September 03, 2010

Keletah kanak-kanak itu

Assalamualaikum wbt
Sejuk mendengar keletah panel kecil-kecil cili padi di forum perdana adik-adikku. Yang paling terkesan, pesan adik Naim

 "Jadilah hamba Rabbani, janganlah jadi hamba Ramadhani semata-mata, kerana ibadah itu berterusan" (menukil kata-kata Yusuf Qardhawi). Ayuh, jadikan madrasah Ramadhan ini memimpin 11 bulan seterusnya". 

Pesan seorang adik perempuan (yang saya terlupa namanya), rebutlah peluang Ramadhan ini, kerana inilah bulan keampunan, bulan rahmat, bulan sadaqah, bulan Al Quran, bulan solat.

Seperti biasa, air mata mudah jatuh, andai ada seseorang yang mengingatkan, apatah lagi yang mengingatkan adalah mereka yang muda, yang diberi hidayah oleh Allah untuk menyampaikan al haq dalam usia muda. Berderai juga air mata, tatkala mereka diberi kekuatan oleh Allah dan dimudahkan oleh Allah untuk petah berbicara. Mereka faham erti Ramadhan sebenar. Alhamdulillah.

Ramadhan hampir saja ke penghujung. Apakah Ramadhan ini mampu memimpin 11 bulan seterusnya? Auditlah diri, sebelum tiba penghujung bulan rahmat ini. Astaghfirullah al adzheem. Astaghfirullah al adzheem. Astaghfirullah al adzheem...