July 27, 2006

='(

Assalamualaikum

Juz a few recent updates..
Israel makin lama makin mengganas..
Sekarang dah involve Lubnan..
Dan orang malaysia, yg moslem
masih lg sibuk mempertikaikan siti nurhaliza dan dato' K
Let me make it clearer,
Jodoh, maut ajal rezeki di tangan Allah
kalo dah jodoh dorang, biarkan
Siapa kita nak pertikaikan
kalo tak suka senyap je..kalo sukepun senyap jer...

Kes Lina Joy makin lama makin hangat
mungkin ramai yg tak tahu
seorang wanita Islamyg
naim turun mahkamah yg mntk tukar
dalam ic dia tak payah ada agama Islam
sebabnya, dia dah lama tak de pegangan islam
Tp, terlupa kotmita ni
Hanya agamaIslam satu-satunya agamayg diredhai Allah
jadi nk dibiarkan shaja ker?

adus shbt...
lupa sungguh kita..
kita terlalu selesa..
AF, One in a million
Berapa ramai yg duduk depan tv apbila siaraan akademi Al quran
Berapa ramai yg duduk depan tvmenuggun siaran langsung
pengumuman dato' k dan siti?


Apakah tanggungjawab kita sekadar hiburan dunia?
Biarkan urusan mereka
di Palestin berjuta yang hilang nyawa
tapi satu doa pun kita tak titipkan..
kenapa ya?

sebabnya
kita tak kenal palestin
tak kenal maka tak cinta...


coming soon..
kenal Palestin
cinta palestin

Insya Allah

July 17, 2006

They Are also our responsibilities

Assalamualaikum..

Wahai saudaraku sekalian, janganlah dibicarakan tentang yang remeh-remeh..Biarkanlah urusan jodoh artis tanah air di bawah urusan Allah..Ketahuilah umat palestin memerlukan doamu..Memerlukan bantuanmu..Mereka tak perlukan sorak sorai kalian untuk pelajar AF yang terkeluar, bukan juga suka dukamu untuk Siti Nurhaliza yang bakal berkahwin dengan Dato' K..

Ketahuilah, urusan saudaramu adalah urusan mu jua..
Jika kita sayangkan kiblat kita Makkatul Mukaramah, maka kasihi jugalah palestin, kerana di situ terdapat baitul maqdis, kiblat pertama umat Islam

Jika kita benar-benar ingin mendapat solat yang khusyuk agar dengan itu kita boleh menjadi hambaNya yang dikasihiNya, maka kasihilah baitul maqdis yang mana telah di isra' mi'raj kan rasulullah saw menerima tuntutan solat

Ketahuilah sahabatku,

Berdasarkan hadith Abu Dzar dalam sahih al-Bukhari dan Muslim :Rasulullah S.A.W pernah ditanya,Masjid apakah yang pertama dibangunkan di atas muka bumi ini , Baginda S.A.W menjawab : Masjid al-Haram, Selepas itu masjid apakah pula? Baginda S.A.W pun menjawab : Masjid al-Aqsa

Maka sahabatku, konklusinya, kumemohon dengan sungguh-sungguh dari kalian, ketahuilah palestin adalah urusan kesemua umat Islam.Ia adalah berkaitan dengan aqidah..Bangkitlah dan doakan kejayaan utk mereka.

Wahai saudaraku,
Ketahuilah
"Tidak beriman seseorang di antara kamu jika kamu tidak mengambil tahu urusan saudaramu:
Hadith

Ana hadiahkan wallpaper ni utk sume.Moga ada khair dalam tulisan kali ini..
Doakanlah mereka...Sungguh-sungguh doa..Mereka benar-benar perlukan doa kita, saudara mereka.





July 16, 2006

Penawar Jiwa Yang Lesu

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..

Kadang-kala, dalam keghairahan mencari redha Allah, jiwa kadang-kadang lesu tak bermaya. Apabila ujian satu demi satu diberiNya hati mula keluh kesah. Lagi kuat ujian lagi mula tersasar kita. Mengapa ya? Jangan dibiarkan sahabatku saudaraku fillah yg kucukup kasihi keranaNya. Gembirakanlah hatimu, ranapkan tahzanmu, garapkan keyakinanmu kepada janji Yg Maha Menunaikan janji, Allah Tuhan Sekalian Alam, Dialah Pencipta, Dialah Pentadbir, Dialah Penguasa dan Dialah Pemelihara.

Ikhlaskan hatimu dalam menerima agamaNya..Kerana Dia cukup mengasihi hambaNya yg benar-benar ikhlas dlm memperhambakan dirimu kepadaNya. Redhalah dengan ujian yg diberi kepadaMu.Bersabarlah dengan ujian Tuhanmu,kerana janjiNya kepadamu terlalu banyak andai kau bersabar.
a) Allah tidak menyia-nyiakan kebaikanmu dalam kesabaranmu
Dan bersabarlah kerana Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan” Al Hud: 115

b)Balasan syurga kepada as sabiruun
Dan Dia memberikan balasan kepada mereka atas kesabaran mereka dengan syurga dan pakaian sutera” al Insan :12

c) Keselamatan ke atas mereka
Keselamatan ke atas kesabaran kamu maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu” ar ra’du:24

Maka bergembira dan bersabarlah.Raikanlah dugaan itu. Malah, dalam kelelahan meredah kepayahan akhirnya pasti berjumpa dengan kesenangan. Itulah janji Allah.
“……Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang diberikan oleh Allah kepadanya, Kelak Allah akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan” At Talaq:7

Sedarlah dirimu, ujian itu adalah yang terbaik buat dirimu..Maka janganlah lesu, janganlah goyah..kerana kita tidak tahu, mungkin itu yang terbaik buat kita..
“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan itu baik bagi kamu, dan padahal itu baik bagi kamu sedangkan kamu tidak mengetahui.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui” Al baqarah:216

Janganlah lesu saudaraku fillah..Kerana kita ada Allah, dan Dialah sebaik-baik Penolong.Allah lah jua yang akan membantumu dengan sebenar-benar bantuan dariNya
Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenalkanNya kepada mereka. ‘Hai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu” Muhammad:5-7

Maka pamanku, usahlah bersedih lag.Janganlah lesu dan layu dibiarkan terus membara.Kembalikanlah semangat juangmu utk keredhaan Allah? Apakah hatimu masih tidak gembira dengan janji Allah, yang tidak mampu utk kunukilkan semuanya dalam laman maya ini. Berwudhu’, dan solatlah, dan berzikirlah, krn hanya dengan itu hatimu kan tenang, resah kan kian kabur, masalahmu kan diselesaikan..
“Maka aku katakan kepada mereka ‘Mohonlah ampun kepada Tuhan kalian, sesungguhnya Dia Maha Pengampu, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat kepada kalian” Nuh:10-11

Akhirul kalam , moga dirimu kan sentiasa diberi ketenagan dan kekuatan, dengan janji Allah yang Maha Agung..Moga janjiNya menggembirakan hatimu…Insya Allah

July 15, 2006

Pejuangkah Aku

Assalmualaikum

Sekadar muhasabah diri
setelah membaca artikel 'pejuang sejatkah aku' sewaktu melayari internet..

Benar-benar ikhlas kah aku dalam agama Allah?
Lihat sahaja solatku..seringkali aku lewatkan..Khusyuk? Jauh sekali..
Kenapa? Terlalu sibukkah aku dgn urusan agama?Atau terlalu sibukkah aku melayan kerenah bdn yang seringkali letih?
Astaghfirullah al adzheem

Benar-benarkah aku ikhlas dalam agama Allah?
Cukuplah masa studyku dkurangkan setengah jam. Muka sudah mencuka..Cukuplah diminta memandu 4 kali pusingan, sudah mengeluh keletihan..Cukuplah diminta ke program yang tidak langsung aku minat, sudah membebel mulutku..Inikah hakikat seorang pejuang?
Astaghfirullah al adzheem

Benar-benar ikhlaskah aku dalam agama Allah?
Al quran aku baca, tafsirannya aku baca..namun jarang benar tersentuh hati..Jarang benar ar mata bercucuran mengingati dosa yang menggunung.. Zikir aku lagukan, namun jarang benar ada rasa kemanisan.Cukupkah kemanisan itu sekadar menjelang peperiksaan? jarang benar aku merayu merintih menghara kekuatan dariNya..
Astaghfirullah al adzheem

Benar-benar ikhlaskah aku dalam agama Allah?
Dalam bicara penuh dengan lagha..Penuh dengan umpatan..Penuh dgn cacian. Dalam hati penuh dgn riyak, penuh dengan su udzon, penuh dengan hasad? hati penuh mazmumah, ati tidak mengingati Allah, hati mengingati perkara lagha? Tubuh badan yg dliatka utk berjuang di agama Allah? Tubuh bdn yg sengaja ditidurkan utk mengelakkan tugasan??
Astaghfirullah al adzheem

Ya Rabbi...Ya Allah..Ya Rahman...Ya Rahim
Ampunkan dosa ku.
Aku ingin jadi pejuangMu, namun seringkali aku melupakanMu
Aku ingin mewakafkan diriku utk agamaMu, namun tak sepenuhnya tuntutanMu kuturuti
Ampunkan dosaku yang menggunung
ya Rabbi
Ku hanyalah hambaMu yg hina
Engkaulah sebaik-baik dan selayak-layak penerima pujian
Segala pujian hanya utkMu Ya Rahim
Ampunkan dosaku ya Rabbi..
Kuatkanlah keyakinan kami kepada janjiMu
Letakkanlah dalam hati kami kecintaan terhadapMu
Letakkanlah dalam hati kami kemanisan beramal dengan sunah rasulMu
letakkanlah dalam hati kami
keindahan tawakkal kepadaMu ya Rabbi

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar.
Izinkan Ya Allah
kami memujiMu
Izinkan Ya Rahim
hati kami sentasa bergetar apabila disebut namaMu
Izinkan Ya Allah
hati kami bertambah keimana apabila dibacakan kalamMu
Kerana hanya Engkaulah
yg Maha Memberi Hidayah...

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar



hambaMu yg terlalu hina
Nurul Diyana Sharifudin

July 11, 2006

Belajarlah Menjadi Busy Body

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Belajarlah Menjadi ‘Busy Body’.

Agak kontroversi tajuk kali ini. ‘Busy body’ yang menggambarkan seseorang itu terlalu mengambil tahu urusan seseorang, mahu yang perkara yang kecil atau pun yang besar. Kemudian, mereka ini jugalah yang sering mewar-warkan cerita bukankah begitu?

Bagaimana pendapat Islam tentang orang yang ‘busy body’ ini? Kita lihat hadis berikut : dari Anas ra, Nabi Muhammad saw bersabda “tidak sempurna iman seseorang di antara kamu, sebelum kamu menyintai saudara kamu sebagaimana dia menyintai diri sendiri” hadis riwayat bukhari. (Kitab sahih bukhari jilid 1, hadis tentang iman, hadis no 10)

Sekiranya kita tidak suka sakit, maka saudara kita juga kita tanyakan khabar beritanya, Jika kita tidak suka hidup susah, begitu juga dengan saudara kita kita tanyakan apa yang boleh dibantu, jika kita resah gelisah, begitu juga kita perlu mencuba sedaya upaya kita untuk menyelesaikan masalah saudara kita. Begitu indah Islam, Islam tidak mengajar umatnya mementingkan diri sendiri, lalu melalui hadis rasulullah saw, diberi panduan agar kita sentiasa menyintai saudara kita sendiri, sehinggakan kecintaan kepada saudara kita adalah kecintaan diri kita sendiri.

Kita lihat bagaimana rasulullah saw cakna terhadap urusan umatnya. Rasulullah ketika hendak ke msjid untuk solat berjemaah, pasti akan baginda singgah sebentar di rumah seorang Yahudi. Setiap hari baginda akan bertanya khabar tentangnya. Yahudi itu pula, setiap hari akan mengejek-ngejek rasulullah saw. Suatu hari, orang Yahudi itu tidak mengejeknya. Lalu rasulullah bertanya kepada sahabat, di mana kah si fulan. Kata mereka, si pulan sakit. Terus sahaja rasulullah saw ziarah si fulan.

Jika rasulullah saw tidak mengambil tahu masakan baginda saw tahu si fulan sakit? Jika rasulullah saw tidak cakna,masakan di akhir hayatnya, masih disebut ummati..ummati…ummati… (umatku…umatku.umatku?) Lihat pula keperibadian saidina umar al khattab sebagai khalifah. Malam-malam akan, dibuat rondaan, siapakah umatnya, yang miskin, yang hidup melarat, sehinggakan satu malam, beliau terjumpa keluarga miskin yang digembirakan oleh ibunya dengan batu-batu yang direbus? Jika beliau as tidak cakna, masakan dirinya sanggup meronda malam-malam untuk memantau keadaan pimpinannya.

Jadi, saudaraku sekalian. Demi iman yang perlu dipertahankan, marilah, cubalah tanam dalam diri, kesengsaraan saudaraku adalah kesengsaraan diriku jua. Kegembiraan saudaraku, adalah kegembiraan diriku sendiri. Jika umat di Palestin merana, maka rasakanlah jua kesengsaraan mereka. Berfikirlah sebagaimana mereka berfikir untuk memerdekan kiblat pertama umat Islam. Jika saudara di hadapan bilik kita masih belum mengenalinya, maka berkenalanlah. Kerana, tak kenal maka tak cinta. Tak cinta oranglain pula bermakna kurang sempurna iman. Kurang sempurna iman pula, makin jauhlah kita dari Allah yag menjadikan syurga, hakikat yang abadi…Allahu ‘alam.

July 03, 2006

Menjana peribadi professional dalam diri muslim

Assalamualaikum

Siapakah golongan professional muslim? Golongan professional yang punya ilmu dan perwatakan seperti ustaz atau ustazah? Golongan ini lebih dikenali sebagai protaz. Jika definasinya begini, maka kasihanlah muslim yang tidak menceburkan diri dalam bidang professional ini; mereka tiada gelaran tertentu buat mereka.

Bagamana kalau isu protaz digantikan dengan peribadi professional muslim? Ini bermakna setiap muslim wajar mempunyai sikap professional sebagai muslim. Maksudnya, mereka ini bukanlah semestinya golongan doktor, bukan semestinya jurutera, peguam, akauntan, pensyarah atau sebagainya, namun mereka masih mempunyai kredibiliti sebagai seorang muslim yang professional

‘Professional person is a person having impressive competence in a particular actvity’
Oxford

Lantaran itu, seorang professional muslim didefinasikan sebagai seorang yang mempunyai kefahaman dan kompeten yang tinggi terhadap kehidupannya sebagai muslim. Masih kurang jelas?

Kita lihat bagaimana menjana masyarakat muslim yang berperibadi professional. Pertamanya, golongan professional adalah orang yang mahir dan berilmu serta berkeupayaan tinggi dalam bidangnya. Maka, setiap Muslim wajiblah menguasai, dan berkeupayaan tinggi dalam kehidupannya sebagai seorang Muslim. Dia perlulah menguasai ilmu tentang segala ilmu Islam (yang cukup luas) dan dia mestilah mahir serta berkeupayaan (baca:mengamalkan) sepenuhnya. Maka berbaliklah kepada suruhan pertama yg diterima oleh rasulullah saw “Bacalah! Dengan nama Tuhanmu yang menjadikan” Al ‘alaq.1-2

Malah golongan professional ini adalah mereka yang bijak merancang,merencana, serta melakukan apa jua demi masa depan mereka. Maka sebagai Muslim, perlulah bijak dalam merancang,merencana dan bersungguh-sungguh demi masa depan mereka, syurga yang abadi. Maka, dengan ini, tiadalah masa terbuang dengan sia-sia, kerana mereka yang professional merasakan masa itu satu asset yang cukup berharga. Maka benarlah ayat al quran “demi masa.Sesungguhnya manusia itu adalah dalam kerugian yang nyata’ Al asr:1-2

Komited adalah salah satu ciri golongan professional. Setiap yang telah mengucapkan syahadah sewajarnya berlaku cukup komited dengan kehidupannya sebagai seorang Muslim. Di sinilah gelanggang peribadi professional seorang Muslim. Hidupnya, matinya, segala kelakuannya dilakukan sepenuh hati dan penuh komitmen untuk menjadi seorang muslim yang sebenar.

Kebiasaannya golongan professional akan diakreditasikan. Para pegawai perubatan akan dipantau perkhidmatannya setiap beberapa tahun sekali. Kita kaitkan pula dengan kehiduan muslim, kehidupannya dipantau setiap saat oleh Allah. Maka itulah system akreditasi kita. Dengan itu, peningkatan qualiti iman akan terus meningkat kerana kita tahu kita dipantau setiap masa.

Bagaimana? Ayuh, bersama kita bina peribadi professional dalam diri muslim kita. Kitalah yang mahir, kitalah komited, kita bijak merancang serta melaksanakan perancangan kita, dan kitalah juga yang sentiasa memastikan peningakat iman. Tepuk dada, tanya iman. Mahukah sekadar jadi amatur muslim? Saya memilih untuk menjadi professional muslim. Allahu ‘alam