October 13, 2005

aduhai muslimat ku..

assalamualaikum ya akhawat yg kukasihi..

maafkan sy andai bicara ini melukakan hati kalian.bukan aku bermakusud untuk melukakan..tetapi aku rasa terpanggil untuk berkongsi apa yg aku rasa...untuk sama2 merasakan kitalah mawar mewangi di dunia ini, untku sama2 meletakkan diri dlm golongan
wanita solehah...

bukan mudah membicarakn wanita solehah, apatah lagi melaksanakannya. aku ini juga tidaklah layak untuk bergelar wanita solehah..terlalu jauh kurasakan..tetapi inilah impianku...


sahabatku sekalian,
tidakkah engkau merasakan nikmat islam?
aku merasakannya cukup indah..
terlalu! lebih lagi aku seorang perempuan.
dari hanya jadi mainan org lelaki,
diangkat martabatnya,
lantaran itu,
diletakkan syurga bawah tapi kaki seorang perempuan..
apakah engkau tidak rasakan itu satu anugerah yg cukup besar?
mengapa engkau jatuhkan maruahmu?
sebagaimana wanita jahiliyyah dahulu?
mengapa masih kau jadikan dirimu tatapan lelaki?
mengapa dirimu masih jadi mainan lelaki..
mengapa perlu cari munkar Allah?
mengapa perlu berpeluk dgn lelaki yg belum tentu jadi milik kita?
mengapa..mengapa..mengapa??
aduh sahabat...
seindah hiasan adalah wanita solehah..
mengapa perlu jadi perhiasan yg cabuk2?
mengapa perlu jadi perhiasan yg murah harganya?
mengapa tidak dipelihara dirmu?
mengapa tidak engaku jadikan dirimu
bagai emas,
yg tertanam jauh dalam bumi?
atau seperti mutiara
yg tersimpan kemas dalam keranganya,
nun jauh di laut sana?
mengapa..mengapa?
aduh sahabat..
betapa aku sedih..
engkaulah hiasan dunia..
tetapi perhiasanmu itu ..
hiasan jalanan..
bukan hiasan berharga..
betapa aku sedih..
hiasan yg ternilai.
dgn sebarang wang di dunia..
dijual dgn hanya entah berapa sen..
aduhai sahabat..
betapa aku sedih..
kerana di dunia ini lagi..
kita sudah rugi..
inikan pula.
di akhirat nanti....
wallahu a'alam...
nurul diyana sharifudin..8 ramadhan 2005

No comments: