September 10, 2008

Islam Itu Agama Mendamaikan

Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih dan Penyayang.
Baru sahaja menjengah blog seorang sahabat maya, dan saya hanya mampu beristighfar panjang. Sekiranya dia menuduh Islam agama terorist, saya tidak akan menyalahkannya, kerana mungkin sahaja dia belum faham agama Islam sebenarnya atau mungkin sahaja risalah Islam itu belum sampai kepadanya.Moga dirinya sentiasa dalam peliharaan Allah.

Cuma sedikit pendahuluan tentang toleransi nya Islam, saya mencadangkan sebuah buku Rahsia Sukses Dakwah Rasulullah Saw yang dikarang oleh Syeid Ramadhan Al Buti. Buku itu telah menjawab segala persoalan tentang benarkah Islam itu disebarkan melalui perang? Benarkah Islam itu mengarahkan 'memenggal' kepala orang-orang kafir? Benarkah Islam itu menganjurkan jihad yang bunuh diri? Saya mendoakan agar kita semua diberi kesempatan untuk melihat Islam dari mata hati yang benar-benar bersinar, bukan semata-mata melalui mata hati yang buta.

Toleransi Islam ini, sehinggakan Allah telah berfirman di dalam surah Al Kafiruun, "bagi kamu, agama kamu, dan bagiku agamaku". Lantaran itu, apakah dengan satu prinsipal bahawa Islam itu agama sungguh toleran? Jika Islam itu bukan satu agama yang toleransi, sudah tentu, ayatnya akan berubah, "Maka masuklah kamu ke dalam Islam dengan paksaan". Tetapi Islam itu tidak begitu, Islam menghormati agama lain, sehinggakan Allah telah berfirman di dalam Surah Al An Aam, 108 " Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan"
Lihat sahaja, betapa Islam itu terlalu menghormati agama lain, sehinggakan kami tidak dibenarkan langsung untuk mencerca agama lain. Jadi dalam hal ini sahaja (kerana konsep ketuhanan adalah paling tinggi dalam Islam) bagaimana pula dengan hal-hal lain, tentang hubungan dengan orang yang bukan Islam?

Buat masa ini, ini sahaja pengenalan saya tentang Islam itu Mendamaikan. Saya cukup menyarankan agar, bacaan diperluaskan baik dari lensa seorang Muslim mahupun seorang Non-Muslim
Insya Allah, saya akan sambung artikel ini. Moga diizinkan Allah

This is an article for further reading:
Terrorism, Violent, And Islam


3 comments:

Anonymous said...

The link is broken.

Anonymous said...

thank you.trying to fix it

Ummu Yazid said...

alhamdulillah, the link is ok now :).kindly visit for further explanation of what, who the real islam is.moga dibukakan pintu cahaya buat kita semua, insya allah :)