June 16, 2006

Pulok dah!!

assalamualaikum..
ana teringat beberapa dialog ana dengan teman-teman ana.
"Ko ada join usrah?" ana memang flexible, boleh beraku kau, boleh bersaya awak, boleh berkami hang, boleh berana enti..
"Erm, ehhe segan aku nak jawb dengan ko ni ar, diyana"
"Awat lak hang ni? Aku bukan mak datin pun"
"Hehhe..aku x join ar diyana.."
"Ohh..kenapa?"
"Entah ar..dorang geng-geng usrah ni perkauman sangat ar..maksud aku kalo kat surau lepas solat jemaah mesti dorang slm geng dorang jer..Bila kitorg nak salam, mcm rasa x selesa je dorang.."
"Ler pulak dah.."

Aduhai, kasihan kawan ku ini..Erm alahai..

Mungkin ada kebenaran yang perlu kita renung sebagai ahli dakwah..kita membina 'barrier' antara kita dan mereka. Kita kurang bergaul dengan mereka.Ukhwah yang kita bina, hanya dengan ahli sejemaah kita.. kita cukup hafal dalil-dalil tentang ukhwah fillah..Cukup faqih barangkali..tetapi kita menyempitkan dalil-dalil itu di kalangan ahli jemaah sahaja..Dengan ahli jemaah, masya Allah, cantiknya ukhwah..Siap bersuap-suap lagi..Tapi bila kat luar, aduhai rasa lain jer..Nak salam pun, rasa kekok.

Dalam firman Allah, Innamal mu'minunal ikhwah...Lihat:mu'min maknanya orang-orang yg beriman.Adakah kita tahu mereka di luar sana, tak beriman sehingga kita tidak mahu membentuk ukhwah dengan mereka? Dan kenapa allah gunakan mu'minunal ikhwah, bukannya mu'minunal ikhwan? Sebabnya ikhwah bermaksud persudaraan adik beradik (yang ada talian darah), sedangkan ikhwan bermaksud pertalian yang tiada talian darah..

Jadi, siapalah kita nka rasa kekok dengan orang lain? Dulu, zaman jahiliyyah kita pun, entah-entah kita lagi teruk kan? Jadi siapalah kita nk kekok? Ingat, misi kita untuk bawa dakwah, bagaimana nak sampaikan dakwah, kalo kita sendiri, tanpa sedar(barangkali sedar) kita membuat barrier...

Ana sendiri, pernah begitu taksub dengan golongan dakwah.maksud ana, pergaulan ana mula tertutup rapat..Dengan mereka ana rasa cukup kekok..Sehinggalah satu hari, senior tegur ana..'Akak tengok batch korang yg bertudung labuh ni tak rapat dengan orang..Penting kita kena buat rapport dengan semua orang, diyana.." Dan ana mula tersedar..bila kwn ana kata..Kita hanya hamba Allah..Entah siapalah kita ni nk memandang rendah orang..

Jadi, jangan bina penghalang.Shbt-shbt yg mungkin terbaca blog ana, ana mntk maaf, mungkin ada yg terasa..tetapi ana perlu menegur, agar kita tak rasa diri kita lebih superior berbanding orang lain..

Allahu 'alam

3 comments:

Balqis said...

Benar!!!
Satu situasi yang diceritakan oleh kwn saya sewaktu first time menjejak kaki ke universiti, dia memberikan senyuman kepada sekumpulan pelajar wanita bertudung labuh, balasannya, dia dicebik. Apakah? Saya sungguh hairan, kerana kwn saya ini juga memakai tudung labuh, lagi labuh dr mereka! Di mana silapnya mungkin? As a da'e, we should show respect not only among our friends but everybody, even a kuffar, barulah nampak Islam ini indah. Apa buruk sgtkah mereka yang bukan sekolah agama dan baik sgtkah mereka yang sekolah agama?

Sebetulnya ukhwah tuk semua....
kasih sayang bukan pilihan...
Senyum dan semailah persaudaraan...

Tgk balik mcm mana sejarah Rasulullah satukan umat, even the jews pun rasulullah ambil berat (tapi mrk je yang berpaling dari Rasulullah). Lihat sejarah nabi satukan muhajirin dan Ansar, dalam Ansar, nabi satukan pulak Aus dan khazraj...
Takde pun perbezaan...
jadi, kenapa nak dibezakan...
siapa kita untuk membezakan...
pelik...

Saya : perlu banyak lagi belajar...

Ummu Yazid said...

betul balqis
kita masih bnyk perlu belajar
dan belajar itu perlulah diamalkan..

ana teringat satu hadis qudsi.
terdapat 3 orang yang dimasukkan Allah ke dalam api neraka. Yang pertama mereka yg mati berjuang di jalan Allah.Lalu Allah seret mereka ke dalam api neraka, dan berkatalah mereka "kenapa aku diseret sedangkan aku berjuang di jalanMu?" lalu kata Allah, tidak!kau berjuang kerana ingin mendapat pujian manusia..
Yang kedua, ialah mereka yg belajar al-quran dan mengajarkannya.Mereka diseret ke dalam api neraka dan berktalah mereka "mengapa aku diseret sedangkan aku beljar dan mengajar al quran keranaMu?" lalu berkatalah Allah "tidak!kamu melakukan kerana pujian manusia"

Yg ketiga ana minta maaf, ana tak ingat..
sesapa yg terjumpa mantan hadis ni tolong lah ya letakkan di komen ni..supaya kita sama2 dpt dr sumber yg soheh..

Ya Allah..
telah kami pilih jalan ini
Kurniakanlah kami keikhalasan dlm perjuangn ini keranaMu
peliharalah diri kami dari segala sifat yang merosakkan..

Anonymous said...

assalamualaikum
hadis riwayat muslim, hadis no. 1905. maksudnya: "Orang yang pertama dijatuhkan hukuman oleh Allah ialah lelaki yang mati shahid. Dia dibawa kehadapan Allah dan ditanya mengenai nikmat Allah yang dia kecapi. dia mengakunya. kemudian Allah bertanya: apa yang telah engkau buat terhadap nikmat aku? lelaki itu menjawab aku berperang sehingga aku mati syahid. Allah berkata: kamu bohong tetapi kamu berperang untuk mendpat gelaran supaya engkau dikatakan seorang yang berani dan manusia telah pun memberi kamu gelaran itu. kemudian lelaki itu dijatuhkan hukuman dan diseret di atas mukanya kemudian dilempar ke dalam neraka. (kedua) lelaki yang belajar ilmu dan membaca qur'an. dia ditanya mengenai nikmat Allah kepadanya dan dia mengakuinya.kemudian Allah bertanya: apa yang kamu lakukan terhadap nikmatku? lelaki kedua tadi menjawab: aku telah mempelajari ilmu dan mengajarkannya keranaMU dan aku telah membaca quran keranaMU. Allah menjawab: kamu bohong, kamu belajar kerana ingin dikatakan sebagai seorang yang berilmu dan kamu membaca quran supaya kamu dikatakan sebagai seorang yang rajin membaca quran... dan mereka telah pun memberikanmu gelaran. kemudian Allah menjatuhkan hukuman dan lelaki tadi diseret di atas mukanya kemudian dicampakkan ke dalam neraka. (ketiga) lelaki yang Allah lapangkan rezekinya dan Allah mengurniakannya segala jenis harta. dia dibawa ke hadapan Allah dan Allah bertanya mengenai nikmatnya dan lelaki itu mengakuinya. kemudian Allah bertanya: apa yang kamu lakukan dengan nikmatku? lelaki itu menjawab: tidak aku tinggalkan satu jalan yang engkau redhai kecuali aku belanjakan hartaku dijalan tersebut semata-mata keranamu. Allah menjawab: kamu bohong, tetapi kamu lakukan supaya engkau mendapat gelaran pemurah. Allah menjatuhkan hukumannya dan lelaki tersebut diseret di atas mukanya dan dilemparkan ke dalam neraka."

Subhanallah, takutnya kalau baca hadis ni. abu hurairah sendiri 3 kali pengsan sebelum dapat meriwayatkan hadis ini.