July 11, 2006

Belajarlah Menjadi Busy Body

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Belajarlah Menjadi ‘Busy Body’.

Agak kontroversi tajuk kali ini. ‘Busy body’ yang menggambarkan seseorang itu terlalu mengambil tahu urusan seseorang, mahu yang perkara yang kecil atau pun yang besar. Kemudian, mereka ini jugalah yang sering mewar-warkan cerita bukankah begitu?

Bagaimana pendapat Islam tentang orang yang ‘busy body’ ini? Kita lihat hadis berikut : dari Anas ra, Nabi Muhammad saw bersabda “tidak sempurna iman seseorang di antara kamu, sebelum kamu menyintai saudara kamu sebagaimana dia menyintai diri sendiri” hadis riwayat bukhari. (Kitab sahih bukhari jilid 1, hadis tentang iman, hadis no 10)

Sekiranya kita tidak suka sakit, maka saudara kita juga kita tanyakan khabar beritanya, Jika kita tidak suka hidup susah, begitu juga dengan saudara kita kita tanyakan apa yang boleh dibantu, jika kita resah gelisah, begitu juga kita perlu mencuba sedaya upaya kita untuk menyelesaikan masalah saudara kita. Begitu indah Islam, Islam tidak mengajar umatnya mementingkan diri sendiri, lalu melalui hadis rasulullah saw, diberi panduan agar kita sentiasa menyintai saudara kita sendiri, sehinggakan kecintaan kepada saudara kita adalah kecintaan diri kita sendiri.

Kita lihat bagaimana rasulullah saw cakna terhadap urusan umatnya. Rasulullah ketika hendak ke msjid untuk solat berjemaah, pasti akan baginda singgah sebentar di rumah seorang Yahudi. Setiap hari baginda akan bertanya khabar tentangnya. Yahudi itu pula, setiap hari akan mengejek-ngejek rasulullah saw. Suatu hari, orang Yahudi itu tidak mengejeknya. Lalu rasulullah bertanya kepada sahabat, di mana kah si fulan. Kata mereka, si pulan sakit. Terus sahaja rasulullah saw ziarah si fulan.

Jika rasulullah saw tidak mengambil tahu masakan baginda saw tahu si fulan sakit? Jika rasulullah saw tidak cakna,masakan di akhir hayatnya, masih disebut ummati..ummati…ummati… (umatku…umatku.umatku?) Lihat pula keperibadian saidina umar al khattab sebagai khalifah. Malam-malam akan, dibuat rondaan, siapakah umatnya, yang miskin, yang hidup melarat, sehinggakan satu malam, beliau terjumpa keluarga miskin yang digembirakan oleh ibunya dengan batu-batu yang direbus? Jika beliau as tidak cakna, masakan dirinya sanggup meronda malam-malam untuk memantau keadaan pimpinannya.

Jadi, saudaraku sekalian. Demi iman yang perlu dipertahankan, marilah, cubalah tanam dalam diri, kesengsaraan saudaraku adalah kesengsaraan diriku jua. Kegembiraan saudaraku, adalah kegembiraan diriku sendiri. Jika umat di Palestin merana, maka rasakanlah jua kesengsaraan mereka. Berfikirlah sebagaimana mereka berfikir untuk memerdekan kiblat pertama umat Islam. Jika saudara di hadapan bilik kita masih belum mengenalinya, maka berkenalanlah. Kerana, tak kenal maka tak cinta. Tak cinta oranglain pula bermakna kurang sempurna iman. Kurang sempurna iman pula, makin jauhlah kita dari Allah yag menjadikan syurga, hakikat yang abadi…Allahu ‘alam.

No comments: