July 08, 2008

Pulang ke kampung akhirnya

Assalamualaikum wbt

Hmm, alhamdulillah saya ditempatkan di Perak. Di hospital mana atau di klinik mana, saya kurang pasti. Yang pasti saya akan pulang ke kampung akhirnya. Rindu kepada mee rojak campur Perak, sangat sedap. Rindu kepada Teluk Intan yang dari saya kecil sampailah saya berusia 24 tahun, tiada sangat perubahan (rasanya macam tak de perubahan langsung..hehe). Rindu kepada Ipoh yang cukup bersih, yang jalan rayanya tidak sesibuk mana, bangunan-bangunan Inggeris lama, masyarakat Cina nya yang cukup lawa dan handsome (oops..hehe) namun cukup lembut..Rindu kepada banjaran Titiwangsa yang cukup mendamaikan, rindu juga kepada jambu tidak berbiji Perak. Sedap...

Yang paling penting, di sana kebanyakan saudara sebelah ibu di sana..Pak Uda, Pak Uteh, Yop, Mak Anjang, Wan Cik, Nda Zan, Opah Su, hmm tak tersebut semuanya..Moga-moga ditempatkan di tempat yang terbaik. Airin, Wina, kome tunggu kat sana yaaa?

Alhamdulillah :)
Kwn2 jangan lupa update tau korang dpt mana :).Kawan-kawan yang dapat negeri yang tiada langsung dalam pilihan, tak pelah. Kita merancang, Allah juga merancang, namun sebaik-baik Perancang sudah tentu DIA kan? Mungkin sahaja ada hikmah yang begitu besar menanti di sana.

Teringat dalam surah al Baqarah 216 : ....dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Dr. Akma dan Dr. Sajidah, tahniah. Dapat first choice lagi..Hehe, nak jealous pun dah tak larat, hehe. Dr Sajidah, tahniah, akhirnya dekat juga dengan hubby. Dr Akma, beware, dengan Dato' and Datins kat sana tau :p..Jangan marah..hehe

Ok..gotta go. Need to do revision more :)



2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum diyana
dapat perak jgk eh...
sama2 la kita berhijrah ke utara :)

Anonymous said...

waalaikumsalam wbt
ni wina ke?
kenapa eh diyana dgr wina dpt johor? hehe. mcm2 hearsay..
xpelah..sama2 kita berhijrah ke utara..hmm x pe ke berpisah dgn kwn baik? :p