January 03, 2006

penghayatan Miftahul al-quran

Bismillahirrahamniirahim..
Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Assalamualaikum,
Seorang shbt mencadangkan agar diadakan usrah online. Syukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk sama2 berkongsi sedikit ilmuNya yg sy perolehi dalam kuliah Jumaat yg lepas. Awwalan, sy minta maaf atas kekurangan diri andai penyampaian sy tak sehebat ustaz yg memberi ceramah...Semoga pengisian yg sedikit ini mampu menjadika solat kita solat org2 yg khusyuk. Allahummaj'alna solatana solatan khasyi'in. Ya Allah jadikanlah solat kami solat org2 yg khusyuk...

1. A'uzubillahiminassyaitonirrajim..

(aku berlindung dengan Allah dari syaitan yg kena rejam)
Mama'na syaitan? Ustaz beritahu, syaitan adalah masdar (kata terbitan) dari satu perkataan yg maksudnya ialah perigi yg dalam. Syaitan bermaksud apa jua yg boleh menjauhkan dari Allah. Kita mungkin apabila menyebut syaitan, kita akan terbayang, syaitan yg menyebabkan adam dan hawa dikeluarkan dari syurga, syaitan yg dibayangkan dlm cartoon, muka yg hodoh, dan bertanduk. Hakikatnya, syaitan adalah apa jua yg menjauhkan kita dari Allah. Dalam surah An Nas:Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi.yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia (4-5). Jadi, bukanlah semestinya syaitan itu ialah, yg kita tak nmpka. Malah, mengikut kata ustaz tu, riyak, su'dzon (bersangka buruk) dan apa jua sifat2 mazmumah boleh menjauhkan kita dari Allah..

Penghayatannya:
Kita minta dijauhkan, dibuang jauh2 segala yg menjauhkan kita dari Allah, segalan yg merosakkan amal.Jadi apabila kita minta sesuatu, tindakan susulan perlu dilakukan, bukan sekadar meminta-minta. sama juga kalo ingin berjaya dalam exam, kita kena berusaha, nk jadi kaya, kena pandai cari peluang yg menjana kewangan. Begitu juga kita dengan Allah, kita tak boleh sekadar meminta, tp perlulah disusuli dengan usaha keras untuk menjauhkan diri dari perkara yg boleh menjauhkan kita dari Allah. Dan itulah mujahadah. Mujahadah nafsu especially.

2.بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
(dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Pengasihani)
Kita mulakan dengan nama Allah. Besar kalimah ni. Allah yg menciptakan langit dan bumi, Allah yg memelihara apa jua yg di antara keduanya, Allah yg mentakdirkan kita masih hidup hari ni, ALlah yg telah beri rezeki dan nikmat yg terlalu banyak. ALlah. Kita mulakan dengan nama Allah, yg punya nama2 yg terbaik.

Dan kerana DzatNya yg Pemurah kita masih lagi diberi peluang untuk makan, minum, sihat tubuh badab. Sifat Ar Rahman adalah sifat Allah ke atas semua makhluknya( betulkan sy andai salah). Dan sifat Ar Rahim, Yg Maha Pengasih adalah untuk umatnya. Lantaran itu, shbt, kerana kedua SifatNya itu, Allah masih beri peluang kepada kita, untuk memperbaiki amal2, untuk bertaubat, walaupun hakikatnya, dosa yg bertimbun lagi banyak dari nikmat yg Allah beri kpd kita walaupun nikmat-nikmat tu kita tak pernah nampak!!

Pengahayatannya:
Kita mulakan dengan nama Allah. Bismillah. Mengikut apa yg disampaikan oleh ustaz, kita mulakan dengan basmallah, agar kita seiring dengan ALlah, agar kita sejalan dengan Allah. Dia bagi analogi, apabila dgn kwn, dua-dua bergaduh, maksudnya tak seiring lah kan? Asik nk bergaduh jer. Jadi dengan menyebut basmallah, di awal surah, kita berharap agar kita dari awal2 lagi sejalan dengan Allah. Agar rahmat Allah ada bersama kita.

3.الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam)
Again kalimah aqidah yg sangat besar. Tuhan sekalian alam.kalimah yg besar!.
Tapi, kita masih mampu untuk melakukan munkar. Sampai hati kita kan? Apakah benar2 kita mengaku Dia Tuhan sekalian alam? Apakah benar kita melakukan suruhannya dan meniggalkan larangannya?

4. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Seperti yg diterangkan di atas..Sifat Pengasih dan PenyayangNya Allah..

5.مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
( yg menguasai Hari Pembalasan)

Penghayatannya:
Ini bermaksud, hidup kita perlu ada visi yg sangat jauh. Hari Pembalasan. Segala apa yg dilakukan mesti difikirkan apa akan jadi di hari Pembalasan nanti?Syurgakah atau nerakakah? Dan apabila terfikirkan tentang syurga, sudah pasti kita akan berusaha untuk mendapat rahmatNya, kerana hanya dengan rahmatNya shj kita mampu jadi penghuni syurga. Dan apabila terfikirkan neraka sudah tentu kita pakan menjauhi segala munkar dan apa jua yg Allah murkai, kerana kita tahu, apa jua murka Allah boleh jauhkan kita dari rahmat Allah..
Hidup kita bukan sekadar di dunia, lulus pro 2, naik 4th year 2006, grad 2008, jadi dentist, kawen, sambung specialist, ada keluarga sendiri, ada klinik sendiri...
Bukan sekadar tu.. Kita punya visi yg terlebih jauh dari org2 yg bukan Islam..

Insya Allah sekadar berkongsi sedikit ilmu.
Insya Allah, akan disambung kemudian...
Semoga ada sedikit manfaat.

Andai tak dapat solat yg khusyuk 100%, cubalah sedikit demi sedikit dgn memahami maksud surah al-fatihah. Sy menyampaikan dan sy mengajak kalian, sama2 beramal kerana Allah.. Sama2 perbaiki amalan yg compang camping.. Sama2 perindahkan akhlak kerana Allah..

No comments: