Saya perlu jelaskan, saya bukan anti kecantikan. fitrah memang tak boleh dinafikan. Cumanya saya takut kita, terutamakaum wanita terlampau ingin kelihatan cantik sehingga sanggup mengubah ciptaan Allah. sebagai contoh kening dicukur dan dibentuk. Saya takut budaya ini jadi sesuatu yang dihalalkan. sehingga kita semua sudah yakin mencukurkening tak mengapa, tidak salah, yang penting cantik.
Mari kita selami hadis rasulullah saw " Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh kamu, tidak pula kepada rupa parasmu, tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu". Ayuh, kita muhasabah semula hati kita, sejauh mana hati kita benar-benar tertaut kepada Allah? Apakah sanggup kita mengubah ciptaan Allah semata-mata hanya kerana kecantikan sedangkan Allah hanya memandang kepada hati kita?
Bukankan Allah, juga telah menjadikan kita sebaik-baik kejadian?FirmanNya dalam Surah At Tin Ayat 4, yang bermaksud, "Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia dalam sebaik-baik kejadian", adakah dengan sebaik-baik kejadian ini kita rasa masih tidak cukup dengan keadaan diri sendiri? Tidak cukupkan mata yang kecil ini untuk melihat keindahan alam, mentadabbur ilmu Allah? Perlukah hanya dengan mata bundar sahaja yang boleh melihat alam seluas-luasnya?
Ayuh muslimah ku, jangan mudah terpedaya. Kepada siapa sebenarnya yang kita berhabis duit mencukur kening, membuat plastik surgeri, membuat rawatan sana rawatan situ. Untuk siapa ditunjukkan kecantikan tersebut? Tahukah kalian, mereka yang tidak pernah berpuas hati dengan diri sendiri terlalu mudah mendapat kemurungan? Tahukah kalian/
Kita muslimah, jiwa kita merdeka. Merdeka maksudnya kita bebas menjadi diri kita dengan acuan Al Quran dan As Sunnah, kerana pengakhiran kita satu, Allah. Kita bebas kerana kita tidak perlu berhabis duit untuk membeli alat solekan yang mahal. Kita bebas kerana kita tidak perlu tahu fesyen terkini dan bergolok gadai membeli pakaian yang up to date. Kita bebas kerana kita tidak terikat dengan solekan 'smoky' 'gothic', 'elegant' ntah apa-apa lagi. Kita bebas menjadi diri kita
Bebas menjadi hamba Allah, yang pada kita hanya dinilai oleh Allah. Bebas menuntut ilmu kerana kita tahu kelebihan orang yang menuntut ilmu di mana seluruh makhluk kan mendoakan keampunannya. Bebas menjadi pekerja muslimah, yang mana dia sedar tanggungjawabnya akan dipersoalkan di akhrat kelak. Bebas membina silaturrahim dengan masyarakat hanya kerana keperibadiannya yang luhur. Bebas bercakap perkara yang bermanfaat. Bebas merantau bumi Allah dengan niat untuk melihat kebesaranNya. Kita bebas
Kalau mereka katakan kita kuno, kita ketinggalan hanya kerana pakaian kita tidak seperti artis, katakanlah, aku tidak menyembah artis kita, tetapi aku menyembah Allah. dan aku selesa begini. jangan sampai jadi fitnah, kita dan wanita non muslim tiada beza. Jangan jadi fitnah ke atas agama sendiri.
Ayuh saudariku, kalianlah wanita yang diangkat martabatnya. maka peliharalah ia. Tidak salah memiliki sifat cantik, tapi jangan sampai jadi fitnah. Allahu 'alam
Ya Allah, kumemohon pemerliharaan berterusan dariMu.Amin ya rabbal 'alameen..
Luahan seorang saudara kalian.....
12.00 am
22 Julai 2007
No comments:
Post a Comment