October 11, 2009

You Are Never Alone

Assalamualaikum.




This entry is all about my special dedication to :

a) A sahabat and my dearly friends who are currently 'bersilat' preparing for non-stop exams, thesis, and presentations. Sesungguhnya Allah telah memilih kalian untuk berjuang di jalan ilmuNya. Ketahuilah firman Allah
"Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama?" (QS. At-Taubah:122"

Jadi bergembiralah sahabat yang kusayangi.

Selamat berjuang di jalan ilmu Allah :)

b) A sahabat and my dearly friends who are preparing themselve to be a very good manager (DDO/DOIC/ etc). Selamat berjuang menjadi sebaik-baik pemimpin Ikuti sirah rasulullah saw, dalam memimpin. Semoga dipermudahkan Allah.

c) Seorang sahabat yang sedang bersedih, bertanyakan pilihan yang dibuat adakah benar. Ya ukhti ku sayang, ketahuilah, Allah itu Maha Penyayang, DIA sekali-sekali tidak akan membebankan hambaNYA melebihi kadar kemampuannya. Akak faham perasaan adik, sayangku, tapi istighfar lah adik. Jangan sesekali penyeselanmu itu seolah-olah menafikan takdirNya ke atasmu atas jalan yang kau lalui sekarang. Ketahuilah, lapangkan hatimu selapang-lapangnya. Cuba lihat from 'out of box'. Sabar, sabar, dan terus sabar. Nur itu insya Allah akan sampai, tetapi, syaratnya, hatimu perlu dibuka seluas-luasnya melihat apa yang ingin Allah sampaikan. Akak memetik kata-kata dalam novel Ayat-Ayat Ci
nta, " Allah sedang berkata-kata denganmu tentang sabar dan ikhlas". Apakah kau lupa adik, firmanNya
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Al Baqarah : 216

d) seorang sahabat yang akan memulakan tugasnya di Jabatan Pergigian Mulut, Hospital Kajang 16 Oktober ini. Insya Allah, Allah Maha Tahu, dikau layak sahabat. Ku akui, bukan mudah untuk bekerja di dalam sebuah hospital, letihnya lebih jika dibandingkan dengan diri yang bekerja di district. Tapi Allah itu kan lebih kenal kita dari kita mengenali diri sendiri. Do come with an open heart. Itu pesan saya, dan yakinlah Allah itu Maha Mengetahui :)

Fasobrun jameel, innALLAHa maassobireen :)







Read more!

September 26, 2009

Kerana DIA Maha Tahu

Assalamualaikum wbt.
Mungkin masih sempat untuk saya mengucapkan Salam Aidilfitri, dan Maaf Zahir Batin. Taqabballahu minni waminkum

3.23 am, saya sepatutnya sudah lena tidur. Esok ada perjalanan panjang, ke Sri Aman, memulakan hidup baru sebagai seorang Pegawai Pergigian U41. Tempat baru, suasana baru, staff baru. Segalanya baru. Secara jujur, ada rasa resah dan gelisah dalam hati saya. Mungkin kerana itu juga saya, tidak boleh tidur. Sudah berapa kali air mata menitis di hadapanNya, memohon dihilangkan resah, memohon dipermudahkan segala urusan. Tapi saya tahu, ujian saya tidak seberapa jika dibandingkan dengan rakan-rakan saya yang lain..

Mereka kebanyakannya akan menjadi Pegawai Pergigian yang menjaga (Dental Officer In charge -DOIC), dan ada juga yang akan menjadi Pegawai Pergigian Bahagian (District Dental Officer). Ujian mereka lebih berat sebenarnya, daripada seorang FYDO (first year dental officer) lantas diberi amanah menjawat jawatan yang disandang oleh Pegawai Pergigian U44 dan ke atas jika di Semenanjung. Apalah sangat ujian yang Allah berikan kepada saya jika dibandingkan dengan mereka. Ujian saya hanya perlu mengadaptasi dengan persekitaran, sedangkan mereka perlu mengadaptasi dengan segalanya, baik dari segi kepimpinan, klinikal dan sebagainya.

Buat sahabat-sahabat saya, yakinlah dengan firman Allah "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannyaa33;" (Al-Baqarah: 286).

Yakinlah juga dengan firman Allah "Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).

Sahabat-sahabat saya, tenangkanlah dirimu, sabarkan lah dengan apa yang Allah berikan kepadamu. DIA Maha Tahu, bukankah juga firmannya

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Allah itu benar-benar Maha Tahu. Letakkan keyakinanmu kembali kepadanya, letakkan tawakkal mu kepadanya. Kalian mengatakan " Layakkah saya untuk memegang jawatan ini? Takut sebenarnya, kena tahu everything" but look at the positive side dear. Barangkali kita mengatakan kita mengenali diri sendiri, tetapi bukankah di dalam firmanNya jua telah termaktub : "bukankah Kami lebih dekat drpd salur darah manusia itu sendiri?"

Saya share satu link untuk semua.. Entah kenapa berjurai air mata saya membaca artikel ini. Benar ujian Allah itu diberi hanya mengikut kemampuan seseorang..

Seeru 'ala barakatillah. Serian, Simunjan, Sri Aman, Sibu, Mukah, Bintulu, Lundu, Betong, Kenawit, Samarahan. Please have a safe journey everybody :)

PS : Fizah, Rahim : La tahzan :)


Read more!

September 19, 2009

Eid Mubarak =)



Insya Allah kami akan pulang ke kampung hari ini. kami ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Semoga kita kan ketemu dengan Ramadhan akan datang. Sunnah untuk mengucapkan, taqabballhu minni waminkum (semoga Allah menerima amalan ku dan amalan kalian).

Hari Raya hari untuk bergembira, tetapi jangan dilupa tujuan asal kita bergembira, semoga hari raya dan Ramadhan yang berlalu membawa sinar taqwa buat semua. Ayuh kita sambut Syawal kali ini dengan penuh tahmid dan takbir. Kita selusuri sunnah Rasulullah SAW dalam menyambut eid mubarak ini

Berikut adalah cadangan artikel yang dicadangkan untuk dibaca :
1.Dilema istiqamah pasca ramadhan


2.
Khutbah: Kemerdekaan Diri di Aidilfitri

3. Hari Raya: yang perlu dan jangan dilakukan

4.Hukum Menghiasi masjid ketika eid Read more!

September 17, 2009

Ramadhan kali ini..~

Assalamualaikum wbt.

Ramadhan kali ini sudah hampir benar ke penghujungnya. Menitis air mata mengingatkan betapa lalai dan alpanya diri dalam Ramadhan kali ini. Harapnya, masih ada kekuatan yang berterusan untuk memaksimakan baki-baki Ramadhan ini. Moga, kita sama-sama sampai sedikit tujuan dihadiahkan Ramadhan buat kita semua

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa. (QS Al Baqarah: 183).

Pesan buat diri, apakah Ramadhan kali ini, sudah dimaksimakan sebaik mungkin untuk memohon keampunan daripadaNya, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang? Bukankah sudah berpesan KekasihNya SAW “Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya).

Masya Allah.Sudah sebulan Ramadhan, dan benar-benar mengharap, walau tak banyak, biarlah ada sedikit cebisan taqwa itu bertambah, moga pengharapan yang secara berterusan daripada diri buatNya dinilai olehNya sendiri..

Malam LailatulQadr yang dicari, moga kan ketemu...Ya Allah, ampunkan dosa kami dan sampaikanlah kami ke Ramadhan seterusnya...~
Read more!

June 13, 2009

Monolog Diri

Untuk seseorang yang sememanangnya saya sudah menganggap dirinya seorang sahabat saya.

Teman saya itu, teman yang halus hatinya, cukup peka dengan keadaan sekitar, cukup prihatin dengan perubahan emosi teman-temannya, seorang yang cantik akhlaknya dengan semua orang di sekeliling. Suka bergurau, suka berteman, senyuman memang tak pernah lekang di bibirnya.

Dia, cukup suka bercerita. Cukup suka menasihati dan menegur dengan cara yang benar-benar membawa tenang dalam hati. Cukup suka dipuji. Cukup sudi menolong andai betul cara pertolongan itu diminta. Manja orangnya tapi manjanya itu bawa tenang..Seseorang pernah memberitahu, hatinya cantik. Cantik dalam dan luar orangnya...

Tapi, entah kenapa saya tersasul. Tersasul saya itu membuatkan dia benar-benar marah. Bukan sekali ini yang saya tersasul, terlalu banyak kali, tetapi tersasul saya bukan perkara yang sama (walaupun dia kata perkara yang sama). Pertama kali tersasul kerana saya tidak menghargainya yang sudi bersusah payah menemankan saya yang keseorang di Cineplex. Kali kedua tersasul saya kerana membiarkan dia tunggu lama untuk saya menghantar barang. Tapi kerana hatinya yang halus, maaf saya sentiasa diterima. Dan setiap kali dia mengatakan "saya dah maafkan", hati benar-benar terasa tenang.Tetapi tersasul kali ini benar-benar membuatkan dia jauh hati daripada saya. Bukan sekadar jauh hati, tetapi sehinggakan dia benar-benar mahu marah, geram, benci dengan saya.

Dan seperti biasa, setiap kali saya tersasul, kesannya akan kembali kepada diri saya. Saya tidak mudah untuk fokus dalam setiap kerja saya. Saya mula 'berolah' di klinik, mula mahu melepaskan dengan berjogging, atau ber'aerobik atau dengan bermain badminton. Mula ke pustaka negeri melihat ikan-ikan di tasik. Sememangnya alam lebih membawa tenang buat diri.

Kepada teman itu, andai masih ada ruang maaf di hatimu, izinkan aku mengambilnya sedikit. Maaf itu sahaja yang kuperlukan agar hati kan terus tenang. Tidak lagi saya mengharapkan lebih daripada itu semenjak 3 bulan lepas. Hanya doa dan doa yang menjadi penenang hati saya sekarang. Teman, andai maaf itu bukan milikku, hati kan terus resah. Andai maaf itu milikku, sejuta terima kasih dan penghargaan saya ucapkan. Moga maaf yang sedikit itu bisa membawa tenang.

Terima kasih kerana sudi menjadi teman saya walau seketika. Terima kasih kerana sudi mendengar ketika saya bersedih, gembira dan sebagainya. Terima kasih kerana sudi menolong tatkala saya susah. Terima kasih kerana sudi mengajar erti perihatin dengan semua. Terima kasih kerana sudi menegur salah dan silap dengan ikhlas. Terima kasih kerana sudi mengajar urusan-urusan teknikal. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita apa sahaja.....Terima kasih sangat-sangat teman..

Saya benar-benar tidak mahu kehilangan kawan saya itu...Kerana dia benar-benar bawa perubahan dalam hati ini, dengan izinNya.. Kerana saya banyak belajar daripadanya.Teman, maafkanlah......
Read more!

June 02, 2009

Cerita itu ini




Assalamualaikum wbt

" Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah, di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah" Ibn Qayyum.


Sudah 25 tahun sudah saya. Alhamdulillah 'ala kulli haal :). Harapan saya, moga sentiasa dalam peliharaan iman, dan dalam petunjukNya sentiasa. Tapi untuk harapan yang sedemikian, saya sendiri yang perlu menjaga urusan saya dan Allah. Jagalah Allah, Allah akan menjaga kamu. Moga dikabulkan, amin.

Kepada teman-teman yang menghantar SMS, terima kasih semua ya? Andai ada yang tak terbalas, mungkin sahaja saya terlepas pandang. Tq, arigato gozaimas, xie2, syukran jazilan :) Nurul Diyana Sharifudin
had an enjoyable and blissful weekend and birthday. tq to all wishes I had. Thank you so much to my family, and friends who added spices in my life. Thank you to a friend who willingly forgive da simple mistakes i did :). Ini status shout out saya dalam Facebook. Alhamdulillah, dan alhamdulillah

Sabtu :
Hanya merehatkan diri dan menguruskan urusan bayaran bil. Operasi sebentar bilik dan dapur.
Malam bermain badminton dengan housemates dan rakan-rakan FYDOs dan terus masak nasi untuk berkelah esok :D.Rabu dan Khamis minggu lepas agak keletihan. Bagi ubat bius kat pesakit kebanyakannya tak menjadi. Bite registration patient tak menjadi (bite registration salah satu prosedur dalam pembikinan gigi palsu), cabutan kebanyakannya end up dengan root fracture, and attempt to remove it failed. Hmm, balik ke rumah, rupa-rupanya mood yang sama dialami oleh housemates saya. Tak pe lah :)

Ahad:
Ke Bako. Pagi-pagi semua ahli rumah menyediakan makanan berkelah. Sandwich saya sangat masin. Otedah housemates saya. Sori, tapi saya akan terus belajar, insya Allah :). Aktiviti yang sangat menyihatkan. Jungle tracking dan melihat kebesaran alam. Terima kasih kepada sahabat2 yang sudi menunggu saya, memegang handbag saya, dan menunjuk jalan dalam hutan. Saya yang paling lembap (biasala enjin tak power :p), tapi terima kasih banyak-banyak sebab sudi menunggu saya :).Alam, memang sentiasa menyejukkan hati. Kerana itulah ciptaan Allah. Cantik dan menyejukkan mata dan hati. Seorang teman berpesan, "istighfar sambil-sambil tengok alam ni :)". Jazakillah sahabat, terisi juga hati. Petang ke Samarahan semula, ada barang
tertinggal, dan menemani rakan-rakan untuk keluar makan.Pulang jam 8pm.



Isnin:
Ke rumah Dr. Lani atas jemputan. Drive sendiri diikuti oleh seorang rakan dari belakang (as usual rasa nervous bila kita yang kena lead jalan), dan tiba di Bau, menumpang kereta staff. Kemudian drive pula ke Wisma Seberkas, membeli external hard disk dan 'survey' harga handphone. Cadang mahu membeli handphone sebagai hadiah hari jadi, dan handphone sudah tidak boleh menyimpan nama lagi, terlalu penuh. Tapi disimpankan dahulu hajat, nanti.Sabar, sabar. Tunggu SE. Nokia kita boycott (walaupun function wise Nokia is superior. Teringin makan cheese cake, mengajak rakan-rakan ke Secret Recipe, rancangan bertukar ke makan Pizza Ria. So ramai-ramai makan sana. Adik seorang housemate mengajak mengambil gambar di tugu-tugu Kuching, so, saya join sekali. Ke Hopoh menemani rakan-rakan membeli badminton racket. Dan ke Choice Mall membeli ubat untuk sahabat saya. Moga cepat sembuh sahabat, sayafakillah :) Pulang dalam pukul 830pm.

Selasa:
Housemates mengajak bermain badminton. Court yang sangat murah. Dari jam 8am sampai ke 1pm harga court hanya RM8. Beriya-iya rakan-rakan saya. Saya lewat sedikit, ada urusan roomate saya perlu selesaikan + itu sahaja peluang saya basuh baju guna washing machine (yelah, ada 6 orang ahli rumah, kenala bergilir-gilir ye tak? :p). Sampai ke badminton hall jam 11.00 pagi, terus-terusan main sehingga jam 12.30pm. Rakan-rakan saya yang lain memang masih bermain walaupun sudah bermain dari pukul 9 am! Memang sangat semangat rakan-rakan saya ni.Hehe

Petang, badan masih sakit-sakit sebenarnya. Decided pergi ke Samarahan sahaja esok pagi. Malas nak 'packing'. Mahu benar-benar berehat sebelum memulakan kerja esok.

Itu sahaja cerita itu dan ini. Dah lama tak bercerita...

Sedikit tazkirah
" Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah, di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah" Ibn Qayyum. Moga kan terus-terus dapat menjaga diri dan hati untuk pertemuan yang pasti..amin..
Read more!