July 31, 2008

Formula Solat Sempurna

"Formula Solat Sempurna"
Penulis : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Penerbit: Telaga Biru
Harga : RM 27.50
Review


Isra' Mi'raj adalah satu mukjizat kedua terbesar yang diberikan Allah kepada hambaNya yang teristime Nabi Muhammad SAW. Ketika peristiwa besar inilah solat telah diamanahkan kepada kesemua umat Muhammad SAW.

"Kamu dirikanlah solat sebagaimana kamu melihat aku solat" HR Bukhari.

Jika selama ini solat kita adalah berdasarkan ilmu yang diperolehi ketika sekolah rendah, pernah kah kita menaik tarafkan ilmu kita tentang solat ini? Adakah sebelum ini solat kita hanya berdasarkan ikut-ikutan atau benar-benar sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW?


Bagaimana kita hendak menunaikan solat sebagaimana solat Rasulullah saw, seandainya kita tiada ilmu tentangnya? Buku ini disarankan kepada semua, ketika mana kita berkelahi tentang, kedudukan jari ketika tasyahud, menyapu muka setelah solat, bacaan-bacaan yang menjadi khilaf. Kesemua ini adalah khilaf daripada ulama' sebelum ini yang nyata khilaf ini juga berdasarkan daripada sumber hadis-hadis yang sahih dan hassan.


Barangkali kalian mengatakan, ianya perkara kecil, tetapi ingatlah:
"Amalan yang mula-mula dihisab daripada seorang hamba pada hari qiamat ialah solat. Maka berkata Allah swt kepada para malaikatNya, dan Ia Maha Mengetahui " Telitilah solat hambaKu, adakah ia sempurnakannya ataupun kurang. Sekiranya lengkap sempurna tulislah sempurna, kiranya ada yang kurang, maka berkatalah Allah swt :"Telitilah sekiranya terdapat solat-solat sunatnya bagi membantu menyempurnakan solat fardhunya" HR Abu Daud : sahih


Ingat ya? Hanya solat yang sempurna yang akan memelihara diri dari munkar dan keji.
.....................

2 minggu lepas, saya dijemput oleh pihak SHARODZ untuk sesi tazkirah dan 'motivation talk'. Saya diminta untuk menjadi imam untuk solat maghrib dan Isya', mengetuai bacaan yassin, dan solat hajat beramai-ramai.

Usai solat maghrib, saya hanya berzikir sendirian. Bacaan yassin, saya minta adik-adik BADAR untuk mengetuai, dan solat hajat, saya berpesan kepada adik-adik, " Niat sendirian ya?"
"Kenapa akak tak conduct zikir tadi?" Saya hanya senyum, saya katakan, "Akak buat apa yang Rasulullah saw buat"

Andai kata saya berkata "Ooh, tu bid'ah dik.Setiap bida'ah tu sesat!Tu sebab akak tak zikir kuat-kuat, akak tak solat hajat ramai-ramai" Tentu sahaja air muka adik itu akan jadi berubah, dan akan disebarkan kepada semua pelajar-pelajar SMKASR "wei, selama ni kita buat benda sesat. Camne ni?!" Saya tidak ingin perkara itu berlaku. Saya bukan penghukum untuk mengatakan apa yang telah diadatkan di SHARODZ itu satu kesalahan. Adik-adik itu, solat pun masih ada yang ditinggal-tinggalkan, tak kan lah pula saya masih nak berkeras "Bidaah itu sesat!".

Kepada salaifians, bersabar ya? Jangan anggap saya menyokong apa-apa yang tidak dilakukan rasulullah saw.Cumanya pendekatan kita terhadap isu-isu ini, harap diberikan ruang masa kepada semua sasaran kita. Jangan terlalu berkeras, ya?

......

9 comments:

Anonymous said...

testing..testing..hehe

Anonymous said...

hehe..boleh dah..

wah, ramainya cikgu diyana jumpa..

ustazah azian - yg garang tu kan :p

cikgu haslina - best giler belajar bio dgn dia :)

ustzh wan noor - hurm, warden yg comel ;)

cikgu ain - kaunselor kan, fiza pggl 'kak' dulu, hehe..dia kata takpe, nmpk muda :)

cikgu alan - hehe..no komen..maintain macho kut ;p

tp cikgu zaimah, aiseh nape takleh remember ni..hurm which one ek?

Anonymous said...

Wah dasat.. erm, sekian lama planning nak masuk sherod akhirnye nti masuk juga ek..

nanti we can link utk beri prog motivasi, kot2 manalah tahu satu hari nanti, misa will be a major role for dakwah.. kan kan kan.. huhu

anyway, antara konsep dakwah adalah pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan..

keep up the good deeds

Ummu Yazid said...

cikgu zaimah, coach netballers kita, n yg ajor sejarah..yg suke senyum tu..kalo blajar sejarah dgn dia,dia akn simplify kan dgn mind mapping, flow charts..

fizah dah daftar alumni? :)

Ummu Yazid said...

to hiten..
hmm alhamdulillah..skrg ni tgh bz dgn alumni..ana hrp la ada wakil misa nk tlg ana..tak menang tgn..huhu

Anonymous said...

aiseh masih tak dpt igt la, yang ajar fiza sej cikgu ros..err siapa tu yg putih2 muka cam cina sket..

alumni? dok lagi..hee

Ummu Yazid said...

hmm sng je nk daftar..fizah gi kat website http://www.smkasr.net/alumni.htm
download borang, then emel ke sharodzians@yahoo.com bkn kat emel yg dia sebut tu tau..

hehe habaq la kat orang lain ya? :)

Anonymous said...

most of the time kita kata nabi tak buat,tapi tiba2 tup2 org kata,haikk??ni bid'ah??last2 bila dah keluar perkataan bid'ah ni jadi sensitif n berjela2.smp kdg2 kita pun naik fed up.tapi cam biasalah,sapa yg salah?mereka yg 'sibuk sgt membid'ah org or halang org buat benda baik dari buat maksiat'. cuma 1 thing i want to differ : mengatakan something sebagai bid'ah tak bermakna menghukum pelakunya sebagai ahli bid'ah.mmg bukan senang utk menghukum,dan ahl sunnah sgt berhati2 dlm memberikan hukuman.

Anonymous said...

akak setuju dgn pndgn aish.cuma pd pndangan akak..pkataan bidaah tu sndri dah cukup keras,,inikan plak nk ditujukan kpd adik2 yg msih cetek sgt pnetahuan ttg islam.akak fhm ttg pntingnya menghidupkan sunnah dan pentingnya membanteras bidaah, cuma pendekatan yg akak nk bw kat sini, bukan terus menghukum,sbab seorang ttamu yg dijemput,kasar rasanya kalau pkataan bidaah tu terus keluar dr mulut akak.it needs time..like wat i said 'bersabar ya. jgn terlalu berkeras'. akak perasan dalam mana2 forum tmasuk VOI kita..tlalu keras dan tlalu tidak mbuka ruang utk org lain cuba memamahami...