September 08, 2007

Persiapan rapi, ramadhan berkualiti


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Forum Persiapan Rapi, Ramadhan Berkualiti
Tarikh : 8 September 2007
Panel : i) Ust. Wan Sohor Bani Leman
ii) Ust Ilyas Zakaria

Firman Allah swt dalam surah al baqarah : 185

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ"O' you who have Faith! Fasting is prescribed for you as it was prescribed for those before you, so that you may guard yourselves (against evil)."

Salah satu tujuan Allah mewajibkan kita berpuasa adalah supaya kita mendapat tahap 'taqwa'. Ma ma'na taqwa? Apa yang dimaksudkan dengan taqwa? Taqwa adalah rasa kehambaan kepada Tuhan sebagai Pencipta, Pengatur segala urusan, pemelihara dan penguasa. Taqwa juga sesetengah ulama' mendefinisikan sebagai takut. Takut untuk tidak melaksanakan segala suruhan Allah dan takut untuk melaksanakan segala larangan Allah.

Ustaz Wan Sohor telah mengatakan, taqwa juga sebagai salah satu akhlak. Taqwa, takut kepada Allah, lalu dengan itu, segala suruhan dan larangannya adalah termasuk dalam akhlak yang mulia.

Ustaz juga telah menyatakan bahawa puasa adalah seperti pembersihan, sebagaimana clorox yang mampu membuang kotoran degil. Apabila sesuatu itu kotor, dia akan terus menjadi seorang pengotor melainkan jika seseorang itu hidup di dalam kawasan yang bersih. Maka, umpama bulan-bulan lain sebagai bulan yang mana hati penuh kotor, bulan ramadhan adalah bulan pembersihan

Ustaz Ilyas pula telah menyatakan bahawa ulama terkenal Yusuf Qardhawi telah menyatakan bahawa Ramadhan sebagai madrasah addiiniyah. Madrasah untuk tarbiyyah (pendidikan), tazkiyah (pembersihan), tanzim (pembentukan) dan tajdid (pembaharuan). Sekiranya kita mampu mendidik diri, membina diri, memperbaharui iman, maka insya Allah, kita menjadi orang yang baru, hati yang penuh segar dengan keimanan yang segar.

Selain itu, di dalam Al Quran juga dinyatakan tujuan berpuasa adalah sebagai melatih diri untuk menjadi hamba yang bersyukur, dan semoga kita mendapat petunjuk dariNya.

Allahu 'alam. Maafkan diri tidak tertulis semua mutiara kata daripada kedua ustaz tersebut. Namun, begitu, diri sering bertanya, dan diri juga sering sedih, Ramadhan kali ini entah di mana lah persiapan untuk menghadapinya. Diri bukan berfikir dari tahap fizikal, namun kekutan kerohanian untuk berebut-berebut mengejar saham akhirat yang banyak di Ramadhan nanti. Untuk mendapatkan malam Lailatul Qard, memang satu keinginan, namun, persiapan tiada. Layakkah?

Sekiranya, masih belum bersedia, gunakanlanlah sisa-sisa sya'ban untuk mempersiapkan diri. Ibadah harian (belajar, bersaudara, bermanis muka, bersedeqah dsb ) cubalah diniatkan untuk Allah sahaja. Ketika hati mula merasakan terlalu sedih dengan 'performance' diri kuatkanlah kesabaran dan cubalah sedaya upaya m=mengawalnya dari terpamer di wajah.....

Allahumma balighna Ramadhan..Ya Allah sampaikanlah kepada kami bulan Ramadhan..Ameen
........................

I never thoght dentistry deals with nano art. I never thought being a final year student is as tough as we're having now. And I never realized, dentistry is not dealing with dentistry alone...

Allahumma afrigh 'alaina sobra, watawaffana minal muslimeen..Ini lah doa yang mampu teluah ketika hati benar-benar gelisah.

Buat my dental collques, be brave, be strong, purify ur heart.Insya Allah, Allah ma'ana, innaLLAH ma'assobireen :)

No comments: