March 28, 2006

al-fatihah buat arwah

bismillahirrahmnirrahim.

assalamulaikum wbt.
terpaksa keluar dari hibernasi sebentar.
Al fatihah buat Prof Madya Hafifi, ketua jbtn haiwan dan mikrobiologi.

Ana mendapat berita kematiannya pukul 4.30 semalam. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah. Semoga arwahyarham tergolong dalam golongan yang mendapat syurgaNya.

Terlau terperanjat, barangkali. Baru petang kelmarin sahabat ana berkata, arwah mengajarnya specimen cacing Ascaris Lumbricoides. Al fatihah.

Benarlah, andai saat tiba, ia kan tiba, tanpa diucapkan salamnya kepada kita. Ingatlah dunia hanya sementara dan hanya pinjaman semata.Ingatlah bila-bila Allah boleh minta balik hak yang dipinjam..Sudah bersediakah kita?

"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat"
*******************************

Dear my sahabat fillah,
Alhamdulillah,
Allah telah memberi ku kesempatan untuk mengenalimu,
Alhamdulillah,
kita di satu jalan perjuangan yang sama,
Terima kasih untuk mu hai sahabat,
Sesungguhnya,
untuk memelihara iman mu bukan mudah,
Apatah lagi untuk memelihara kecekalanmu,
dalam menegakkan kalam Allah,
Tambahan pula dengan kemungkaran melingkari,
Tambahan pula bila diri dikelilingi insan yang masih tidur,
Namun begitu,
wahai sahabat ku fillah,
Allah sentiasa menjanjikan,
Yang islam pasti di mata dunia,
Satu hari nanti,
Mungkin kita sempat menyaksikan,
Mungkin juga tidak,
Adakah kita hendak berdiam diri,
Atau menjadi sebahagian daripada jundullah,
Atau menjadi penentang, musuh laknatullah,
Kuharap dirimu memilih dengan berhati-hati.
Walau apapun,
Jangan lah kita mencampurkan yang hak dan yang batil,
Jangan lah kita menyembunyikan kebenaran,
Kerana telah ditegaskan,
oleh Allah rabbul izzati,
Itulah petanda orang yang rugi,
Di akhirat sana,
Nauzubillahi min dzalik.
Doaku untuk mu hai sahabat,
Semuga dirimu sentiasa dicurahi,
Mardhatillah sehingga ke akhir hayatmu,
Jazakillah khairan kathira,
Kerana menjadi sahabat yang sentiasa di sisi,
Semoga sentiasa thabat di jalan-Nya,
wahai sahabatku,Wallahua'lam bissawab....
Nurul Nazleen Suhairi

March 22, 2006

Hibernate for a while

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.
Sebelum ini, ana pernah menyatakan, ana akan mengurangkan posting ana. Namun, kerana ilmu, dan peringatan yg perlu ana sampaikan, ana memungkiri janji. Ana akui, posting blog ana banyak berkisar tentang perjalanan hidup ana. Namun apa yg ana cuba sampaikan, adalah :cubalah ambil sesuatu dari pengalaman ana yg hanya manusia biasa.

Ana akan mengahadapi peperiksaan klinikal dental pertama esok, peperiksaan ini menetukan 5% untuk peperiksaan professional 2. Pada 19 April 2006 ana insya Allah, peperiksaan semesta dua, dan pada 17 May 2006 peperiksaan professional 2, yg menetukan adakah ana layak untuk ke tahun 4. Jika gagal (naudzubillahmindzalik) terpaksa mengulang setahun pengajian, tiada mengulang paper, viva dsb.

Ana mohon kemaafan dari semua, andai posting ana ada yg terasa, teguran ana sangat memedihkan, dan yang paling penting ilmu yang ana sampaikan tidaklah sehebat mana. Ana fakir ilaLLAH.

Jadi untuk mempersiapkan diri, menjana ilmu perubatan dan pergigian ini, agar menjadi Dr yang solehah, yg tidak menjadi fitnah kepada agama, ana perlu ‘hibernate’ blog ana buat sementara waktu.

Ana ucapkan terima kasih kepada sahabat yg sering menjengah blog ana. Teguran, perkongsian ilmu antum ana hargai. Semoga kita dapat beramal dengan ilmu tersebut.

Tetapi, andai ada ilmu penting yang perlu ana sampaikan, ana akan cuba sampaikan.
Doakan ana. Ana selagi mampu akan mendoakan antum.

Ingatlah Allah telah menjadikan Islam agama yg paling direhdhai. Maka taatilah perintahNya, tinggalkanlah laranganNya. Taatilah perintah Rasulullah saw. Yakinlah Allah sebaik-baik kekasih. Yakinlah Al Quran sebaik-baik petunjuk. Segalanya dari Allah.

Fi amanillah sahabat.


Toward the excellence of muslimat daie.

Penghayatan Solat

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Insya Allah, ni antara posting akhir ana sebelum ana menghibernasi diri ana buat sementara waktu.

Maafkan ana kerana terlupa menyampaikan ilmu ini, walaupun, dah hampir 2 minggu Allah memberikan ana ilmu ini.

Antara perkara yang sering kita abaikan ketika solat.
1. Persiapan sebelum mendirikan solat, wudhu’,keadaan diri, ketika azan.
- Wudhu’ hendaklah dalam keadaan khusyu’. Mulakan dengan niat.
- Ketika membasuh muka, berdoalah “ Ya Allah, serikanlah wajahku di hari kiamat kelak, yang mana ketika itu orang lain hitam legam”
- Ketika membasuh tangan kanan,” Ya Allah, kurniakanlah kitab amalku dengan tangan kanan.” Ketika membasuh tangan kiri “ Ya Allah janganlah kau kurniakan kitab amalku dengan tangan kiri kerana aku akan rugi”
- Ketika membasuh ubun-ubun “ Ya Allah, peliharalah diriku dari panas terik matahari ketika hari kiamat”
- Ketka membasuh kaki “ Ya Allah permudahkanlah kakiku melintas titian siratmu”
2. Ketika azan, cubalah biasakan menghayati kalimah azan yang dilaungkan.
Cubalah belajar bacaan tajwid yg sebenarnya. Huruf ‘ha’ perlu disebut dengan sebaik mungkin. Perlu diberi perhatian ketika menyebut ayat ke dua surah alfatihah. sebutan huruf ha perlu dijaga. kerana jika tidak betul sebetunnya, maka maksudnya akan menjadi ‘segala yg mati bagi..’ Nauzubilah mindzalik.

3. Hayatilah pergerakan solat
- Ketika mengangkat takbir “Allahu Akbar”, rasakanlah dalm hati Allah lebih besar, Maha Besar dari segala2nya.
- Ketika berdiri, bayangkanlah itu adalah latihan ketika berdiri di padang mahsyar
- Ketika sujud, sujud pertama menggambarkan kita dibangkitkan dari tanah, sujud kedua kita dikembalikan kepada tanah.
- Duduk di antara dua sujud, kita dibangunkan sebagai khlaifah lalu kita keampunan, rahmat Allah, ketinggian darjat di sisi Allah, kemaafan Allah, kerana kita hanya hamba yg terlalu lemah.
- Bacaan yg lain sebagai pujian-pujian kepada Allah

4. Toma’ninah atau berhenti sebentar.
- Selepas membaca surah al fatihah/surah lazim sebelum ruku’, ketika ruku’, I’tidal’, sujud, duduk anatara dua sujud.
- Berhentilah sekejap dari sebarang perbuatan (kaku) dan lafazkanlah ‘subhanallah’.

Maafkan ana atas segala kekurangan da kesilapan. Ana cuba menyampaikan ilmu yg ana perolehi. Semoga kita menghayati solat kita. Insya Allah

March 20, 2006

Untukmu sahabt fillahku

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum.
(buat seorang shbt yg ana telalu kasihi, Nurul Nazleen Suhairi)

Ya Allah,
Andai sahabtku ini gelisah,
tenangkanlah ombak gelisahnya
dengan sifat rahmanMu
Andai dia bersedih
gembirakan hatinya
dengan Ar RahimMu.
andai dia buntu
Bukakanlh jalan
Dengan sifat al HakimMu

Ya Allah..
Aku tidak mampu melihat dirinya bersedih..
Aku mengasihinya..
Lantaran itu,
andai dia bersedih,
aku juga kan terasa sedihnya...
Permudahkan lah jalan sahabatku ini..
Ya ALlah,sungguh,
aku tak mengetahui masalahnya
Engkau jua sebaik sandaran..
Sandarkanlah kami dengan keyakinankepadaMu...
Ameen..
Perkenankanlah pintaku Ya ALlah..

March 19, 2006

berilmu..dan beramallah

bismillahirrahim

assalamualaikum wbt..

Sering kali kita dengar, belajarlah betul-betul. Mak ayah pun pesan, belajarlah tinggi, sampai masuk universiti, lepas tu dpt kerja elok..

Tapi jarang sangat kita dengar, belajarlah betul, amalkanlah ilmu yg kita dapat.
Jadi, sekadar mengingatkan, kalau dahulu, kita pergi ke mana-mana program, kita niat kita untuk menambahkan ilmu.Tp sekarang tambahlah sedikit,
"aku nak menuntut ilmu, dan aku nk beramal dengan ilmu yg ada supaya aku dapat mendekatkan diri kepada Allah".

Kerana, setiap pekerjaan kita berdasarkan niat. Kalau nak ilmu, maka kita akan dapat ilmu sahaja, kalau nk ilmu dan beramal maka kita akan dapat kedua-duanya.

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.' (HR Bukhari dan Muslim)

March 16, 2006

Requote

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Sekadar requote kata-kata ketua ana
"Camner antum nak mengharapkan bantuan dari Allah, andai asas tak kukuh? Berapa ramai yang solat subuh jemaah setiap hari? yg suka bersukan tu maghrib dah masuk, tp masih main, imam dah bagi salam, baru terhegeh nak datang surau. Camner dengan pengharapan kita kepada Allah? Berapa ramai yg buat solat hajat untuk sesuatu program yang dirancang? (beberapa org disoal, dan diam)..Camner nak program nk jalan lancar andai pengarah program sendiro x solat hajat?"

Memang benar. Ana terasa. Kerja-kerja yg ana lakukan selama ni, jarang benar ada penggantungan pada Allah sepenuhnya. Ambil sahaja contoh mudah :study. asik lah dok ingat kejayaan kita adalah kerana usaha kita. Ya memang usaha, tp juga ditambah dengan kekuasaan Allah..
Sama-samalah, selapas ni, apapun kita buat, biarlah pengharapan kepada Allah lebih dari pengharapan kita terhadap usaha, terhadapa shbt etc...

March 15, 2006

They say..

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..

They said "Will you be home end of this month?"
I said "I'm not sure.There's so many activities for each weekend".

I luv my mom's concern " Along, u'r thinner, and u look pale, make sure u take a glass of milk everyday".
Along said "ehehhe, am i getting slimmer?"

