September 01, 2007

Erti zina sebenar

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Firman Allah swt, dalam firmanNya : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbutan keji dan jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) [surah al isra’ : 32]

Zina, ya ikhwah, wa akhawat, bukan sekadar persetubuhan fizikal oleh yang belum sah berkahwin. Zina itu maksudnya luas ya ikhwah, wa akhawat. Melihat cd lucah, adalah zina mata, mencium seseorang yang bukan yang halal zina juga namanya. Membayangkan juga zina hati. Tidak takutkah dengan peringatan Allah, bahawa zina itu akan membawa kerosakan?

Insya allah jika berkesempatan, ana akan cuba cari terjemahan. Biiznillah
“Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying. Allah fixed the very portion of adultery which a man will indulge in. There would be no escape from it. The adultery of the eye is the lustful look and the adultery of the ears is listening to voluptuous (song or talk) and the adultery of the tongue is licentious speech and the adultery of the hand is the lustful grip (embrace) and the adultery of the feet is to walk (to the place) where he intends to commit adultery and the heart yearns and desires which he may or may not put into effect.” [HR Muslim : Book 33 : Hadith : 6422]

Narrated Ibn 'Abbas:
I did not see anything so resembling minor sins as what Abu Huraira said from the Prophet, who said, "Allah has written for the son of Adam his inevitable share of adultery whether he is aware of it or not: The adultery of the eye is the looking (at something which is sinful to look at), and the adultery of the tongue is to utter (what it is unlawful to utter), and the innerself wishes and longs for (adultery) and the private parts turn that into reality or refrain from submitting to the temptation." [HR Bukhari :Book 8, Volume 77, Hadith 609]

Ya ukhti, ya akhi yang kucukup kasihi keranaNya. Ayuh kita muhasabah sebentar. Dalam akhir zaman ini, yang televisyen sentiasa menyiarkan program menghampiri zina (artis bercium, berpeluk, zina), cd porno yang berlambak di pasaran, internet yang tidak terkawal, radio dan semuanya, pastikah kita, kita tidak berzina mata, telinga, mulut dan hati. Pernahkah mulut berkata lucah? SMS yang berunsur lucah?? Ya akhi, ya ukhti,sekiranya pernah, maka ketatkanlah peraturan ke atas dirimu. Jagalah matamu daripada menonton sesuatu yang tidak dibenarkan Allah. Jagalah hatimu dari menginginkan sesuatu yang tidak dihalalkan Allah. Tundukkanlah pandanganmu kerana dari matalah jatuhnya ke hati.

Saudaraku, apakah kalian tidak takut dengan amaran Allah. Sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perbuatan yang hina dan jahat. Lantaran itu, mahukah kita dipandang hina dan digelar penjahat kerana kita telah menghampiri jalan-jalan kejahatan. Mata yang bebas memandang segala yang di dalam majalah, atau televisyen, telinga yang sentiasa mendengar perbualan yang lucah, mulut yang sering kali berbual leka tentang yang diharamkan, dan kaki yang berjalan?
Bukankah pandangan pertama itu dibenarkan, tetapi pandangan seterusnya adalah panahan syaitan? Lantaran itu, mengapa apabila terlihat sesuatu yang tidak dibenarkan, mata tidak ditundukkan? Mengapa masih berani menonton sesuatu yang tidak dihalalkan? Bukankah itu pandangan yang lebih daripada dua kali? Mengapakah kurang sangat rasa malu terhadap Pencipta kita?

"Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya.

Demikian juga kata Baginda SAW kepada Ali KW :
لا تتبع النظرة النظرة , فإنما لك الأولى وليست لك الآخرة
Ertinya : "Jangan kamu ikuti satu pandangan dengan pandangan yang lain, kerana yang pertama bagimu ( diampunkan) dan tidak bagi yang kedua" ( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Albani : Hasan)

Wahai kaum wanita yang cukup cukup dikasihi Allah, sedarkah kalian, ketika Islam belum tiba, wanita hanya dianggap sebagai pemuas nafsu lelaki sahaja? Adik kandung dibiarkan berzina dengan lelaki yang membelinya, ibu boleh dijual sesuka hati, dan isteri boleh dibenarkan bermalam dengan lelaki yang berminat dengannya? Tahukah kalian, di zaman sebelum Islam, wanita dianggap sebagai syaitan yang membawa kejahatan kepada dunia, lalu atas dasar itu, anak-anak perempuan terus dibunuh hidup, kerana tidak sanggup menahan malu dan beban?

Lalu, Islam datang, menaiktarafkan kedudukan wanita. Wanita yang dikahwini dibayar mas kahwin, malah sekiranya seorang suami tidak membayar mas kahwinnya, suami itu tidak dibenarkan menggauli isterinya? Tahukah kalian, Islam datang, lalu diberinya hak dalam harta pusaka seorang suami, yang sebelumnya tiada satu agamapun yang memberi pengkhususan kepada wanita? Dan diharamkan segala bentuk zina kerana wanita diberi kehormatan untuk membina pemimpin terulung melalui keluarga yang sah?

Namun, kita kembalikan diri kita pada alam realiti. Kita sudah menjatuhkan maruah kita, nafsu lelaki dituruti. Kita menyingkatkan pakaian kita, menipiskan pakaian kita, menggoda dengan suara lunak kita, dengan ayunan langkah kita, dan dengan mekap yang memberahikan. Untuk siapa sebenarnya segala sesuatu itu? Apakah untuk mendapatkan perhatian? Atau untuk membina keyakinan? Jika keyakinan yang diinginkan daripada siapa sebenarnya keyakinan itu?
Jika ada siulan nakal, maka kita menyalahkan lelaki. Jika terlalu banyak kes rogol,kita juga salahkan lelaki, sedangkan kitalah puncanya. Maafkan diri, jika kalian tidak bersetuju. Nafsu lelaki hanya satu, dan nafsu itu hanya kepada perempuan. Kita sebenarnya mengganggu mereka, malah mengikut Ustaz Zaharudin, kita telah membuat gangguan seksual ke atas lelaki. Lalu, berbalik kepada al-Quran, telah diperintahkan kepada wanita mu’min, supaya menjaga aurat, tidak melunakkan suara, tidak memakai bau-bauan, tidak menghentakkan kaki ketika berjalan agar dengan itu kita tidak dikenali.

Apakah perintah Allah itu satu kurungan buatmu ukhti? Bukankah itu satu pembelaan buat kaum wanita daripada sebarang bentuk gangguan seksual ke atas kita? Bukankah itu mudah? Sesungguhnya pencenggahan lebih baik dari rawatan.

Ana ambil analogi mudah dari Tok Guru Nik Aziz, katanya wanita itu ibarat duit. Mengapa duit disimpan dalam dompet, dalam bank, tidak diletakkan merata-merata? Kerana duit itu sesuatu yang berharga dan bernilai. Yang bernilai dan berharga itu disorok dan disimpan. Oleh itu, maka soroklah keindahanmu hanya kepada yang berhak.

Ya ikhwah yang kukasihi,
Sekiranya ada bebelan dari muslimat dan mu’minah, kerana menyalahkan kalian dalam kes-kes sumbang mahram, zina, rogol, cd lucah, dan sebagainya,terimalah. Ini kerana ia juga salah kalian. Firman Allah, agar kalian menundukkan pandangan. Sabda rasulullah saw juga jangan berpaling kali ke dua. Tapi kalian berani menentang perintah keduanya, cd lucah kalian tontoni, internet kalian tidak bijak menyaring. Dan yang paling penting kalian tidak cuba menghayati erti zina sebenar.

Ya akhawat, ya ikhwah.
Seorang sahabat pernah bertanya kepada rasulullah saw, tentang keinginannya untuk berzina, lalu Rasulullah saw, bertanya, bagaimana perasaanmu andai ibumu, kakakmu, serta adik kandungmu berzina? Lalu apabila ditanya tentang itu, menangislah si lelaki itu. Menjauhi zina adalah fitrah manusia. Tanyalah artis barat sekalipun, apakah perasaan mereka sekiranya mereka mendapati isteri mereka atau suami mereka berasmara dengan orang lain? Sudah tentu, mereka kan jadi marah, dan akhirnya rumahtangga berantakan. Bukankah itu juga fitrah, marah sesuatu yang jadi milik kita akhirnya curang dengan yang lain?

Pernah teringat juga dalam satu hadis sohih, salah satu golongan yang dijanjikan Allah untuk mendapatkan syurgaNya, adalah seorang pemuda yang menolak ketika dirinya diajak berzina kerana terlalu takutkan Allah. Yang digoda di depan mata, namun iman dan aqal mendahului, lalu ditepisnya godaan itu. Bagaimana kita, cd di hadapan mata, adakah sudah ditepis? SMS lucah sudahkah dikawal sebaik-baiknya?

Ya ikhwah, ya akhawat..
Ana bukanlah yang selayaknya untuk ruang ini. Fitnah hati pernah terjadi, namun sebagai seorang muslim, dia tidak akan mengulangi kesalahannya untuk kesekian kali. Saudaraku, ayuh kita kembalikan diri pada fitrah. Fitrah hati yang bersih. Matamu, tundukkanlah. Dari mata turun ke hati,dari hati nafsu diturutkan. Allahu ‘alam

Ana al faqeeran ilaLLAH.
Ana ukhtikum fi Islaam.

No comments: