September 11, 2008

Islam itu Agama Mendamaikan (part II)


Saya minta maaf kerana link yang disediakan tidak berhasil 'broken'. Saya telah ke web asal :Islam Online dan mendapati link yang disediakan oleh web asal juga 'broken'. Maaf atas kekurangan kearifan dalam masalah teknikal ini, insya Allah sedang cuba diperbaiki. Seperti kurang wajar sahaja, saya berkata tentang perkara ini kerana penghayatan terhadap Ramadhan. Tapi saya kira, di mana, bila-bila masa sahaja, kewajipan menyampaikan 'the real Islam' adalah pasti, qat'ie.Moga diizinkan Allah, Ya Allah lapangkanlah dadaku, lancarkanlah lisanku, dan permudahkanlah urusanku, agar mereka memahami ucapanku.


Sebelum saya menjawab soalan-soalan saya mensarankan ke website berikut Dr Zakir Naik untuk memuat turun buku E-book : Answers to Non Muslim's Common Question. Dr Zakir Naik telah mengulas dengan penuh logic, hikmah dalam bab "Does Islam spread by a sword?"





Menjawab soalan-soalan dalam blog Islam Expose tentang ayat-ayat Al Quran yang dikatakan bersamaan dengan menganjurkan keganasan saya mohon, agar artikel ini tidak dibaca dengan penuh emosi, tetapi sebaliknya untuk sama-sama kita membuka mata, agar benar-benar kebenaran yang Haqq itu serlah. Semoga sama-sama kita bermohon hidayah dan taufiq dari Allah.

Penulis blog Islam Xpose membawakan ayat "Hai orang-orang beriman, perangilah orang-orang kafir di sekitar kamu, dan hendaklah mereka merasakan sikap tegas dari kamu dan ketahuilah Allah bersama-sama orang yang bertaqwa" Surah At Taubah, 123.
dan beberapa ayat yang dinyatakan oleh penulis adalah kebanyakkanya daripada Surah At Taubah. Surah at Taubah diturunkan ketika Rasulullah saw dan para sahabat dalm peperangan Tabuk, di mana peperangan Tabuk itu diarahkan oleh Allah pembunuhan yang mereka lakukan ke atas duta
Rasulullah (s.a.w) al-Harith bin Amir al-Uzdi oleh Syurahbil bin Amru al-Ghassani.

Kisah ini boleh didapati dari buku Ar Raheeq al Makhtum oleh Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy. Kita perlu maklum, dalam suasana peperangan, tentu sahaja ayat-ayat diturunkan dalam bentuk yang tegas dan keras. Bayangkan sahaja seorang kolonel tentera berlemah lembut dengan orang bawahannya ketika peperangan. Tentu sahaja tidak masuk aqal. Di samping itu juga, tatkala kita membacakan surah At Taubah 6, bukankah telah dinyatakan bahawa " Dan jika ada di antara kaum musyrikin ada yang meminta perlindungan dari kamu, maka lindungilah dia agar dia mendapat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah ke tempat yang aman bagi mereka, Dengan itu sesungguhnya mereka kaum yang tidak mengetahui"

Jadi jelas di sini, andai Islam itu disebarkan melalui perang, mengapa perlu ada ayat lain yang menjelaskan tentang konsep perlindungan? Bukankah ini sudah membuktikan ayat Islam itu sendiri mendamaikan hatta tatkala berdepan dengan peperangan?

Perlu diketahui, dalam setiap peperangan sejarah Islam, Islam tidak pernah memulakan peperangan, sebaliknya peperangan itu hanya diarahkan ketika kaum Non Muslim membantah perjanjian damai, atau mereka memulakan peperangan ke atas Islam. Untuk bahagian ini, jika berkesempatan, penulis akan memceritakan satu persatu sebab setiap peperangan dalam Islam (moga diizinkan Allah)

Insya Allah to be continued..Penulis benar-benar perlukan komentar bernas daripada semua pembaca serta perkongsian ilmiah agar tulisan ini benar-benar menjadi bahan dakwah yang ilmiah serta berhikmah. Barakallahu lakum.

7 comments:

Anonymous said...

tulisan yg sarat dgn ilmu tetapi menarik dibaca. fizah tak reti memberi komen bernas. sekadar komen pembakar semngat utk ukht terus menulis dan memberi. :)

rajin diyana membaca. dpt di mana buku2 tersebut?

