. Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad, wa’ala alihi wasohbigh wassalam.

    Syukurkah aku?
    Itu persoalan pertama apabila ana membaca terjemahan surah an naml: 15-19
    “ Dan sungguh, Kami telah memberikan ilmu kepada Daud dan Sulaiman, dan keduanya berkata, ‘segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari banyak-banyak hambaNya yg beriman.
    Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, ‘Wahai manusia!Kami telah diajari dengan bahasa burung dan kami diberi segala sesuatu. Sungguh ini benar-benar kurniaan yg nyata
    Mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, “Wahai semut-semut, Masuklah ke dalam sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedariMaka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa mendengar perkataan semut itu dan berdoa:
    Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepada aku keazaman utk mensyukuri nikmat yg Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku, dan kurniakanlah kepadaku amalan soleh yg Engkau redhai, dan golongkanlah diriku dalam golongan orang soleh yg Engkau rahmati

    Subhanallah, itulah doa seorang rasul, seorang utusan Allah, walau kerajaan menggunung, hatinya masih tertaut kepada Allah, doanya masih penuh tawadhuk..
    Sedangkan kita?
    Mungkin ada yg beralasan, dia nabi, terpelihara…Alasan, terlalu mudah memberi alasan.tetapi adakah para nabi dan rasul diutuskan sekadar untuk membacakan kitab? Apakah keperibadian mereka langsung tidak boleh disemai dalam diri sedikit demi sedikit dalam diri kita? Sememangnya para nabi dan rasul menerima tarbiyyah dari Allah, namun, kita sebagai penghuni akhir zaman sewajarnya mencontohi dan mengaplikasi setiap qudwah kita.

    “Nasi lembik, tak selera makan!” “alah, tak de duitlah sekarang ni, nak beli buku”
    Antara alasan yg sering dilontarkan. Banyak lagi contoh mudah.. Nasi lembik, telan je, ramai lagi yang tak makan kat afrika sana, Tak de duit? Duit tukan rezeki dari Allah, ada, Cuma kena budget…Sakit, biasalah tu, ramai lagi yg sakit yg takde ubat, kat negara luar tu…

    Hakikatnya itulah kita, jarang mensyukuri segala yg diberikanNya. Mungkin barangkali kita terlupa, atau kita tidak pernah cuba untuk menghayati firmanNya, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” Al baqarah 216

    Jika kita benar-benar yakin dan beramal dengan ayatNya, maka kita akan cuba mensyukuri nikmat yg dikurniakanNya, malah, sekalipun ditimpa badai, hati kan tetap tidak bergelora, kerana kita yakin, itulah yg terbaik buat kita.

    Malah, kejadian kita ini, perlu dijadikan sebab kita bersyukur. Ana tidak mampu untuk mengolah semua system badan yg berfungsi di dalam badan kita..Lihat sahaja, bagaimana ke sepuluh jari kita boleh melakukan pelbagai pergerakan, boleh sahaja menentukan panas, sejuk, getaran(vibaration), sentuhan lembut, sentuhan kasar, lihatlah dengan mata kasarmu, tanganmu terlalu kecil, lebih kecil dari buku yg kau pegang, namun hayatilah betapa fungsinya telah ana nyatakan di atas.Malah, kita tidak tahu bagaimana ia berfungsi bukan?
    “Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu, dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Ia memberi kepadamu pendengaran, penglihatan, dan hati agar kamu bersyukur” An nahl: 78

    Aduhai sahabt, yakinilah, apa jua yg ditentukan oleh Allah, bersyukurlah, kerana itu mungkin yang terbaik buat kita.Namun, syukur itu bukanlah sekadar melafazkan alhamdulillah, kerana dengan lafaz, namun amalnya tiada, apalah gunanya. Kata orang, cakap tak serupa bikin! Maka, dengan segala bentuk pengibadatan fizikal atau rohani, cubalah untuk mensyukuri..Belajarlah menerima seadanya.
    Solatmu, sebagai tanda syukurmu kepadaNya, sedeqahmu sebagai tanda syukurmu kepadaNYa, bacaan al quranmu, sebagai zikrullah kepada yg telah mengurniakan yg terbaik buatmu, pergaulan seharianmu, agar kau dapa memandang ke bawah, dan mensyukuri, kau masih lagi diberi nikmat yg lebih dari mereka.

    Maka tenangalah wahai hati, walau mehnah, walau nikmat, hatimu kan tenang..kerana kau yakin, Dia Maha Mengetahu, Dia Maha Pemberi rezeki
    Dan ingatlah tatkala Allah memaklumkan sesungguhnya jika bersyukur pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari maka sesungguhnya azabKu amat pedih” Ibrahim: 7

    Sememangnya, utk jadi hambaNya, kita perlu golongkan diri dalam golongan yg sedikit.. “terlalu sedikit hambaKu yg bersyukur…”

    Alhamdulillah..


    Buat adik-adikku, belajarlah bersyukur..
    Walau tiada lauk kegemaran, cubalah, kerana ibu kita sudah berpenat lelah menyiapkannya…Kasihilah dirinya adik-adikku

    “Ya Allah kurniakanlah keazaman untuk mensyukuri nikmat yg Kau kurniakan kepada kami dan kepada kedua ibu bapa kami, dan kurniakanlah kepada kami, amalan soleh yg Engkau redhai, dan golongkanlah kami dlaam golongan yg mendapat rahmatMu bersama orang-orang yg soleh”

    Selusuri syukur Nabi Sulaiman As…

    June 01, 2006

    Kuinginkan Islam begini..Antum?

    Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

    "Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."
    Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.

    "Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

    Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.
    Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.
    Roman"
    "Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.
    Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

    "Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah danselawat 100 kali."
    Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?

    " Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.

    "Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

    "Oh, oh.... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.
    Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

    "Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "
    Roman"

    "Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."

    Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.
    "Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."

    Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.

    "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."
    Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepadaseorang pegawai penguatkuasa.

    "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.

    Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :

    "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerimasedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"
    Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.

    "Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."
    "Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".

    Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

    "Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."
    "Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaransesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.

    Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
    "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
    "Ya ! Apa peliknya?",

    "Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.
    Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

    "Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan.
    Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

    " Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, "ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja
    "Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati.

    Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ...malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.�

    �Oh...!� keluh seorang yangsama-sama makan dengan lelaki muda tadi."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.

    Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran.
    "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi.
    "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.

    "Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!�
    "Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan.
    "Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya....."

    "Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.
    "Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.

    Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masihkelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.
    Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.

    Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA'.kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI�.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.

    "Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..."
    "Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.
    Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...nisuara orang mengaji,"
    "Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.
    Kemudian getaran suara bergema

    .... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
    mendamba kasih yang tidak berhujung
    mengutip sayang di hamparan cinta suci.
    Inilah getaran hatikumemburu cinta.......
    stanza hati merindu Ilahi!"


    Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
    "Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..."
    Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.
    "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkansajalah."
    "Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."
    " Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."

    "Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.

    Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIRTRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.
    Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

    "Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"
    Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hariitu.
    "Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr. Johar.
    "Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya..."
    "Habis, mereka mahu apa?"
    "Mereka mahu Islam, Datuk!"
    "Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.

    "ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"
    Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya." (61:8)