July 03, 2006

Menjana peribadi professional dalam diri muslim

Assalamualaikum

Siapakah golongan professional muslim? Golongan professional yang punya ilmu dan perwatakan seperti ustaz atau ustazah? Golongan ini lebih dikenali sebagai protaz. Jika definasinya begini, maka kasihanlah muslim yang tidak menceburkan diri dalam bidang professional ini; mereka tiada gelaran tertentu buat mereka.

Bagamana kalau isu protaz digantikan dengan peribadi professional muslim? Ini bermakna setiap muslim wajar mempunyai sikap professional sebagai muslim. Maksudnya, mereka ini bukanlah semestinya golongan doktor, bukan semestinya jurutera, peguam, akauntan, pensyarah atau sebagainya, namun mereka masih mempunyai kredibiliti sebagai seorang muslim yang professional

‘Professional person is a person having impressive competence in a particular actvity’
Oxford

Lantaran itu, seorang professional muslim didefinasikan sebagai seorang yang mempunyai kefahaman dan kompeten yang tinggi terhadap kehidupannya sebagai muslim. Masih kurang jelas?

Kita lihat bagaimana menjana masyarakat muslim yang berperibadi professional. Pertamanya, golongan professional adalah orang yang mahir dan berilmu serta berkeupayaan tinggi dalam bidangnya. Maka, setiap Muslim wajiblah menguasai, dan berkeupayaan tinggi dalam kehidupannya sebagai seorang Muslim. Dia perlulah menguasai ilmu tentang segala ilmu Islam (yang cukup luas) dan dia mestilah mahir serta berkeupayaan (baca:mengamalkan) sepenuhnya. Maka berbaliklah kepada suruhan pertama yg diterima oleh rasulullah saw “Bacalah! Dengan nama Tuhanmu yang menjadikan” Al ‘alaq.1-2

Malah golongan professional ini adalah mereka yang bijak merancang,merencana, serta melakukan apa jua demi masa depan mereka. Maka sebagai Muslim, perlulah bijak dalam merancang,merencana dan bersungguh-sungguh demi masa depan mereka, syurga yang abadi. Maka, dengan ini, tiadalah masa terbuang dengan sia-sia, kerana mereka yang professional merasakan masa itu satu asset yang cukup berharga. Maka benarlah ayat al quran “demi masa.Sesungguhnya manusia itu adalah dalam kerugian yang nyata’ Al asr:1-2

Komited adalah salah satu ciri golongan professional. Setiap yang telah mengucapkan syahadah sewajarnya berlaku cukup komited dengan kehidupannya sebagai seorang Muslim. Di sinilah gelanggang peribadi professional seorang Muslim. Hidupnya, matinya, segala kelakuannya dilakukan sepenuh hati dan penuh komitmen untuk menjadi seorang muslim yang sebenar.

Kebiasaannya golongan professional akan diakreditasikan. Para pegawai perubatan akan dipantau perkhidmatannya setiap beberapa tahun sekali. Kita kaitkan pula dengan kehiduan muslim, kehidupannya dipantau setiap saat oleh Allah. Maka itulah system akreditasi kita. Dengan itu, peningkatan qualiti iman akan terus meningkat kerana kita tahu kita dipantau setiap masa.

Bagaimana? Ayuh, bersama kita bina peribadi professional dalam diri muslim kita. Kitalah yang mahir, kitalah komited, kita bijak merancang serta melaksanakan perancangan kita, dan kitalah juga yang sentiasa memastikan peningakat iman. Tepuk dada, tanya iman. Mahukah sekadar jadi amatur muslim? Saya memilih untuk menjadi professional muslim. Allahu ‘alam

No comments: