January 10, 2006

salam aidul adha

bismillahrirahmanirraheem..
assalamualaikum..

Salam Eidul Adha buat pembaca blog sekalian
Maafkan saya, sy sepatutnya menyambung pengisian penghayatan surah al fatihah. Insya Allah, akan disempurnakan kemudian.

Tak sangka hari ni umat Islam sama2 menyambut eidul adha, atau biasanya kita pnggil hari raya korban. Korban apa? bukan sekadar tumbang 2 ekor lembu.Kalo ikut sirah, apabila nabi Ibrahim as dalam mimpinya diberi petunjuk utk menyembelih Nabi Ismail, dia lantas meminta pendapat anaknya. Kata Nabi Ismail "Kerjakanlah apa y diperintahkan kepadamu, dan Insya Allah aku dlm golongan org2 yg soleh" Subhanallah, begitu mantapnya aqidah mereka.

Tadi tengok "Kiamat sudah dekat". Cerita lucu yg bnyk pengisian. Hero tu snggup berkorban demi cinta sarah. "apakah agama kamu?" Siap tgk ic lagi "ooh, sy org Islam. Maaflah ya, dulu2 ibu bapakku yg menguruskan segalanya". Erm alahai. Tp apa yg sy nk tekankan kat sini, fandi tu snggup berkorban utk dpt kan sarah, anak pak haji. Tak kesah lah, dari tak pernah solat, blajar dgn adik saprol, x pernah baca quran, sanggup. Tp x diterima gak. Kena khatamkan ilmu ikhlas barulah pak haji tu terima dia..Berkorban demi cinta..

Jadi,apa relevannya?
Kalo kita snggup berkorban demi cinta manusia, cinta Allah camner?
Dalam akidah kpd Allah, org lain bley tidur lagi, tp kita kena bgn solat subuh, malas ke tak mals, kena bgn, utk dpt redha Allah. Org lain leh gune waktu maghrib isya' utk study, kita kena dgr ta'lim, tazkirah kat surau. Org lain ada masa nk mengenyangkan perut, kita kena berlapar dahaga, dan amalan lain dalam ramadhan..semuanya kena berkorban!

Dalam ilmu, org lain bley meronggeng gi shopping, x pun tgk vcdm tgk perlawanan bola sepak, tgk konsert, kita kena pulun menuntut ilmu. Kena bersekang mata buat nota ringkas, kena thn sbr nk memaham lepas tu nk menghafal lagi. Ikutkan hati mmg nk enjoy, tp apakan daya, demi perintah Allah "bacalah dengan nama TuhanMu" kenalah bersekang mata.. Semuanya kena berkorban!

Dalam ukhuwwah, bila kwn kecikkan ati kit, kita kena telan bulat2. walau pahit, tp demi sebuah ukhwah, kita terpkasa menerima. Ingat kisah abu bakar as siddiq dgn rasulullah saw? Yg mana dlm persembunyian di gua dr kaum quraisy, ada lubang yg ada ular berbisa dlmnya. Apa saidina abu bakr buat? dia pijak lubang tu dgn kaki dia. Dia snggup kaki dia disengat ular berbisa. Kita? jadi, bila ada pertelingkahan sedikit dgn teman karib, maafkan, bersabar, kerana dia juga manusia biasa. mana kita tahu, dia juga bnyk memendam rasa dgn kita lntaran akhlak kita yg begitu jelek?Semua kena berkorban!

Dalam perjuangan, org lain bley duk kat blek, bergurau bermesra dgn shbt keluarga, tp kita x habis2 meeting. Hujung miggu penuh dgn prog, study group utk jr,anjur kan prog agama, fikirkan amar ma;ruf nahi munkar, semua kena wat! Semua kena Berkorban! Kalo dah kerja, kena wat yg sehabis molek. kalo tak natijahnya hampeh...

Begitulah kita, semua kena berkorban. Tp berkorbanlah dgn niat Lillahi Ta'ala. Allah telah menjanjikan pengorbanan nyawa dan harta adalah perniagaan yg takkan rugi..Yakinlah dgn Allah..
Berkorban demi cinta-(HIJJAZ)

Allahu 'alam..

No comments: