September 02, 2007

Bukan saya yang selayaknya

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Untuk respons kepada permintaan member, bukan saya yang selayaknya untuk memberi respons. Saya kira, pakar kanak-kanak, pakar orthopaedic, dan yang selayaknya yang membincangkan perkara ini.

Cumanya, bagi diri kami, seorang pelajar pergigian yang diberikan kesempatan oleh Allah untuk mendalami ilmu ini, ilmu perlu diamalkan, dan ilmu itu perlu disinergikan dengan manusia. Sebagaimana yang kita mahukan rawatan yang terbaik untuk diri kita, sebegitu jugalah seorang perlu memberi yang terbaik buat pesakitnya.

Amanah yang diberi oleh Allah, adalah satu tanggungjawab besar yang perlu diselesaikan sesempurna mungkin. Jika kecuaian berlaku, maka kecuaian dalam amanah oleh Allah lah sebenarnya yang berlaku.

Diri mohon maaf, diri bukanlah ahlinya untuk membincangkan tentang rawatan kepada adik Lau Yoke Shan. Kesilapan pakar yang hanya memberi arahan daripada telefon mungkin perlu dijadikan iktibar buat semua.

Teringat ketika zaman Hassan al Basri, seorang bertanya tentang hamba abdi, ketika khutbah jumaatnya, lalu Hassan al Basri tidak menjawab soalan tersebut. Minggu seterusnya, orang yang sama bertanyakan soalan yang sama pada khutbah Jumaat. Masih lagi tidak berjawab soalannya. Dan kali ketiga juga sebegitu. Lantas, kali ke empat, barulah Hassan Al Basri menjawab. Katanya, ketika minggu pertama, kedua dan ketiga, dia masih tidak punya hamba abdi, maka dia tidak mahu menjawab sesuatu yang dia tidak tahu. Dan pada minggu ke empat, barulah dia punya seorang hamba abdi, maka dia sudah punya pengetahuan untuk menjawab soalan lelaki tadi. (betulkan sy sekiranya fakta di atas salah)

Lantaran itu, saya benar-benar memohon maaf, atas ketidakpakaran saya dalam hal ini. Untuk dikomen kesalahan doktor yang memberi arahan pun saya tidak berani, kerana saya tidak tahu hal sebenar yang berlaku. 'asiftu 'ala kulli haal
............
I missed my medical base posting, paediatric, ORL, anaesthesiology, A&E..
Bila masuk medical base posting, saya nampak manusia sebagai seorang manusia
Apabila masuk sesi klinik sepenuhnya, saya nampak manusia sebagai seorang pelengkap 'requirement' log book saya. Hilang 'humanity'. Senyum saya senyum untuk melengkapkan 'requirement'.
Sedih, apabila ilmu tidak disenergikan dengan manusia. Sedih kerana tidak beramal dengan ilmu. Ilmu itu adalah dengan amal, tanpa amal, ilmu itu bagai daun kering yang hanya tunggu untuk gugur di tanah.. Moga hari kan datang kan lebih bermanfaat buat diri buat ummah buat agama..Ya Allah mudahkanlah urusan kami

No comments: