July 10, 2007

Pengalaman pertama


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Sewaktu 1st year, kami diajar asas "Emergency Management", Apa yang perlu dibuat untuk anggota badan yang patah, CPR, apabila tertelan racun, kemalangan jiwa. Tapi terlalu asas. Entah saya ingat entah tidak.


Waktu tahun 2 ada satu kuliah tentang bencana di Malaysia.Terlalu ringkas, hanya dua jam. Itu pun dalam slot kokurikulum JPA. Satu demo tentang mangsa kebakaran, dua jam setengah. Secara praktikalnya tiada.


Malam 6 Julai 2007, saya pulang ke kampus. Berat hati, sebab ada amanah berat menanti. Amanah seorang pelajar pergigian Muslim, amanah sebagai seorang yang bidangnya adalah kesihatan. Tapi kugagahi juga dem sebuah jihad ilmu.


On the way, bas pancit. The journey was so slow. Hmm, kejap-kejap terjaga. Junior di sebelah syaa memang langsung tak boleh tidur. Then, about 1.00 am, bas berhenti, with another bas berhenti. Bergotong-royong tukar tayar bas. Subhanallah saya cukup terharu. Masih ada rupanya nilai kasih dan belas dalam hati manusia.. Saya ingatkan dah lama nilai ni hilang. Sememangnya sifat itu adalah fitrah yang diturunkan Allah ke atas manusia. Sememangnya fitrah tidak boleh ditidakkan. Alhamdulillah, the journey went smoothly.


At 2am. junior sebelah kejutkan saya. Katanya ada accident bas. Sy terjaga, beristighfar. Dalam hati berdebar-debar. Dari tempat duduk saya, saya nampak bas terbabas dan terbalik. Mencari sedikit kekuatan melalui zikrullah. Bas kami berhenti. Pemandu bas turun, untuk membantu. Saya masih membatu. Nak turun ke tak? Kalau turun pun, apa yang aku boleh buat? Aku ni bukan doktor pun. Student lagi...Alah duduk je lah.. Tak dapat buat apa pun..


Saya masih berkira-kira tndakan saya. Bas terbabas sebab cuba mengelak pokok yang tumbang. Bas terbabas sampai masuk hutan. Kepala bas pecah. Ada 3 orang terhimpit dalam bas. Teringat ikrar Moslem doktor yang saya pernah baca, saya jadi sedar tanggungjawab saya. Teringat artikel2 Ustaz Hasrizal "Erti Hidup pada memberi", saya gagahi tuntutan tanggungjawab. SMS dihantar kepada seorang rakan perubatan dalam bas yang sama. "Jom turun, aku rase tak sedap hati duk dlm bas. Kat depan tu accident"


Kami turun. Rupanya ramai yang injured. Alhamdulillah Allah berikan kami kelapangan hati untuk melaksanakan tanggungjawab kami. Apabila di kawasan, ada seorang doktor USM yang saya kenal. Terus saya kenalkan diri. "Dr, i'm a dental student, what can i help u doc?" Sememangnya blurr x tau nak buat apa. Ternampak 3 orang rakan perubatan dan dental dari bas yang lain. Terus bersalaman, dan menerima arahan pertama . Doktor kata, "Make sure pts stabilized, If there's bleeding control the bleeding, I'm waiting for the ambulance to come". Tenang doktor memberi arahan.Stabilize, control bleeding? Aiseh..kalau kat klinik nk resuscite sume ada barang, nk control bleeding ada sterile gauze, ada hemostat, ada adrenaline. Ni nak kat hutan belantara ni mane nak dapat semua tu? kalut lagi.


"Ala ko tak ingat ABC ke? Airway, breathing, circulation.Bleeding tu suruh je patient tekap kuat2 guna tangan. Ok?" Kawan saya pula yang bagi nasihat. Astaghfirullah, wktu tu saya kata, sah ilmu saya ni untuk peperiksaan je. Bukan untuk diamalkan. Buktinya saya terlalu canggung untuk melakukan apa2. Sepantas itu, berbekalkan zikrullah untuk ketenangan hati, ilmu yang sudah lama ditinggalkan. Saya tawakkal. Fiqh aulawiyat (kepentingan fiqh yang lebih utama) adalah terhadap mangsa2 kemalangan bukan rasa mengantuk saya dan bukan kerana ketidak biasaan saya dalam menguruskan perkara ini.


Saya memeriksa mangsa-mangsa. Sekali lagi fiqh aulawiyat amat penting. Pesakit yang macam mana yang perlu saya lihat dahulu? Ternampak seorang makcik yang tudungnya berdarah. Saya terus menguruskan pesakit ini dahulu. Alhamdulillah keadaannya stabil, saya terus memintanya membuka tudung. Alhamdulillah, ada seorang staff nurse yang kebetulan berada di situ. Hebat perancangan Allah. Ambulance tiba dan emergency kid disediakan. Saya menyerahkan kepada staff nurse untuk bandage kepala makcik.Dia lebih berpengalaman.


Melihat lagi keadaan sekeliling. Yang mana berdarah banyak itu keutamaan saya. Yang luka dan calar sedikit, saya membasuh luka (hanya dengan air mineral), beri kapas yang bersih, minta mangsa membersihkan. Ada yang terbaring, kaki patah, dan sebagainya. Ada seorang patient, kata "Gigi saya patah!". Subhanallah waktu tu rasa cam nak bawa je klinik gigi dan menguruskan gigi yang patah. Hehe sempat fikirkan tentang dental. Saya just pesan kat patient" Pakcik, jangan keluarkan gigi tu dari gusi. Biarkan kat dalam gusi. Kalau cabut, lagi susah nak selamatkan gigi tu. Pakcik jangan risau ya, doktor gigi boleh tolong :) "


Kawan-kawan yang dental dan perubatan yang saya jumpa tenang menguruskan. Cumanya untuk tulang yang patah, kami serahkan kepada doktor dan paramedic untuk uruskan. Kami tidak berpengalaman, takut do more harm.


Subhanallah, dalam 3 jam kami masih di kawasan kemalangan. Setelah semua mangsa dibawa ke Hospital Tg Afzan, dan pesakit-pesakit yang lain stabil, kami beredar. Saya jadi terlalu terharu dengan sikap bystanders. Mereka membantu sedaya mampu. Ada yang mengawal 'traffic', ada yang membantu mengangkat pesakit ke ambulans, ada yang membantu mencari beg2 mangsa, ada yang membantu menenangkan mangsa.Subhanallah. Saya jadi terlalu terharu.


Cumanya agak terkilan, kerana ambulans dan pihak berwajib, tiba agak lewat, lebih kurang 45 minit. Mungkin kerana jauh.


Alhamdulillah, Allah berikan jalan kepada kami untuk kami membantu. Benarlah hidup in lebih bermakna sekiranya hidup untuk memberi. Ilmu-ilmu yang telah dipelajari juga Allah telah berikan kesempatan untuk kami mengamalkan. Sekiranya tidak ada keupayaan besar untuk membantu agamaNya, maka cubalah sekadar mampu. Malah, di dalam Islam, mengalihkan kayu ranting di jalanan yang menganngu perjalanan dianggap sebagai sedeqah. Apabila memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusan seseorang di Hari Pembalasan. Indahnya Islam, perkara kecil diberi penghargaan sebesar-besarnya. Begitu indahnya juga Islam, cukup menggalakkan seseorang melakukan kebaikan-kebaikan kepada saudaranya demi menjaga maslahat ummah. Subhanallah


Alangkah indahnya andai semangat saling bantu membantu ini diteruskan. Subhanallah...



6 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah.. the first rule dlm emergency medicine.. baca bismillah, doa dan don't panic! call for help.. buat triage..beri keutamaan pd yg tenat, maintain ABC, stabilize patients, control bleeding, stabilize fractures, do no harm..

alhamdulillah dik.. utk membantu org lain, kita tak perlukan banyak ilmu perubatan.. tp perlu ada banyak rasa ihsan dan kasih sayang.. sbb tu ramai org dtg menolong..

ada hikmahnya tayar bas tu pancit awal2, so that u'll be able to help those injured people... see how beautiful does Allah arrange our life..?

syukur..

-aa

Ummu Yazid said...

yaa..Allah's planning is always the best..we plan, Allah plans too, and the best decision is Allah..Subhanallah indahnya meletakkan Allah dalam segala hal :)

to my dearie friends, take the tips from my dear ukhti about managing an emergency incident:)

Hasrizal Abdul Jamil said...

Assalamualaikum

Tahniah... erti hidup pada memberi

Ummu Yazid said...

waalaikumsalam wbt..
terharu rasa atas ziarah ustaz..terima kasih ustaz :)

Lidah Panjang said...

satu pengalaman yang penuh beharga...alangkah bagusnya kalau saya macam kamu, sentiasa mendahulukan Allah sebelum melakukan satu2 perkara..

Ummu Yazid said...

segala pujian hanyalah kepada Allah kerana drNya kita dtg dan kepadaNya kita kembali..ayuh jgn berputus asa dgn rahmat Allah :)