bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum.
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..
10Muharram, atau hari assyura.
Maksudnya : "Daripada Abdullah bin Sa`id bin Jubair daripada ayahnya daripada Ibnu `Abbas Radhiallahu `anhuma katanya : "Nabi Sallallahu `alaihi wasallam datang di Madinah lalu melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari `Asyûrâ. Baginda Sallallahu `alaihi wasallam kemudian bertanya : "Apakah ini ?" Mereka menjawab : "Hari ini adalah hari baik. Inilah hari yang pada saat dahulu Allah telah menyelamatkan Bani Isra'il (umat Yahudi) daripada musuh mereka. Oleh sebab itu Nabi Musa `alaihissalam berpuasa pada hari ini. Nabi Sallallahu `alaihi wasallam bersabda : "Aku adalah lebih berhak untuk menghormati Nabi Musa `Alaihissalam daripada anda sekalian. Selanjutnya Baginda Sallallahu `alaihi wasallam berpuasa pada hari Âsyûrâ itu dan menyuruh para sahabatnya agar mereka juga berpuasa pada hari tersebut."
(Hadis riwayat Bukhari)
Kita digalakkan untuk berpuasa kerana kita merasakan, sebagai umat terbaik, adalah selayaknya kita meraikan hari assyura atau 10 Muharram ini. Kita boleh berbangga dengan bermacam hari sambutan ,valentine day, national day., tp jarang benar kita berbangga dgn hari kebesaran islam. Jadi andai benar kita mengakur sbagai seorang islam, adakan kita benar2 telah meraikan hari2 kebesaran islam.
Kesempatan ini, yg masih lagi dlm bulan Muharram, sama2 kita jejaki sirah rasul.
Dalam keadaan kepayahan utk menggerakkan islam, ditindas utk melakukan amal ibadah secara terang-terangan, lantaran itu, ALlah telah memberi perintah kepada rasul tercinta agar, berhijrah. Dan semestinya hijrah itu bukanlah perkara mudah, di bawah terik mentari yg membakar, di kawasan padang pasir yg cukup gersang, dengan keadaan haus yg teramat, dan tanpa kenderaan melainkan unta, beramai-ramai para sahabat utk ke kota madinah, menyebarkan Islam yg satu, mencari hakikat cinta Allah yg sebenar..Masya ALlah cukup yakin mereka dgn janji ALlah.
Bayangkan sahaja perjalanan kita ke kampung, mudah.Ada pengangkutan awam, berhawa dingin lagi, kita hanya perlu beli tiket, bayar tiket, naik bas, dan kroh..kroh..kroh.. dah sampai. Terlau mudah..
Betapa hijrah rasul terlalu penting kepada kita, jika tidak, masakan mampu kita masih lagi di bawah ramat ALlah, masih lagi diberi kesempatan aku bersaksi tiada tuhan yg disembah melainkan Allah, dan nabi Muhammad pesuruh ALlah. Subhanallah
Dan masih diberi kesempatan utk menyambut hari Assyura.
Hari dimana kemenangan diberi kepada Nabi Musa ke atas Firaun..
Labtaran itu, sememangnya lah ita, layak merayakan hari As SYURA...
mari teman, kita hayati sirah nabi..
Kita contohi akhlahnya...
Allahu 'alm..
No comments:
Post a Comment