July 06, 2007

The whole new world

Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wbt
Terasa ingin mengetuk papan kekunci PC di rumah, sebelum menjadi pelajar tahun lima, pelajar tahun akhir pergigian USMKK. Insya Allah.

Alhamdulillah, semalam diberi senggang waktu untuk berbual panjang dengan seorang akhawat yang saya sayang.. Dah nama kakak sayang kan, kak? :p.
Banyak lesson yang diperolehi darinya. Banyak juga 'wisdom of pearls' buat halwa telinga dan halwa hati..
Lesson number 1:
Dengar dan hayatilah nasihat orang yg lebih berumur..Mereka dah makan garam dulu dari kita.. Pengalaman mereka kita boleh jadikan panduan buat kita yang kurang berumur ni :D

Lesson number 2:
apabila melibatkan masalah hati (biasalah peringkat umur ni), serahkanlah sepenuhnya pengharapan dan pergantungan kepada Allah. Biasalah waktu umur ni, kecewa, sedih, putus harapan, tapi biarkan dulu..Letakkan harapan pada Allah, dan berdoalah sungguh agar dikurniakan yang terbaik. Dalam al quran sendiri, bnyk dinukilkan doa2 para rasul meminta pasanan yg menyejuk mata, zuriat, dan keturunan yang soleh serta pmenjadi pemimpin orang2 yang bertaqwa. Nabi Ibrahim dalam doanya yang maksudnye, kurniakanlah kepadaku zuriat yang mendirikan solat.. Subhanallah.Sedangkan para rasul berdoa bersungguh2 inikan pula kita akhir zaman

Lesson number 3:
To guys and ikhwah di sana, kami menantikan kehadiran anda dengan penuh hormat. Teringat satu entry dalam page fs sahabiah sy, kami nantikan kehadiran kalian buat peneman diri, pembimbing generasi aqidah nan syumul. Namun, x kan kami biarkan fitrah menjadi fitnah. Buat kalian, yakinilah masih ada akhawat yang solehah menanti penuh harap, namun penuh kehormatan. make sure jagalah harapannya daripada fitnah yang melanda.

Again to you guys, kami mudah memaafkan tetapi agak sukar melupakan. namun, hati yang lembut kan sentiasa mengingati firmannya, memaafkan adalah menghampiri taqwa. Lantaran itu kami berlapang dada memaafkan dan melupakan. kami juga insan yang penuh silap dan salah..

Lesson number 2:
Waktu kita kecil2 dulu, kita kena hafal rukun iman dan rukun islam. Tapi kita jarang mengamalkannya. ANtaranya beriman kepada qada' dan qadar. Jadi oleh itu, yakinilah dengan penuh sangka baik kepada Allah bahawa segala yang terbaik untuk kita telah ditetapkan oleh Allah. Maka berlapang dadalah menerima ketentuan Allah. Because He knows best. Dan Dialah yang lebih rapat dengan kita berbanding dengan urat tengkuk kita.

Lesson number 4:
sayangilah sahabat2 kita krn Allah. Uhubbukunna lillahita'ala insya Allah

Insya Allah mlm ni pulang ke kampus jihad ilmu.
Ad'u li (doakan saya). Jzkk to ukhti Yusr ajar akak kalimah baru.. Insya Allah sama2 kita teruskan jihad ini. Kepada pesakit2 saya insya Allah, kita smbung treatment semula ya =)..Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga atas kesempatan untuk ilmu ini.

Akhirul kalam
'Asiftu 'ala kulli haal. I'm sorry for everything :)

Just nak quote, (kalau mama terbaca blog along, penghargaan khas buat mama, ayah, angah, lala)
"Kenapa saya suka rumah saya?
Sebab mk masak nasi sedap..
Kenapa saya suka rumah saya?
sebab saya saayang kucing saya.. (huhu ni kenyataan tipu..alg x suke kucing :p)
kenapa saya suka rumah saya?
sebab rumah saya besh.,..
Kenapa sy suka rumah saya
Sebab saya boleh lari2.."

Hehe, sekadar tiru iklan petronanas. Apapun sy syukur alhamdulillah segalanya dari Allah :)
Moga sy kan terus jadi hambaNya yang bersyukur :)

7 comments:

Lidah Panjang said...

tq byk kerana sudi nerkongsi peringatan dan nasihat..mmg berguna sgt2 kepada sy..tq again..

Ummu Yazid said...

la syukran 'ala wajib..
addenul nasihah :)

anonymous said...

pembetulan sket jer.. bab berumur dan makan garam tu.. isk isk isk.. akak baru jer 17 tahun..awk dah 20+.. akak still tak cukup garam lagi :p

insyaAllah dik, kita sama2 doa.. :) life is a continuous learning process..take it or leave it..


mungkin apa yg kita suka itu sbnrnya buruk untuk kita, dan mungkin yg kita tak suka itu sbnrnya baik utk kita.. Allahua'lam

kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik2 Perancang..:)

Ummu Yazid said...

hmm ada org terasa..sy x ckp akak berumo :p

insya allah..dalam al quran sendiri dalam surah al baqarah ayat 216 "..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Alhamdulillah wisdom of pearls from Allah is the best..

Kak,sumetimes eh, da more we tend to forget sth, the more the memory stay...huhu

Anonymous said...

don't focus on the problem, but focus on the best possible solution

:)

-2110

Ummu Yazid said...

sumtimes we focused on how to open the locked door..but we forget that there are so many doors left open..astaghfirullah al adzheem..jzkk kak :)

Siti Yusrina Nadihah Binti Jamaludin said...

Salamun'alaikum ukhti habibati....may this greet you in the best state of Eemaan and health..Amin..(",)

Subhanallah, entry yg agak ringkas bagi yus tapi sarat dengan message bermakna...moga dikurniakan hati yg tulus ikhlas dalam memperjuangkan kalamNYA...Amin --utk diri yus juga...this is more on reminding myself.Wallahu ta'ala a'laam...jazakumullahu khayran katsiran 'ala kulli hal...uhibbuki fillah abadan abada...--


Lotsa love,
Adik Yus
Monash, Australia