October 20, 2005

focussss!!

Dengan nama Allah, sebagai pembuka bicara..

15 Ramadhan 1426, 19 Oktober 2005.

Semalam, sy dengar digital Quran bacaan Imam Said Al Ghamidi. Kebetulan, buka2 terus dengar ayat ni...

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ(115)فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya untuk bermain2 sahaja? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)

Aduh, terasanya sy bila terbaca tafsiran tu. Sy bersyukur sgt2, buka2 terus terjumpa ayat yg mampu buat sy rasa malu dgn Pencipta sy.. " Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu( dari tiada kepada ada) hanya untuk bermain2 sahaja?" Aduh, memang sgt terasa. Betapa selama 22 thn (mengikut perkiraan thn islam) hidup ini hanya a waste. Sedih sgt. Selama ni sy bnyk main, ivadah main2, blajar main2, makan main2..sume nyer sy x serius. Sy jarang membuat sesuatu hanya kerana Allah. Jarang..Bila jalan dgn kwn pun bincang benda main2. Sy terlupa, bahawa cAllah x menciptakan sesuatu hanya sa2, dan sy terlupa akhiran sy ialah, kepadaNya jua...

Astaghfirullah al azhim.. Ramadhan hanya beberapa hari, tetapi ibadah yg dilakukan hanya main2, ibadah x sepadan dgn 16 hari yg penuh barakah..skejap ada, kejap x de..Jadi lantaran iu sahabat, sy menasihati diri juga rakan2 sekalian, bersama2 lah kita memaksimakan bulan ramadhan ini. Bagaimana kalo ramadhan kali ini, ramadhan terakhir. Betapa ruginya kita kalau begitu. Kalau buka laptop tu, banyakkanlah dengar bacaan al-quran terutama buat kaum hawa yg Allah bg cuti tambahan. Bila nk ke kuliah tu, basahkanlah lidahmu dgn Zikrullah, bila surf internet tu,(buka frenster) bglah testimonial yg meningkatkan iman.. Sama2 ya shbt? Kita rasakan bulan Ramadhan lah masanya untuk kita berubah. Dlm belajar tu blajar lah betul, jgn main2 dah. Sbbnya sume yg kita lakukan bukan untuk main2 tp utk redha Allah juga.. Sama2 ya sahabat?...

Ps: kepada teman2 yg akan menghadapi final x lama lg, ana hadiahkan ayat td untuk antum semua, sebagai booster antum/antunna semua. Belajarlah betul2 jgn main( pesanan buat diri juga).. Kerana Allah lah tujuan hakiki kita...Wallahu a'lam

No comments: