July 20, 2007

Apa salahnya?



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

"Kerja akak mulia, boleh buatkan muka yang hodoh, jadi cantik"
Saya terkelu membaca sms seorang adik. Saya sebenarnya cukup tidak suka jika bidang pergigian yang saya ambil hanya dikaitkan dengan kosmetik dan kecantikan. Bak kata seorang kawan dari gigi jongkang jongket jadi jambatan yang rata. Adui, sampai begitu sekala analog yang diberikan tentang doktor pergigian.

Kami sedar, di dalam bidang pergigian, ramai yang berjumpa dengan kami semata-mata untuk menjadikan wajah semakin cantik. Ada pembedahan membetulkan muka, atau diistilahkan sebagai 'orthognatic surgery' di mana rahang atas (maxilla) akan dibawa ke hadapan sedikit manakala rahang bawah (mandible) akan ditolak ke belakang sedikit. Ini bagi pesakit yang mempunyai bentuk skeletal class III di mana dagu pesakit terletak ke hadapan berbanding rahang atasnya.

Malah, dalam rawatan pergigian juga, gigi yang berkarat, kami boleh jadikan dia putih semula, insya allah. Gigi yang tiada, kami gantikan. Insya allah. Tapi, ilmu pergigian bukan sekadar mencantikkan muka orang. Di dalam pergigian, apa yang penting adalah penjagaan kesihatan oral. Kerana dari kesihatan oral, ia akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh badan. Sebagai contoh, kesihatan oral atau kebersihan mulut yang tidak memuaskan dalam ibu-ibu yang mengandung boleh menyebabkan kelahiran pra matang. Kebersihan mulut yang tidak sempurna juga mengakibatkan serangan sakit jantung. (sekiranya saya ingin berbicara tentang ini, saya perlu mengisinya dalam 2 artikel)

Sekiranya dahulu, Doktor Gigi hanya dipandang tugasnya sebagai mencabut gigi orang, menampal gig orang, tetapi sekarang, pesakit semakin 'demanding'. Gigi yang berjongkang jongket hendak diratakan, muka hendak dicantikkan menjadi seperti artis. Saya sebenarnya risau, hendak diturutkan, ada pegangan yang perlu dipertahankan, tak hendak diturutkan, berubah pula air muka pesakit.

Semakin ramai yang ingin memakai 'braces', atau pendakap gigi. Di dalam hadis rasulullah saw ""Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya." (Riwayat Thabarani)

"Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di dalam rawatan pergigian, sememangnya ada,salah satu untuk menjadikan gigi yang terlalu rapat adalah dengan mengikir gigi, atau istilahnya 'interdental stripping'. Dalam rawatan ini, beberapa gigi akan diasah menggunakan kertas pasir yang khas di antara celah-celah gigi bagi menjarakkan gigi tersebut, dan kemudiannya akan rata.

Sekiranya rasulullah saw, telah berpesan dengan sebegitu, saya tidak boleh mengetepikan pesanan rasulullah saw. Saya memang agak tidak selesa apabila ada orang meminta supaya rawatan orthodontic dierikan. Takut sama-sama dikatakan bersubahat dengannya untuk mengubah ciptaan Allah.
namun begitu,Saya akui, dalam beberapa keadaan, ada pesakit yang saya perlu menerima sebagai pesakit. Sebagai contoh, pesakit terlalu berasa rendah diri, sehinggakan prestasi akademik atau kerjanya sangat merudum. Pakar saya pernah bercerita tentang pesakitnya, yang sering diejek oleh rakan-rakannya di sekolah, sehinggakan dia tidak mahu lagi ke sekolah. Sekiranya pesakit ini tidak mendapatkan rawatan pergigian, dia akan terus dikuasai 'inferiority complex'. Jadi adalah harus bagi doktor pergigian memberi rawatan yang sepatutnya.

Apabila ada pesakit yang ingin membuat rawatan orthodontic atau 'braces', saya akan cuba mengelakkan rawatannya hanya kerana kecantikan. Sebagai contoh dalam pesakit yang jongang, saya akan memberitahu bahawa, rawatan yang diberikan kepadanya adalah agar dia dapat berkomunikasi dengan baik. Dalam pesakit yang sebegini, sebutan s mungkin tidak sempurna. Apatah lagi untuk membaca ayat-ayat al quran. Sebutan huruf sin dan tsa adalah sangat berbeza, dan dalam pesakit sebegini sebutan huruf sin akan dsebut sebagai tsa. Jadi, rawatan yang diberikan adalah sebutannya dalam solat dan dalam bacaan al quran adalah tepat.Tidak tersalah makna.

Ada pesakit yang minta giginya yang jarang dirapatkan. Saya dengar dahulu sebutannya. Sekiranya sebutannya masih elok, saya agar sukar untuk 'refer' ke pakar. Saya perlu melihat adakah ia menganggu kemaslahatan sosialnya.

Di klinik

Saya pernah ditergur oleh staff nurse, untuk 'grooming'. Katanya, "Diyana pakailah make up sikit. Gincu sikit dan make up sikit, patient pun bertenaga tengok awak". Saya hanya tergelak kecil. Saya bergurau, "Saya make up untuk suami saya :D".. Staff nurse turut sama tergelak. malah sewaktu awal-awal sesi klinikal, matron sempat berpesan agar, muka turut di 'make up' sikit. Hmm, terpulang ..Cumanya pada saya, tidak perlu ber'make up' andai diri sudah pandai dibawa. Ke mana diri dibawa dijaga maruahnya. Tidak perlu terlalu cantik untuk diterima masyarakat. Bukankah begitu? Betulkan saya sekiranya saya tersilap.

Saya selesa dengan penampilan saya sekarang. Berbaju kurung, bertudung tiga segi lerang 60, atau berblaus labuh, seluar panjang tidak ketat, dan bertudung tiga segi lerang 60.. Saya selesa begini. Paling-paling pun, saya hanya akan mencalitkan sedikit lip balm. Tiada 'blusher' tiada mascara, tiada eye shadow. Pada saya, cukuplah dengan kemas, dan bersih serta nampak professional. Persoalannya, adakah saya tidak kelihatan professional dengan pakaian yang menutup aurat tanpa sebarang solekan?

Adakah saya dinilai dengan bagaimana saya mencantikkan muka saya? Tidak, sama sekali tidak. saya dinilai melalui tahap saya dalam klinik, bagaimana saya menguruskan pesakit saya, dan prestasi akademik saya. Itu yang dimaklumkan kepada kami.Tapi sekiranya pergigian ini dinilai melalui kecantikan, maka perlulah dimasukkan dalam buku requirement kami, groom up.

Sebenarya risau dengan tanggapan orang. Apatah lagi dalam zaman yang semuanya perlu nampak cantik atas standard yang disediakan oleh barat. Kulit perlu putih melepak, hidung mancung, mata bundar dsb. Sememangnya fitrah kita inginkan kecantikan tapi bukanlah itu matlamat akhir. Saya agak sukar untuk bersekongkol dengan apa-pa yang mengubah ciptaan Allah. Moga kan terus dilindungi Allah .Ameen

5 comments:

anonymous said...

bahagia dgn cara kita, asalkan Allah redha dan tak murka..

bersyukurlah dgn apa yg ada.. mungkin akan ada org yg merasakan kita ni menyakitkan mata mereka.. tak mengapa kerana kita bukan mencari keredhaan mereka =)

Ummu Yazid said...

bersyukurlah dgn apa yg ada..krn jika x bersyukur sampai bilalah kesemuanya nampak tak sempurnan..

berbahagialah menjadi diri sendiri..kerana kita hanya ingin redha Allah semata-mata =)

smoga menjadi wanita solehah =)

Anonymous said...

alhamdulillah,byk informasi yg sy peroleh drpd hasil tulisan anda.Syabas!Sy bercita-cita utk menjadi seorang doktor gigi pd masa akan datang.semoga sy mempunyai prinsip dan pendirian spt anda.anda merupakan sumber inspirasi sy walaupun sy tidak mengenali anda.tetapi kita bersaudara atas ikatan hubungan ukhuwah islam.

ummul said...

Subhanallah... Sungguh, tulisan ini mengingatkan aku pada saat akan merawat gigi. Ketakutan akan melanggar ketentuan agama dan kebutuhan untuk perawatan gigi. Semoga dengan gigi yang telah terawat ini, aku bisa melantunkan ayat-ayat-Nya dengan sempurna. Aamiin...

salam,

ummul - indonesian
(http://ummul-orthodonti.blogspot.com)

Unknown said...

Assalamualaikum. Saya memakai braces sbb kerja sy berhadapan dgn ramai org... Nak senyum lbh2 takut.. Rasa down ckit.. .Last2 sy pakai braces
.bkn niat utk cantik tp utk betulkan gg.sy berdepan pelajar2 sy