February 13, 2006

tentang dia

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..

kisah yang akan saya bawakan ini bukanlah satu kisah rekaan, tetapi sebaliknya adalah kisah yg terjadi kepada diri saya sendiri.

Dia, punya perwatakan menarik. Punya ilmu agama yg cukup tinggi, bacaan al qurannya berlagu, dan terlalu banyak surah yg dihafaz. Dia, cukup ceria orangnya, namun cukup teliti mebuat perancangan. Dia punya banyak ilmu agama, yang sering dikongsi dalam ta'alim selepas solat jemaah maghrib. Dia senang berbicara dengan sesiapa sahaja.

Dia punya kredibiliti, senior menghormatinya. Sentiasa istiqamah. Dia cukup ceria. Namun tegas dalam perjuangan agamanya. Pernah saya bertanya " akak, saya nk balik.ada meeting keluarga" Dia jwb penuh hikmah, "diyana, dlm hal agama, agama yg pertama, tetapi keluarga bukan yg kedua. Diyana, fikirkanlah, adakah benar kita diperlukan dlm meeting keluarga?"

Dia, senior pertama menegur saya ketika hari pendaftaran. "Assalamualaikum, erm akak kak ......., akak dental thn 2. Akak bilik sebelah ni je.Kalo ada pape, datang lah ya?"Jarang benar ada senior yg begitu ambil berat juniornya.Sewaktu tahun pertama,memang keadaan cukup getir.Pada saya ketika itu, lulus professional 1, segala2nya. Da sentiasa berada di sisi. terlalu banyak curahan tazkirah dari hari ke hari. paling penting, dia selalu mengajak saya solat berjemaah.

Paling penting, mengenalinya adalah satu nikmat tidak terhingga. Dia cukup mengambil berat setiap adik2, rakan2 dan senior2nya. Mungkin aura ukhuwah fillah dah ada dlm dirinya.
Subhanallah.

Saya masih teringat, 2 minggu kebelakangan ini, kerja saya bertimbun, 3kali ganda dari biasa. Masa study, makin kurang, stress menjelang professional 2 yg hanya tinggal 93 hari lagi, menyebabkan saya mula menyalahkan tugas2 agama. Astaghfirullah al azheem. Saya mula mengabaikan kelas2 agama, sy mula kurang bercakap. pada saya masa yg ada inilah sahaja perlu saya gunakan utk bersedia utk ke professional 2. Dia perasan.

Dalam saya bersendiri, dia menghantar sms. "Tetiba akak teringat kat diyana. Diyana jgnlah risau. Ditaklifkan memegang jwtn adalah salah satu rahmat Allah. Kami ada untuk membantu dyana. Allah ada. U've done a great job for the 1st task. Congratulations. Yakinlah dgn Allah adik".

Saya terharu.Terdiam. tergamam.Ya Allah, rahmatilah kakakku ini, rahmatilah dirinya.
Ketika saya bersendirian, ketika saya mula menjauhkan diri, Allah utuskan dia utk mengingatkan saya. Betapa terlalu agung kashNya Allah. Tidak pernah Dia tutup pintu rahmatNya walaupun saya mula menjauhkan diri dari Allah. Allah telah tautkan ikatan ukhuwah atas dasar aqdah di hati kakak itu. Subhanallah..

Lantas, sy terus menutup buku. terus ambil wudhu', dan saya terus menunaikan solat dhuha. Pd sy, itulah shbt sbenar. Usia bukanlah satu pemisahan, dia seorang senior, sleayaknya, seorang senior (kalo yg dulu2) takkan concern langsung pd seorang adik. namun dia, rasa kasihnya kepada sesiapa adalah kerana Allah, lantas, dia tidak membezakan orang..

Seorang shbt sebenar, apabila kita melihatnya, kamu akan teringat Allah, apabila mendengar kata2nya,berambah ilmumu,dan apabila kamu melihatnya kamu teringat dunia akhirat.

Ya ALlah, rahmatlah dirinya. Golongkan dirinya dlm golongan yg Engkau kasihi.
Dia punya ciri shbt solehah, dan golongkan dirnya dalam golongan yg bertaqwa,
golongkan dirinya dalam bidadari syurgamu......

Buat dirinya, syukran jazlan ukhti.
I adore you since the 1st day we met..

Buat ikhwah/akhawat rahimatullah..
Ana uhibbukum lillahi taala.
Ya Allah, kekanlah kemsraan antara hati kami...

No comments: