March 07, 2009

Di mana nilai?

Assalamualaikum wbt.

Subhanallah..Memang benar malu itu sebahagian daripada iman. Moga secebis tulisan ini mampu ku amalkan...

Maafkan diri andai blog ini dibiarkan sunyi tanpa berita, tanpa jua sebarang pengisian, mahupun peringatan. Ada secebis rasa takut dalam hati ini tiap kali teringatkan amaran Allah dalam Surah As Saff ayat ke dua dan ketiga " Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan. Sungguh besar kemurkaan Allah terhadap apa-apa yang kamu katakan namun tidak kerjakan". Dan kerana itu, diri benar-benar berhibernasi daripada menulis sesuatu yang tidak saya lakukan buat masa ini.

Alhamdulillah, sedikit pengisian sewaktu ceramah "ESQ di Tempat Kerja" melunakkan hati yang kadang-kala terlalu alpa dengan kesenangan dunia. Pengisian yang tentang IQ ( what I think), EQ (what I feel) dan SQ ( what is the value in this life?) memang mengusik sedikit hati. IQ dan EQ keduanya berkaitan dengan hubungan sesama manusia, dan SQ yang paling tinggi puncaknya menggabungkan nilai, dan pentingnya hubungan sesama manusia dan Tuhan. Manusia dan Pencipta.

Penceramah berkali-kali mengingatkan tentang pentingnya nilai dalam kehidupan, betapa pentingnya segala yang dilakukan akan dibalas di Kemudian Hari, betapa segalanya akan dihisab oleh Yang Maha Adil nanti. Subhanallah, betapa peringatan-peringatan sebegitu terkadang mendamaikan iman yang semakin kekeringan.

Secebis pesanan penceramah yang masih terngiang-ngiang "Andai hilang malu, segala perintahNya akan kita langgari, segalanya dilakukan demi nafsu. Jadi apa lah guna IQ yang tinggi, EQ yang tinggi namun nilainya tiada. Lihat sahaja Hitler, dia punya IQ yang tinggi,mampu menguasai dunia, namun apakah kita melihatnya sebagai positif atau negatif?"

Subhanallah..Memang benar malu itu sebahagian daripada iman. Moga secebis tulisan ini mampu ku amalkan...

.......

Just a short update
I am now in Klinik Pergigian Orthodontik, deals with allignment of the teeth. Starting 16th March, i'll be posted to Kota Samarahan, (it takes about 55 minutes from my current rental house). I think i know Kuching route better than Melaka :D

"Diyana, aku kat Melaka. Kat Hang Tuah Mall. Tak tau jalan ke Mahkota Parade"
"Hehe, Hang Tuah Mall, kat mana ya? Hehe, cuba call Zu. Dia kat Melaka..Sorry..Hehe"
"Hehe, orang Melaka ke ni?"
"Hehehe"