March 16, 2007

manusia : antara kebebasan dan kewajipan (2)

Sambungan dari Manusia : Antara kewajipan dan kebebasan (1)

Manusia : Antara kewajipan dan kebebasan (2)

Manusia telah dijadikan oleh Allah swt sebagai khalifahnya di muka bumi ini. Ketika Nabi Adam as diciptakan oleh Allah, para malaikat mempersoalkan kejadian manusia di muka bumi ini. Hal ini termaktub dalam firmanNya : “ dan ingatlah ketika Rabbmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata “Apakah Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dan memujiMu serta mensucikanMu?” Allah berfirman “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” (Al Baqarah : 30)


Allah telah memuliakan dan mengangkat martabat manusia lebih dari makhlukNya yang lain.“dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak cucu Adam, Kami angkat mereka di daratan dan di lautan, Kami berikan rezeki yang baik-baik, dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan” (Al-isra’ :70).

Dengan demikian, pembebanan taklif kepada manusia sebagai khalifahNya merupakan satu bentuk pemuliaan, dan penghormatan kepada umat manusia oleh Allah swt. Kemuliaan ini juga kerana manusia tidak dipaksa untuk menerapkan hokum dan keputusanNya secara paksa atau menerapkannya secara alamiah, seperti yang diperlakukanNya terhadap makhluk lain. Tetapi, dengan kasih sayangNya, Allah swt memberikan aqal untuk membezakan yang baik atau yang buruk, serta diberi kemampuan dan hak pilih sesuai dengan keinginan dan kecenderungan mereka.

Hak pilih ini, telah banyak termaktub dalam firmanNya. Antaranya : “dan katakanlah,”kebenaran itu datangnya dari Rabb kalian Barangsiapa yang ingin beriman, maka hendaklah ia beriman. Dan barangsiapa yang ingi n kafir, maka hendaklah ia kafir.’ Sesungguhnya Kami telahmenyediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gelojaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi mendidih yang menghanguskan wajah. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirehat yang paling jelik”

Dengan sikap PengasihNya juga, Allah tidak memberikan hak kebebasan kepada hambaNya tanpa panduan atau sebarang guide line. Sebagai contoh, seorang guru bebas menentukan cara belajar anak muridnya, tapi guru tersebut itu perlulah memberi tahu apa yang sepatutnya dipelajari oleh anak muridnya. Allah telah berjanji bahawa mereka yang menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah akan diberikan ganjaran manakala mereka yang meniggalkan segala suruhan Allah akan diberi balasan yang sewajarnya. Syurga yang penuh nikmat diberikan kepada hamba-hamba yang telah memilih jalan kebaikan, manakala neraka yang penuh siksa akan diberikan kepada hamba-hamba yang telah memilih jalan Taghut atau kejahatan.

Oleh hal yang demikian, jika kita mengatakan tentang kebebasan individu, kita sebenarnya memperkatakan tentang kebebasan dan hak pilih manusia untuk menunaikan atau tidak taklifan yang diberikan oleh Allah. Kita hanyalah hambaNya, maka sewajarnya seorang hamba masih di bawah acuan Tuannya. Hak individu yang kita canangkan bukanlah hak untuk mempertikaikan hukum Allah yang sudah termaktub, atau mempertikaikan larangan-laranganNya, kerana ianya sesuatu yang tidak lagi boleh diubah.

Kitalah yang menentukan jalan mana yang harus dipilih. Jalan yang ke syurga atau neraka. Akhirul kalam “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuanNya. Ia mendapat pahala (kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…”

March 08, 2007

Sesuatu telah berlaku...





assalamualaikum wbt
saudaraku sekalian, apakah kalian tahu Masjid Al Aqsa sedang digerudi tanahnya?
Tanah suci itu diceroboh oleh Israel laknatullah
saudaraku sekalian,
titipkanlah sedikit doamu buat mereka..
luanganlah sedikit masamu mengambil tahu urusan mereka...
kerana kita saudara mereka..
mereka saudara kita...
Klik utk makluman lanju: