Assalamulaikum wbt
Alhamdulillah, segala puji-pujian bg Allah rabb sekalian alam. KepadaMu lah kami bermohon, kepada Mu jualah kami meletakkan harapan dan kepada Mu jualah kami dikembalikan. Subhanallah,Alhamdulillah, Allahu Akbar
Rasanya, tak terlalu lambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan maaf zahir dan batin.
Ramadhan pemergianmu ditangisi, pemergianmu mengikut aturan dan kehendakNya, dan kini Syawal pula menjelma. Sahabatku, andai ramadhan kali ini, diisi penuh dengan amalan-amalan tadabbur al quran, sedeqah yang tulus, nafsu yang dikawal ketat, solat yang cukup terjaga, maka sama-samalah kita kekalkan ibadah-ibadah tersebut dalam sebelas bulan yang mendatang. Ketahuilah, Islam mementingkan konsistensi daripada sesuatu yang nampak gah namun tidak konsisten. Berusahalah untuk terus istiqamah, kerana Allah terlalu mencintai hambaNya yang konsisten dengan ibadahnya.
Dari Aisyah ra katanya: Orang bertanya kepada Nabi Saw : “Amal apakah yang paling disukai Allah?” Baginda berkata “ Yang dikerjakan secara tetap walaupun sedikit” Baginda berkata lagi : “ Lakukanlah amal perbuatan mana yang kamu sanggup lakukan” Hadis Riwayat Bukhari
Dalam kemeriahan menyambut eidul fitri ini, jangan lupa untuk menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Syukur kerana diberi kekuatan utk beribadah dalam bulan ramadhan, yg penuh dengan keampunan, yang pintu api neraka ditutup dan penuh dengan barakah, Syukur kerana dipertemukan dengan syawal utk meraikan kemenangan setelah berpuasa sebulan, syukur kerana masih ramai yang meraikan hari raya tidak semeriah kita.
Lantaran itu, rasulullah saw telah menganjurkan umatnya agar menyambut hari raya dengan takbir Allahu Akbar : Allah Maha Besar, tahmid: Alhamdulillah. Malah dianjurkan juga berpuasa 6 hari agar kita dapat melatih diri utk terus istiqamah dan mensyukuri nikmat yang sedia ada. Maka ayuh sahabat, rebutlah peluang keemasan ini, untuk sama-sama berpuasa 6 di bulan ramadhan
Sabdanya : Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari berpuasa di bulan syawal, maka baginya seolah-olah berpuasa selama setahun”
Tepuk dada tanyalah iman, mampukah aku berpuasa selama setahun. Rutin harian yang meletihkan, mampukah kita? Ayuh teman, kita sama-sama berpuasa enam di bulan syawal. Pemurahnya Allah, masih lagi dibuka ‘grand sale’ kepada kita, setelah sebulan ramadhan yang penuh dengan grand sale. Subhanallah!
Biarlah tv penuh dengan rancangan hedonisme raya : rock raya, mentor raya, filem-filem raya dan sebagainya, namun biarlah kita beraya dengan penuh rasa kehambaan. Tahmid, takbir, puasa, ziarah menziarahi, maaf-bermaafan. Kurangkanlah masa mengadap tv, tutup tv, dan bukalah kembali al quranmu…
No comments:
Post a Comment