April 19, 2007

Semoga Sentiasa Dalam Jagaan Allah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt..
Afwan 'ala kulli haal, ya ikhwah wa akhawat..Kaifa halukum/kunna? Semoga sentiasa dalam ketenangan dan pemeliharaan Allah.Barangkali sedang bersiap sedia dengan imtihan nihaie yang bakal menjelma..Semoga sentiasa dipermudahkan Allah dalam menghadapi imtihan. Imtihan ini, salah satu ujian dari Rabb, utk memperteguhkan iman kita..Moga najah dalam imtihan..

22 March 2007 : MCQ medical
29 March 2007 : MCQ surgery
5 April 2007 : SAQ and OSCE oral pathology
9 April 2007 : E&D pedodontic examination
11 April 2007 : MCQ pedodontic
12 April 2007 : Research proposal presentation : Epidemiology of cleft lip and/or palate in Kelantan
18 April 2007 : Viva Radiology posting
6 May 2007 : SAQ final xm
7 May 2007 : MCQ final xm
8 May : Clinical xm
28 May : Graduation night for final year

Ketika melihat planner 2007, ana sedar masa bukan milik ana..Masa itu milik Allah..Sudah hampir setahun, dan insya Allah jika diizinkan Allah, setahun lagi, perjuangan ana di bumi USMKK sebelum taklifan yang lebih besar..

Itu baru sedikit yang tercatat dalam planner. Tetapi, mungkin barangkali kita belum tertulis dalam planner kita...'PERTEMUAN DENGAN RABB SEKALIAN 'ALAM"...
Lihatlah diary dan planner mu, apakah program mu setelah kesemua peperiksaan telah berlangsung? Barangkali akan ditulis, Pulau Perhentian with family, Bowling bersama sahabat-sahabat, pertemuan dengan sahabat-sahabat, kelas hadis selama sebulan, persiapan diri menjadi hamba yang lebih bertaqwa..

Tapi lihatlah dan muhasabah lah diri..di manakah letaknya perancangan kita untuk bertemu dengan Allah? Sekiranya peperiksaan yang menjelma, kita sudah cukup berpeluh-peluh, berdebar-debar memikirkan 'short cut' untuk menghabiskan syllabus, adakah dengan pertemuan Rabb kita punya masa yang cukup...

Alhamdulillah, masih diberi ruang oleh empunya diri, Tuhanku...untuk menghitung amal dan mempersiapkan diri untuk bertemu dengannya..

Buat teman sekalian, bit taufiq wan najah
Set your priorities right..And Allah is still the priority...


PS : kepada sahabat sahabiah yang sering menziarah blog ana, syukran jazilan. Ana doakan semoga antum dalam keberkatan..Ana pohon maaf, sekiranya msg antum dlm shout box tak berbals..shout box ana tak boleh access di network usm. Barangkali kena band kot... ^_^

April 16, 2007

Bertangguh buat amal punca hati jadi 'manganggur'

Tajdid Iman: Bertangguh buat amal punca hati ‘menganggur’
Bersama Dr Juanda Jaya

HATI yang menganggur lebih berbahaya daripada tubuh badan yang sakit. Seseorang yang memiliki hati pasif, diam dan tiada gerakan ibadat sebenarnya sudah mati sebelum dicabut nyawanya. Kekosongan hati timbul akibat lemahnya semangat manusia untuk bangkit dan melawan keinginan hawa nafsu.

Kita perlukan semangat melupakan kesedihan, bangkit dan berjuang melawan musuh yang nyata iaitu syaitan. Tiada seorang manusia yang tetap tinggi kedudukan imannya. Ada kala dia terjatuh dan tersungkur, kemudian menyesali kelalaian dan kembali bertaubat. Ini digambarkan dalam al-Quran bermaksud:“Dan orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapakah yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” Surah Ali Imran: Ayat 135

Hati menganggur, malas dan berputus asa ada ciri-ciri sebagai berikut:

Berlebih-lebihan melakukan perkara mubah. Terlalu banyak berehat, santai dan mengisi kekosongan masa dengan hiburan, makanan, tidur yang panjang, bermain dan bergurau, banyak tertawa, panjang angan-angan dan semua itu berbahaya jika diteruskan dalam kegiatan seharian. Kehidupan serba senang tanpa cabaran dan tekanan membuat manusia lupa diri dan lemah semangat bila ditimpa susah. Berhati-hati jika terus berada dalam zon selesa. Orang mukmin hendaklah sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan paling teruk yang menghalangnya.

Amirul Mukminin Muawiyah bin Abu Sufyan RA yang hidup sebagai Khalifah paling berkuasa selama berpuluh-puluh tahun pernah berkata: “Aku memakai pakaian daripada semua jenis kain, tetapi tidak pernah menemui sehelai pakaian terbaik setanding pakaian takwa. Aku juga sudah merasai semua jenis makanan, tetapi tidak pernah menemui kelazatan seperti kelazatan sabar. Aku memiliki segala jenis kenikmatan, tetapi tiada kenikmatan mampu menandingi kenikmatan duduk mendekatkan diriku kepada Allah SWT.”

Anggota badannya menolak hidayah Allah SWT. Pernahkah anda berasakan suara hati anda menyuruh berbuat baik, melakukan ibadat dan meninggalkan maksiat? Sebenarnya dalam jasad manusia ada yang mempengaruhi hati dan perasaannya, adakah ia unsur malaikat atau unsur syaitan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tidak ada seorang pun daripada kamu melainkan dia diiringi temannya daripada bangsa jin (syaitan) dan temannya daripada malaikat. Sahabat bertanya: “Pada dirimu juga ya Rasulullah? Sabda baginda: Padaku juga begitu, tetapi Allah Taala menolongku terhadapnya sehingga ia tiada menyuruhku melainkan kebaikan saja.” (Hadis riwayat Muslim)

Hati yang suka menganggur menjadikan syaitan sebagai teman karibnya. Sementara hati yang aktif dan positif gerakannya dipengaruhi hidayah Allah SWT. Sesungguhnya hanya Allah SWT mampu menggerakkan kita berbuat baik. Hidayah-Nya saja menunjuk kita ke arah jalan selamat. Namun, ramai manusia menolak hidayah Allah SWT. Mereka lahir sebagai orang Islam, tetapi tidak mahu belajar agama Islam. Mereka dipilih Allah SWT sebagai hamba-Nya yang beriman, tetapi membiarkan dirinya kecundang oleh bisikan nafsu dan syaitan. Mengapa kita menolak hidayah Allah SWT yang berada di dalam hati kita? Allah Taala berfirman bermaksud: “Mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga, tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai. (Surah Al-A'raf ayat: 179).

Biasanya masa membuat mereka bertangguh menerima hidayah Allah SWT. Sampai bila harus menunggu? Jika tulang rapuh dan mata menjadi rabun, fikiran bercelaru, mengapa menunggu kematian menjemput, padahal setiap hari hidayah Allah SWT itu turun ke hati kita. Suka bergaul dengan ahli kelab penganggur. Persekitaran mempengaruhi keperibadian kita. Jika suka duduk bersama dan mendengar perbualan ahli perniagaan berjaya atau pakar motivasi hebat, kita semestinya terpengaruh dengan kata rangsangan dan galakan untuk lebih berjaya. Namun, jika melepak bersama orang bermentaliti lemah dan kualiti kehidupannya juga rendah, sedikit sebanyak ada pengaruh ditinggalkan dalam karakter diri kita. Lebih baik rajin di dunia dan menganggur di akhirat selama-lamanya daripada memanjangkan angan-angan di sini, namun sengsara tiada penghujungnya di akhirat.

Penulis bertugas di Pejabat Mufti Negeri Sarawak
Berita harian

April 12, 2007

How do you see yourself in ten years?

Assalamualaikum wbt

"Diyana, how do you see yourself in ten years?" My roomate asked me during lunch
"A wife to a husband, a mother to my kids, a daughter to a parents, a dentist to a patient..." smiling..
'Wow, you are a family woman!"
"Hmm.. and a slave.." i smiled sheepishly..

Yup, I'll be somebody in a ten years time. a wife to a husband, a mother to few kids, a dentist, Dr Nurul Diyana. (Insya Allah). But that's only a part of me. Myself, as always be a slave, is always a slave to the Almighty. A slave to my Creator, Allahu Rabb.

I could not predict what will happen to me in a ten-year time. I don't even know what will I be in the second..

My friends are eager to further their study, and being a specialist someday. That's what I am aiming for too. But, for me, being a very successful oral surgeon is only a part of mylife, and the percentage is only 1%. My patients will call me Dr Nurul Diyana,will give me respectful look when I treat them. Being oral surgeon, with a luxury income, with an imported car, with a big house,is that enough for me?

Is it enough to be called Doctor? My life will always be surrounded with ward, clinics, patients, on calls, big money, big coar etc? Is that really enough for me? Is that's all my contribution as a Moslem?

What will be, if i spend more time at clinics, but I left my family without a strong faith in their Creator, without a strong faith of the Dooms'day? Is that what da'wah means, when I left my kids are exposed to the 'jahiliyah' environment?

I will be somebody..And I will be somebody.I will always be His slave. That's how I see myself in ten years time and till the end of mylife...Insya Allah

April 08, 2007

Selamat Menghadapi Imtihan


Assalamualaikum wbt.


Buat teman sekalian,

mungkin sedang bertungkus lumus bersedia untuk peperiksaan.

cumanya sekadar tazkirah ringkas buat kita semua :


"Hanya segala 'amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul, maka hijrahnya kepada Allah dan rasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu" Riwayat Bukhari, Muslim


Jika kita niatkan ilmu ini untuk peperiksaan, maka lulus peperiksaan itulah natijahnya. Keluar dewan peperiksaan maka lupa lah segalanya. Sayangnya ilmu yang demikian hanya sekdar boleh digunakan untuk 2 jam peperiksaan. Tapi alangkah indahnya andai jihad ilmu ini adalah kerana Allah kerana segala makhluk di alam ini akan mendoakannya.
"Daripada Abu Darda’ Radhiallahu Anhu katanya: aku telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu, Allah akan mempermudah jalan baginya menuju ke syurga dan para malaikat mengembangkan sayapnya menaungi orang yang menuntut ilmu kerana suka akan mereka. Sesungguhnya orang yang alim juga akan dipohonkan keampunan baginya oleh sekalian makhluk yang berada di langit dan di bumi sehinggakan ikan-ikan di dalam air dan kelebihan seorang yang berilmu dengan seorang abid adalah seperti keleihan bulan purnama berbanding dengan bintang-bintang di langit. Sesungguhnya ulama’ itu pewaris para nabi dan sesungguhnya para nabi tidak sedikitpun meninggalkan harta walau satu dinar atau satu dirham, sesungguhnya mereka hanyalah mewariskan ilmu, maka sesiapa yang telah mendapatkan ilmu bermakna dia telah memperolehi bahagiannya yang besar."
Selamat berjaya di dunia dan akhirat.
Bittaufiq wannajah :)


April 01, 2007

Salam Maulidur rasul




Bismillairrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt..

Segala puji bg Allah, Rabb sekalian alam. Maha Suci Allah atas segala kekuasaan dan keagunganNya. Allahu Akbar, Allah lah Maha Besar.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda, Rasulullah saw, para isteri baginda, keluarga baginda, sahabat Baginda saw para tabi' dan tabi'in.

Salam maulidur rasul
Dua hari lepas saya menonton cd bertajuk 'The Message'. Filem arab berkenaan peribadi dan dakwah rasulullah saw. Subhanallah, tahniah kepada pengarah fillem (maafkan saya, saya x ingat nama pengarahnya). Segala keindahan peribadi Rasulullah saw, pahit getir dakwah rasullah saw, kecintaan para sahabat terhadap baginda saw, semuanya digarap dengan baik. Semoga usaha mereka yang terlibat dalam filem diberkati Allah swt

Bagaimana ya..rasulullah saw, yang ummi, mampu mengajak kaum yang lemah ketika itu, untuk beriman kepada sesuatu yang ghaib. Adakah kerana keajaiban ayat-ayat al Quran yang dibacakan rasulullah saw kepada mereka, atau keranaperibadi baginda saw yang terlalu unggul. Allahu 'alam

Individu Cemerlang, Ummah Gemilang

لَقَدْكَانَلَكُمْ فِيرَسُولِاللَّهِ أُسْوَةٌحَسَنَةٌلِّمَنكَانَيَرْجُو اللَّهَوَالْيَوْمَالْآخِرَوَذَكَرَاللَّهَكَثِيرًا
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (Al Ahzab :21)

Jika ditanya, siapakah individu cemerlang, Rasulullah saw lah orangnya. Kerana Rasulullah saw lah role model seperti yang termaktub dalam al quran. Malah, kehadirannya membawa rahmat seluruh alam, membawa perubahan besar dalam alam ini, sehinggakan Allah sekali lagi mengangkat martabat rasulullah saw dalam firmannya :


وَمَاأَرْسَلْنَاكَإِلَّارَحْمَةًلِّلْعَالَمِينَ
Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. (al anbiya' :107)

Malah kaum bukan Muslim juga mengakui kehebatan Rasulullah Saw dalam pelbagai bidang.
"Philosopher, Oator, Legislator, Apostle, Conquerer of Ideas, Restorer of rational beleifs...he founder of twenty terrestial empires, and one pf spiritual empire that is Muhammad. As regards all standards by which human greatness may be measured, we may well ask, is there any man greater than he?" Alphonse de laMartaine dalam sebuah buku bertajuk "Historie de la Turquie', 1974

"My choice of Muhammad to lead the list of the world's most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular level."Michael H. Hart, THE 100: A RANKING OF THE MOST INFLUENTIAL PERSONS IN HISTORY, New York: Hart Publishing Company, Inc., 1978.

Subhanallah, rasulullah saw lah manusia paling unggul. Malah ketika zaman baginda saw, umat nya umat paling baik, khoirul ummah.

"Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan mereka pun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar." (At-Taubah:100).

Rasulullah, juga telah mengatakan, generasi awal Islam, itulah umat yang terbaik.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sebaik-baik manusia adalah (generasi) pada zamanku, kemudian setelah mereka, kemudian generasi berikutnya." (HR. Al-Bukhari dari Ibnu Mas'ud radhiyallahu 'anhu).

Lihatlah sahaja, bagaimana generasi awwalan umat Islam, mereka yang antara beriman dengan Allah dan rasulNya dengan sebenar-benar aqidah yang kukuh, diangkat martabat oleh Allah dan rasulNya. Mereka telah dijanjikan dengan syurga, dan keredhaan Allah

Mencintai rasulullah saw



Saban tahun, kita menyambut maulud nabi. Saban tahun juga kita berzanji memuji-muji rasulullah saw. Tetapi cukupkah sekadar itu bukti kita mencintainya? Kita mengakui kita beriman dengan Allah, beriman dengan rasulullah saw. tetapi saban hari, semakin banyak cela yang ternampak dalam masyarakt kita.



Jika kita soroti kisah para sahabat, generasi awal yang dijanjikan generasi terbaik, generasi yang cukup gemilang, aqidah mereka cukup mantap. Akhlak mereka cukup terpuji. Ilmu mereka cukup tinggi. Amal mereka amalan yang soleh.
Sekiranya benar kita ingin merealisasikan Individu cemerlang, umat gemilang, kita terlebih dahulu perlu mengenali rasulullah saw. Perlu lebih dahulu mengetahui peribadi dan amalan baginda. Kecintaan rasulullah saw terhadap Allah perlu diterapkan dalam hati kita. Kita selusuri peranan generasi awwalan dalam pembentukan masyarakat yg sebenar.

Ayuh, masih tidak terlambat. Kita selusuri keperibadian rasullullah saw, kerana baginda saw, contoh ikutan kita.
Firman Allah :قُلْإِن كُنتُمْتُحِبُّونَاللّهَفَاتَّبِعُونِييُحْبِبْكُمُاللّهُوَيَغْفِرْلَكُمْذُنُوبَكُمْوَاللّهُغَفُورٌ رَّحِيمٌ
Katakanlah: `Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.` Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Bukti cinta ; bukanlah sekadar lafaz di bibir..