Anonymous said...

klu lihat pada permulaan bibit perang badar, Rasulullah saw bukanlah yang memulakan peperangan itu walaupun sebelum itu ada beberapa siri yang kecil.

siri2 yang kecil itu adalah bersifat menjaga hazar dan keamanan disekelilingnya.

tercetusnya perang badar adalah respon terhadap tentera quraish setelah baginda saw dapat tahu dari maklumat perisikan yang tentera quraish ingin bertempur dgn islam.

perang uhud, tercetus akibat kaum quraish, tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka ketika dibadar dan mengajak kaum2 lain yang tidak turut serta dalam peperangan badar atas alasan membalas dendam terhadap orang yang mati ketika di Badar. lantas baginda Rasulullah saw juga turut berperang sebagai respon utk bertahan..

perang Ahzab, juga begitu.. namun perang Ahzab, peperangan yang dipersetujui oleh syura ketika itu utk bertahan di Kota Madinah, bukan seperti Badar dan Uhud, yang bertahan di luar kota.

perang khaibar, adalah reaksi baginda Rasulullah saw terhadap kaum yahudi yang melanggar perjanjian dengan kaum muslimin, menyebarkan fitnah terhadap kaum muslimin dan disebabkan kaum yahudi merancang untuk membunuh Rasulullah saw disamping menjadi perancang utama dalam menyaatukan quraish utk menentang Islam..

perang2 terhadap ketamadunan lain bukan juga dimulakan islam. utusan2 dihantar ke setiap wilayah sebagai adab hubungan antarabangsa untuk menyebarkan islam. ada yang menyambut baik dan menerima islam sepenuhnya lantas terus sahaja melaksanakan ibadah puasa ketika itu.. yang tidak menerima itu rasa tercabar kerana mereka memandang hina akan Islam dan ketika itu mereka pandang hina terhadap kaum Arab yang tidak bertamadun. sikap tamadun besar seperti Rom, mengambil jalan peperangan dengan Islam kerana merekalah yang ego, mahu tunjuk hebat.

perlu difahamkan suasana ketika zaman Rasulullah saw dan perlu faham suasana tanah arab yang mana orang yahudi sangat2 benci apabila mendapati nabi seterusnya adalah dari keturunan arab, dan bukannya bangsa yahudi.

bangsa2 terdahulu memang sinonim dengan peperangan. segala hal yang tidak selari dengan urusan pentadbiran negara, maka peperangan solusi ketika itu. maka kehadiran Islam ditengah masyarakat jahiliyah, iaitu masyarakat yang gila akan perang. lihat sahaja perang buath sebelum kedatangan Islam ke Madinah. Aus dan Khazraj adalah bangsa perang sebelum Islam. bangsa quraish juga bangsa gila perang. Rom begitu juga Parsi.

Kehadiran Islam memberi nafas baru terhadap peperangan ketika itu. wujudnya etika peperangan apabila tiba waktu perang. larangan membunuh yang tua, wanita dan kanak2 serta larangan merosakkan harta benda. walhal sebelum islam mereka bukan Islam membunuh semua orang termasuk tua dan muda serta membakar harta benda utk mewujudkan total destruction. Islam berperang bukan bertujuan untuk total destruction, tetapi melindungi yang berhak mendapat perlidungan. Islam melindungi perkara asas manusia iaitu: aqal, nyawa, harta, dan maruah.. Islamlah yang menjadikan risiko peperangan itu sekecil/seminima yang mungkin..

hooho, habis idea.. amik yang baik, buang yang buruk..

Ummu Yazid said...

to hafizah
hmm, ukhti nk ke buku2 tu? dyana bnyk dpt suggestion dr blog www.the-authenthic.blogspot.com, www.al-ahkam.net, www.al-fikrah.net utk download buku, especially buku2 yg btol2 bdasakan dalil al quran dan hadis2 yg sahih.

fizah nk ke? kalo fizah nk, dyana emelkan, insya allah :)..apa ya emel enti?

to hiten
Subhanallah, banyak ilmu enta. Jazakallahu khairan kerana sudi bkongsi dan memudahkan urusan ana. enta bnyk dpt dr buku perang badar tu eh?
hmm,thank you again for ur sharing, blehla publish kat blog plak ya?

Anonymous said...

cadangan tambahan buku ada the seal nectar.. itu buku yang bagus.. ana pun tak abis baca lagi, baru muqaddimah..

ilmu itu cukup luas. ana tak mampu lagi nak kuasai semuanya.. itupun sedikit sini dan sana, akhirnya saya kadang2 kecamuk dan serabut bersendirian. synchronization ilmu adalah sesuatu yang sukar, since ilmu sekarang banyak telah dijuzu'kan, walhal Islam itu satu sahaja. not receive yet total enlightenment..

Anonymous said...

ni emel fizah :)

yuzai_angahatyahoodotcom

Ummu Yazid said...

to fizah,
alhamdulillah diyana dh emelkan. slmt beramal :)

to hiten
maybe misa leh wat e group then kita wat forum to discuss any books. kind of usrah. sumone that i know dearly loves reading financial books, while i love reading some islamic novel books and also some approach for non muslim, while u love reading political and the battle books.so i think, these combinations are very good. plus our shbt aina, my brother and the others.how about that?

this is only a suggestion.

Anonymous said...

insyaAllah akan diusahakan.. wait for my invitation.. new misa egroup. sblm ini ada tapi mati..

maybe this time, only our circle.. kuku, or maybe ahli misa who committed..