I love my daddy's stern advise"How's everything? When is ur exam?"
I said "Soon, very soon"

I love my brother's words " Hah, yalah, kejap lagi abg buat".
I said "Cepatlah, tlg along!!"

I love the way my sister's end our phone conversation, very cheerful; "Mmmuuuaaaahhh, I miss u along!!"
And i said " Miss u too, dear.Heheh"..

As a conclusion,
I love my family..
I should rephrase it..
I love and miss my family badly...
I'm gonna go home this weekend. Insya Allah..

March 14, 2006

Alfu Mubarak!!

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..
Petikan dari 'harakah online'

Mon Mar 13, 06 05:40:50 PM Oleh Harakahdaily
MACHANG, 13 Mac (Hrkh) – Maahad Tahfiz Pulai Chondong, sebuah sekolah agama milik kerajaan negeri terus mengungguli peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, apabila lima pelajarnya mendapat 11A.


Manakala seorang pelajar Maahad Muhammadi Lelaki, Mohd Nasrullah Nik Abdul Kadir pula mendapat 13A1 dalam peperiksaan tersebut. Pencapaian keseluruhan bagi sekolah itu 100 peratus. Tiga pelajar cemerlang Maahad Tahfiz mendapat 10A1 dan 1A2 iaitu Abdul Halim, Mohd Tarmizi dan Yahya.

Manakala dua lagi pelajar iaitu Wan Ahmad Fadhil mendapat 9A1, 2A2 dan 1B3 serta Ahmad Bazli 9A1, 1A2 dan 1B3. Dengan keputusan itu, Maahad Tahfiz berjaya mengekalkan kecemerlangan 100 peratus sejak 1996.
Sekolah terbabit memulakan sesi pengajian pertama pada 5 Januari 1992 dengan pengambilan pelajar seramai 30 orang. Mata pelajaran bagi pelajar tingkatan lima diajar sebanyak 21 subjek termasuk akademik biasa.


Pengetua Maahad Tahfiz Pulai Chondong, Ustaz Mansor Daud berkata, seramai 48 pelajar menduduki SPM tahun lepas di mana lima mendapat 11A, 10A (tiga orang), 9A (tujuh orang), 8A (lima orang), 7A (10 orang), 6A (lima orang), 4A (tujuh orang), 3A (tiga orang), 2A (dua orang) dan 1A (seorang).
Katanya, gred putara keseluruhan (GPK) bagi sekolah terbabit iaitu 2.27 berbanding 2.80 tahun sebelumnya.
Bagi pencapaian A1 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu seramai 32 pelajar, Bahasa Inggeris (13 pelajar), Matematik (24 pelajar), Sejarah (23 pelajar), Sains (31 pelajar), Al Quran Sunnah (39 pelajar), Bahasa Arab Tinggi (15 pelajar), Ekonomi Asas (18 pelajar), Prinsip Akaun (24 pelajar), Matematik Tambahan (tiga pelajar) dan Tasawwur Islam (tujuh pelajar).


*******
Tahniah adik!! Teruskan.
Dulu ana ingat lagi, bila ana kata dengan mak ana nak masuk sekolah agama, mak ana kata, tak payahlah along..
Tapi sekrang alhamdulillah, mak ana dah mula nampak..
Adik ana yang bongsu, mak ana tanya, "lala nak masuk KISAS?"
alhamudulillah..

Adilah, lepas spm, nak masuk darul quran tak?
Jadi cam adik kwn along..
Sekarang amik medic kat uia..
Hmm..
Jadi Dr Nur Adilah yang hafizah..
Insya Allah

Ps: siapa kata aliran agama tak boleh berjaya dunia?
Rezeki dari Allah kan?
Tp kena usaha sebaik mungkin...

March 12, 2006

sesat jalan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Antum pernah tak menjadi pemandu keseorangan, dan akhirnya antum sesat? Apa perasaan antum? Cuak, gelisah, tak tau nak buat apa, semuanya tak kena?

Ana diarahkan untuk membawa peserta program. Pergi dan balik ana sesat. Pergi, sepatutnya 40 minit sahaja. Tapi jadi 2 jam. Masuk kampung, jalan kecil dan berlubang, pandangan penduduk kampung yang merimaskan, jalan yang berpintal-pintal tp masih tak jumpa…Akhirnya, alhamdullillah, itupun setelah bertanya agak ramai penduduk kampung, kami tiba destinasi. Logik akal menyatakan, tempat itu dikunjungi ramai, tapi kenapa kami tak jumpa? Entahlah biarkanlah..

Balik ke USM. Perlu cepat,kerana ada program lain perlu diuruskan. Kali ini berseorangan. Jalan yang dilalui tak sama dengan jalan sewaktu pergi tadi Jalan yang tak pernah dilalui, jalan besar, tapi cukup sunyi. Sepanjang perjalanan hanya jumpa 2-3 buah kereta. Tukar gear lima, tp alignment kereta tak betul, kerete melayang-layang dan berpusing-pusing atas jalan, MASYA ALLAH!! (pd waktu tu lah plak banyak kereta dari arah bertentangan). Terpaksa tukar ke gear 4 sahaja, dan speed tak boleh lebih 80km/sejam, kalau tak melayang lagi kereta.Geram, dalam tengah takut, tak boleh bawa laju plak!!Cuba cari sign board, ikut bachok—bachok—kota bharu—kota bharu…tp tak jumpa jugak jalan ke USM. Maghrib dah nak menjengah, tp ana masih buntu mencari jalan keluar. Hampir sejam, tp jalan keluar tak jumpa lagi. BUNTU!!!

Muka dah berpeluh,rasa macam tak de darah mengalir kat muka lagi, pucat lesi, seram sejuk dek berseorangan,nasyid kegemaran yang dipasang volume maximum, pun x membantu, fikiran buntu, hati terlalu pasrah. “ ya Allah, selamatkanlah aku!!” Dalam hati tak fakir apa, cepatlah sampai, Ya Alah tunjukkan kepadaku jalan keluar.Selamatkanlah aku!!

Akhirnya, setelah bertanya di sebuah stesyen minyak,alhamdulillah. Sampai ke USM, tepat waktu maghrib. Muka pecat lesi. Terus bersolat, mengucapkan syukur yg tak terhingga. Lepas solat, terfikir, itu baru sesat di duniaBagaimana nanti di akhirat? Sesat di dunia yang tak bawa ke destinasi yang sepatutnya di hari kiamat. Semestinya, berpeluh yang teramat, muka pucat lesi yang tak terkata warna hitamnya, orang yang disayangi di dunia dah tak cara dah, yang tahu “ Ya Allah, menyesalnya aku
Sesat di dunia pun ana dah cuak..Inikan pula sesat di dunia yang tak bawa jalan ke mana-mana di akhirat nanti…….
Peluh di dunia, tak sampai setitis peluh di akhirat…
Pucat lesi di dunia, tak terbanding dengan muka hitam legam di sana nanti…
Kat sini, masih ada sudi menunjuk jalan, tp kat sana???
Pasrah di sini, tak terbilang dengan pasrah dan penyelasan yang tak terhingga di Yaumul Mahsyar nanti..
Keseorangan di sini, kurang dahsyatnya keseorangan di sana, ditambah dengan tuduhan orang lain….Entahla..pengalaman yang cukup metarbiyyah diri…..Allah a’alam…


March 09, 2006

lagi tentang ikhtilat.

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, semalam mengikuti program taalim tentang ikhtilat muslimin muslima(dr perpspektif pelajar dan pesakit)
ikhtilat, sepertimana yang telah ana fwdkan sebelum ni, bermaksud perhubungan antara lelaki dan perempuan. Namun, ia perlu dibatasi dengan syara' kerana Islam ingin menjaga kesucian dan kemurnian individu tersebut.

Syara' yg perlu dijaga:
1. suara
Ini dituju khas kepada kaum hawa. Jangan nak melenggang lenggokkan suara awak ya?? Tp ni x jadi masalah. Masuk jumpa patient, tanya kabar sket..terus tanay "mari cni sbb gappo pakcik?" Hmm, so jarang arkita nak melenggang lenggokkan sura ya x?
2. Pandangan mata
Kena jaga. Pandang muka patient, tapi elakkan daripada merenung. Kalau mesyuarat pun, jaga mata..Tp kita ni memang exam oriented, jarang ar nk tengok patient(pt) lama2.dapat amik history(hx) terus blah..So, kira terjaga lah kan..
3. Aurat
Rasa ini kurang jadi masalah.Tp elakkan daroipada pakai perfume, etc.. biasalah org perempuan ni..nak wangi sokmo..Tp jgn sampai dicium oleh patient or our muslimin mate..Kesian lah kat depa..Kita kena tolong jaga iman diorang (ehhehe, amik ayat seorang senior)
4. Tabarruj.
Semalam ahli panel kata, student medic dental ni memang tak sempat nak tabarruj. Kekadang bedak pun calit-calit je. So alhamdulillah lah..

Masalahnya....
Dalam klinikal...
1.Adakah patient kita berlainan sex dengan kita?
2. Kalau berlainan sex, adakah kita amalkan untuk chapperon (teman yg sama jantina dengan kita) untuk buat pemeriksaan?
3. Kalau klinikal group, ada 15 orang kena keliling patient, kena dengar Dr cakap apa-apa..so,secara tak langsung, lelaki dan perempuan duk rapat2...dari 1 bulatan besar, terpaksa dikecikkan 2 bulatan yg berlapis..akhirnya...dekatlah si lelaki dan perempuan..
4. Bila meeting cfcs... kena siapkan analisis sampai kul 2-3 pagi..Kena siapkan banner untuk intervention..So kenalah duk sekali perempuan dan laki..Tapi...dekat2..

Penyelasaiannya..
1. Kalau pt tu berlainan sex, pastikan kita ada chapperon..
2. Bila nak buat pemeriksaan, lagi kita kena jaga kena ada chapperon.Tinggal kita berdua dengan patient dlm tirai. Niat mmg baik, sekadar pemeriksaan, tp fitnah orang kita tak dapt tutup..
3. Kalau boleh dlm sessi klinikal, seorang muslimat kena jadi ketua. Buat satu group kecil, side ni utk kami org perempuan.org laki duk sana sket leh tak? X jadi maslaah kan? still leh dengar apa Dr cakap,kan?
4. Meeting tu, jagalah.Sama je concept. Kalo nk bg barang pun, kena ada peneman. Nnti x silap ari bulan..kena tngkap sbbnya hanya sekadar nak bagi handy drive..
Buat banner tak salah.. Tapi awak lelaki buat sebelah bawah, kami buat sebelah atas.Yang lebih tu muslimin siapkan leh? Sbbnya, kalau dok dekat..kita dekatkan diri kita dengan syaitan..

Allahu'alam..
Teguran ini adalah berdasarkan penglaaman sendiri, dan juga pmerhatian ana..
Ingatlah..batasan ini bukan nak mengongkong..tp nak jaga keharmonian individu itu sendiri...
Allahu'alam...

March 08, 2006

Persahabatan Kita...

bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..

Persahabatan kita-ke mana arah tujunya?


Siapa sahabat karibmu?
Dia.. She brings the joy and happiness and lots joyous moments to me, really!!
Mereka.. Them, they can make laugh when there’s so cloudy here and there…
Dia, he really brings the warmth when I’m so stressed out with lots of things…


Secara umumnya, dikatakan rapat seseorang itu dengan teman karibnya, apabila di mana si dia berada, maka teman-teman karibnya pasti bersama, andai mereka bertiga, maka ke mana-manalah mereka bertiga, ke kuliah, ke pasar malam, di café, di pusat membeli belah, study group, klinikal dan sebagainya.Seorang ketawa, semua ketawa, seorang menangis yang lain kan memujuk.

Tanyalah diri, mampukah persahabatan ini membawa kita ke syurga? Firman Allah taala “Teman-teman karib pada hari itu (hari qiamat) akan menyalahkan antara satu sama lain melainkan orang-orang yang bertaqwa” Az Zukhruf : 67. Adakah persahabatan yang kita bina dengan dia, dengan mereka, persahabatan yang berlandaskan satu matlamat: ALLAH?? Adakah kita benar-benar sudah memastikan kita mampu berlepas diri dari tuduhannya di hari kiamat kelak, ‘Argh, dia ni, tak pernah sekalipun tegur aku!!tarik dia sekali ke dalam neraka“ Dan kita pula, “engkau pun sama, jangan nak salahkan aku jer!!”

Adakah kita sebagai sahabat karibnya, menegur ketika dia melakukan kesalahan? Adakah kita sebagai rafiqnya membutakan mata ketika dia mula terleka, dan menjauhkan diri dari Allah? Adakah kita sebagai ‘best friend’nya memekakkan telinga ketika dia menceritakan masalahnya. Adakah kita sebagai temannya benar-benar sudah memenuhkan haknya sebagai sahabat?
Bagaimana situasi ini, setiap hari teman-teman kita melakukan sesuatu yang melalaikan dirinya dari mengingati Allah, apakah tindakan kita? “Argh, biarkanlah dia, dah besor panjang dah..Pandailah dia fikir sendiri!” Atau, adakah kita menegurnya, “ Sahabat, mengapa kita masih jauh dari Allah, sedangkan rahmat dan keampunannya sentiasa terbuka luas?”


Persahabatan itu bukan sekadar kita tahu nama dia, asal mana, kelebihan, kekurangan dia, malah bukan sekadar teman untuk bergelak ketawa, berkongsi sama-sama program yang menghiburkan. Namun, sebuah persahabatan itu adalah, sebuah persahabatan yang dibina berlandaskan matlamat yang satu: Allah, dan destinasinya sama: Syurga.

Dan persahabatan itu mestilah berlandaskan khauf (takut kepada Allah) dan tujuannya adalah untuk mendapat rahmat Allah, sebagaimana firman Allah “ Orang-orang beriman adalah bersaudara. Maka damaikanlah antara keduanya, dan takutilahAllah, dan akan mendapat belas kasihanNYA” Al Quran 49:10
Dan berlandaskan kecintaan yang menggunung terhadap sahabat itu, melebihi kecintaan terhadap dirinya ; Dari Abi Hamzah Anas bin Malik RA khadam Rasulullah SAW, dari Nabi SAW, sabdanya : Tiada beriman seseorang kamu, sehingga kamu mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya. Riwayat Bukhari dan Muslim.


Ayuh teman, hisablah diri. Andai kita benar menyayangi persahabatan ini, usahakanlah, agar persahabatan ini di bawah naunganNya. Tegurlah sahabatmu andai dia lakukan kesalahan, perbaikilah kelemahannya, dan perlengkapkanlah kekurangannya, raikanlah kelebihannya. Andai dia menegur kesalahanmu, berlapang dadalah, andai dia memperlengkapkan kekuranganmu terimalah, andai dia memperbaiki kelemahanmu, redhalah, andai dia meraikan kelebihanmu, bersukurlah....kerana di sebalik kecil hati akibat teguranmu, teguran dia, kalian mengetahui, itu perkara kecil..kerana di sebaliknya terselit harapan yang menggunung : Allah dan syurgaNya. Agar persahabatan itu dibina kerana khauf kepada Allah, dan untuk mendpat rahmatNya serta sebagai tanda cinta kita kepada sahabat-sahabat karib kita. Insya Allah
Semoga persahabatan dan persaudaraan ini di bawah naungan rahmatNya.Insya Allah


(kutakut, pada hari ini, kau mengakui aku sahabatmu, namun di hari muka, kau langsung tidak mengenalku)

March 07, 2006

ikhtilat adam dan hawa (fwd)

FiQH SEMASA
Oleh: Abdullah Zaik Abd Rahman
Pengarah Pusat Penyelidikan llmu-Ilmu Islam

Pergaulan antara lelaki dan wanita "ikhtilat": Apa sempadannya?Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam. Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat "pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi" tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama.Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas merrghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita lslam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu. Sejajar dengan Firman Allah
yang bermaksud; Dan tetaplah kamu di rumah-rumah kamu.

Apakah ikhtilat itu haram?Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan muhram dan bukan kaum sejenis mereka. Fenomena seperti ini diistilahkan oleh ulama kini sebagai: "ikhtilat".

Oleh itu untuk menghurai persoalan ini kita perlu terlebih dahulu menghurai perkataan iktilat dari segi bahasa dan syariat.
Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencarnpurkannya.
Istilah SyariatYang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percarnpuran wanita dengan
lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian.

Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti? Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal?

Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut: Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?Jawapannya ialah; Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram,
bukan harus.Percampuran yang diharamkan

Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara leiaki dan perempuan adalah haram, maka la adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya `al-mufassat fi al-mar ah' ynag masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah:

Pertama: Harus kerana terpaksa (dhorurah)
Ikhtilat yang berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Syafei: Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hokum ini kedaaan-keadaan dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf. Antara contoh
dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

Kedua:Harus kerana keperluan(hajat)
Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

1. Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak. Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.

2. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman. Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja sperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki
yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

3. Ikhtilat kerana menjadi saksi. Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

4. Ikhtilat kerana amar ma'ruf nahi munkar. Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya `al-Muhalla' bahawa Umar al-Khattab (r.a) telah melantik al-Syifa' menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

5. Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alas an yang syarei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah (SAW) dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman
untuk baginda (SAW)

.6. Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya. Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syarei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bereri bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

7. Ikhtilat dalam kenderaan awam. Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki
ajnabi, dia mungkin dudukatau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syarei.

8. Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad. Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya: Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

9. Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat. Antara suasana yang diharuskan , ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayat¬kan bahawa Rasulullah (s.a.w.)keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

10. Ikhtilat dalarn suasana yang teiah
menjadi adat kebiasaan. Tersebut dalarn kitab Muwatta persoalan: Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya? Berkata Malik: Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan.Dalam suasana yang seperti in i akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebaginya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.

Adab-adab dalam bergaulan antara lelaki dan wanitaWalaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalarn pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang
sikap-sikap serong dalarn pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu rnengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika rnembeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam.

Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.

1. Adab yang perlu dijaga oleh telaki dan perempuan.

• Ucapan yang makruf dan sopan.Firman Allah: Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.

• Menundukkan pandangan. Dalam surah an Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-rnasing khususnya dalarn suasana takutkan fitnah.

• Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak. Imam Bukhari meriwayatkan
daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu. Ibnu Syiahab az-Zuhri.• Tidak berkhalwat (berdua-duaan). Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w. ) bersabda: Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia mahramnya.

• Menghindari tempat shubhat. Sabda Rasulullah SAW: Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu.... (Riwayat Bukhari)2. Adab khas untuk wanitaâ

€¢ Iltizam dengan pakaian Islam,Firman Allah: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi: Janganlah kamu bertabarruj(bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabrruj.

• Serius dalam ucapan. Tidak `mengada-ngada` atau bermanja-manja dalam percakapan.Firman Allah: Dan janganlah kamu merendahkan
(melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.

• Menjaga pergerakan.Tidak harus mereka rnemperlihatkan liuk lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.Wanita di atas pentasDaripada pembentangan di atas ternyata bahawa rnenjadi pengacara majlis, peragawati, penyanyi dan penari adalah haram kerana tidak menepati syarat¬-syarat yang telah di tetapkan oteh ulama lslam. Wallahua'lam.

March 06, 2006

lemah akhlak lemah iman

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wbt
Lemah Iman lemah akhlak

islam bukan sekadar menunaikan rukun Islam sahaja. Ia juga bukan sekadar hubungan dengan Rabb (HablumminaLLAH), malah turut ditekankan hubungan dengan manusia (Hablumminannas). Malah, dalam buku ini juga dijelaskan, lemahnya akhlak menngambarkan lemahnya iman kerana:

“ Demi Allah, dia tidak beriman! Dia tidak beriman! Dia tidak beriman! Seorang sahabat bertanya, “Siapakah Ya Rasulullah?”. Baginda menjawab “ Orang yg tetangganya tidak berasa aman dengannya” (HR Bukhari)

“Ya Rasulullah, si fulanah terkenal bnyk melakukan solat, puasa sedekah, tetapi
Ia sering menyakiti hati tetangganya dengan lidah”. Baginda menjawab “Dia akan masuk neraka”. Sahabat tersebut memberitahu lagi, “Ya Rasulullah, si fulanah terkenal sedikit sembahyang, sedkit berpuasa. Ia bersedeqah beberapa potong keju dan tidak menganggu jirannya” Baginda menjawab “Dia masuk syukra:. (HR Ahmad)

“Tahukah kalian siapakah orang yang bankrupt? Mereka menyahut, “Yang bankrupt itu adalah orang yang tidak mempunyai wang dan barang” Baginda bersabda “ Orang yang bankrupt di kalangan umatku ialah, orang yang pada hari kiamat dating dengan solat, zakat dan puasa, tetapi ia juga datang setelah menuduh si anu, menuduh si itu, makan harta si dia, menumpahkan darah si fulan, dan memukul si fulan. Kemudian amal kebajikannya ia berikan kepada si fulan dan si fulan, sehingga semuanya sudah habis sebelum membayar kejahatannya. Dosa kesalahan yang ada pada orang-orang itu kemudian diambil dan dipikulkan ke pundaknya, lantas orang itu dimasukkan ke dalam neraka” (HR Muslim)

Ada tiga perkara bila terdapat pada seseorang, maka ia adalah munafik sekalipun ia berpuasa, bersembahyang, menunaika ibadah haji dan umrah, dan mengaku seorang muslim. Iaitu: apabila berbicara ia dusta, bila berjanji ia tak tepati, bila ia dipercayai ia dikhianti. (HR Muslim)


sama-sama kita perbaiki akhlak kita sahabat. sama-sama kita contohi akhlak rasulullah saw, cara baginda senyum, ketawa, makan, minum, solat, pergaulannya dengan masyarakt lain. Allahu 'alam.

Maafkan ana atas segala kekurangan. Ana harap apa2 ilmu yang ana kongsi, dapat sama kita manfaatkan. Ana hanya fakir di sisi Allah..

March 05, 2006

akhlak seorang muslim

Assalamualaikum wbt.
Ana ditaklif untuk mengadakan sedikit sessi muzakarah kepada batch ana berkenaan topik pendahluan dalam buku Akhlak seorang muslim,karangan Imam Al Ghazali
Ana akan mengulas topik “Rukun Islam Dan Prinsip Budi Pekerti”.

Firman Allah swt “ Dan Kami tidak mengutus engkau wahai (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat ke seluruh alam” (Al Anbiya’: 107), dan firmannya lagi “Sungguh, telah ada pada diri rasulullah itu suri teladan bagimu (iaitu) orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat yang banyak mengingati Allah” (Al ahzab: 21). Islam bukanlah sekadar memenuhi pengibadatan spiritual malah melibatkan aspek aklak yang mana sejumlah besar kehidupan kita adalah berdasarkan pergaulan dengan manusia.

Sabda Rasulullah saw, “seseungguhnya aku hanya diutuskan untuk menyempurnakan budi pekerti yang luhur’ Riwayat imam Malik.

Semua kewajipan yang telah ditetapkan oleh Islam bagi para pemeluknya, merupakan latihan berulang-ulang, untuk membiasakan orang dapat hidup dengan budi pekerti yang luhur

1. Syahadahtaini (penguccapan 2 kalimah syahadah).
-Maaf, Imam Al Ghazali tidak mengulas isu ini.
- Secara umumnya, disimpulkan, kesatuan aqidah selurut umat akan mampu
menjana masyarakat yang tidak berbalah
2. Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam
- Dalam surah al ankabut : 45 “ Dan tegakkanlah solat, sesungguhnya solat itu
mencegah dari munkar”
- Jelas, di sini, andai solat itu benar dihayati, segala jenis kemungkaran tidak
mungkin berlaku. Rogol, zina, mengumpat mencela.
- Ini kerana ini sebagai tanda pengabdian kita sebagai hamba, oleh itu,
tiadalah hak ke atas kita untuk berlaku zalim ke atas orag lain, kerana kita sedar
kita hanya seorang hamba
3. Berpuasa di bulan ramadhan
- bukan sekadar meninggalkan makan minum, tetapi juga sebagai langkah
menjauhkan diri dari syahwat dan nafsu yang tidak sihat.
- Firmannya “ telah diwajibkan ke atas kalian berpuasa, seperti yang pernah
diwajibkan ke atas kaum (terdahulu) sebelum kalian, moga-moga kalian
bertaqwa” Al baqarah: 183
- “Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan buruk, maka tiada
ertinya bagi Allah, orang itu meninggalkan makanan dan minmannya” HR
Bukhari
- jelas di sini, berpuasa di bulan ramadhan adalah untuk membentuk peribadi
taqwa, dan sesungguhnya berakhlak yang baik adalah ciri orang yang bertaqwa
- malah, andai puasa tersebut diisi dengan umpat cela dan perbuatan buruk yang
lain, puasa juga tidak diterima
4. Menunaikan zakat
- Ia bukan sekadar mengeluarkan harta.
- Tetapi juga untuk menyucikan jiwa yang bersih dan menimbulkan rasa kasih
sayang dan memperkukuhkan kemasyarakatan
- Firmannya: Ambillah zakat dari harta mereka, dengan zakat itu engkau akan
mensucikan dan membersihkan jiwa mereka” (At taubah: 103)
- Zakat dan sedekah ini diperluaskan lagi oleh rasullullah saw, senyum, amar
Ma’ruf, nahi munkar, menunjukkan jalan kepada yg sesat, menyingkirkan
gangguan dari jalanan sedekah, menuangkan air ke timba saudar, sedekah,
menuntun orang yg buta/rabun adalah sedekah. Kesemua itu adalah berkaitan
dengan pergaulan manusia.
5. Menunaikan haji
-Dalam surah al baqarah : 197, telah dijelaskan di dalam ibadah haji,
perkara bantah-membantah, berbuat durhaka, dan melakukan persetubuhan
adalah dilarang. Ini sekali lagi menjelaskan tentang akhlak dalam ibadah ini.

Jelas di sini, Islam merupakan satu cara hidup yg mementingkan pengabdian kepada Allah (hablumminaLLAH) malah juga ditekankan tentang pergaulan sesama manuisa (Hablmminannas). Ibadah dan akhlak perlulah seiring. Andai cacat salah satu, tidak sempurnalah kehiduoan seorang muslim itu.

Insya Allah, keluaran akan dating berkisar tentang lemah akhlak, lemahnya iman.
Allah ‘alam

March 02, 2006

dengarlah aku berbicara

assalamualaikum
(ana hadiahkan puisi ini untuk semua teman, teristimewa untuk seorang teman)

sahabat fillah...
aku kekadang terharu..
mengenangkan dirimu..
yang meletakkan harapan menggunung kepadaku..
namun siapalah aku...

namun..
demi persaudaraan islam..
aku cuba sedaya upayaku..
kucuba meningatkan tika kau leka..
kucuba menyempurnakan kelemahanmu..
kucuba memperbaiki kesilapanmu...

walau..
aku juga terleka..
aku juga lemah..
aku juga silap..

namun,amanah Allah
amanah ar rasul
'Setiap yg mengucapkan syahadah adalah daie''
kucuba menjadi sahabatmu dunia akhirat..

kerna kutakut..
aku kau lemparkan tohmahandi hari muka nanti..
"Diyana tak pernah tegur saya!!"di hari muka nanti...
firmannya
"Sahabat-sahabat pada hari itu menjadi musuh kepada satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertakwa" Az zukhruf :67

teman..
aku tahu apa yg dalam hatimu..
engkau mungkin juga tahu..
apa yg dalam hatiku.
namun
teman..
tak kan kubisa biarkan dirimu
terlalai walau sesaat..
mengingati diri yg entah siapa..
maafkan ku teman..
andai kau sudah bosan
dengan tazkirahku..
andai kau sudah muak dengan bebelan aku..
kerana aku..
ingin jadi temanmu
bukan sahaja di dunia..
tapi juga di syurga sana...
izinkanlah aku teman


Semoga diriku dirimu mampu bertemu di syurga sana....
Ukhwah fillah
ana uhubbukum lillahi taala..

March 01, 2006

Menyambut Bayi

Bismillahirrahmnirrahim.

Assalamualaikum wbt..

Firman Allah bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa.” (Surah al-Ahqaaf, ayat 15)
Firman-Nya lagi bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga sama ada yang dekat atau yang jauh, rakan karib dan ibnu sabil, serta hamba sahaya.” (Surah an-Nisa, ayat 36
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Segala puji baginya yang menghidupkan dan mematikan segala sesuatu. DariNya lah kita datang dan kepadaNyalah kita kembali..

Ana menghadiri program klinikal bersama senior semalam. Selepas sessi klinikal bersama senior, senior mengajak kami ke labour roon 'bilik bersalin'. Pada asalnya, kami tidak merancang. Tetapi, seorang sahabat fillah, mengajak untuk ke labour room. Kami bertiga bersama senior tersebut lantas ke labour room.

Pada pukul 10.45, ramai ibu yang sudah selamat melahirkan perwira-perwira agama (insya allah), cuma tinggal seorang ibu lagi yang masih belum melahirkan anaknya. Kelahiran pertama, sewajarnya mengambil masa agak lama untuk perjuangan ini. Kami menunggu. Pada pukul 10.15 ibu itu mengadu sakit,(1st stage of labour)..lama, Dr sudah bersiap sedia untuk menyambut kelahiran seorang lagi perwira agama. Suami di sisi tegar menemani...
10.15....
10.45...
11.15...
ibu tersebut masih mengerang kesakitan.. Terlalu lama..12.00 am..12.15...
Ibu mengerang lagi kesakitan. Doktor, beberapa staff nurse menunggu. Dr pandang ana, "nk try conduct labour?" Ana pada awalnya keberatan, ini pengalaman pertama, dan tak pernah diexposekan utk ni! Tapi, alhamdulillah, kekuatan dari Allah, ana bersetuju..

Ana dipakaikan apron. Sarung tangan dipakai agar tidak dicemari (sterility).. Doktor mengarahkan ana untuk menyapu sejenis krim di serviks ibu tersebut. Ibu tersebut terus berusaha. Gegar gempita bilik tersebut. "Kuat kak..kuat lagi..Kami dah nampak kepala baby tu..Kuat lagi kak!!! Takbir kak!"
Ana tak dapat nak bayangkan perasaan ana ketika itu. Terlalu sayu, mengenangkan semua ibu bertarung nyawa berjuang demi memberi peluang kepada anaknya, melihat dunia baru. Satu pertarungan yang melibatkan nyawa sendiri. Menahan kesakian yang teramat pedih, semput nafas menegerang kesakitan, bukaan serviks yang amat kecil untuk diberi laluan kepada bayi seberat 2.5 kg...Terlalu payah untuk diungkapkan..

Terlalu semangat melihat perjuangna seorang ibu. Gembira melihat kelahiran bakal seorang bayi...12.30 ibu tersebut masih mengerang kesakitan. Tak terbayang rasanya apabila melihat kepala bayi tersebut keluar dari serviks ibu....

akhirnya, 12.45 am, ibu tersebut selamat melahhirkan anaknya...
Satu perasaan yg cukup sayu, apabila azan dikumandangkan di telinga bayi tersebut. masya Allah!!

2 minit pertama bayi tidak menangis. "Bangun baby"..Staff nurse menepuk-nepuk untuk memastikan keadaan bayi tersebut. Agak cuak.. tetapi alhamdulillah, satu lagi kelahiran drNya yg bisa menghidupkan..

Alhamdulillah, Maha Suci Engkau Ya Allah, satu lagi kelahiran..Alhamdulillah, atas pengalaman baru ini..Subhanallah, Alhamdulillah Allah Akbar...

Setelah melalui sendiri pengalaman menyambut bayi, ada satu perasaan meruntun.. Ibu!! Terima kasih kerana berjuang demi kelahiran kami.. Mama!! terima kasih kerana perjuanganmu itu kami bisa mengenal kebesaran Allah. Ummi!! terima kasih kerana membimbing kami.. Mak!! Terima kasih kerana apa jua pengorbananmu...

Seorang ibu yang meninggal ketika melahirkan anaknya, itulah syahid. Itulah janji Allah..
lantaran itu saudaraku... Ingatlah di mana engkau berada..Allah mengurniakan ibumu untuk melahirkanmu..
Janganlah engkau menagatakan walau sepatah 'uff' pun kepada mereka..
Sentiasalah bertanya kabar ..
Berdoalah untuk kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat...

Buat mamaku.. Semoga dirimu sentiasa dalam redha Allah. Semoga usahamu walau sekecil zarah mendapat barakah dariNya.. Semoga dirimu tergolong dalam bidadari syurgaNya..
Ya allah perkenankan doaku...

Mama!! Along sayang mama!!