Assalamualaikum wbt..
Firman Allah bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa.” (Surah al-Ahqaaf, ayat 15)
Firman-Nya lagi bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga sama ada yang dekat atau yang jauh, rakan karib dan ibnu sabil, serta hamba sahaya.” (Surah an-Nisa, ayat 36
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Segala puji baginya yang menghidupkan dan mematikan segala sesuatu. DariNya lah kita datang dan kepadaNyalah kita kembali..Ana menghadiri program klinikal bersama senior semalam. Selepas sessi klinikal bersama senior, senior mengajak kami ke labour roon 'bilik bersalin'. Pada asalnya, kami tidak merancang. Tetapi, seorang sahabat fillah, mengajak untuk ke labour room. Kami bertiga bersama senior tersebut lantas ke labour room.
Pada pukul 10.45, ramai ibu yang sudah selamat melahirkan perwira-perwira agama (insya allah), cuma tinggal seorang ibu lagi yang masih belum melahirkan anaknya. Kelahiran pertama, sewajarnya mengambil masa agak lama untuk perjuangan ini. Kami menunggu. Pada pukul 10.15 ibu itu mengadu sakit,(1st stage of labour)..lama, Dr sudah bersiap sedia untuk menyambut kelahiran seorang lagi perwira agama. Suami di sisi tegar menemani...
10.15....
10.45...
11.15...
ibu tersebut masih mengerang kesakitan.. Terlalu lama..12.00 am..12.15...
Ibu mengerang lagi kesakitan. Doktor, beberapa staff nurse menunggu. Dr pandang ana, "nk try conduct labour?" Ana pada awalnya keberatan, ini pengalaman pertama, dan tak pernah diexposekan utk ni! Tapi, alhamdulillah, kekuatan dari Allah, ana bersetuju..
Ana dipakaikan apron. Sarung tangan dipakai agar tidak dicemari (sterility).. Doktor mengarahkan ana untuk menyapu sejenis krim di serviks ibu tersebut. Ibu tersebut terus berusaha. Gegar gempita bilik tersebut. "Kuat kak..kuat lagi..Kami dah nampak kepala baby tu..Kuat lagi kak!!! Takbir kak!"
Ana tak dapat nak bayangkan perasaan ana ketika itu. Terlalu sayu, mengenangkan semua ibu bertarung nyawa berjuang demi memberi peluang kepada anaknya, melihat dunia baru. Satu pertarungan yang melibatkan nyawa sendiri. Menahan kesakian yang teramat pedih, semput nafas menegerang kesakitan, bukaan serviks yang amat kecil untuk diberi laluan kepada bayi seberat 2.5 kg...Terlalu payah untuk diungkapkan..
Terlalu semangat melihat perjuangna seorang ibu. Gembira melihat kelahiran bakal seorang bayi...12.30 ibu tersebut masih mengerang kesakitan. Tak terbayang rasanya apabila melihat kepala bayi tersebut keluar dari serviks ibu....
akhirnya, 12.45 am, ibu tersebut selamat melahhirkan anaknya...
Satu perasaan yg cukup sayu, apabila azan dikumandangkan di telinga bayi tersebut. masya Allah!!
2 minit pertama bayi tidak menangis. "Bangun baby"..Staff nurse menepuk-nepuk untuk memastikan keadaan bayi tersebut. Agak cuak.. tetapi alhamdulillah, satu lagi kelahiran drNya yg bisa menghidupkan..
Alhamdulillah, Maha Suci Engkau Ya Allah, satu lagi kelahiran..Alhamdulillah, atas pengalaman baru ini..Subhanallah, Alhamdulillah Allah Akbar...
Setelah melalui sendiri pengalaman menyambut bayi, ada satu perasaan meruntun.. Ibu!! Terima kasih kerana berjuang demi kelahiran kami.. Mama!! terima kasih kerana perjuanganmu itu kami bisa mengenal kebesaran Allah. Ummi!! terima kasih kerana membimbing kami.. Mak!! Terima kasih kerana apa jua pengorbananmu...
Seorang ibu yang meninggal ketika melahirkan anaknya, itulah syahid. Itulah janji Allah..
lantaran itu saudaraku... Ingatlah di mana engkau berada..Allah mengurniakan ibumu untuk melahirkanmu..
Janganlah engkau menagatakan walau sepatah 'uff' pun kepada mereka..
Sentiasalah bertanya kabar ..
Berdoalah untuk kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat...
Buat mamaku.. Semoga dirimu sentiasa dalam redha Allah. Semoga usahamu walau sekecil zarah mendapat barakah dariNya.. Semoga dirimu tergolong dalam bidadari syurgaNya..
Ya allah perkenankan doaku...
Mama!! Along sayang mama!!
3 comments:
Assalamualaikum..huhu
Fizah dah expect mesti anti akan cite kat blopg nih.Oklah,moga peristiwa pagi tu memberikan sesuatu yang amat bernilai untuk hidup ini. Ayuh sahabat,sambut seruan La Ilaha Illallah!
subhanallah...
Dia Maha Berkuasa...
Kelahiran baby adalah bukti kekuasaanNya yg tiada terbanding
diyana to ihdal husaini..
ya pengalaman kita adalah satu pengajaran..
satu bukti betapa Allah Maha Kuasa..
semoga..diriku dirimu..
mampu menjadi anak solehah..
setelah pengalaman ari tu..
diyana to asrar_reeza..
semoga kita tergolong dlm gol yg bersyukur..yg sentiasa memikirkan kebesaran Ilahi..
Allahuakbar!!
Post a Comment