July 20, 2008

~Leave it to Allah~

Bismillahirrahmanirrahim

Setelah keputusan dibuat,
dengan musyawarah dengan istikharah,
maka damaikanlah hatimu..
Serahkanlah segalanya kepada Allah..
Bertawakkallah sungguh-sungguh dengan sepenuh keyakinan
hanya dan hanya kepadaNya..

"Dan bermusyawarahlah kepada mereka dalam suatu perkara, maka jika engkau memutuskan untuk melakukan sesuatu hendaknya bertawakal kepada Allah."
(QS. Ali Imron : 159)

Jangan ditoleh lagi,
Jangan digusar lagi,
Biarkan segalanya di tangan Allah..
Kerana Allah itu sahaja
satu-satunya yg
'Alim
yg Maha Mengetahui

Jika sesuatu berlaku
di luar dugaanmu,
maka damaikanlah hatimu
kerana
mungkin sahaja
ada percaturan
yang lebih baik buat kamu..

Bukankah itu lebih baik?
Dari terus-terusan
keresahan dengan sesuatu yang kau tidak punya ilmu

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan itu baik bagi kamu, dan padahal itu baik bagi kamu sedangkan kamu tidak mengetahui.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui” Al baqarah:216

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"
Al Imran :139

Segalanya adalah dari keyakinanmu
Kepada Allah..
Kerana Dia Maha segala-galanya
Maka serahkanlah urusan ini
sepenuhnya kepadaNya..

"Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal"
At Taubah : 129

Ya Allah permudahkanlah,
damaikanlah hati ini.
Ya Allah,
bantulah kami
dan bantulah kami
redha dengan ketentuanMu..
kerana kami yakin..
segala yang terbaik
adalah dariMu..
Maka sandarkanlah harapanmu
hanya kepadaNya..

No comments: