Sekiranya rakan-rakan lain terlalu gembira dengan keputusan ini, dia tumpang gembira, luaran dia cuba menampakkan dia gembira. Tetapi rupa-rupanya dia seoarang cewek yang cungek. Dia begitu cepat menitiskan air mata terutama ketika dia bertemu dengan Pemberi Keputusan ini. Dia memandang 2 insan terindah yang dianggapnya sebagai mahligai indah. Hatinya sayu, dia perlu melepaskan dua mahligai indah itu. 2 mahligai indah itu seolah-olah mengerti, 2 mahligai indah itu benar-benar murung sejak 2-3 hari ini. Dia seolah mengasingkan 2 mahligai indah itu. Tiada lagi kata sapaan atau senyuman manis kepada dua mahligai itu. Dia hanya mampu menangis
Dia tidak ingin menjadi beban kepada mahligai indah itu. Dia sudah berusaha mengatakan dia akan selamat di arus badai walau di mana dia berada. Dia bukan bongkak, bukan juga keras kepala. Tetapi dia sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Dia ingin seperti seorang kanak-kanak, yang baru belajar bertatih, jatuh bangunnya disokong penuh dengan semangat, kasih sayang dan doa yang tidak putus-putus. Dia mahu kedua mahligai indahnya mengerti dia sudah cukup dewasa. Sebagaimana seorang kanak-kanak, kanak-kanak itu tidak perlu sentiasa dihulurkan tangan untuk dibantu agar kanak-kanak itu dapat berjalan dengan laju. Kanak-kanak itu perlukan pelukan kasih sayang, kata-kata peransang, kepercayaan yang jitu, serta doa yang tulus ikhlas untuk mengiringi setiap jatuh bangunnya. Seperti juga seorang kanak-kanak, dia ingin belajar. Kanak-kanak yang sentiasa dibantu dalam setiap tapaknya hanya akan menjadi seorang yang cungek, penangis. Dia ingin belajar benda baru.
Dia mohon maaf kepada kedua mahligai indahnya. Dia tidak ingin menjadi seperti Tanggang yang kepanasan ketika sakaratul maut menjemputnya. Dia hanya mampu menangis ketika ini. Dia benar-benar cewek yang cungek.
Dia cukup akur "Jangan lah kamu mengatakan walau 'uff' kepada keduanya". Dia juga cukup akur, setelah Allah dan Rasul, ibunya yang perlu ditaati. Dia juga cukup akur sebaik-baik amalan adalah mereka yang menunaikan solat di awal waktu dan berbakti kepada kedua ibu bapa mereka. Dia juga cukup akur dengan kisah seorang sahabat as, yang ingin berperang namun ditegah oleh Rasulullah saw, hanya kerana masih ada kedua ibu bapa yang perlu dijaga. Nilainya sama dengan sebuah jihad peperangan! Dia juga cukup akur, teorinya cukup mantap. Tetapi segala yang dinilai adalah sebuah amalan, bukan sekadar ilmu menggunung.
Allah, kasihanilah hambaMu ini...Ya Ilahi, ampunilah daku, ampunilah keduanya dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kecil..
2 comments:
don't worry, everything will turn out to be just fine..
put trust in Allah, have faith to Him
jzkk.tq for ur du'a
Post a Comment