March 14, 2006

Alfu Mubarak!!

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..
Petikan dari 'harakah online'

Mon Mar 13, 06 05:40:50 PM Oleh Harakahdaily
MACHANG, 13 Mac (Hrkh) – Maahad Tahfiz Pulai Chondong, sebuah sekolah agama milik kerajaan negeri terus mengungguli peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, apabila lima pelajarnya mendapat 11A.


Manakala seorang pelajar Maahad Muhammadi Lelaki, Mohd Nasrullah Nik Abdul Kadir pula mendapat 13A1 dalam peperiksaan tersebut. Pencapaian keseluruhan bagi sekolah itu 100 peratus. Tiga pelajar cemerlang Maahad Tahfiz mendapat 10A1 dan 1A2 iaitu Abdul Halim, Mohd Tarmizi dan Yahya.

Manakala dua lagi pelajar iaitu Wan Ahmad Fadhil mendapat 9A1, 2A2 dan 1B3 serta Ahmad Bazli 9A1, 1A2 dan 1B3. Dengan keputusan itu, Maahad Tahfiz berjaya mengekalkan kecemerlangan 100 peratus sejak 1996.
Sekolah terbabit memulakan sesi pengajian pertama pada 5 Januari 1992 dengan pengambilan pelajar seramai 30 orang. Mata pelajaran bagi pelajar tingkatan lima diajar sebanyak 21 subjek termasuk akademik biasa.


Pengetua Maahad Tahfiz Pulai Chondong, Ustaz Mansor Daud berkata, seramai 48 pelajar menduduki SPM tahun lepas di mana lima mendapat 11A, 10A (tiga orang), 9A (tujuh orang), 8A (lima orang), 7A (10 orang), 6A (lima orang), 4A (tujuh orang), 3A (tiga orang), 2A (dua orang) dan 1A (seorang).
Katanya, gred putara keseluruhan (GPK) bagi sekolah terbabit iaitu 2.27 berbanding 2.80 tahun sebelumnya.
Bagi pencapaian A1 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu seramai 32 pelajar, Bahasa Inggeris (13 pelajar), Matematik (24 pelajar), Sejarah (23 pelajar), Sains (31 pelajar), Al Quran Sunnah (39 pelajar), Bahasa Arab Tinggi (15 pelajar), Ekonomi Asas (18 pelajar), Prinsip Akaun (24 pelajar), Matematik Tambahan (tiga pelajar) dan Tasawwur Islam (tujuh pelajar).


*******
Tahniah adik!! Teruskan.
Dulu ana ingat lagi, bila ana kata dengan mak ana nak masuk sekolah agama, mak ana kata, tak payahlah along..
Tapi sekrang alhamdulillah, mak ana dah mula nampak..
Adik ana yang bongsu, mak ana tanya, "lala nak masuk KISAS?"
alhamudulillah..

Adilah, lepas spm, nak masuk darul quran tak?
Jadi cam adik kwn along..
Sekarang amik medic kat uia..
Hmm..
Jadi Dr Nur Adilah yang hafizah..
Insya Allah

Ps: siapa kata aliran agama tak boleh berjaya dunia?
Rezeki dari Allah kan?
Tp kena usaha sebaik mungkin...

3 comments:

Yin Areesa said...

nnt lahirkan jurutera,
lahirkan doktor,
lahirkan arkitek,
lahirkan angkasawan,
dan lahirkan insan,
yang hafal, faham dan amalkan alQuran..
yang tidak hidup bertongkatkan dunia,
tetapi tetap merindui syurga...

Ummu Yazid said...

hmm..betul.
dan kita sebagai wanita, ni kenalah ada azam untuk membina baitul muslim yang melahirkan ibnu sina, melahirkan generasi al quran yang soleh dan mu'min..
insya allah..

(adus, panjangnya angan-angan..mampukah?)

Anonymous said...

tul tu kawan2..saya sokong harapan dan impian tu..sama2 kita berusaha..=)