Assalamualaikum..
Ada yang bertanya "bagaimana dikatakan dengan zikrullah menenangkan hati?"
Saya berdehem. memikirkan jawapan..Bila sahabat menceritakan masalah, saya kata bersabar, banyakkan ingat Allah, Allah akan mempermudahkan urusan. Itu jawapan yang sama.
tapi kali ini, persoalannya berbeza.. "Tak de beza pun? Sama je? x rasa tenang pun?"
Saya berdehem. Memikirkan jawapan lagi.. Terlalu payah rasanya memberi nasihat. Pesan Imam Al Ghazali di dlaam bukunya 'ayyuhal walad' (Wahai anakku tercinta), risaulah kamu andai kamu suka memberi nasihat, kerana ditakuti nasihatmu itu tidak sama dengan amalanmu.. Hmm..payah tu.Tu pesan ulama' terkemuka..
memang diakui, satu masa dahulu, saya ada masalah, org pertama yg akan saya cari, sahabat karib saya. tetapi alhamdulillah, daripada pesanan seorang sahabat yang cukup mencintai Allah, saya cuba menjadikan Allah pertama dalam hidup saya. Pesannya: Allah sebaik2 pemberi nasihat.
Memandangkan yang bertanya punya latar belakang ilmu perubatan,saya cuba mengaplikasi.
D:Kalau demam, kita buat apa?
X:Jumpa Doktor.
D:Then what is the dioagnosis?
X:Fever.
D:then what did he prescribe to u?
XAntipyretic (ubat hilang demam) and antibiotic.
D: what was his advise?
X:To be complement with those drugs.
D:Then what did u do?
X: I'll be compliance as prescribed by that MD.
D:Then, what is ur hope?
X:To cure as soon as possible.
D:Are you confindent enough that those drug can cure ur fever?
X: Sure enough.
D: Why?
X: Becoz i know the moa (Mode of action)
D: Hmm...
X: Are those question relevant in history taking?
D: yup... becoz i'm a dental student who hv basic knowledge bout how a medicine works..
so do u..
X: I dont understand..
itu sekadar analogi. Apabila kita demam, kita batuk, kita selsema, kita sakit perut, atau apa jua sign and symptom yang ada pada kita, kita berjumpa Dr.Dan apabila diberi ubat, kita pun dengan rela hatinya (atau paksa dalam rela) menghabiskan ubat. Contohnya antobiotik, Dr kata habiskan. So kita kena habiskan sebabnya antibiotik tu untuk membunuh bakteria. Walaupun kita dah rasakan kita dah sihat, tp tu tak bermakna semua bakteria tu dah habis dibunuh, sbbnya ia hidden..
dalam kes doa sebagai ubat..kita lihat dari aspek..
pertamanya dari segi kepatuhan, dan keimanan kepada ayat Allah
"hanya dengan mengingati Allah hati kan jadi tenang"?
Sekadar tahu, tapi tidak mengamalkan?
Bila ada masalah, di mana kita letakkan Allah pada waktu tu, adakah Allah yg pertama, atau Allah yg kedua, ketiaga, atau tiada langsung? Yalah, kalau kita demam pun, yg pertama alert, kwn dulu, bila dah nasihat baru jumpe Dr, ya tak? Tp masalahnya, ubat tu ada pada Dr, nape nak bg tau kwn dulu? So, dlm hal ni, Allah ada ubatnya, tp kenapa tak cari Dia dulu?
X: takkan x boleh nak cerita kat orang?
D: tak salah sahabat,tp jgn sesekali dilupakan Allah..
kedua dari perspektif keyakinan bahawa ubat tu akan mujarab...
kalo kita yakin dengan ubat2 tu..sebab kita tahu MOA dia, tapi dengan berdoa kepada Allah kita kurang yakin. Ya, kita berdoa..doa..doa..Tapi satu, yang perlu diambil kira, doa kita sekadar lafaz, atau memang dari hati kita? Salah satu teori, mengapa ubat tu berkesan, sbb akal kita menguasai, bahawa ubat tu berkesan. Tp bila berdoa, akal kita tak kata :doa adalah penawar paling mujarab, jadi natijahnya.....jadilah orang yg tak compliant (tak patuh kepada ubat)....
ketiga..
dari segi compliant (kepatuhan) erhadap ubat..
Dr kata, habiskan.. kalo tak ada banyak komplikasi.. Kita pun habiskan.. Tapi doa..kita tak pernah compliant..sekejap doa, kejap tak...petang kang doa balik..lepas isya' tak doa dah.. Tak compliant..camner nak heal/cure sepenuhnya?
Hmm, sekadar itu yang termampu untuk diluahkan.
saya tidak punya ilmu yang banyak untuk mengeluarkan hadis, ayat alquran. Tapi pesan imam Al Ghazali dalam bukunya "Ayuhal Walad" (Wahai Anakku tercinta) beramallah dengan ilmu yang engkau ada. janganlah engkau beramal dengan sesuatu yang kau tiada ilmu.
Saya punya sedikit asas pengetahuan dalam perubatan, jadi saya cuba mengaplikasi ilmu tersebut..
Dr yang terbaik : Allah.
Ubatan yang terbaik: Zikrullah
Cara terbaik nak sembuh: Cari Allah yang pertama, compliant dengan ubat yang diberi, yakin bahawa ubat itu akan bertindak.
Insya Allah, dirimu kan diberi kesihatan, dalaman yang cukup indah.
Allahu'alam..
No comments:
Post a Comment