September 29, 2007

FWD: doa melindungi diri dari rogol dan perbuatan jahat



bismillahirrahamanirrahim
Kes allahyarhamah nurin memang menyayat hati. Takziah kepada keluarga allahyarhamah. Sesungguhnya ujian Allah hanya untuk yang layak menanggungnya. Semoga dikurniakan kesabaran dan kekuatan oleh Allah kepada keluarga allahyarhamah.

Dulu, saya pernah menyalahkan kaum muslimin dalam kes-kes sebegini. Kes rogol, zina dan sebagainya. Saya menyalahkan mereka kerana tidak menundukkan pandangan sebagaimana yang telah difirmankan Allah dalam surah an nuur. Kemudian saya menyalahkan mereka kerana sebagai 'ar rijaalu qawwamu 'ala nisa', lelaki sebagai pemimpin kaum wanita, kerana tidak mampu melindungi seorang wanita. Saya juga menyalahkan lelaki kerana tidak berjaya menggunakan aqal yang sembilan untuk melawan nafsu yang satu. Saya juga menyalahkan kaum lelaki kerana terlalu SUKA menonton cerita lucah. Saya juga menyalahkan kaum lelaki terutama pereka fesyen yang kebanyakannya lelaki yang menyediakan design baju yang jarang dan ketat, semata-mata untuk kepuasan mereka.

Tapi alhamdulillah, saya mula tidak bias sekarang. Saya mula nampak juga kesalahan kaum saya. Tidak salah sekiranya saya katakan semuanya kerana seorang wanita.Kesalahan zina, rogol, juga disebabkan oleh wanita. Peratusan kesalahan wanita lebih banyak. Apa ni? Wanita jadi mangsa nafsu lelaki, saya membela lelaki? Maaf, saya tidak bermaksud untuk membela yang salah, yang salah tetap salah. Saya juga seorang feminisme seperti kalian (maaf, bukan seperti sister in islam).Tapi, saya sedar sebagai seorang feminist, saya perlu menegur, supaya keadaan makin terkawal.

Saya seorang wanita. Kecenderungan untuk bergaya sangat tinggi. Memang fitrah. Namun, sebagai seorang muslim, antara kecenderungan diri dan perintah Allah, perintah ALlah perlu dilaksanakan. Sememangnya surah an nuur, meminta kaum lelaki untuk menundukkan pandangan. Dan dalah surah yang sama juga meminta agar wanita turut menundukkan pandangan. Malah, dalam surah itu juga meminta agar melabuhkan tudung sehingga menutupi paras dada.

Tapi, sekarang, tudung sangat jarang. Kemudian diselempangkan naik ke atas paras dada. Kemudian, baju betul-betul ikut saiz badan. Lepas tu seluar pulak sendat. Muka di 'make up' .Gincu merah, mascara, blusher etc. Perhiasan mana yang tidak akan dilihat orang? Bukankah setiap wanita itu hiasan?

Cuba tanya diri sendiri, sekiranya satu rantai bertakhta mutiara dan berlian ditayangkan, sudah tentu diri sebagai seorang perempuan kan memandang. Bukan sekali, malah dua kali, kemudian tiga kali, sehingga benar-benar ingin memiliki. Bagi yang tidak mampu memiliki, telan air liur je laa, kempunan tak dapat memiliki rantai tersebut. Tapi, bagi yang memiliki, sudah pasti kan terus membeli. Bagi yang tidak mampu, sama ada dia berusaha untuk menyimpan duit atau dia cuba dengan cara yang salah, mencuri ke merompak. Nau'dzubillah min dzalik.

Suara, jelingan seorang wanita semuanya panahan syaitan kepada seorang wanita. Usah menyalahkan mereka (kaum lelaki) seratus peratus andai diri tidak mampu dikawal. Perhiasan yang dipamerkan sememangnya kan dipandang. Perhiasan yang mahal, tidak dipamerkan ke pameran umum. Biasanya dibuat dalam pameran tertutup.


Teguran saya teguran marah kerana sayang. Selagi mampu, tutuplah aurat sebaik mungkin. Aurat bukan sekadar rambut. Tapi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Aurat itu juga sejauh mana kita menjaga diri. Pergaulan terlalu bebas, suara yang sengaja dimanjakan, sms kepada kekasih yang tidak kira siang malam, jelingan manja, pakaian yang menghairahkan semuanya mendorong kaum adam untuk mendekati kita. Telah dinukilkan dalam al quran agar suara dikawal, supaya menghalang orang yang berhati jahat terhadap kita.

http://senikehidupan.com
Kembalilah kepada perhiasan terindah, wanita solehah.


Hmm, semalam menemankan sahabat untuk membeli barang keperluan. Ramainya orang..

Sya menemani kawan ke kedai kain. Sedih rasa, semua kain semuanya nipis. Sangat jarang..Tapi kain-kain itu yang dapat perhatian ramai. Kain-kain tebal kurang sangat. Secara logik, kain-kain nipis ni sepatutnya lagi murah, tapi kain-kain nipis ni yang mahal. Tapi itu lah yang orang nak. Kawan saya kata, pandai betul pembuat kain menghabiskan duit orang. Kain nipis perlu dijahit dengan kain lining. Bertambah lagi harga yang perlu dibayar. Entahlah...



Eidul fitr, ni jangan terlalu 'jangok' ya? Jaga aurat, jaga maruah diri..


Allahu 'alam..

........................................................................................



Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak

Di Rogol & Cabul

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.



Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)



Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.


اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ


DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )


Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.


Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.


Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.


Fikirkanlah.


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

12 Ramadhan 1428 H

24 September 2008






P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.

2 comments:

Anonymous said...

benar, kita sendiri kena mejaga diri kita sendiri.mencegah lebih baik daripada mengubati.seperti yg dirakam dlm al-quran supaya menghindari zina. tetapi perkara ini suda tidak mampu untuk dibendung lagi. inya terletak kepada kuasa kepimpinan supaya kembali kepad syariat islam.
di Malaysia 'bersepah'2 syiar islam tersergam indah tetapi ianya tidak disertakan dengan syariat islam.contohnya masjid yg hebat boleh diumpai dimana2...tetapi syariat berkenaan berjemaah bahkan solat langsung tidak dititikberatkan.apabila syiar tidak disertakan dengan syariat maka terjadilah apa yg brlaku sekarang

Ummu Yazid said...

maaf ya agar lewat reply komen ni..
dalam dakwah rasulullah saw, rasulullah pada asalnya menyampaikan dakwah secara tersembunyi kepada ahli keluarga dan sahabat terdekat..kemudian dakwah secara terang-terangan. Dalam al quran sendiri telah dinyatakan, peliharalah diri kamu dan diri keluarga kamu daripada api neraka. jadi dakwah rasulullah saw adalah drpd individu-keluarga-masyarakat-kerajaan yang memelihara diri daripada api neraka..


jadi peranan individu -individu muslim, kemudian keluarga muslim, dan masyarakat muslim, seterusnya kerajaan muslim adalah terletak dalam tangan individu muslim itu sendiri

dalam konteks negara kita, kepimpinan dan kekuasaan politik itu penting utk mengajak yang ma'ruf dan mencegah yang munkar..

dan isu nya berbalik kepada individu muslim sendiri..dia lah yang layak menentukan kepimpinan yang bagaimana yang dia nak..

selamat memilih dengan tepat :)