bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum..
kepada sahabat2 seaqidah yg dirahmati Allah
Saya baru selesai habis kuliah. Seusai kuliah, cadangnya ingin terus ke cafe, tetapi seorang lelaki, yg pada kira saya seorang Cina, buat announcement utk semua muslimin muslimat tunggu for few minutes. Saya cukup terharu, 1st time saya lihat teman2 yg non-muslim menghormati arahan utk menghormati kami, meninggalkan dewan kuliah secepat mungkin. Sebelum ini, ketika tazkirah diberikan, mereka agak kurang mengendahkan kami, tetapi dari arahan seorang Cina itu, mereka akur, dan patuh.
Dia memperkenalkan dirinya. Seorang muallaf rupanya. Tapi, cukup terharu dengan cara dia memanggil kami semua, 'To my brothers and sisters rahimatullah, to all muslimin and muslimat rahimatullah". aduh, jarang sekali mendengar org mendoakan kita dalam rahmat Allah. Dia bercerita sedkit tentang keadaan gempa bumi di pakistan dan India,dia seorang ahli MERCY dan juga ahli PERKIM, dia seorang Dr yg sedang ambil master in pathology di ukm, dan dia dtg utk mengajak kami menderma fisabillillah. Katanya "dear brothers and sisiters rahimatullah, each of these calendar is RM10, but for sabilillah, for mankind purpose, we will sell it to you, and 100% of your donation fisabilillah will be attributed to those needies. Fisabilillah, for mankind".
Saya terdiam. Ya Allah, betapa ayat yg digunakan cukup berhikmah.cukup meruntun perasaan. Cukup tawadhuk. Dan saya merenunung diri, air mata yg sememangnya cukup mudah mengalir, tak mampu ditampung. "Diyana rasa cukup malu shbt, dia seorang muallaf, tapi penghayatan islamnya cukup tinggi, dia lebih banyak menyumbang untuk islam dari kita yg sememangnya Islam", itu shaja kata2 yg saya mampu luahkan kpd shbt baik di sisi saya ketika itu.
Lantaran terfikir, apakah sumbangan utk islam. Dan saya mengajak teman juga sama2 bermuhasabah,apakah kita telah menyumbang utk Islam? Apakah tgjwb dakwah telah cuba kita penuhi,utk Islam agama yg cukup syumul. Utk agama yg membawa kesamarataan hak individu.satu2 nya agama yg telah menjadikan matlamat hidup manusia satu sahaja: ALlah, satu2nya agama yg telah menyempurnakan akhlak manusia, satu2nya agama yg telah diberi panduan yg cukup lengkap samada perkara yg telah berlalu atau yg akan datang melalui Al Quran, satu2nya agama yg cukup mengangkat tinggi darjat seorang wanita, satu2nya agama yg telah membawa ketenangan ketika org lain berantakan.Satu2nya agama yg telah memberi peluang utk merebut peluang yg terbuka luas, di syurga sana..
Apakah yg telah kita lakukan teman?
Teman, andai kalian berada di dewan kuliah 2 USMKK ketika itu, kalian akan terharu melihat kesungguhan seorang muallaf itu, akhlak yg dicerminkan cukup indah, bahasa yg digunakan cukup hikmah, tp penuh ketegasan. Maafkan sy, sy tidak punya kebolehan utk menjadikan sesuatu cerita menarik, tetapi sy merasakan sesuatu yg cukup meruntun perasaan melihat seorang muallaf yg dirahmati ALlah itu.....
Sekali lagi, teman,
APaka sumbangan kita utk Islam?
Tugas dakwah utk semua..bukan utk ustaz ustazah, bukan utk oemegang exco kerohanian sahaja, bukan utk org yg bertudung litup dan berkopiah sahaja, tetapi kerana Islam..
Kerana apa?Kerana Islamlah, satu2nya agama yg Allah redhai, Kerana Islamlah yg telah segala2nya yg terbaik utk umat seluruh alam, kerana dgn Din Allah inilah, bumu kita disinari syahadah yg cukup gemilang..
Hatiku milikmu, DAKWAH DAN TARBIYYAH..
kan kuserahkan segalanya demiMu ALlah.. insya Allah
No comments:
Post a Comment