bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama Allah yg punya nama-nama yg Terbaik. Segala puji hanya bagiNya Tuhan sekalian alam. Maha suci Allah atas segala kebesaranNya. Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW. Segala puji bg Allah yg masih memberi sedikit peluang untuk sama2 menikmati sedikit lagi peluang kehidupan demiNya...
Subhanallah, Alhamdulillah Allahu Akbar..
Buat ikhwah, akhawat yg dirahmati Allah..
Dalam tak sedar, kita dah masuk 2006. Dan semestinya umur juga semakin bertambah. Saya x tahu, perlukah sy mengucapkan Happy New Year? Mungkin perlu, sekadar mengucapkan. Terfikir, semakin hari bertambah, semakin usia bertambah, tapi iman di takuk lama, astaghfirullah. Semakin usia bertambah, semakin banyak nikmat yg x disyukuri, astaghfirullah, semakin usia meniggalkan semakin banyak dugaan yg tak ditempuh dgn sabar. Astaghfirullah. Laa ila ha illa Anta. Subhanaka inni kuntu minadzolimeen.Tiada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku tergolong dlm golongan orang yg menzalimi diri..
Dan semstinya, sy tak boleh mengaku umur sy masih 21 thn. Sekarang umur 22 thn.(kalo ikut perkiraan Islam, sy memang dah 22 tahun). Tp ilmu, iman dan amal sy tak secocok dengan umur yg Allah beri..
Terfikir. Dari kecil dilahrikan dlam keluarga yg cukup sederhana, tidaklah terlalu kaya, dan tidaklah hidup melarat, dengan dibajai sepenuh kasih syg,tetapi sy masih menita-minta. terlalu bnyk 'kalau' dlm sy dibesarkan oleh kedua ibu dan ayah sy yg mengasihi kami bertiga.. 'kalau' lah sy jadi anak bongsu, kan best?Astaghfirullah..
Kemudian diberi pendidikan yg ok. Dibesarkan dlm keluarga yg cukup pentingkan pencapaian akademik, alhamdulillah, dan akhirnya mama sy menempatkan sy di SRK P Methodist 1, dan alhamdulillah, bergaul rapat dengan kwn2 non-muslim memberi sedikit gambaran ttg kehidupan mereka walaupun waktu tu, sy masih x faham apa2. Dlm UPSR, alhamudulillah berjaya dgn cemerlang, kerana niat ketika itu, ingin ditempatkan di sekolah asrama penuh, aim saya Kolej Tunku Kursiah (TKC) ataupun Sekolah Tun Fatimah(STF), kerana ingin bersaing dgn sepupu. Tp alhamdulillah sy ditempatkan di SMKASR..
Sekolah agama. Tak pernah terfikir dpt sekolah agama.Mula2 mmg rasa rendah diri dgn sepupu, yalah dia sekolah terbaik negara, tp sy sekolah terbaik negeri jer.. Tp itulah yg Allah tetapkan untuk sy. Dan sememangnya itulah yg terbaik. Subhanallah! Alhamdulillah. Di situlah sy kenal apa itu ma'thurat, apa itu solat berjemaah, apa itu qiamulail, apa itu aurat. Alhamdulillah.. Allahu Akbar. Allahu A'lam..
Kemudian., alhmdulillah, dikurniakan kejayaan cemerlang dlm PMR, kerana waktu tu niat nk ke KISAS (kolej ISlam Sultan Alam Sham, kelang), tp x dpt. Ditawarkan ke SMS Muzaffar Syah, entah kenapa hati tak tergerak nk ke sana. Alhamdulillah, sekali lagi Allah, beri yg terbaik untuk sy. Ditaklifkan memegang jwtn penting di sekolah, mengajar sy erti tggjwb, erti pentarbiyahan, dan dipertemukan dgn cikgu yg faham fikrah Islam sbagai guru pengawas Alhamdulillah..Dan SPM aim unutk ke Ireland,nk amik medic, again nk bersaing dgn sepupu..
SPM, sekali lagi keputusan agak cemerlang walau x secemerlang mana. Ditawarkan ke Jepun, egineering, tp dalm mimpi Istikharah, mama nampak terlalu sedih. dan akhirnya sy buat keputusan tak pergi, walupun pd awalnya borang berhenti matrik dah ditandatangani. Alhamdulillah, itu keputusan terbaik dari Allah. Alhamdulillah.
Di matrik, sy kenal erti persahabatan. Sy mula nmpak arah tuju.
dan itulah yg terbaik utk sy. PNGK matrik alhamdulillah. Perancangan awal utk amik Dr Perubatan. Tp x kesampaian. X de rezeki.. Kecewa, kerana hanya mampu amik Dr Pergigian.Yalah org tak pndang pun dentist. Mak ayah terima seadanya, sy? Cukup kecewa..
Ditempatkan di USM kelantan. Again kecewa, jauhnya!Dahlah tu bukan dlm yg terbaik plak turanking ke 3 lepas UKM ngan UM.. Di USM, tau dental lagi susah dari medic. Medic kena blajar, dental kena blaja. Budak medic boleh cover topic medic, kami kena buat gg palsu lah, elective lah, kelas tambahanlah etc. Bosan dgn hidup dental student. Terfikir baik amik medic. Itulah sy waktu 1st year. Tp alhamdulillah, Maha Suci Engkau Ya Allah. Sememangnya ini yg terbaik utkku. Dan di sini, sy masih boleh belajar medical, masih boleh belajar dental. Bukankah itu satu kelebihan, jika dibandingkan dgn teman2 dental dr u lain? Walaupun jauh dari mak ayah, nak balik kena pk panjang, inilah yg terbaik utk sy. Kerana di sini, sy mula kenal erti sebenra da'wah, erti sebenra perjuangan, erti sebenar ukhuuwah islam, erti sebenar cinta, dan yg paling penting, sy dipertemukan dgn seorang shbt yg mencintai Allah..
Subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar.....
Itu hanya sedikit dari kisahku. Kalian mungkin Allah dah tetapkan yg terbaik buat kalian. Yakinlah dengan Allah. Dia MAha Mengetahui. Usah dikeluhkan nasibmu. Kerana Dia Tahu segala Yg terbaik, sedangkan kita makhluknya (yg diciptaNya) tak tahu apa2.. Saya sendiri, dari kecil bnyk perancangan, nk masuk TKC, nk masuk KISAS, nk gi Ireland, nk jadi viva A student, tp asik fail jer.. sumenyer tak kesampaian..Tp itulah yg terbaik utk saya.
dan saya semakin yakin, segala2nya dari Allah..
Takdir yg Allah tetapkan adalah yg terbaik. Cuma kita sbagai hambaNya tak bolehlah tak berusaha lgsung. Kalau benar ingin bertawakkal, buatlah yg sehabis baik.Kemudian srahkanlah kpd Allah. Jgn terlalu kata, 'itu dah takdir', tp sebelum tu usaha hampeh...
Sama2 teman, di tahun baru masihi ini, perkuatkan mujahadahmu. Tanamkan azam baru dalam hatimu, agar setiap hari yg dilakukan adalah lebih baik dari semalam..Segala2nya untuk meraih cinta Allah...
Currently, tgh habiskan buku prasangka baik dlm Al -Quran oleh Harun Yahya..Buku yg pd hemat sy sgt bagus.,..
Semoga ada sedikit manfaat dr sedikit tazkirah sy.
Semoga kita tergolong dlm gol2 yg diberi nikmat oleh Allah...
Semoga imankan makin bertambah dari hari ke hari....
Ameen yA Rabbal 'alamin..
Selamat tahun baru...
2 comments:
Usahlah menangis bila mengenangkan yang lepas kerana ia pasti telah luput darimu..dan usahlah jua sibuk merencana masa hadapan. Kerana yang kelmarin tiada dapat diulang dan yang akan datang belum pasti kau akan tempuhi. Sebaliknya..jadikanlah hari ini antara yang terbaik dalam hidup, dlm amalmu, ibadahmu, perlakuanmu serta lidahmu,wahai sahabat!
terima kasih ukhti..
sama2 kita mencari kasih Allah..
sama2 kita mujahadah kerana Allah..
sama2 kita menyulam ukhwah kerana Allah
antunna shbt ana, terima kasih Ya Rabb atas pertemyan dgn shbt2 ku ini..
Post a Comment