October 19, 2005

aku terlalu mengasihimu..


Assalamualaikum..

14 Ramadhan 1426
18 Oktober 2005
6.45pm

‘ Diyana, waktu diyana beli makanan td, hp diyana x henti2 bunyi. Tgklah ada msg penting kot” .. saya terus buka hp, dan sy betul2 terkesan dgn msg sahabat sy itu.

“ Salam.. Dengan nama Allah ana memberi nasihat.Ayuh bangunlah sof pejuang agama Allah, sama2 berhijrah ke arah kebaikan kerana Allah, penuhkanlah sof hadapan dalam menuntut ilmu, dakwah bilhal i2 lbh trkesan bg manusia, trjemahkan kesungguhanmu mengejar redhaNya dgn dtg awal ke kuliah dn pnuhkn brisan hdpab,mulaknlah dgn dri kita, insya Allah saudara2 kita akan menyusul..Tlglah hayati kata2 ini dengan hati yg ingat pd Allah”..
mata sy terus berair, hati cukup tersentuh dgn ingatan ikhlasnya itu..

Ya Allah, betapa shbtku ini terlalu mengasihiku, lantaran itu dia memberi ingatan ikhlasnya kepadaku. Kerana kasihnya pdku keranaMu, dia sedar sy makin lama makin x serius dlm study sy, ke kuliah pun makin lama makin lewat, makin lama makin sof belakang sy duduk. Subhanallah! Maha SuciMu Ya Allah, atas tautan ini..Sy tidak berapa rapat dgnnya, hanya pernah sekumpulan dgn dia wktu 1st year, n sejemaah, tp dia cukup concern pasal sy. Aduh sahabat, kenapa Diyana x pernah ada perasaan sebegitu terhadap kalian? Aduh sahabat, betapa beruntungnya kalian dikurniakan kemanisan berukhwah hanya keranaNya.. Terima kasih sahabat. Terima kasih yg x terhingga ana ucapkan kepada antunna semua. Betapa ana bersyukur atas pertemuan ini.. Terlalu bersyukur. Ya Allah, kupohon padaMu, kurniakanlah aku kemanisan berukhwah keranaMu, dan izinkanlah aku mengasihi semua sahabat2ku keranaMu Ya Allah. Sahabat2 ku itu cukup mengasihiku,lantaran itu izinkanlah aku mengasihi mereka lebih dari mereka mengasihiku, hanya kerana RedhaMu jua yg kuharapkan..

Sy mmg x serius dlm akademik sy sejak akhir2 ni. Asyk fikir nk balik..walaupun sy x pernah bg tahu shbt itu, tp dia sedar. Aduhai, itukah sahabat sebenar, sntiasa cncern pasal kita walau jarang bersua? Aduh sahabat, aku terlalu terharu..Dan semalam, hati asyik menangis berrfikir, benarkah aku shbt dunia dan akhirat kpd teman2ku....

Sahabat yg kukasihi sekalian. Aku ingin engkau juga merasakan apa yg aku rasakan. Nikmat Islam, manisnya Iman, dan indahnya berukhwah kerana Allah. Terlalu indah sahabatku sekalian. X terungkap dengan kata2...Lantaran itu shbt, izinkanlah aku berukhwah dgnmu, hanya kerana Allah. Mungkin aku perlukan masa utk jadi seperti shbtku itu, yg sentiasa mengambil berat walaupun jarang sekali berjumpa, bergurau senda, dan menemani sentiasa. Tp, akan kucuba sedaya upaya..

”ya Allah, Engkau mengetahui hati2 ini berkumpul kerana mengasihimu,bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati2 ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah, akan ikatannya, Kekalkanlah kemesraan hati2 ini akan jalanNya yg sebenar, Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yg tidak knjung malap. Lapangkanlah hati2 ini dgn limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kpdMu. Hidup seburkanl hati2 ini dengan makrifa ttg Mu.. Jika Engkau mentakdirkan kami mati, maka matikanlah hati2 kami sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agamaMu. Engkalah sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong”

No comments: