December 29, 2005

kenagan manis saya ialah...

Bismillahirrahamanirrahim..

“Kenangan Ana yg Paling Manis …”

“kenangan ana yg paling mansi ialah apabila ana mengenali Allah”.
Ahh, itu rupanya jawapan yg kucari selama ini dalam dirinya..

Sewaktu minggu orientasi, sy ternampak dia, cukup ayu, dengan tudung labuhnya, dengan sopan yg menghiasi diri, dengan senyum yg sentiasa menyerikan wajah, yg sentiasa pandangan terjaga. Terasa ingin memulakan salam perkenalan, tetapi lantaran terasa diri yg kerdil berbanding dengannya, sy pendamkan dulu salam ta’aruf.

Tetapi alhamdulillah, sewaktu 1st year saya dalam satu kumpulan dengannya. Walaupun begitu, sy tak mengambil kesempatan untuk mengenalinya lebih dalam. Segan, dia belajar di Maahad P sedangkan sy, walaupun sekolah agama, tetapi akhlak sy tak seindah dia.

Saya lihat dia begitu tenang, x pernah marah, x pernah masam, masih boleh senyum walaupun orang lain dalam kalut prepare untuk pro 1, yg bagi kami macam life and death decision. Sebelum kuliah, shbt2 sy baca doa.Begitu juga dia, tp dia lebih lama baca doa, penus kudus, penuh khusyuk. Apabila seusai kuliah, mulut dia terkumat-kamit membacakan sesuatu. Entah apa yg dia baca, sy tak tahu..

Bila dengan orang yg dia tak rapat, perbualan dia, kelakuan dia sama sahaja dengan sahabat qaribnya. Terfikir, dia ni memang tak pernah membezakan orang, ke?
Setelah 3 tahun berkawan dengannya, sy masih lagi ingin mengenalinya dengan lebih dalam. Pernah sekali dalam bulan ramadhan, sy solat sunat sebelah dia, sy dah habis baca doa, tapi dia masih dalam sujud yg akhir. Waktu org lain berebut2 untuk mengambil makanan untuk iftar, dia masih dalam sujudnya.Masya Allah. Sy masih menunggu dia. Usai dia berdoa kudusnya, sy menyalamnya. Subhanallah, genggaman erat dia bila bersalaman dengan sy, menyebabkan sy rasa macam nk menangis, x pernah ada org bersalaman dengan begitu erat sepertimana dia bersalaman dengan sy. Lepas bersalam, dia peluk, Ya Allah, waktu tu terasa ukhuwwah yg ada dlm hati dia..

Ketika sedang menunggu dr. utk kuliah, dia masih dengan majmu’ syarifnya. Kalau x majmu’ syarifnya, ma’thuratnya tak pernah lekang. Bila mulakan mesyuarat, dia membaca doa,terlalu lama, dan jika dia pengerusi majlis, dia akan pesan ‘ana minta antunna semua betulkan niat lillah, bkn krn sekadar mengisi masa mesyuarat ini”.
Subhanallah..

Pernah dalam satu mesyuarat, dia nmpk cukup letih. Saya tnya, “Enti penat?” Dia masih dlm senyum, dia kata “ Segala2nya dari Allah. Bila kita sihat, siapa yg bagi? Allah. Bila kita boleh berjalan siapa yg bagi?Allah. Bila kita sorang2, siapa di sisi ?Allah.Ana tak penat enti. Alhamdulillah”.Aduh teman, walau kau penat, ingatan kau masih kepadaNya..

Dalam satu program, dia jadi pengarah. Tamam program, dia diminta memberi ucapan akhir. Dia mulakan dengan basmallah. Dalam dia menyebut basmallah dia menangis. Haru waktu tu. Ingat lagi ucapan awalnya, “Adik2, ana rasakan cukup tak layak untuk berdiri di sini, ana sekadar ingin mengucapkan syukur ke hadratNya, atas peluang ini, kerana dipilih olehNya ….” Dia menangis lagi..

Saya akui sy cukup cemburu dengannya. Dia seorang yg cukup ayu, manis, lemah lembut, manja. Tapi bukan itu yg sy cemburu dengannya, bukan kerana keayuannya, bukan kerana manjanya, bukan kerana pengaruhnya, tetapi ketenangannya. Sy tak tahu dari mana dia dapat tenang. Sy betul2 tak tahu macam mana dia boleh tersenyum bila org lain mula risau nk terima result. Katanya ‘jgn takut dengan result kita, tp takutlah andai usaha kita x seberapa dgn apa ygAllah dah bg kita’.Subhanallah..

Mungkin terlalu sempurna cara sy describe diri dia. Mana ada manusia sesempurna itu. Tetapi sy akui, sy cukup kagum dengan dirinya. Dan sy masih lagi tak tahu jawapan, dari mana dia dapat ketenangan itu…

Hingga akhirnya, minggu lepas, kami sama2 terlibat dalam aktiviti jemaah Ada sessi ta’aruf.Semua perlu menceritakan kenangan manis dlm jemaah. Masing2 memberi jwpn masing2..Tetapi smpai ke turn dia semua senyap. “Kenangan ana yg paling manis ialah apabila ANA MENGENALI ALLAH”.Ada manik2 jernih dari matanya apabila dia mengucapkan begitu. “Kenangan ana yg paling pahit ialah………(maaf, akta kerahsiaan)..tetapi ana percaya, dalam pahit di akhirnya, ana rasa sangat manis, kerana ana DAPAT MENGENALI ALLAH lebih dekat lagi”..Subhanallah!!

Dan akhirnya, sy ketemui jawapan persoalan sy. Ketenangan yg ada dlm dirinya adalah kerana dia mengenali ALLAH..Subhanallah, beruntungnya sahabatku itu, dipilih oleh Allah, untuk merasakan manisnya iman…

Setelah sy mendapat jwpn, terasa ingin lagi mengenalinya. Sy tanyakan shbt baik dia, ttg dirinya. Sy tanya, kenapa si dia boleh bergaul dengan semua org dalam kadar yg sama rata, seolah2 manusia ini tiada perbezaan, yg baik ke yg tak. Lantas shbt itu berkata, “Dia kata, Semua manusia sama, semuanya MAKHLUK ALLAH”. Ya Allah sahabatku itu! Patutlah dgn ahli jemaah dia rapat, dengan org Muslimat lain yg bukan sejemaah pun dia rapat..Subhanallah…

Saya tanya lagi, macam mana cara dia belajar? “Dia selalu pesan kat ana, jgn dirisau pasal result, tp risaulah andai usaha yg diminta x secocok dengan apa yg Allah bg”..
Subhanallah!!

Subhanallah. Betullah, sms yg ana terima dari seorang sahabat “keyakinan kepada Allah adalah air yg tak pernah kering,menjadikan seseorang Muslim tetap tegar di saat orang lain berguguran dan tetap tenang di saat org lain ketakutan”.

Dan saya masih lagi cemburu dengannya. Kali ini bukan kerana ketenangannya. Tetapi kerana dia sudah merasakan halawatul iman, sedangkan saya masih jauh untuk menggapai kemanisan iman. Terasa cukup cemburu….

Tetapi apakan daya, hidayah itu adalah milik Allah. Cuma apa yg saya benar2 harapkan tika ini, saya juga diberi peluang untuk mengenali Allah, untuk mengasihiNya, untuk mengasihi rasulNya, untuk menjunjung sepenuh kasih KalamNya, untuk melakukan segala sesuatu keranaNya semata2…Tetap akui, masih jauh Hati sy perlu dibersihkan dari segala sifat mazmumah; suudzon, amarah, riya’, hasad, takabbur, hubbun dunnya…
Sy perlu mengisi kekosongan hati ini dengan ilmu, iman dan amal..

Saya perlu bermujahadah.Sy perlu menyemai ukhuwwah dengan semua muslim keranaNya, sy perlu pagari diri sy dari tuntutan nafsu yg kadang-kala menundukkan iman yg nipis…

Segalanya perlu ilmu. Ilmu untuk mengetahui kebesaran Allah.
Segalany perlu iman. Iman yg meyakini dengan hati, lidah, perbuatan dan beriltizam untuk beramal keranaNya
Segalanya perlu amal. Amal untuk buktikan kasih kita padaNya..
Segalanya perlu mujahadah. Tetapi mana ada benda yg akhirnya manis, didapati dengan mudah..
Segalanya perlu hidayah Allah…..


Ya Allah..
Izinkan aku mengenaliMu da mengasihiMu
Izinkan kami mengenaliMu dan mencintaiMu,
Berikan kami kesempatan utk mengecapi halawatul iman,
Berikan kami peluang untuk mengasihi RasulMu
Izinkan kami menjunjung sepenuh kasih KalamMu..
Kerana,
Kami mahu terglong dalam org2 yg Engkau pilih
Tergolong dlm gol org2 yg Engkau redhai..
Amin Ya Rabbal ‘Alamin..

4 comments:

Yin Areesa said...

Assalamualaikum...
Selawat dan salam buat junjungan mulia, indahnya hidup enti, Allah kurniakan dia sbg teman..:)nikmati dan hayatilah keindahan hidup enti, moga rahmat kasih sayangNya tercurah jua kpd kita, insyaAllah. amin.

Ummu Yazid said...

waalaikumussalam wbt.
terima kasih enti..
sama2 kita berukhwah kerana Allah
salam ta'aruf dari ana.
nurul diyana sharifudin

Yin Areesa said...

salam manis daripada ana,
.::Syauqah Wardah::.
.::Norshafriza Abdul Razak::.

Ummu Yazid said...

salam tautan ukhwah dari ana.
email: gext106@yahoo.com
dental 3rd year usmkk
1st of 3 siblings
a very emosional person