June 25, 2006

New converted Moslem..please give moral support to them

assalamualaikum

setelah diberi kebenaran oleh
akh masri
  • dan hafizbar
  • , ana pun fwd kan posting ni.
    Innamal muiminunal ikhwah. Give them support.They had encounter difficult path to appreciate the meaning of Islam is the only way of life..

    So read this..from http://www.the-authenthic.blogspot.com

    Assalamu'alaikum WBT.

    Kat bawah ini adalah petikan dari blog Hafizbar. Aku harap semua yang membaca blog ini memberi tindak balas kepada isi kandungannya. Tindak balas yang aku kehendaki bukanlah meng' forward' tulisan ini ke seberapa banyak kawan-kawan korang. Akan tetapi tindak balas yang aku mahu, mudah sahaja, tulis emel, dan hantarkan kepada hafizbar@gmail.com dan Hfaiz akan forwardkan emel itu kepada dua saudara seIslam kita yang baru sahaja memeluk Islam.

    Sila ikut format yang diberikan dalam tulisan di bawah. Ini untuk memudahkan membezakan emel tersebut dengan emel-emel lain yang singgah masuk ke dalam Inbox Hafizbar.

    Benda ni dah lama wujud dalam blog Hafizbar, hampir sebulan. Dan aku tanya Hafiz berapa ramai yang bagi emel kata-kata semangat, motivasi dan lain-lain kepada dua orang saudara kita tu. Jawab Hafizbar tidak sampai lima orang. Maka dekat blog aku ini, aku ingin menginatkan adakah isu ini terlalu kecil dibanding dengan isu-isu lain. daripada sibuk menulis emel meng'forward' benda-benda yang entah betul ke tidak, ini makanan ada sosej babi dan lain-lain 'nonsense' emel, lebih elok engkau semua luangkan masa menulis emel kepada saudara kita yang dua orang ini. Selamat membaca pengalaman Hafizbar bersama mereka dan jangan lupa hantarkan emel kamu semua.




    warkah (surat) drp hafizbar buat sahabat2 di luar sana.

    Dengan sukcitanya saya memulakan warkah ini dengan sebuah cerita. cerita yg tidak ada di mana2 melainkan hanya di hafizbar's site. dengarkan lah adik-adik sekalian.

    Di sebuah universiti, di dalam sebuah ruang, aku singgah sembahyang zohor. Belum masuk waktu lagi. Aku pusing mata melihat keadaan sekeliling. tengok ada seorang mat saleh yg aku rasa baru kenal tempat `ini'. baru je masuk islam aku rasa. Bagi salam, tanya nama, jawabnya: ``Brant.... Brant johnson." aku balas, ``My name is Muhammad...."

    Aku tanya tunggu orang ke? Dia kata tak... Nak tunggu sembahyang zohor. Aku tanya lama ke tunggu/ duduk sini? Dia kata dalam 10 minit. ****... selama 10 minit dia duduk dalam bilik tu, takde orang nak tegur, borak-borak dengan dia. Apa cerita? Orang yang konon-konon berjuang menegakkan keharmonian dan kebenaran dalam alam mayapada LANGSUNG tak ambil peduli dgn orang cam beliau (read: brant).

    Berapa lama masuk islam? Dia kata about 3 weeks ago. sekali lagi, minda ku berputar-putar fikir ke mana perginya orang-orang Islam yg suka knee-jerk pada benda-benda yang langsung tak offended pun. Benda-benda besar nampak, benda-benda yang dianggap `kecil' langsung haram tak ambil peduli.

    ULANGAN... kenapa lah bab-bab `kecil' utk bergaul, bersosial sesama muslim -- terutama new converted, langsung tak diambil kisah.


    Lepas tu, aku kerap gak jumpa dia, kat school, masjid, etc. tiap-tiap kali jumpa kat masjid aku ajar dia al-fatihah (ajar semua, dan dia dapat baca dgn agak baik. dan juga dimaklumkan dia dapat hafal 5 ayat dlm masa 1 jam, lagi 2 ayat aku suh dia hafal sendiri. dia penat aku rasa, tu yg stop tu).

    Lepastu sebagai sedara baru, aku pon faham apa tugas aku... selain tolong ajar benda-benda yg basic, aku bagi dia HADIAH quran, minyak wangi, etc.

    itu baru cerita satu, ni plak cerita seterusnya

    ---
    cerita dua (2)

    sekali aku gi jalan-jalan kat Winona (minneapolis-winona = 2jam kereta). Singgahla kat masjid situ. lepak-lepak apa semua.... nak tunggu asar. sekali datang lah sorang new american muslim.

    ``ape nama"
    ``nama saya doug"
    ``bla bla bla bla"
    ``saya dah sebulan masuk islam"
    ``ooo ye ke... alhamdulillah. apa nama islam?"
    ``abd rahman"

    maka berborak-borak la. ringkasan lebih kurang:

    keadaan kat sana teruk. die dah sungguh-sungguh cari islam, masuk islam. tapi, takde sape2 yg dia boleh buat member nak tunjuk ajar ape seme. ade sekali die datang masjid tu... langsung takde orang. haram tul la.

    die siap tanya aku macam-macam.. solat la, fatihah la. ape yg aku dapat jawab, jawab je la. pastu cakap kat die... kalau ade ape-apa soalan terus je jumpa ustaz. pastu die kata, ustaz yg selalu die jumpa tinggal jauh dari tempat dia. kene pegi bandar berhampiran.

    sblm berpisah, aku bagi hadiah perfume/ minyak attar

    ---

    Ini Format untuk emel yang korang kena hantar kepada saudara kita.
    ikut format ni:
    ---------------------------------------------------------------------------------
    Subject: New Converted Muslim

    Assalamualaykum Rafeeq/Abd Rahman,
    Allah has forgiven every single of your sins at the moment you recite ``asyhadu al lailaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah"

    Sincerely,
    Hafizbar, Minneapolis, USA
    ---------------------------------------------------------------------------------

    * subject line kat email ko tu, TULIS: New Converted Muslim. bukan letak kat isi email.

    * isi surat tu contoh je, ko taruk la ape2 ko nak, IKUT SUKA. panjang ke pendek isi tak kisah.

    * nama kena BETUL (mohd.....)

    * ``Assalamualaykum" dan ``Sincerely" ... JANGAN tinggal. tak perlu ganti ukhuwah fill-up atau ape2 yg sewaktu dgn nya.

    * tempat tinggal ko pon MESTI tulis.

    * Sila ikut format yang diarahkan. Ini untuk memudahkan kerja mencari emel-emel yang tiba ke dalam inbox Hafizbar

    Sekian blog hari ini. Ingat hantar emel, luangkan sedikit masa untuk saudara kita yang baru masuk Islam. Jangan abaikan mereka. Dan ingat hantar emel korang tu kepada hafizbar@gmail.com .

  • No comments: