Menyelesuri syukur Nabi Sulaiman As
Segala puji bg Allah Rabb sekalian alam, Dialah pencipta, Dialah pemelihara, Dialah pentadbir. Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad, wa’ala alihi wasohbigh wassalam.
Syukurkah aku?
Itu persoalan pertama apabila ana membaca terjemahan surah an naml: 15-19
“ Dan sungguh, Kami telah memberikan ilmu kepada Daud dan Sulaiman, dan keduanya berkata, ‘segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari banyak-banyak hambaNya yg beriman.
Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, ‘Wahai manusia!Kami telah diajari dengan bahasa burung dan kami diberi segala sesuatu. Sungguh ini benar-benar kurniaan yg nyata
Mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, “Wahai semut-semut, Masuklah ke dalam sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedariMaka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa mendengar perkataan semut itu dan berdoa:
Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepada aku keazaman utk mensyukuri nikmat yg Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku, dan kurniakanlah kepadaku amalan soleh yg Engkau redhai, dan golongkanlah diriku dalam golongan orang soleh yg Engkau rahmati”
Subhanallah, itulah doa seorang rasul, seorang utusan Allah, walau kerajaan menggunung, hatinya masih tertaut kepada Allah, doanya masih penuh tawadhuk..
Sedangkan kita?
Mungkin ada yg beralasan, dia nabi, terpelihara…Alasan, terlalu mudah memberi alasan.tetapi adakah para nabi dan rasul diutuskan sekadar untuk membacakan kitab? Apakah keperibadian mereka langsung tidak boleh disemai dalam diri sedikit demi sedikit dalam diri kita? Sememangnya para nabi dan rasul menerima tarbiyyah dari Allah, namun, kita sebagai penghuni akhir zaman sewajarnya mencontohi dan mengaplikasi setiap qudwah kita.
“Nasi lembik, tak selera makan!” “alah, tak de duitlah sekarang ni, nak beli buku”
Antara alasan yg sering dilontarkan. Banyak lagi contoh mudah.. Nasi lembik, telan je, ramai lagi yang tak makan kat afrika sana, Tak de duit? Duit tukan rezeki dari Allah, ada, Cuma kena budget…Sakit, biasalah tu, ramai lagi yg sakit yg takde ubat, kat negara luar tu…
Hakikatnya itulah kita, jarang mensyukuri segala yg diberikanNya. Mungkin barangkali kita terlupa, atau kita tidak pernah cuba untuk menghayati firmanNya, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” Al baqarah 216
Jika kita benar-benar yakin dan beramal dengan ayatNya, maka kita akan cuba mensyukuri nikmat yg dikurniakanNya, malah, sekalipun ditimpa badai, hati kan tetap tidak bergelora, kerana kita yakin, itulah yg terbaik buat kita.
Malah, kejadian kita ini, perlu dijadikan sebab kita bersyukur. Ana tidak mampu untuk mengolah semua system badan yg berfungsi di dalam badan kita..Lihat sahaja, bagaimana ke sepuluh jari kita boleh melakukan pelbagai pergerakan, boleh sahaja menentukan panas, sejuk, getaran(vibaration), sentuhan lembut, sentuhan kasar, lihatlah dengan mata kasarmu, tanganmu terlalu kecil, lebih kecil dari buku yg kau pegang, namun hayatilah betapa fungsinya telah ana nyatakan di atas.Malah, kita tidak tahu bagaimana ia berfungsi bukan?
“Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu, dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Ia memberi kepadamu pendengaran, penglihatan, dan hati agar kamu bersyukur” An nahl: 78
Aduhai sahabt, yakinilah, apa jua yg ditentukan oleh Allah, bersyukurlah, kerana itu mungkin yang terbaik buat kita.Namun, syukur itu bukanlah sekadar melafazkan alhamdulillah, kerana dengan lafaz, namun amalnya tiada, apalah gunanya. Kata orang, cakap tak serupa bikin! Maka, dengan segala bentuk pengibadatan fizikal atau rohani, cubalah untuk mensyukuri..Belajarlah menerima seadanya.
Solatmu, sebagai tanda syukurmu kepadaNya, sedeqahmu sebagai tanda syukurmu kepadaNYa, bacaan al quranmu, sebagai zikrullah kepada yg telah mengurniakan yg terbaik buatmu, pergaulan seharianmu, agar kau dapa memandang ke bawah, dan mensyukuri, kau masih lagi diberi nikmat yg lebih dari mereka.
Maka tenangalah wahai hati, walau mehnah, walau nikmat, hatimu kan tenang..kerana kau yakin, Dia Maha Mengetahu, Dia Maha Pemberi rezeki
“Dan ingatlah tatkala Allah memaklumkan sesungguhnya jika bersyukur pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari maka sesungguhnya azabKu amat pedih” Ibrahim: 7
Sememangnya, utk jadi hambaNya, kita perlu golongkan diri dalam golongan yg sedikit.. “terlalu sedikit hambaKu yg bersyukur…”
Alhamdulillah..
Buat adik-adikku, belajarlah bersyukur..
Walau tiada lauk kegemaran, cubalah, kerana ibu kita sudah berpenat lelah menyiapkannya…Kasihilah dirinya adik-adikku
“Ya Allah kurniakanlah keazaman untuk mensyukuri nikmat yg Kau kurniakan kepada kami dan kepada kedua ibu bapa kami, dan kurniakanlah kepada kami, amalan soleh yg Engkau redhai, dan golongkanlah kami dlaam golongan yg mendapat rahmatMu bersama orang-orang yg soleh”
Selusuri syukur Nabi Sulaiman As…
4 comments:
sapelah yg komen kat atas nun...hampeh!!
syukran..insya allah ana delete..
Post a Comment