January 13, 2006

Dr Hati-hati (Tobibul Qulub)



Bismillahirrahamanirrahim

Assalamualaikum..

Sy cukup tersentuh dgn ta'alim yg sy join minggu lepas. Betapa aqidah para sahabat terlalu mantap, kepentingan duniawi sanggup dilepaskan, walau jawatan yg disandang cukup mantap.

Khalid al -Walid, siap yg tak kenal Khalid Al Walid,jeneral tentera Islam yg sangat digeruni musuh Islam ketika itu, penuh dgn strategi yg tidak akan kalah. Andai dia memimpin tentera Islam, dengan izin Allah, kemenangan pasti berpihak pada mereka.Allahu Akbar!
Dalam satu peperangan, saidina umar dilantik menjadi khalifah menggantikan saidina Abu Bakar As Siddiq. Perkara pertama yg dilakukan oleh saidina Umar Al Khattab ialah melucutkan jawatan Khalid Al walid.

Tengah peperangan yg dahsyat, Saidina Umar buat keputusan drastik. (kalo kita ingat kisah cmner Dato' Anwar Ibrahim kena lucut jawatan, cmner reaksi msyrkt setempat waktu tu? Panas kan) Inikan plak dlm perang dgn musuh kuffar. Khalid Al -Walid dengan senyum ,meniggalkan serbannya yg ada lambang general, dan diserahkan serbannya kepada Abu Ubaidah. Ahli tentera muslim yg lain, mengamuk, x erpuas hati.
"Siapa Umar untuk melanggar keputusan Rasullah SAW melucutkan jwtn Khalid Al Walid, siapa Umar utk melucutkan jwtn general Khalid walau dlm pemerintahan Abu Bakar? Siapa dia?"
Khalid Al Walid masih senyum. "Apakah ada beza aku general dgn aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar?Kalo engkau beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin"

Mendengar arahan Khalid al Walid, tentera Islam mendiamkan diri. Tp hati masih penuh rasa tidak puas hati. Lantaran ketidakpuasan hati, perkara tersebut telah menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam.

Saidina Umar hanya senyum pada awalnya. Tapi apabila fitnah semakin panas, dia berkata ,"aku lucutkan jwtn Khalid Al Walid kerana aku takut kamu akan berlaku SYIRIK!!"
"kenapa pula kami boleh SYIRIK di bawah pimpinan Khalid Al Walid?" lantas jwb Saidina Umar, "kerana aku takut engkau mengatakan kemenanan tentera Islam adalah kerana pimpinannya, bukan kerana bantuan Allah!"

Terdiam tentera islam yg lain. Semenjak tu, Saidina Umar digelar tobibul qulub (Dr Hati).

Subhanallah! Betapa aqidah yg terlalu mantap. Kerana aqidah yg begitu mantap itulah, Allah sering membantu tentera Islam dahulu. Sedangkan kita, kalo bertelagah dlm kumplan, and kerja yg dirancang tak menjadi, apa kita kata "tulah, engkau, aku dah kata jgn buat camni, tgk apa yg dah jadi?" ..Tak pun, kita salahkan sistem teknikal "menyusahkan org je xco teknika;l, sume tak menjadi"...

Astaghfirullah al azheem. Sy betul2 terkesan dgn tazkirah ustaz tu. Nmpak sgt aqidah kita terlampau gontai.Lemah, rapuh, Prapp! Patah! marilah shbt,jgnlah mudah melatah andai sesuatu buruk terjadi. Jgnlah mudah melonjak gembira andai menerima berita gembira. "inilah usaha aku, berbaloi nmpaknya" Astaghfirullah al 'azheem. Andai berita gembira diterima, alhamdulillah. Andai berita sedih "lahaw la wala quata illa billah".

Ingatlah segalanya dalam perancangan Allah. jgnlah mendabik dada, kita hanya manusia yg hina. terlalu hina. Istighfarlah selalu...

Say! He is God, the One!The Eternally Besought of all!He does not beget, nor is He begotten.And there is nothing comparable to Him."

1 comment:

Anonymous said...

segalanya dari Allah jua..
jzkk atas this reminder