Bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum wbt
Insya Allah, sebelum diri ingin berbicara panjang tentang anest posting, diri ingin membalas chatbox sahabat-sahabat yang sering menziarah teratak maya diri ini. Jazakumullahu khairan kathira buat antum/ antunna atas ziarah kalian. Diri tidak dapat membalas di chatbox, kerana tidak boleh 'acccess'. Salah satu website yang di'bar' barangkali. Hanya boleh 'access' melalui http://www.cbox.ws/ sendiri
Buat hiten : Jazakallahu khairan kathira atas keprihatinan shbt terhadap kami dalam 'clinical year'. Dah ada informer ya? :) Apapun doakan kami di sini ya? Ana belum jadi doktor gigi lagi, tapi insya jika diizinkan Allah, tahun depan Jun 2008. Doakan kami ya? Ana teringat pesan sahabat untuk sama-sama mengislahkan melaka. Insya Allah, jika Allah mencampakkan diri ini, ke Melaka, kita bersama membangunkan Islam di Melaka. Membangun bersama Islam :)
To Hamba Allah : Jzkk juga atas ziarah. Barangkali ana tidak mengenali sahabat. Ahlan wasahlan ana ucapkan ke atas ziarah sahabat. Moga dilapangkan hati oleh Allah untuk mendapat sedikit khoyr melalui tulisan ana. Untuk posting yang terbaru (copy)(paste) Khas buat dirimu (untk yang bercouple) bukan tulisan ana. Tulisan seorang ikhwah dari url yang ana dah sediakan :). Jzkk atas sokongan :). Jodoh pertemuan di tangan Allah. Inni tawakkaltu 'ala Allah. Diri benar-benar bertawakal kepada Allah. Sungguh-sungguh tidak mahu ada ruang fitnah lagi. Ya Allah, peliharalah hatiku
To adik yusrina habibati. : subhanallah adik, sungguh-sungguh rindu pada mutiara hati. Insya Allah akak tunggu liqa' kita bulan 12 nanti :). Moga diperkenankan Allah, insya Allah :)
*****
Anaesthesiology posting
Sekarang ana sudah seminggu dalam 'anaesthesiology posting'. Posting tentang bius, penjagaan pesakit-pesakit yang dalam keadaan kritikal, penyediaan pesakit sebelum masuk 'operation theatre' atau singkatannya OT. Minggu pertama kami ditugaskan dalam ICU, intensive care unit, di mana pesakit-pesakit dalam ICU sangat kritikal yang memerlukan pengawasan dari doktor, staff nurse, attendant dan semua yang terlibat secara kritikal. Berbeza dengan wad lain.
Kami sepuluh pelajar. Setiap pelajar diminta untuk'menjaga' satu katil pesakit. Saya ditugaskan untuk menjaga adik Hanif. Adik Hanif, sudah berusia 4 tahun, dan sepanjang 4 tahun itulah dunianya di atas katil di ICU. Dia tidak mengenali dunia luar. Sejak lahir, adik Hanif sudah mengalami 'spinal cord compression'. Hasilnya, adik Hanif lemah seluruh kaki dan tangannya. Dari kecil lagi pernafasannya hanya bergantung kepada 'ventilator'. Namun, setiap kekurangan kan pasti ada kelebihan. Hanif seorang yang sangat ceria, pandai mengambil hati. Apabila saya menziarahnya, dia seolah-olah tahu ada yang melawatnya. Senyuman sentiasa tidak lekang di bibir. Dia tidak pandai bercakap, tapi dia seolah-olah sentiasa ingin berbual. Sentiasa memejam-celikkan matanya yang comel apabila saya bercerita. Kadang-kadang mengangguk, kadang menggeleng. Kadang dia menjeling saya apabila saya tidak bercerita. Kadang apabila saya dan rakan-rakan terpaksa mengikuti doktor untuk perbincangan dia akan membuat bunyi untuk kami memandangnya. setelah kami memandangnya, dia akan senyum lebar. Subhanallah,saya memang betul-betul kasihkan adik itu.
Kali pertama saya melihat adik Hanif, saya rasa ingin menangis. Sememang hati ini memang terlalu mudah menangis apatah lagi melihat kanak-kanak sepertinya. Bersama dengan seorang rakan, kami sedar mata sudah hampir berair, hidung sudah mula memerah. Kawan saya terus menarik saya ke tempat lain, takut-takut akan 'burst out' di sisi adik Hanif.
Mengenali adik Hanif, menjadikan diri rasa insaf. Saya dilahirkan normal. Alhamdulillah, saya mengenali dunia kanak-kanak saya. Saya bermain-main dengan rakan-rakan yang sebaya saya. Terus membesar dengan baik, dengan jagaan dan kasih sayang mama dan ayah berserta adik-adik. Saya tidak perlu menggunakan alat bantuan bernafas. Saya tidak perlu makan melalui tiub-tiub yang berselirat di badan saya. Saya boleh bercakap dengan sesiapa sahaja. Mama dan ayah juga tidak perlu berulang alik untuk melihat saya di hospital. Semuanya nikmat yang tidak terhitung. Alhamdulillah.Alhamdulillah..Alhamdulillah..Maha SuciMu Ya Allah
Sekiranya saya di tempat ibu Hanif, saya tidak tahu perasaan saya. Setiap jam 1petang, ibunya akan melawatnya. Setia menanti dengan penuh kasih di sisi Hanif. Mengurut-ngurut badan Hanif, dan membersihkan badan Hanif dengan penuh setia. Subhanallah, benarlah, kasih sayang ibu tidak kan putus. Setianya menanti di sisi Hanif, walau si ibu sudah tahu, anaknya itu kan terus-terusan begitu. Namun, Allah hanya menguji mereka yang benar-benar layak. Moga kesabaran makcik kan dibayar oleh syurgaNya di mana makcik kan bertemu dengan Hanif kelak.Insya Allah :).
Saya jadi terharu, entah di mana tahap syukur saya selama ini, saya tidak tahu.....
Sahabat saya pula perlu menjaga seorang pesakit lain. Pesakit seorang remaja perempuan, berbangsa Cina,16 tahun mengalami barah di otak. Sudah beberapa kali mendapatkan rawatan 'chemotherapy', tetapi ujian Allah terus-terusan buatnya. Kali terakhir dimasukkan di ICU kerana dia mengidap 'seizure' atau sawan. Dan dari hari itu adik itu tidak sedar diri. Terbaring di katil, dengan bantuan pernafasan. Doktor sudah mengesahkan 'brain death'. Pagi tadi, saya hanya merenung sekitar ICU, setelah adik Hanif saya ziarah, dan memastikan keadaannya stabil. Saya lihat adik perempuan itu. Ibunya sentiasa di sisi. Setiap hari saya melihat ibunya menziarahinya. Berbual-bual dengan anaknya yang koma, mengurut-ngurut tangan anaknya. Setia.Sayang.Kasih. Redup mata sang ibu membawa ketiga-tiga makna tersebut. Setia mengharapkan agar anak kan sedar, dan memanggilnya mama. Sayang, sehingga sanggup berbual-bual walau si ibu tahu tiada balasan dari anak. Kasih, kerana kasih, sanggup untuk menjaga anaknya.
Saya jadi sayu. Kasih ibu...sayang ibu..setia ibu...Saya ingin menangis, tetapi cepat ditepuk oleh sahabat saya. "Diyana, inilah kehidupan" Tapi kehidupan saya tidak seperti mereka. Saya syukur. Syukur alhamdulillah. Saya cuba menyelami hati mereka. Kuatkah saya untuk menghadapi ujian seperti mereka? Daripada mana kekuatan mereka? Bagaimana mereka mampu bersangka baik dengan Allah? Bagaimana mereka masih boleh tersenyum? Bagaimana mereka boleh memberi semangat kepada orang lain ketika diri sendiri rawan? Bagaimana mereka sesetia itu memberi kasih? Ibu......terima kasih ibu..
Kehidupan di ICU, cekap dan mengharukan. Doktor-doktor dan semua staff cekap. Mengharukan, kerana kita tidak berada seperti mereka. Kita tidak tahu apa sebenar berlaku. Kita tidak tahu tangisan dalam hati mereka. Kita hanya mampu melihat dari jauh...
Saya bersyukur. Alhamdulillah.
Buat Mama dan Ayah, terima kasih atas jagaan dan kasih sayang kalian.
Buat adik-adikku sayang di rumah, hargailah kasih sayang mama dan ayah. Bersyukurlah, dan jadilah penyejuk mata ayah dan mama. Berazamlah agar kan terus jadi anak-anak yang soleh dan solehah, agar dengan itu kita mampu membantu mama dan ayah akhirat kelak.
Buat diri, bersyukurlah. Penuhilah tuntutan agama ke atasmu. Redhakanlah setiap tentuan Allah, dan belajarlah bersyukur. Belajarlah dari kehidupan mereka.....
.........
Fasobbrun jameel ..Dan sabar itu indah..
No comments:
Post a Comment