August 31, 2007

Salam merdeka

Dengan lafaz mulia pemula kalam
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Salam kemerdekaan buat Malaysia ke 50. Alhamdulillah telah genap 50 tahun Malaysia meredeka dari bentuk penjajahan kolonial barat. Malaysia telah diberi peluang menjana ekonomi sendiri, telah mampu bermewah dalam segala hal, telah mampu menghasilkan orang-orang penting dalam dunia. Tahniah buat Malaysia. Alhamdulillah atas nikmat keamaanan dan keselesaan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang 'abid di bumi Malaysia. Segala puji buatMu atas kurniaan ini.

Cumanya, terlintas dalam diri, benarkah sudah merdeka? Diri ambil contoh mudah, ketika kerja bertimbun-timbun datang mendadak, sudahkah diri benar-benar memerdekakan diri, bahawa kerja-kerja itu adalah untuk Allah? Benarkah diri sudah benar-benar merdeka dari tuntutan aqal dan persekitaran bahawa tugasan itu adalah dari Allah, namun jika demikian mengapa solat dilewatkan sehingga akhir waktu hanya kerana tugasan tersebut perlu disiapkan awal?

Dalam muhasabah diri, teringat dalam satu hadis sohih tentang golongan yang dinaungi Allah dan akan ke syurgaNya, dan orang itu adalah seorang pemuda yang diajak berzina oleh seorang perempuan, lalu ditolaknya pelawaan pemudi itu, kerana terlalu takutkan Allah. Subhanallah indahnya aqidah pemuda ini, indahnya kemerdekaan jati diri pemuda ini. Dia sudah benar-benar memerdekan dirinya daripada tuntutan nafsu yang bergelora,dia sudah benar-benar memerdekakan dirinya dari tuntutan nafsu si pemudi, dia sudah benar-benar memerdekan dirinya daripada unsur-unsur luar, dan yang paling penting sekali, dia benar-benar merdeka kerana punya ketakutan yang sangat kepada PenciptaNya.

Mari bersama kita renungi kalamullah yang sangat mulia ini:
"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu. Aku tidak meminta rezeki daripada mereka. Sesungguhanya Allah itu pemberi rezeki, kuat dan teguh" (MAKSUD SURAH ADZ DZAARIYAAT - AYAT 56 - 58)

Benarkah kita sudah benar-benar menjadi hambaNya untuk beribadah kepadaNya semata-mata?

Buat akhawat sekalian, selagi mana diri ingin menayangkan aurat pada yang bukan selayaknya, selagi itulah kita belum merdeka. Kerana kita masih dibayangi Tuhan Fesyen semasa. Sekiranya fesyen kali ini adalah jubah panjang namun kain nipis, maka kita mengikutnya. Sekiranya fesyen kali ini adalah ala-ala pakaian holliwood, selagi itulah artis-artis itu tuhan kita kerana terlalu ghairah mengikut mereka. Selagi mana mulut masih menjaja gosip panas dan umpatan-umpatan, selagi itulah diri belum merdeka kerana kita bertuhankan persekitaran. Selagi mana diri masih mengikut telunjuk kekasih, maka ketahuilah itulah tuhan kita kerana kita terlalu memelihara dirinya dari sesuatu yang tidak disukainya.

Lalu, apa sebenarnya erti kemerdekaan? Andai tuhan nafsu, tuhan syahwat, tuhan materialistik, tuhan kecantikan, tuhan ujub riya' dan sewaktu dengannya masih bersarang dalam diri? Apakah ertinya merdeka sebagai seorang hambaNya?

Merdeka seorang hamba adalah dia memerdekan dirinya dari segala sesuatu yang menyebabkan dia sebagai hambaNya menjauhi penciptaNya..da dia yakin, merdekanya adalah semata keran Rabb sekalian alam..

Allahu 'alam. Sekadar mengingati diri yang sering kali menjadikan kesibukan sebagai tuhanNya..Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada mensyirikkanMu daripada sesuatu yang aku ketahui dan daripada apa-apa yang aku tidak ketahui...Ameen

No comments: