"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar"67:12
October 17, 2005
anggur dan strawberry
assalamualaikum..
ari ni hati sy betul macam strawberry yg merah yg cukup manis, macam tu jugak rasa manisnya anggur. dah lama mencari hati yg macam ni. hati yg sentiasa tersenyum, hati yg terasa manisnya macam buah anggur dgn strawberi. Terima kasih Ya Rabbi, atas kurniaan perasaan ini. Terlalu betapa aku mengharapkan perasaan seperti ini hadir selalu..
Jarang sekali ada perasaan mcm ni. Terasa hati cukup tenang. Rasa sgt manisnya mcm buah anggur dgn strawberi dlm hati sy. Smlm, sy bagi msg psl buah2n kat kwn2 sy. dan alhamdulillah, ada yg describe sy spprti grape, strawberi, orange,lemon..terima kasih shbt2..
Apabila nikmat iman tu terasa indahnya, kita x kan berdolak dalih untuk melakukan segala perintahNya, kita x kan rasa terkilan untuk meniggalkan larangaNya,kerana kita yakin, kepayahan bersabar untuk melaksanakan perintahNya dan meninggalkan hati yg meronta2 untuk berseronok, adalah lebih lebih lebih berharga untuk diri sendiri, kerana kita yakin, Allah lah tujuan hakiki kita...
Tetapi, kekadang, kita terpaksa akui, dalam kita merasakan nikmat, terkadang, nafsu menguasai diri..mcm strawberi dgn anggur, x semua yg nmpk elok tu manis je rasanya. Kekadang ada yg rosak, tanpa kita sedari, bila dah masuk mulut baru perasan, argh, buah busuk rupanya..Macam tu jugak iman kita, kalau x dibajai dengan baja yg terbaik-Iman, tanpa disiram dengan air terbaik-Amal, kita mungkin akan menghasilkan buah yg busuk...
dan kerana itu, kita x mampu nk berdiri2 sorang kat bumi ni.Susah! lantaran itu, kita perlukan sokongan dari teman, pengingat ketika alpa, penyeri kietika kita berduka..etc..aduhai, terlau sukar diungkapkan indahnya berukhwah seperti mana rasulullah saw dan sahabatnya dahulu. X perlu shbt itu mengucapkan, aku dlm kesusahan, tetapi cukuplah dgn senyuman shbtnya itu, menenangkan hati. Xperlu mengatakan aku gembira, kera dia tahu, kita sudah gembira dgn segala apa yg Allah kurniakan..
tapi, bukan mudah berukhwah kerana Allah semata2.memang kuakui bukan mudah.. terlalu sukar!tetapi, sebagai diri, jgnlah menunggu org utk berukhwah dgn kita dahulu, kitalah pemula. Bertanya khabarlah selalu, berilah senyuman selalu, ungkapkanlah "Ana uhubbuki fillah" selalu..(Erm bukan utk makwe pakwe je ehh?), rasakanlah dalam hati apa yg dirasai, be alert dgn keadaan org sekeliling, apa gunanya dia bersedih, sedangkan hati kita kegembiraan..letakkanlah dirimu dlm kasut org itu..
Teringat satu program yg sy pernah pergi. Kami dibahagikan 1 kump 3 orang. Dan salah seorang kena jadi ketua. Kesemua diberi air yg jernih.Masing2 kepenatan, n terus teguk air.. X sangka rupanya salah seorang dari kami kena minum air masin...Dan akhirnya, lagi 2 orang kena marah, sbb lgsung x tengok muka kwn kami yg terpaksa minum air masin dlm penat. Yg kami tahu, rezeki dah ada depan mata, apa lg, sambarlah.. Aduhai,lemahnya perasaan untuk berukhwah..cam tulah analoginya, bila kita senang, tgklah keadaan sekeliling sebelum kita btol2 puas dgn nikmat kita..tgk observe n observe.kenapa x perasan yg kwn td slow je minum die.kenpa td x perasan muka kwn tu kelat je?kenapa..kenapa??
sy tahu, senang nyer nk bercakap..
tp sama2 lah kita perbaiki..sama2lah kita cuba ke arah yg lebih baik..Ramadhan lagi berapa hari jer..tp natijah setakat ni x nmpk satu apapun....Wallahu 'alam.
siapapun sy, sy cuba utk menjadikan shbt2 sy shbt strawberi dan shbt grape sy..
Which one would u define me? A)Orange, B)Lemon, C) apple D) Grape, E) Strawberi..
A) i'm ur enemy, B) I'm ur cool friend c) I'm ur sweet loving fren D) I'. close to u E) I luv u...
sy hadiahkan sumer buah ni utk shbt sy,yg bg sy strawberi sy bls dgn strawberi, yg bg sy lemon pun sy bg blk strawberi..kerana sy mengasihi semua shbt sy...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment