October 28, 2005

kenapa mesti marah?


do u realize sth on the cat's face? iyerk, soo hooodoh maa. tat's our face when we r angry.

assalamualaikum..
erm, kite selalu dgr bersabarlah. sabar dlm perjuangan, sbr dlm meniti kehidupan, sbr bila ditimpa musibah cthnye bila ditimpa kemalangan, kemiskinan dan kesakitan. tp jrg sgt kita dgr bersabarlah bila menahan marah. buktinya, bila sy type sabar dlm menahan marah, sket je keluar.

b4 further due, apa maksud marah?
Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Mrah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri makan hendaklah duduk, bila ia sedang duduk hendaklah bersandar (berbaring)."
-bila marah itu bara api, yg rosakkan hati kita
-bila marah duduklah, atau berbaringlah, jgn dilayan..
(erm, bila marah, tahanlah, jgnlah dilayan.pesanan buat diri. erm knapa nk marah bila tempat klinikal ditukar tetiba? bnda kecik je kan?)

apa jadi bila marah?
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Awaslah kamu dari marah-marah, kerana marah itu bererti menyalakan api dalam kalbu anak Adam, tidakkah kamu melihat seseorang yang marah itu merah matanya dan tegang urat-uarat lehernya, kerana itu bila seseorang merasakan yang demikian hendaklah berbaring dan meletakkan badannya ditanah."

kenapa orang yg marah tu org yg lebih kuat? sbb dah ada dlm hadis
(ikutkan hati sy ari tu, nk je guna ilmu silat sy..)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Yang dikatakan orang kuat bukanlah orang yang menang bergulat tetapi yang dikatakan orang kuat adalah orang yang dapat mengendalikan dirinya pada waktu marah." (HR. Bukhari dan Muslim).

apa kita dapat kalau thn marah?
Abu Umamah Albahili r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang dapat menahan marah padahal ia dapat (kuasa) untuk memuaskan marahnya itu, tetapi tidak dipuaskan bahkan tetap ditahan/disabarkan, maka Allah s.w.t. mengisi hatinya dengan keridhoan pada hari kiamat."

Dari Mu'adz bin Anas radhiyallahu 'anhu bahwasanya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Barangsiapa yang menahan marah padahal sebenarnya ia bisa untuk melampiaskannya maka nanti pada hari kiamat Allah subhanahu wa ta'ala akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk kemudian ia disuruh untuk memilih bidadari yang cantik jelita sesuai dengan yang diinginkannya." (HR. Abu Daud dan Tirmidzi).

so, nak marah2 lagi ke? ishk bnykkan sabar lah cik adik. sbbnya Allah dah janji macam2 dah kat kita. bidadari,redha Allah pd hari kiamat, x nak ker?
bagilah kemaafan.

erm, k,lah x nk marah2 lg. patutnya ramadhan ni berjaya bentuk hati kita. kalo selama ni pemarah, skrang jd penyabar, kalo dulu perungut, skrg kita jd redha dgn sgala2 nya, kalo dulu bersangka buruk skarang kena bersangka baik, kalo dulu tergopoh gapah skrg patutnya makin tenang..
tp kalo sume tu x der lagi, maknanya ramadhan kali ni rugilah.. erm alahai, kesian diri, rugi teruk rupanya.hopefully x muflis.

wallahu 'alam
to be cont..



October 24, 2005

Alamak..alamak!!

Assalamualaikum..
Fenomena biasa bila tinggal 10 hari lagi ramadhan nk meninggalkan kita..

"Alamak, bnyk benda yg x buat lg ni. Ada 2 major checklist yg tak x buat lg.. Adoisempat ke nk buat semua ni??"

Let us check, the two major cheklists..
A) persiapan nk tinggalkan ramadhan..
-alamak, tudung raya x beli lagi, corak baju warna biru, mesti kena match..
- ala, baju raya thn ni sepasang jer, x beznyer, kna shopping lg ni
- ishk, kuih raya x buat lg, nnti org bising..
- hp aku x de ringtone raya lg lah, x meriahnya..
- ala, x de hadiah ar nk bg kat dia, bila ziarah rumah dia...
- ala, kad raya x tulis lg ni!!
- alamak, banyaknye benda kena buat!! sempat ker??

B) persiapan nk tinggalkan ramadhan..
- astaghfirullah, keampunan Allah aku dah dapat ke?
- subhanallah, ada mlm lalitul qadr, aku kena maksimumkan ibadah ni, sekali setahun je jumble
sale ni..
- sedihnya, al quran x terkhatam lagi..terjemahan pun jarang baca..
- alamak, sedihnya, solat aku masih x memelihara diriku dari munkar..sedihnya
- alamak, mlm td x terbangun qiam..ari ni kena iktikaf sbagai ganti nih!
- alamak, semalam x baca al-quran pun, kena 'qada' balik ni.mesti bnyk baca quran ari ni.,.
- alamak, semalam masih mengumpat org, ari ni kena minta maaf ni..
- alamak, semalam bersangka buruk dgn org, kena bnykkan zikrullah ni..
- alamak,smlm ada pengemis minta sedekah, aku buat dunno jer, kena bersedekah ari ni..
- alamak, banyaknyer kerja x buat lagi ni..!! Sempat ke ni??

Persoalannya mana kita letak priority. Checklist A or cheklist B? Alhamdulillah buat antum yg pilih checklist B, tp kalo kita utamakan checklist A, aduhai, malangnya nasib.. Fikir2kan wahai diri..wallahu 'alam

October 20, 2005

andai ini ramadhan terakhir..

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

i was touched when i read this poet, " Andai ini ramadhan terakhir". I think it is so touchy, and i sugest my friends to read it,and reach deep down to ur soul..insya allah..http://www.jaring.my/weblog/comments.php?id=1164

focussss!!

Dengan nama Allah, sebagai pembuka bicara..

15 Ramadhan 1426, 19 Oktober 2005.

Semalam, sy dengar digital Quran bacaan Imam Said Al Ghamidi. Kebetulan, buka2 terus dengar ayat ni...

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ(115)فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya untuk bermain2 sahaja? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)

Aduh, terasanya sy bila terbaca tafsiran tu. Sy bersyukur sgt2, buka2 terus terjumpa ayat yg mampu buat sy rasa malu dgn Pencipta sy.. " Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu( dari tiada kepada ada) hanya untuk bermain2 sahaja?" Aduh, memang sgt terasa. Betapa selama 22 thn (mengikut perkiraan thn islam) hidup ini hanya a waste. Sedih sgt. Selama ni sy bnyk main, ivadah main2, blajar main2, makan main2..sume nyer sy x serius. Sy jarang membuat sesuatu hanya kerana Allah. Jarang..Bila jalan dgn kwn pun bincang benda main2. Sy terlupa, bahawa cAllah x menciptakan sesuatu hanya sa2, dan sy terlupa akhiran sy ialah, kepadaNya jua...

Astaghfirullah al azhim.. Ramadhan hanya beberapa hari, tetapi ibadah yg dilakukan hanya main2, ibadah x sepadan dgn 16 hari yg penuh barakah..skejap ada, kejap x de..Jadi lantaran iu sahabat, sy menasihati diri juga rakan2 sekalian, bersama2 lah kita memaksimakan bulan ramadhan ini. Bagaimana kalo ramadhan kali ini, ramadhan terakhir. Betapa ruginya kita kalau begitu. Kalau buka laptop tu, banyakkanlah dengar bacaan al-quran terutama buat kaum hawa yg Allah bg cuti tambahan. Bila nk ke kuliah tu, basahkanlah lidahmu dgn Zikrullah, bila surf internet tu,(buka frenster) bglah testimonial yg meningkatkan iman.. Sama2 ya shbt? Kita rasakan bulan Ramadhan lah masanya untuk kita berubah. Dlm belajar tu blajar lah betul, jgn main2 dah. Sbbnya sume yg kita lakukan bukan untuk main2 tp utk redha Allah juga.. Sama2 ya sahabat?...

Ps: kepada teman2 yg akan menghadapi final x lama lg, ana hadiahkan ayat td untuk antum semua, sebagai booster antum/antunna semua. Belajarlah betul2 jgn main( pesanan buat diri juga).. Kerana Allah lah tujuan hakiki kita...Wallahu a'lam

October 19, 2005

aku terlalu mengasihimu..


Assalamualaikum..

14 Ramadhan 1426
18 Oktober 2005
6.45pm

‘ Diyana, waktu diyana beli makanan td, hp diyana x henti2 bunyi. Tgklah ada msg penting kot” .. saya terus buka hp, dan sy betul2 terkesan dgn msg sahabat sy itu.

“ Salam.. Dengan nama Allah ana memberi nasihat.Ayuh bangunlah sof pejuang agama Allah, sama2 berhijrah ke arah kebaikan kerana Allah, penuhkanlah sof hadapan dalam menuntut ilmu, dakwah bilhal i2 lbh trkesan bg manusia, trjemahkan kesungguhanmu mengejar redhaNya dgn dtg awal ke kuliah dn pnuhkn brisan hdpab,mulaknlah dgn dri kita, insya Allah saudara2 kita akan menyusul..Tlglah hayati kata2 ini dengan hati yg ingat pd Allah”..
mata sy terus berair, hati cukup tersentuh dgn ingatan ikhlasnya itu..

Ya Allah, betapa shbtku ini terlalu mengasihiku, lantaran itu dia memberi ingatan ikhlasnya kepadaku. Kerana kasihnya pdku keranaMu, dia sedar sy makin lama makin x serius dlm study sy, ke kuliah pun makin lama makin lewat, makin lama makin sof belakang sy duduk. Subhanallah! Maha SuciMu Ya Allah, atas tautan ini..Sy tidak berapa rapat dgnnya, hanya pernah sekumpulan dgn dia wktu 1st year, n sejemaah, tp dia cukup concern pasal sy. Aduh sahabat, kenapa Diyana x pernah ada perasaan sebegitu terhadap kalian? Aduh sahabat, betapa beruntungnya kalian dikurniakan kemanisan berukhwah hanya keranaNya.. Terima kasih sahabat. Terima kasih yg x terhingga ana ucapkan kepada antunna semua. Betapa ana bersyukur atas pertemuan ini.. Terlalu bersyukur. Ya Allah, kupohon padaMu, kurniakanlah aku kemanisan berukhwah keranaMu, dan izinkanlah aku mengasihi semua sahabat2ku keranaMu Ya Allah. Sahabat2 ku itu cukup mengasihiku,lantaran itu izinkanlah aku mengasihi mereka lebih dari mereka mengasihiku, hanya kerana RedhaMu jua yg kuharapkan..

Sy mmg x serius dlm akademik sy sejak akhir2 ni. Asyk fikir nk balik..walaupun sy x pernah bg tahu shbt itu, tp dia sedar. Aduhai, itukah sahabat sebenar, sntiasa cncern pasal kita walau jarang bersua? Aduh sahabat, aku terlalu terharu..Dan semalam, hati asyik menangis berrfikir, benarkah aku shbt dunia dan akhirat kpd teman2ku....

Sahabat yg kukasihi sekalian. Aku ingin engkau juga merasakan apa yg aku rasakan. Nikmat Islam, manisnya Iman, dan indahnya berukhwah kerana Allah. Terlalu indah sahabatku sekalian. X terungkap dengan kata2...Lantaran itu shbt, izinkanlah aku berukhwah dgnmu, hanya kerana Allah. Mungkin aku perlukan masa utk jadi seperti shbtku itu, yg sentiasa mengambil berat walaupun jarang sekali berjumpa, bergurau senda, dan menemani sentiasa. Tp, akan kucuba sedaya upaya..

”ya Allah, Engkau mengetahui hati2 ini berkumpul kerana mengasihimu,bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati2 ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah, akan ikatannya, Kekalkanlah kemesraan hati2 ini akan jalanNya yg sebenar, Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yg tidak knjung malap. Lapangkanlah hati2 ini dgn limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kpdMu. Hidup seburkanl hati2 ini dengan makrifa ttg Mu.. Jika Engkau mentakdirkan kami mati, maka matikanlah hati2 kami sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agamaMu. Engkalah sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong”

October 17, 2005

anggur dan strawberry


assalamualaikum..

ari ni hati sy betul macam strawberry yg merah yg cukup manis, macam tu jugak rasa manisnya anggur. dah lama mencari hati yg macam ni. hati yg sentiasa tersenyum, hati yg terasa manisnya macam buah anggur dgn strawberi. Terima kasih Ya Rabbi, atas kurniaan perasaan ini. Terlalu betapa aku mengharapkan perasaan seperti ini hadir selalu..

Jarang sekali ada perasaan mcm ni. Terasa hati cukup tenang. Rasa sgt manisnya mcm buah anggur dgn strawberi dlm hati sy. Smlm, sy bagi msg psl buah2n kat kwn2 sy. dan alhamdulillah, ada yg describe sy spprti grape, strawberi, orange,lemon..terima kasih shbt2..

Apabila nikmat iman tu terasa indahnya, kita x kan berdolak dalih untuk melakukan segala perintahNya, kita x kan rasa terkilan untuk meniggalkan larangaNya,kerana kita yakin, kepayahan bersabar untuk melaksanakan perintahNya dan meninggalkan hati yg meronta2 untuk berseronok, adalah lebih lebih lebih berharga untuk diri sendiri, kerana kita yakin, Allah lah tujuan hakiki kita...

Tetapi, kekadang, kita terpaksa akui, dalam kita merasakan nikmat, terkadang, nafsu menguasai diri..mcm strawberi dgn anggur, x semua yg nmpk elok tu manis je rasanya. Kekadang ada yg rosak, tanpa kita sedari, bila dah masuk mulut baru perasan, argh, buah busuk rupanya..Macam tu jugak iman kita, kalau x dibajai dengan baja yg terbaik-Iman, tanpa disiram dengan air terbaik-Amal, kita mungkin akan menghasilkan buah yg busuk...

dan kerana itu, kita x mampu nk berdiri2 sorang kat bumi ni.Susah! lantaran itu, kita perlukan sokongan dari teman, pengingat ketika alpa, penyeri kietika kita berduka..etc..aduhai, terlau sukar diungkapkan indahnya berukhwah seperti mana rasulullah saw dan sahabatnya dahulu. X perlu shbt itu mengucapkan, aku dlm kesusahan, tetapi cukuplah dgn senyuman shbtnya itu, menenangkan hati. Xperlu mengatakan aku gembira, kera dia tahu, kita sudah gembira dgn segala apa yg Allah kurniakan..

tapi, bukan mudah berukhwah kerana Allah semata2.memang kuakui bukan mudah.. terlalu sukar!tetapi, sebagai diri, jgnlah menunggu org utk berukhwah dgn kita dahulu, kitalah pemula. Bertanya khabarlah selalu, berilah senyuman selalu, ungkapkanlah "Ana uhubbuki fillah" selalu..(Erm bukan utk makwe pakwe je ehh?), rasakanlah dalam hati apa yg dirasai, be alert dgn keadaan org sekeliling, apa gunanya dia bersedih, sedangkan hati kita kegembiraan..letakkanlah dirimu dlm kasut org itu..

Teringat satu program yg sy pernah pergi. Kami dibahagikan 1 kump 3 orang. Dan salah seorang kena jadi ketua. Kesemua diberi air yg jernih.Masing2 kepenatan, n terus teguk air.. X sangka rupanya salah seorang dari kami kena minum air masin...Dan akhirnya, lagi 2 orang kena marah, sbb lgsung x tengok muka kwn kami yg terpaksa minum air masin dlm penat. Yg kami tahu, rezeki dah ada depan mata, apa lg, sambarlah.. Aduhai,lemahnya perasaan untuk berukhwah..cam tulah analoginya, bila kita senang, tgklah keadaan sekeliling sebelum kita btol2 puas dgn nikmat kita..tgk observe n observe.kenapa x perasan yg kwn td slow je minum die.kenpa td x perasan muka kwn tu kelat je?kenapa..kenapa??

sy tahu, senang nyer nk bercakap..
tp sama2 lah kita perbaiki..sama2lah kita cuba ke arah yg lebih baik..Ramadhan lagi berapa hari jer..tp natijah setakat ni x nmpk satu apapun....Wallahu 'alam.

siapapun sy, sy cuba utk menjadikan shbt2 sy shbt strawberi dan shbt grape sy..
Which one would u define me? A)Orange, B)Lemon, C) apple D) Grape, E) Strawberi..
A) i'm ur enemy, B) I'm ur cool friend c) I'm ur sweet loving fren D) I'. close to u E) I luv u...
sy hadiahkan sumer buah ni utk shbt sy,yg bg sy strawberi sy bls dgn strawberi, yg bg sy lemon pun sy bg blk strawberi..kerana sy mengasihi semua shbt sy...

October 16, 2005

aduhai rasulku..

semalam sy dengar rakaman tentang saat-saat kewafatan Rasul tercinta. Aduhai rasulku, sy menangis je sepanjang dengar tu. Betapa terlalu agungnya Rasulullah. Betapa kasihnya baginda kepada umatnya. aduhai..betapa terlalu sygnya baginda....

Ni sebahagian petikan dari rakaman ceramah tu..

Dalam satu peperangan, heboh berita Rasulullah SAW jatuh ke dalam sebuah lubang. Apabila mendengar prkhabaran itu, berlarilah anakandanya, Fatimah dan semua wanita madinah ke medan pertempuran. Tatkala melihat ayahandanya berlumuran darah,meraung si Fatimah. ”Oh ayahanda, sampai hati mereka buat begini kpd ayahanda.Ayahanda ingin pelihara diri mereka dari azab Allah.. tp begini balasannya kpd mu, Ya Rasulullah,...sampai hati mereka Ya Rasulullah..sampai hati mereka..” melirih hiba Fatimah..

”Wahai anakandaku, jangan ya, sayang,kata cam tu... Mereka bukan orang jahat..’
Lalu, dipapahnya fatimah ayahandanya dari lubang tersebut.. Berlumuran darah mukanya, bercampaur dengan debu pasir.. dalam kepayahan itu, Rasululullah lantas sujud..
” Wahai Allah, Engkau ampunilah mereka yg memanah aku.Engkau ampuilah dosa mereka yg menyebabkan gigiku patah, ampunilah dosa mereka yg menolakku, Ya Allah.. Ampunilah mereka Ya Allah,ampunilah mereka Ya Alah.. Ampunilah mereka Ya Allah...Janganlah engkau timpakan azab ke atas mereka.Mereka bukan orang jahat ya Allah.. Mereka bukan orang jahat,Ya Allah..Engkau balaslah perbuatan mereka dengan keampunanMu Ya Allah... Engkau golongkanlah diri mereka dalam umatMu. Ampunkanlah mereka Ya Allah., ampunkanlah mereka Ya Allah...”bercucuran air matanya membacakan doa tersebut..

Aduhai Rasulullah.Mulianya hatimu, setiap kejahatan engkau balasnya dengan sejuta kemaafan.. Aduhai rasulku.. Menangis aku membacakan kisahmu ini.. Bagaimana mampu aku membalas jasamu? Bagaimana ya Rasulullah? Kasihmu terhadap kami melebihi kasih seorang ibu kpd anaknya.. Aduhai Rasulullah, aku hanya mampu menangis bila mendengar kisahmu.. tetapi ingatanmu terhadap kami sepanjang hayatmu..
Aduhai rasulullahku.....

Sedih..terlalu sedih.. sekadar menagis x cukup.Aku ingin seperti Abu Bakar,kasih seorang sahabat yg terlalu.. Aku ingin seperti Umar, bersyair walau untuk jenazah rasul tercinta.......

October 13, 2005

aduhai muslimat ku..

assalamualaikum ya akhawat yg kukasihi..

maafkan sy andai bicara ini melukakan hati kalian.bukan aku bermakusud untuk melukakan..tetapi aku rasa terpanggil untuk berkongsi apa yg aku rasa...untuk sama2 merasakan kitalah mawar mewangi di dunia ini, untku sama2 meletakkan diri dlm golongan
wanita solehah...

bukan mudah membicarakn wanita solehah, apatah lagi melaksanakannya. aku ini juga tidaklah layak untuk bergelar wanita solehah..terlalu jauh kurasakan..tetapi inilah impianku...


sahabatku sekalian,
tidakkah engkau merasakan nikmat islam?
aku merasakannya cukup indah..
terlalu! lebih lagi aku seorang perempuan.
dari hanya jadi mainan org lelaki,
diangkat martabatnya,
lantaran itu,
diletakkan syurga bawah tapi kaki seorang perempuan..
apakah engkau tidak rasakan itu satu anugerah yg cukup besar?
mengapa engkau jatuhkan maruahmu?
sebagaimana wanita jahiliyyah dahulu?
mengapa masih kau jadikan dirimu tatapan lelaki?
mengapa dirimu masih jadi mainan lelaki..
mengapa perlu cari munkar Allah?
mengapa perlu berpeluk dgn lelaki yg belum tentu jadi milik kita?
mengapa..mengapa..mengapa??
aduh sahabat...
seindah hiasan adalah wanita solehah..
mengapa perlu jadi perhiasan yg cabuk2?
mengapa perlu jadi perhiasan yg murah harganya?
mengapa tidak dipelihara dirmu?
mengapa tidak engaku jadikan dirimu
bagai emas,
yg tertanam jauh dalam bumi?
atau seperti mutiara
yg tersimpan kemas dalam keranganya,
nun jauh di laut sana?
mengapa..mengapa?
aduh sahabat..
betapa aku sedih..
engkaulah hiasan dunia..
tetapi perhiasanmu itu ..
hiasan jalanan..
bukan hiasan berharga..
betapa aku sedih..
hiasan yg ternilai.
dgn sebarang wang di dunia..
dijual dgn hanya entah berapa sen..
aduhai sahabat..
betapa aku sedih..
kerana di dunia ini lagi..
kita sudah rugi..
inikan pula.
di akhirat nanti....
wallahu a'alam...
nurul diyana sharifudin..8 ramadhan 2005

October 11, 2005

aku fail lagi....

assalamualaikum..

Buat diri yg kian lupa...
Again, i failed for the countless times. And i was really sad for this failure.... Hmm, sabar diyana..sabar diyana. Ni kan bulan puasa? It is not about faliure in academics..but its about failure tomaximize my ibadah duringthisholymonth!!Hmm, you know why i'm so sad? Because i failed for the previous 7 days to maximize my ibadah, to gain His luv, to help those needies...Solat terawih, buat nk x nk, baca quran pun ikut mood, mulut masih ckp bnda yg lagha, mata masih x terjaga, telinga apatah lagi..Astaghfirullah al azhim...

Muhasabah lah wahai diri.. Kenapa boleh gagal? Cmner kalau gagal dlm xm? msti rasa tersgt sedih kn? kalau fail dlm bln ramadhan patutnya lagi lah sedih. Nikan bulan barakah,bulan keampunan? Cuba check,
1) cmner preparation nk exam dgn nk puasa? Mana lg hebat?
"Astaghfirullah, bulan rejab dan bulan syaaban aku x cukup bersedia.. Patutlah aku gagal!"
2) cmner keyakinan waktu nk amik exam bila dah well prepared?
"Astaghfirullah al azim, aku x well prepared utk ramadhan kali ni, mcmana nk rasa yakin dgn ramadhan bulan barakah?"
3) Kalau doa tu hati yg baca ke atau sekadar lisan yg terkumat kamit?
"Astaghfirullah al azhim.. Aku x pernah berdoa dgn setulus hati. Mulut sekadar membacakan doa lazim, tp x pernah serap masuk dlm hati"
4) Kalau sebelum exam kata, aku mesti berubah, kali ni bagaimana?
" Astaghfirullah al azhim, aku hanya kata aku hendak berubah, tetapi tiada tindakan susulan"...
jadi, dah nmpk kesalah sumer dlm diri..kenapa mesti bnyk ckp?Don't you ever remember ur bez fren's advise? "Actions louder than words? Then reform, for the sake of Allah! Nobody will change urself, if u r not the one who stimulates urself" Reform!!"

October 09, 2005

gol&gincu

assalamualaikum..

dari kecik, mak pesan "along pilih kwn yg baik2 ya?" skolah rendah smpai skolah men sy skolah perempuan. bila masuk matrik, ada culture shock sikit.tp sy x cara sgt..yalah, study jer kerja sy kat mtrik..bila masuk u, alhamdulillah, usmkk ni wpun ada munkar gak, tp biah islamic tu sgt kuat....kiranya, sy btol2 x tahu the current fashion and the current issues.

semalam, sy tengok cd gol&gincu.Its all about gurls playing futsall, and the captain of BTB plays futsall to grab his ex-boyfriend back.sy tgk sbb nk tgk feshen terkini remaja ISLAM MELAYU sekarang..astaghfirullah al'azhim..mengucap panjang sy,terperanjat yg sangat2!!sy mmg x pernah diexposekan dgn pergaulan bebas mcm dlm citer tu. Pakaian remaja perempuan melayu islam, x de bezanya dengan orang US.. sleeveless, mini skirts, tube..and the list goes on.. Main futsall pun bley bertepuk tampar dengan lelaki..Bila jalan dgn pakwe, berpeluk-peluk...Rambut pun ala-ala mat salleh..Aduhai..itukah KL? (or should i say, is that a muslim girl?)

lepas tu adalah,dier selit kan sikit pasal haruan mkn anak..n tat pity girl accidentally pregnant, and bcoz of tat she smoke...

bila tgk citer tu, sy baru tersedar...inilah rupanya masyarakt melayu Islam kita...kasihan sungguh...
baru sy tersedar, dakwah islam blom smpai sepenuhnya. sedih...
Ya Allah kurniakanlah kami kekuatan....kurniakanlah kami istiqamah dlm agamaMu....

October 04, 2005

ahlan ya ramadhan!


assalamulaikum..
alhamdulillah,sekarang kita di ambang ramadhan.bulan yg terlau mulia,bulan yg terlalu barakah. semoga ramadhan kali ini menjadikan kita lebih dekat dengan Pencipta kita. rebutlah segala peluang yg ADA.

Buat diri,
Selamat hari lahir ana ucapkan,
Enti dilahirkan pd 1 Ramadhan,
Mengikut perkiraan tahun islam,
Enti sudah 22 tahun.
Alfu mubaraki..
Apakah diri sudah dekat denan Allah?
Masih belum?
Masih banyak lompang?
maka gunakanlah bulan ini semaksima mungkin.
Buat diri,
Enti lahir dlm hari yg penuh barakah,
Hari di mana syaitan dibelenggu,
hanya nafsu dibiar lepas,
Apakah mahu menikut kata nafsu,
Atau, mengalun cinta denganNya?
Buat diri,
Cahaya Keagamaan nama diberi,
lantaran itu,
perbaikilah amalmu.
Setiakanlah cintamu pd Rabbmu.
Kerana Dialah penyinar Cahaya Keagamaanmu...

salam ramadhan..
ramadhan..kehadiranmu dinanti, kedatanganmu dirai..
Ahlan wasahlan ya Ramdhan!!

October 02, 2005

dulu dan sekrang

Dulu,
Aku selalu baca al-Quran,
Aku selalu kucup al-Quran,
Aku selalu berlumba nak khatam al-Quran.
Tapi sekarang,
Nak baca satu muka pun susah,
Nak kucup al-Quran lagi payah,
Lalu, al-Quranku menangis resah..

sebabnya,
aku terlalu sibuk..

Dulu,
Aku solat di awal waktu,
Kalau subuh gajah,
Aku jadi tak menentu,
Saf pertama pilihanku..
Tapi sekarang,
Aku solat di akhir waktu,
Yalah,kan masih ada waktu?
Aku pun jadi macam kalkatu..

sebabnya,
aku terlalu sibuk..
aku terlalu letih..

Dulu,
Aku gembira belajar agama,
Aku suka kalau ustazah kucup muka,
Aku suka tengok kawan-kawan bertanya
Tapi sekarang,
Syllabus pun tak habis baca,
Cam mana nak belajar agama?

Sebabnya,
Aku terlalu sibuk..
Aku terlalu letih..

Tapi,
aku tak suka macam ni,
aku suka ada tenang dalam hati,
Tapi sekarang ni,
Hanya ada resah dalam hati,
Sebabnya aku tak letak dalam hati,
Allah lah Pencipta hati..

Ya Allah,
Engkaulah Pencipta hati,
Engkau jualah yg menyinari hati,
Engkau jualah yg menentukan mati..
Lantaran itu,
Ya Allah,
Sinarkanlah hati kami,
Suburkanlah hati kami,
Tenangkanlah hati kami,
Jadikanlah hati kami,
Hati yg sentiasa ingat Pencipta kami,
yg takut pd kemurkaan Pemilik kami,
yg sntiasa redha dgn ketentuan Penguasa kami..

Kerana Ya Allah,
kami telah berjanji,
”sesungguhnya solat kami, hidup kami, mati kami
Hanyalah untuk Tuhan sekalian alam”..
maka Ya Allah,
tetapkanlah hati kami..


Ooh, Lord,
I want to spend my lifetime loving Thou..