January 25, 2006

boycot that silly and damn terrorist!


"Kebiadaban Imperialis Israel di bumi Palestin telah mendapatkan berbagai respons dari kalangan umat Islam, termasuk ulama-ulama Islam.
Tokoh-tokoh Islam, seperti Syaikh Dr. Muhammad Sayyid Thanthawi, Syaikhul Azhar, yang selama ini terkesan lentur dalam setiap pernyataannya, kini lebih tegas lagi akan kewajipan memerangi musuh-musuh Islam,
"Apabila kamu tidak mampu memerangi mereka (musuh-musuh Islam, Israel dan Amerika Syarikat) dengan senjata, maka selemah-lemahnya lawanlah dengan memboikot barang-barang dan produk-produk mereka."
Banyak tokoh Islam dunia yang mendukung kewajipan pemboikotan barang-barang dan produk-produk Israel dan Amerika, bahkan mengeluarkan fatwa untuk bertindak balas tindak kejahatan yang mereka lakukan di bumi Palestin.

Mereka adalah Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Abdul Satar Fathullah Said (Pensyarah Syariah Universiti Al Azhar), Dr. Naser Farid Wasil (mantan Mufti Mesir), Dr. Muhammad Imarah (Pemikir Muslim Dunia), Dr. Abdul Hamid Ghazali (pakar ekonomi dan politik Islam) dan lain-lain. Berikut ini fatwa yang ditanda tangani tidak kurang dari 70 ulama Sudan dan negara-negara Islam lainnya, berkaitan wajibnya memboikot barang-barang dan produk-produk Imperialis Israel dan Amerika Syarikat.


بسم الله الرحمن الرحيم
Fatwa: Wajib Memboikot Barang-barang dan Produk-produk Amerika dan Israel

Segala puji bagi Allah yang telah mewajibkan hamba-hamba-Nya memerangi orang-orang kafir dengan jiwa dan hartanya. Allah telah memberikan kabar gembira kepada mereka kemenangan dan kemuliaan,

Dia berfirman,
قَاتِلُوْهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللهُ بِأَيْدِيْكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنْصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُوْرَ قَوْمٍ مُؤْمِنِيْنَ

Perangilah mereka, niscaya Allah akan menyiksa mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman, (Qs. At Taubah, 9: 14).

Selawat dan salam semoga dicurahkan kepada Rasulullah SAW yang telah bersabda, "Perangilah orang-orang musyrik itu dengan harta, jiwa dan lisan kamu."

Selawat dan salam juga semoga tercurah kepada keluarga dan para sahabatnya.
Wahai kaum muslimin, tak tersembunyi dari kamu apa yang menimpa umat kita belakangan ini. Konspirasi negara zalim Amerika dangan rejim Imperialis Yahudi-Israel telah merampas tanah suci kita, membantai anak-anak kita di bumi Palestin, mengepung rakyatnya dan memaklumatkan perang kepada mereka di semua media visual ataupun audio lewat pengiktiraf antarabangsa yang mereka dakwa.
Oleh karena itu, wajib bagi umat Islam tampil berperanan untuk menghadapi persoalan umat ini dengan menggunakan berbagai wasilah yang mungkin, terutama aksi pemboikotan barang-barang dan produk-produk Amerika dan Israel. Hal demikian itu berdasarkan pada:
Pertama, firman Allah SWT.,

إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَن

تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Qs. Al Mumtahanah, 60: 9)

Kedua, persetujuan Rasulullah SAW. pada Tsumamah ketika dia berkata kepada orang-orang
Quraisy,وَاللهِ لا تَأْتِيْكُمْ حَبَّةُ حِنْطَةٍ حَتَّى يَأْذَنَ فِيْهَا رَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم

Demi Allah, tidak akan sampai kepada kamu sebiji gandum pun sehingga Rasulullah SAW. mengizinkannya

Ketiga, Allah SWT. berfirman, "Dan (bagi) orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka membela diri. (Qs. Asy Syura, 42: 39).

Kita semua tahu bahwa Amerika telah banyak berbuat kezaliman dan menyekat negeri-negeri Islam dan kaum muslimin, teriakan dan tangisan anak-anak, rintihan orang-orang sakit, ratapan para wanita dan ribuan mayat yang tewas tidak boleh mengetuk nuraninya.

Keempat, konsensus para ulama' yang mengharamkan pemberian manfaat buat orang-orang kafir harbi (yang memerangi umat Islam).Menyatakan, haram hukumnya bagi setiap Muslim membeli barang-barang dan produk-produk Amerika Syarikat dan Israel, baik berupa produk-produk minuman, gas bumi dan sejenisnya, produk-produk makanan, pakaian, elektronik dan sebagainya. Barang siapa yang melakukan transaksi bererti membela dan menolong orang-orang kafir, membantu mereka menzalimi saudara-saudaranya kaum muslimin; dia telah melakukan kesalahan dan dosa besar.

Sebelum dan sesudahnya kami ucapkan alhamdulillah, selawat dan salam semoga dicurahkan kepada junjungan kita, Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya.

Yang menandatangani fatwa ini adalah:
1. Syaikh Muhammad Fadhil Al Taqlawi, mantan Ketua Jamaah Anshar As Sunnah Al Muhamadiyah, Sudan.
2. Syaikh Ahmad Muhammad Ali Al Thuraifi, Ketua Dewan Fatwa dan Kajian di Universiti Al Quranul Karim
3. Syaikh Ahmad Dr. Muhammad Utsman Shalih, Rektor Universiti Islam Umdarman dan Setiausaha Majlis Ulama Sudan.
4. Syaikh Prof. Dr. Ahmad Ali Al Arzaq, Wakil Rektor Universiti Islam Umdarman Sudan.
5. Syaikh Ash Shadiq Abdullah Abdul Majid, Muraqib Am Al Ikhwan Al Muslimin, Sudan.
6. Syaikh Dr. Ismail Al Beliy, Ketua Majlis Ulama Sudan.
7. Syaikh Prof. Dr. Al Khadhar Abdul Rahim, Dekan Fakulti Ushuludin Universiti Islam Umdarman.
8. Syaikh Prof. Hasan Hamid, Wakil Ketua Dewan Fatwa dan Kajian Universiti Al Quranul Karim
9. Syaikh Dr. Al Hibr Yusuf Nur Al Daim, Ketua Dewan Pengajaran Majlis Nasional Sudan.
10. Syaikh Jalaludin Al Murad, Ketua Malis Tinggi Dakwah, Haji dan Wakaf Sudan
11. Syaikh Kamal Utsman Rizq, Khatib Masjid Jami' Agung Qurthum.
12. Mr. Muhammad Ibrahim Muhammad, Wakil Setiausaha Majlis Ulama' Sudan.
13. Syaikh Prof. Dr. Abbas Mahjub, Rektor Pusat Universiti Al Quranul Karim untuk Cabang Puteri.
14. Syaikh Al Amin Al Haj Muhammad, Pensyarah Universiti Antarabangsa Afrika.
15. Dr. Suad Al Fatih, Anggota Majlis Nasional Sudan
16. Syaikh Abdul Rahim Abul Ghaits, Rektor Institut Al Quranul Karim di Umdarman.
17. Syaikh Dr. Al Qurasyi Abdul Rahim, mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al Quranul Karim.
18. Syaikh Sulaiman Utsman Abu Naro, Amir Jamaah Al Ikhwan Al Muslimin, Sudan.
19. Syaikh Abdul Khalil Al Nadzir Al Karuri, Ketua Jam'iyah Al Ishlah wal Musawah Sudan
.20. Dr. Fathimah Abdul Rahman, Pensyarah Universiti Al Quranul Karim.
21. Syaikh Dr. Kamal Abid, Rektor Islamic Center Afrika
22. Syaikh Dr. Ismail Hanaafi, Dekan Fakulti Syariah Universiti Antarabangsa Afrika
23. Syaikh Husain Asyisy, Khathib masjid Al Firdaus di Umdarman
24. Syaikh Muhammad Al Amin Ismail, Khathib Masjid Al Fath di Shafahah
25. Syaikh Dr. Abdullah Az Zubair, Pensyarah Universiti Al Quranul Karim
26. Syaikh Dr. Mubarak Rahmah, mantan Dekan Fakulti Ushuludin Universiti Islam Umdarman
27. Syaikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Ghafar, Pensyarah Universiti Qurthum
28. Syaikh Dr. Sa'ad Ahmad Sa'ad, Setiausaha Badan Penyantun Penerapan Syariat Islam, Sudan.
29. Syaikh Muhammad Hasan Thanun, Ketua Dewan Pengurus Jam'iyah Anshar
30. Dr. Umar Yusuf Hamzah, Pensyarah Universiti Islam Umdarman
31. Syaikh Hamad Al Fadini, Ketua Urusan Aqidah dan Dakwah
32. Syaikh Muhammad Abdul Karim, Khathib Masjid Majma' Islami di Jerif Barat
33. Syaikh Musa'identivikasi Basyir Ali, Khathib Masjid Agung Umdaum
34. Syaikh Dr. Ala'uddin Az Zuki, Pensyarah Universiti Qurthum
35. Syaikh Dr. Abdullah Abdul Hay, Ketua Urusan Kemahasiswaan Universiti Al Quranul Karim 36. Syaikh Dr. Abdul Hay Yusuf, Ketua Jurusan Peradaban Islam Universiti Qurthum
37. Syaikh Dr. Umar Abdul Ma'ruf Ali, Universiti Islam Umdarman
38. Syaikh Dr. Al Abid Muadz, Dekan Fakulti Syariah Universiti Al Quranul Karim
39. Syaikh Mudatsir Ahmad Ismail, Khathib Masjid Al Arqam di Al Haj Yusuf
40. Syaikh Dr. Yusuf Al Kudah, Pensyarah Universiti El Nilain
41. Syaikh Dr. Shalih Al Taum, Pensyarah Universiti Qurthum
42. Syaikh Al Abid Abdul Wahab, Pensyarah Universiti Qurthum
43. Syaikh Ibrahim Al Dharir, Anggota Dewan Fatwa dan Kajian Universiti Al Quranul Karim 44. Syaikh Dr. Ali Ulwan, Dekan Fakulti Syariah Universiti Nasional Al Ribath
45. Syaikh Ahmad Hasan Muhammad, Ketua Jurusan Komunikasi Universiti Antarabangsa Afrika
46. Syaikh Dr. Mahmud Sulaiman Jadin, Pensyarah Universiti Al Quranul Karim
47. Syaikh Fadhlullah Ibrahim Thaha, Pensyarah Universiti Al Quranul Karim
48. Syaikh Akin Mawil, Anggota Majlis Ulama' Sudan
49. Syaikh Dr. Adil Thahir, Universiti Islam Umdarman
50. Syaikh Amad Bakri Abu Hiras, Da'i
51. Syaikh Nazar Muhammad Utsman, Ketua Dewan Penasehat
52. Syaikh Dr. Izzuddin Ibrahim, Dekan Fakulti Syariah Universiti Al Quranul Karim Cabang Juba
53. Syaikh Utsman Abdul Razaq, Perintis Majlis Ulama' Sudan
54. Syaikh Ibrahim Al Arzaq, Universiti Islam Umdarman
55. Syaikh Dr. Ahmad Shadiq Basyir, Pensyarah Universiti Al Quranul Karim
56. Syaikh Jamal Thahir Hasan, Khathib Masjid Banet Timur
57. Syaikh Athiyah Muhammad Hasan, Anggota Majlis Ulama' Sudan
58. Syaikh Khalid Ramadhan, Khathib Masjid Al Mustaghfirin
59. Syaikh Umar Abdul Qadir, Televisi Qurthum
60. Syaikh Daf'ullah Muhammad Hasan, Imam dan Khathib Masjid Al Dzakirin di Riyadh
61. Syaikh Yahya Abdullah, Imam dan Khathib Masjid Al Mansyiyah
62. Syaikh Muhammad Sayid Haj, Imam dan Khathib Masjid ats Tsaurah
63. Syaikh Dr. Ibrahim Ali Muhammad, Universiti Islam Umdarman
64. Syaikh Bakri Mikyal, Khathib Masjid Mikyal
65. Syaikh Abdul Ilah Muhammad Ahmad Namr, Da'i
66. Syaikh As'ad Abdul Karim, Imam dan Khathib Masjid Majma' Al Furqan
67. Syaikh Dr. Adil Aliyullah, Universiti Islam Umdarman
68. Syaikh Taj Thalab, Imam dan Khathib Masjid Boretzudan
69. Syaikh Dr. utsman Ali Hasan, Pensyarah Fakulti Syariah Universiti Katar
70. Syaikh Ali Aba Shalih, Imam dan Khathib Masjid Muraba' Wahid di Haj Yusuf.

untuk seorang wanita


bismillarihamanirrahim..

assalamualaikum buat saudaraku sekalian..
saya hadiahkan gambar ni kepada teman sekalian.

Saudariku,
Dalam jahiliyyah,
Diberi sinar yg indah,
Dari hanya barang murah,
Diangkat martabat tinggi mahar,
Dan itulah kita selepas Islam menjengah.

Saudariku,
Allah berpesan,
Tiada beza antara lelaki dan perempuan,
Melainkan taqwa yg jadi perbezaan,
Ar rasul berpesan,
wanita solehah sebaik hiasan,
Engkau dikurniakan kelebihan,
Dan mereka juga ada kelebihan.
Bukankah itu satu mahar kekuatan?

Saudariku,
Usah berbicara tentang sama rata,
Sememangnya di sisi Dia,
Kita serupa..
Usah berbalah tentang kita-kita..
Mereka-mereka..
Kerana kita sudah ada hak kita..

Saudariku,
tak salah jadi aktivis wanita,
tapi, jadilah seperti puteri Abu Bakar.
"Wahai rasul, kami tiada peluang utk berjihad,
Wanita hanya masak, membasuh, menjaga anak,
Memelihara kehormatan suami.
bagaimana hak kami?'
"Sesungguhnya, jihad kamu adalah sama dgn kaum ar rijal"..

Saudariku,
betapa sungguh Allah memuliakan kita..
terlalu mudah teman utk ke syurga,
namun apa lagi yg kita tanya??

Marilah teman,
Kita berebutlah,
Terlalu berjuta manusia wanita..
Dalam berjuta,
Adakah kita tergolong dlm
Yg sedikit?
Yg mendapat kasihNya???

Marilah teman..
Aku tak punya masa,
berbicara tentang kita-kita..
Mereka-mereka..
Kerana kuperlu masa utk berusaha..
Utk kasihNya..
Utk syurgaNya...

Andai kau punya masa,
teruskanlah usaha,
Tetapu maafkan saya,
Ku tidak punya masa.....



January 24, 2006

=)

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum buat teman..

baru sahaja melihat keputusan pepriksaan selanjar 3.
Alhamdulillah, lulus, walau ada teman yg dapat A..
Alhamdulillah, dalam kekalutan dengan terlalu banyak dugaan dalam saat getir menghadapi imtihan, dugaan-dugaan tak jemu2 menjengah..
Apapun, segala puji bagi Allah, Dia memudahkan urusan..

Baru sahaja selesai membuat satu keputusan,
Berat rasanya meluahkan salam perpisahan,
Tetapi demi Islam, demi fitnah yg perlu dihindarkan,
Keputusan jitu dibuat.
Alhamdulillah terasa seperti satu beban yg acap kali membuahkan keresahan hilang.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, menguatkan kesabaranku..

Baru sahaja memberitahu emak,
Program disingkatkan, dan boleh balik ke rumah
Ikut perancangan hanya sehari kerana perlu menumpukan perhatian terhadap imtihan
12 minggu lagi.
Tetapi Allah kata "Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapamu", lantaran pujuk rayu emak "mama, suka sangat kalau along ada kat rumah, lagi lama lagi bagus", memutarkan keputusanku 360 darjah. Biarlah demi mama, yg terlalu banyak berkorban..
Alhamdulillah, tiket masih ada..

Segala puji bagiMu Ya Allah..
Istiqamahkanlah aku..
ya Allah bantulah aku dalam mengingatiMu, bantulah aku utk bersyukur kepadaMu, bantulah aku utk berbuat baik kepadaMu...

January 23, 2006

seorang mualaf itu..

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..
kepada sahabat2 seaqidah yg dirahmati Allah

Saya baru selesai habis kuliah. Seusai kuliah, cadangnya ingin terus ke cafe, tetapi seorang lelaki, yg pada kira saya seorang Cina, buat announcement utk semua muslimin muslimat tunggu for few minutes. Saya cukup terharu, 1st time saya lihat teman2 yg non-muslim menghormati arahan utk menghormati kami, meninggalkan dewan kuliah secepat mungkin. Sebelum ini, ketika tazkirah diberikan, mereka agak kurang mengendahkan kami, tetapi dari arahan seorang Cina itu, mereka akur, dan patuh.

Dia memperkenalkan dirinya. Seorang muallaf rupanya. Tapi, cukup terharu dengan cara dia memanggil kami semua, 'To my brothers and sisters rahimatullah, to all muslimin and muslimat rahimatullah". aduh, jarang sekali mendengar org mendoakan kita dalam rahmat Allah. Dia bercerita sedkit tentang keadaan gempa bumi di pakistan dan India,dia seorang ahli MERCY dan juga ahli PERKIM, dia seorang Dr yg sedang ambil master in pathology di ukm, dan dia dtg utk mengajak kami menderma fisabillillah. Katanya "dear brothers and sisiters rahimatullah, each of these calendar is RM10, but for sabilillah, for mankind purpose, we will sell it to you, and 100% of your donation fisabilillah will be attributed to those needies. Fisabilillah, for mankind".

Saya terdiam. Ya Allah, betapa ayat yg digunakan cukup berhikmah.cukup meruntun perasaan. Cukup tawadhuk. Dan saya merenunung diri, air mata yg sememangnya cukup mudah mengalir, tak mampu ditampung. "Diyana rasa cukup malu shbt, dia seorang muallaf, tapi penghayatan islamnya cukup tinggi, dia lebih banyak menyumbang untuk islam dari kita yg sememangnya Islam", itu shaja kata2 yg saya mampu luahkan kpd shbt baik di sisi saya ketika itu.

Lantaran terfikir, apakah sumbangan utk islam. Dan saya mengajak teman juga sama2 bermuhasabah,apakah kita telah menyumbang utk Islam? Apakah tgjwb dakwah telah cuba kita penuhi,utk Islam agama yg cukup syumul. Utk agama yg membawa kesamarataan hak individu.satu2 nya agama yg telah menjadikan matlamat hidup manusia satu sahaja: ALlah, satu2nya agama yg telah menyempurnakan akhlak manusia, satu2nya agama yg telah diberi panduan yg cukup lengkap samada perkara yg telah berlalu atau yg akan datang melalui Al Quran, satu2nya agama yg cukup mengangkat tinggi darjat seorang wanita, satu2nya agama yg telah membawa ketenangan ketika org lain berantakan.Satu2nya agama yg telah memberi peluang utk merebut peluang yg terbuka luas, di syurga sana..

Apakah yg telah kita lakukan teman?

Teman, andai kalian berada di dewan kuliah 2 USMKK ketika itu, kalian akan terharu melihat kesungguhan seorang muallaf itu, akhlak yg dicerminkan cukup indah, bahasa yg digunakan cukup hikmah, tp penuh ketegasan. Maafkan sy, sy tidak punya kebolehan utk menjadikan sesuatu cerita menarik, tetapi sy merasakan sesuatu yg cukup meruntun perasaan melihat seorang muallaf yg dirahmati ALlah itu.....

Sekali lagi, teman,
APaka sumbangan kita utk Islam?
Tugas dakwah utk semua..bukan utk ustaz ustazah, bukan utk oemegang exco kerohanian sahaja, bukan utk org yg bertudung litup dan berkopiah sahaja, tetapi kerana Islam..
Kerana apa?Kerana Islamlah, satu2nya agama yg Allah redhai, Kerana Islamlah yg telah segala2nya yg terbaik utk umat seluruh alam, kerana dgn Din Allah inilah, bumu kita disinari syahadah yg cukup gemilang..

Hatiku milikmu, DAKWAH DAN TARBIYYAH..
kan kuserahkan segalanya demiMu ALlah.. insya Allah

January 19, 2006

alahai wanita

bismillahriraahmanirrahim.

assalamualaikum..
Firman Allah SWT bermaksud

“Wahai orang-orang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh. Dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan tipudaya syaitan, kerana syaitan adalah musuh kamu yang amat nyata”.
(Surah al-baqarah ayat 208)

Sekadar ingin berkongsi ilmu, taalim usul isyrin (usul 20) karangan imam Hassan Al Banna..

Segala peraturan dari Allah hendaklah dijalankan tanpa perlu mempertikaikan hikamnya..



Kenapa mesti dipertikaikan hukum Allah? Seorang Menteri kata JANGAN MASUKKAN HUKUM ISLAM DALAM KURSUS PERKAHWINAN ISLAM. Hukum tu menindas kaum wanita!
Saya, seorang wanita, dan sy rasa Allah tak kan buat sesuatu hukum untuk menindas mana2 gender

Terlampau geram, dan menteri tu akan datang ke kampus sy dalam 2 minngu lagi, merasmikan program Hari Untukmu Wanita.

Teringat kisah siti muthiyah, wanita pertama yg akan masuk syurga (sbagai penarik tali unta saidatina fatimah ra). Apa yg dilakukan olehnya sehingga Allah iktirafnya sbagai ahli jannah? Kehadiran pertama Fatimah Ra, tidak diizinkannya masuk, kerana tiada kebenaran dr suami, kedatangan kedua juga ditolak, krn puteri Rasul itu membawa anaknya bersama, keizinan suaminya hanya kepada Fatimah, kedatangan ketiga diizinkan dengan cukup gembira. Apabila suaminya balik, apa yg dilakukan? 4 perkara 1) menyediakan tongkat 2)menyediakan air sejuk 3) berpakaian yg menarik 4) menuggu kehadiran suami dgn senyum
Bukankah itu sahaj sudah menggambarkan kasihnya Allah pada wanita, cukup mudah jalannya untuk ke syurga. Kerana kudrat wanita yg cukup lemah utk berperang berjihad di jln ALlah, Allah memberinya cara lain utk mendapatkan syurga.

Isu yg dibangkitkan, kuasa talak pd suami, isteri tak de hak poligami, macam hamba.
Aduh... Bukankha yg bercakap itu seorang wanita? Masih tak kenal lagi fitrah wanita? Yg penuh emosi? Kalo suami blk lmbat dari kerja, "sy jatuhkan talak ke atas awak". Nauzubillah min dzalik. Lepas tu dalam malasysia, mahupun dunia ni, x de satu rumahtangga pun yg kekal hingga ke syurga. Kalo tgh keuzuran yg biasanya ada simptom nk mengamuk, emosi yg terganggu, suami diceraikan, dan anak2 ditinggalkan entah ke mana..Yelah sket2 emosi, sket2 talak.. Nauzubillah mindzalik


Entahla, kekadang terasa terlalu bnyk benda disekularkan oleh org2 Islam sendiri. Islam hanya sekdar solat, puasa, zakat, haji..Perundangan perlu ikut enakmen hak kebebasan individu, pendidikan perlu ikut sistem barat yg dikuasai Yahudi, perkahwinan mesti ikut adat yg menunjuk2, pergaulan mesti menurut nafsu serakah...

Maafkan sy, mungkin pengisian yg x berapa mantap.
Insya allah akan dimantapkan kemudian.
Sekdar ingin 'trigger' teman2 agar sedar keadaan malaysia, sebuah negara Islam yg mengamalkan Islam Hadhari..

Allahu 'Alam...

January 16, 2006

tawadhuknya Rasulullah Saw

Bismillairrahanirrahim..
Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda SAW…

Assalamualaikum.
Saya pernah terbaca satu artikel, Rasulullah SAW adalah manusia paling berpengaruh dalam 10 ranking dunia. Sy tak ingat penulis buku tersebut, tapi dia seorang sarjana non-Muslim.

Smlm, ada kelas fiqh muslimat. Sy agak lewat menghadirkan diri, tertidur. Sampai-sampai sy lihat shbt sy yg bacakan buku fiqh al sirah. Ustazah hanya duduk di sisi. Sy agak pelik mulanya, berubah rancangan ke?

Akhirnya ustazah memberi pengisian. Intipati yg sy cukup ingat ialah, jwpn rasulullah saw apbl ditanya siapa baginda. Nabi Musa pernah ditanya soalan yg serupa, jwpn Nabi Musa As, “ aku adalah kalamillah”(Aku adalah org2 yg berbicara dgn Allah). Dan apbl Allah bertanya “Man enta Ya Muhammad?” Lalu Rasulullah berkata “Ana Abdullah”. Aku Hanya hamba Allah”…


Aduh, terlalu tawadhuk jiwa seorang kekasih Allah itu.Dialah manusia yg ma’sum, dialah juga ayah terbaik, dialah juga suami terbaik, dialah pemimpin umat terulung, dialah panglima perang paling strategis, dialah sahabat terbaik, dialah juga, penghubung silaturrahim plg mantap, dialah juga pembela kaum wanita terhebat, dialah ayah dan ibu angkat kepada anak yatim, dialah yg cukup indah akhlaknya, dialah yg paling tampan, dial ah segala2nya. Selawat dan salam ke atas Baginda, para isteri2nya, keluarganya, shbtnya, para tabi tabiin..

Aduh, terlalu tawadhuknya manusia plg tinggi di sisi Allah itu..
Bagaimana dgn kita teman?
Siapa pun kita,cikgu, Dr, engineer, professor, pegawai, CEO,siapapun kita, kita hanyalah seorang hamba.. Segala kurniaan adalah dari Allah.. Allahlah yg mengurniakan sgala2 nya kepada kita, dan Allah boleh mengubahnyan dgn sekelip mata “kun”, maka terjadilah yg terbalik. Andai kita susah, sekelip mata juga Allah mengubahnya “kun”…

Jgnlah mendabik dada shbt.. Ingatlah kta terlalu hina dibandingkan dgn Rasul tercinta itu.. Malulah, kerna dosa yg bertimbun, tp masih ada riya’ di hati..sedangkan di sisiNya sapalah kita…

Istighfar…Astaghfirullah azheem…..

January 13, 2006

Dr Hati-hati (Tobibul Qulub)



Bismillahirrahamanirrahim

Assalamualaikum..

Sy cukup tersentuh dgn ta'alim yg sy join minggu lepas. Betapa aqidah para sahabat terlalu mantap, kepentingan duniawi sanggup dilepaskan, walau jawatan yg disandang cukup mantap.

Khalid al -Walid, siap yg tak kenal Khalid Al Walid,jeneral tentera Islam yg sangat digeruni musuh Islam ketika itu, penuh dgn strategi yg tidak akan kalah. Andai dia memimpin tentera Islam, dengan izin Allah, kemenangan pasti berpihak pada mereka.Allahu Akbar!
Dalam satu peperangan, saidina umar dilantik menjadi khalifah menggantikan saidina Abu Bakar As Siddiq. Perkara pertama yg dilakukan oleh saidina Umar Al Khattab ialah melucutkan jawatan Khalid Al walid.

Tengah peperangan yg dahsyat, Saidina Umar buat keputusan drastik. (kalo kita ingat kisah cmner Dato' Anwar Ibrahim kena lucut jawatan, cmner reaksi msyrkt setempat waktu tu? Panas kan) Inikan plak dlm perang dgn musuh kuffar. Khalid Al -Walid dengan senyum ,meniggalkan serbannya yg ada lambang general, dan diserahkan serbannya kepada Abu Ubaidah. Ahli tentera muslim yg lain, mengamuk, x erpuas hati.
"Siapa Umar untuk melanggar keputusan Rasullah SAW melucutkan jwtn Khalid Al Walid, siapa Umar utk melucutkan jwtn general Khalid walau dlm pemerintahan Abu Bakar? Siapa dia?"
Khalid Al Walid masih senyum. "Apakah ada beza aku general dgn aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar?Kalo engkau beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin"

Mendengar arahan Khalid al Walid, tentera Islam mendiamkan diri. Tp hati masih penuh rasa tidak puas hati. Lantaran ketidakpuasan hati, perkara tersebut telah menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam.

Saidina Umar hanya senyum pada awalnya. Tapi apabila fitnah semakin panas, dia berkata ,"aku lucutkan jwtn Khalid Al Walid kerana aku takut kamu akan berlaku SYIRIK!!"
"kenapa pula kami boleh SYIRIK di bawah pimpinan Khalid Al Walid?" lantas jwb Saidina Umar, "kerana aku takut engkau mengatakan kemenanan tentera Islam adalah kerana pimpinannya, bukan kerana bantuan Allah!"

Terdiam tentera islam yg lain. Semenjak tu, Saidina Umar digelar tobibul qulub (Dr Hati).

Subhanallah! Betapa aqidah yg terlalu mantap. Kerana aqidah yg begitu mantap itulah, Allah sering membantu tentera Islam dahulu. Sedangkan kita, kalo bertelagah dlm kumplan, and kerja yg dirancang tak menjadi, apa kita kata "tulah, engkau, aku dah kata jgn buat camni, tgk apa yg dah jadi?" ..Tak pun, kita salahkan sistem teknikal "menyusahkan org je xco teknika;l, sume tak menjadi"...

Astaghfirullah al azheem. Sy betul2 terkesan dgn tazkirah ustaz tu. Nmpak sgt aqidah kita terlampau gontai.Lemah, rapuh, Prapp! Patah! marilah shbt,jgnlah mudah melatah andai sesuatu buruk terjadi. Jgnlah mudah melonjak gembira andai menerima berita gembira. "inilah usaha aku, berbaloi nmpaknya" Astaghfirullah al 'azheem. Andai berita gembira diterima, alhamdulillah. Andai berita sedih "lahaw la wala quata illa billah".

Ingatlah segalanya dalam perancangan Allah. jgnlah mendabik dada, kita hanya manusia yg hina. terlalu hina. Istighfarlah selalu...

Say! He is God, the One!The Eternally Besought of all!He does not beget, nor is He begotten.And there is nothing comparable to Him."

January 12, 2006

sambungan Al Fatihah

bismillahrirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.
sambungan penghayatan surah al fatihah
6. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

Penghayatannya:
Penggalan pertama, yakni "Hanya kepada-Mu kami beribadah" merupakan pernyataan lepas dari kemusyrikan. Sedangkan pada penggalan kedua, yaitu, "Hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan" merupakan sikap berlepas diri dari upaya dan kekutan serta berserah diri kepada Allah SWT
Tidak ada lain yang berhak disembah atau diperhambakan diri kepadanya selain dari Allah Yang Maha Kuasa; demikian juga tidak ada lain tempat kita memohon pertolongan iaitu dari Allah Yang Maha Pemurah. Pengertian “ibadat” secara ringkas dapat diertikan sebagai menunjukkan rasa taat setia dan perhambaan diri kepada Allah ‘Azza wa Jalla yang dikenangkan limpah kurnia kebaikanNya serta dirasai dalam hati nurani akan kehaibatan kekuasaanNya .

7اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus,

Penghayatannya:
Setelah menyampaikan pujian kepada Allah SWT, dan hanya kepada-Nya permohonan ditujukan, maka layaklah jika hal itu diikuti dengan permintaan. Sebagaimana firman-Nya, "Setengah untuk-Ku dan setengah lainnya untuk hamba-Ku. Dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta."
Yang demikian itu merupakan keadaan yang amat sempurna bagi seorang yang mengajukan permintaan. Pertama, ia memuji Rabb yang akan diajukan permintaan kepada-Nya dan kemudian memohon keperluannya sendiri dan keperluan saudara-saudaranya dari kalangan orang-orang yang beriman, melalui ucapannya, "Ihdinashshirathal mustaqim" (Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus).
Karena, yang demikian itu akan lebih memudahkan pemberian apa yang dihajatkan dan lebih cepat untuk dikabulkan. Untuk itu Allah Tabaraka wa Ta'ala membimbing kitya agar senantiasa melakukannya, sebab yang demikian itu lebih sempurna.



8.صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Penghayatannya:

Selepas kita memuji Allah, dgn segala keagungannya kita mengharap agar kita diberi kan petunjuk, iaitu jalan yg lurus. Jalan mana yg lurus tu? Iaitu jln yg Allah kurniakan nikmat kepada mereka. Dalam kamus, maksud nikmat ialah org yg berseri mukanya. Org2 yg berseri mukanya di akhirat kelak. Siapa mereka? Iaitu para nabi, para siddiqin, para solihin, ara syuhada'. Orang orang yang diberikan nikmat oleh Allah SWT itu adalah orang-orang yang tersebut dalam surat An-Nisa', Dia berfirman, "Dan barangsiapa yang menaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu para nabi, para shiddiqun, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah karunia dari Allah, dan Allah cukup mengetahui." (An-Nisa': 69 -- 70).

bukan (jalan) mereka yang dimurkai - selepas kita minta jln yg lurus, kita mints pula perlindungan drpd jln org2 yg dimurkai. Siapa mereka? Kita bnyk baca dlm al quran, kaum yg menidakkan al-quran, kaum yg menolak ajaran rasul..

“Orang-orang yang dimurkai Allah” ialah orang-orang yang mengingkari atau menyembunyikan sesuatu perkara agama yang telah diketahuinya betul dan benar, atau orang yang tidak mahu menerima sesuatu hukum agama yang sampai kepadanya dengan keterangan-keterangan yang sah kerana beberapa sebab yang mempengaruhi jiwanya seperti: perasaan takassub atau fanatik kepada sesuatu pendapat, keinginan hendak menjaga nama dan taraf, ingatan hendak memelihara keadaan dan kedudukannya yang turun temurun, atau fikiran hendak menghormati sesuatu keadaan masyarakat. (Sahibul-Fadhilah Datuk Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim )

"Orang-orang yang sesat” pula ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang pengetahuan agamanya tidak betul, kerana dipelajarinya dengan tidak menurut peraturan dan jalan yang sebenarnya. Orang-orang yang tersebut kalau mereka tidak sesat dalam urusan kebahagiaan hidup dunia kerana sihat pancaindera dan tepat pendapat akal mereka pada zahirnya, maka tak dapat tidak mereka sesat dalam urusan kebahagiaan hidup di akhirat. kerana pengetahuan agama Allah sahaja yang sanggup menunjuk dan membimbing pengikutnya kepada kebahagiaan akhirat.

Info: Sumber: Terjemahan Lubabut Tafsir Min Ibnu Katsir (Tafsir Ibnu Katsir), Tim Pustaka Imam as-Syafi'i
http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/index.html

semoga usaha sy yg sedikit cuma mampu mengundang rahmat allah ke atas kita semua. Pesanan buat diri, dan juga shbt sekalian, sama2 kita mujahadah. Sama2 kita pertingkatkan ilmu, sama kita meraih kasih Allah. Insya Allah

January 10, 2006

salam aidul adha

bismillahrirahmanirraheem..
assalamualaikum..

Salam Eidul Adha buat pembaca blog sekalian
Maafkan saya, sy sepatutnya menyambung pengisian penghayatan surah al fatihah. Insya Allah, akan disempurnakan kemudian.

Tak sangka hari ni umat Islam sama2 menyambut eidul adha, atau biasanya kita pnggil hari raya korban. Korban apa? bukan sekadar tumbang 2 ekor lembu.Kalo ikut sirah, apabila nabi Ibrahim as dalam mimpinya diberi petunjuk utk menyembelih Nabi Ismail, dia lantas meminta pendapat anaknya. Kata Nabi Ismail "Kerjakanlah apa y diperintahkan kepadamu, dan Insya Allah aku dlm golongan org2 yg soleh" Subhanallah, begitu mantapnya aqidah mereka.

Tadi tengok "Kiamat sudah dekat". Cerita lucu yg bnyk pengisian. Hero tu snggup berkorban demi cinta sarah. "apakah agama kamu?" Siap tgk ic lagi "ooh, sy org Islam. Maaflah ya, dulu2 ibu bapakku yg menguruskan segalanya". Erm alahai. Tp apa yg sy nk tekankan kat sini, fandi tu snggup berkorban utk dpt kan sarah, anak pak haji. Tak kesah lah, dari tak pernah solat, blajar dgn adik saprol, x pernah baca quran, sanggup. Tp x diterima gak. Kena khatamkan ilmu ikhlas barulah pak haji tu terima dia..Berkorban demi cinta..

Jadi,apa relevannya?
Kalo kita snggup berkorban demi cinta manusia, cinta Allah camner?
Dalam akidah kpd Allah, org lain bley tidur lagi, tp kita kena bgn solat subuh, malas ke tak mals, kena bgn, utk dpt redha Allah. Org lain leh gune waktu maghrib isya' utk study, kita kena dgr ta'lim, tazkirah kat surau. Org lain ada masa nk mengenyangkan perut, kita kena berlapar dahaga, dan amalan lain dalam ramadhan..semuanya kena berkorban!

Dalam ilmu, org lain bley meronggeng gi shopping, x pun tgk vcdm tgk perlawanan bola sepak, tgk konsert, kita kena pulun menuntut ilmu. Kena bersekang mata buat nota ringkas, kena thn sbr nk memaham lepas tu nk menghafal lagi. Ikutkan hati mmg nk enjoy, tp apakan daya, demi perintah Allah "bacalah dengan nama TuhanMu" kenalah bersekang mata.. Semuanya kena berkorban!

Dalam ukhuwwah, bila kwn kecikkan ati kit, kita kena telan bulat2. walau pahit, tp demi sebuah ukhwah, kita terpkasa menerima. Ingat kisah abu bakar as siddiq dgn rasulullah saw? Yg mana dlm persembunyian di gua dr kaum quraisy, ada lubang yg ada ular berbisa dlmnya. Apa saidina abu bakr buat? dia pijak lubang tu dgn kaki dia. Dia snggup kaki dia disengat ular berbisa. Kita? jadi, bila ada pertelingkahan sedikit dgn teman karib, maafkan, bersabar, kerana dia juga manusia biasa. mana kita tahu, dia juga bnyk memendam rasa dgn kita lntaran akhlak kita yg begitu jelek?Semua kena berkorban!

Dalam perjuangan, org lain bley duk kat blek, bergurau bermesra dgn shbt keluarga, tp kita x habis2 meeting. Hujung miggu penuh dgn prog, study group utk jr,anjur kan prog agama, fikirkan amar ma;ruf nahi munkar, semua kena wat! Semua kena Berkorban! Kalo dah kerja, kena wat yg sehabis molek. kalo tak natijahnya hampeh...

Begitulah kita, semua kena berkorban. Tp berkorbanlah dgn niat Lillahi Ta'ala. Allah telah menjanjikan pengorbanan nyawa dan harta adalah perniagaan yg takkan rugi..Yakinlah dgn Allah..
Berkorban demi cinta-(HIJJAZ)

Allahu 'alam..

January 03, 2006

penghayatan Miftahul al-quran

Bismillahirrahamniirahim..
Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Assalamualaikum,
Seorang shbt mencadangkan agar diadakan usrah online. Syukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk sama2 berkongsi sedikit ilmuNya yg sy perolehi dalam kuliah Jumaat yg lepas. Awwalan, sy minta maaf atas kekurangan diri andai penyampaian sy tak sehebat ustaz yg memberi ceramah...Semoga pengisian yg sedikit ini mampu menjadika solat kita solat org2 yg khusyuk. Allahummaj'alna solatana solatan khasyi'in. Ya Allah jadikanlah solat kami solat org2 yg khusyuk...

1. A'uzubillahiminassyaitonirrajim..

(aku berlindung dengan Allah dari syaitan yg kena rejam)
Mama'na syaitan? Ustaz beritahu, syaitan adalah masdar (kata terbitan) dari satu perkataan yg maksudnya ialah perigi yg dalam. Syaitan bermaksud apa jua yg boleh menjauhkan dari Allah. Kita mungkin apabila menyebut syaitan, kita akan terbayang, syaitan yg menyebabkan adam dan hawa dikeluarkan dari syurga, syaitan yg dibayangkan dlm cartoon, muka yg hodoh, dan bertanduk. Hakikatnya, syaitan adalah apa jua yg menjauhkan kita dari Allah. Dalam surah An Nas:Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi.yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia (4-5). Jadi, bukanlah semestinya syaitan itu ialah, yg kita tak nmpka. Malah, mengikut kata ustaz tu, riyak, su'dzon (bersangka buruk) dan apa jua sifat2 mazmumah boleh menjauhkan kita dari Allah..

Penghayatannya:
Kita minta dijauhkan, dibuang jauh2 segala yg menjauhkan kita dari Allah, segalan yg merosakkan amal.Jadi apabila kita minta sesuatu, tindakan susulan perlu dilakukan, bukan sekadar meminta-minta. sama juga kalo ingin berjaya dalam exam, kita kena berusaha, nk jadi kaya, kena pandai cari peluang yg menjana kewangan. Begitu juga kita dengan Allah, kita tak boleh sekadar meminta, tp perlulah disusuli dengan usaha keras untuk menjauhkan diri dari perkara yg boleh menjauhkan kita dari Allah. Dan itulah mujahadah. Mujahadah nafsu especially.

2.بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
(dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Pengasihani)
Kita mulakan dengan nama Allah. Besar kalimah ni. Allah yg menciptakan langit dan bumi, Allah yg memelihara apa jua yg di antara keduanya, Allah yg mentakdirkan kita masih hidup hari ni, ALlah yg telah beri rezeki dan nikmat yg terlalu banyak. ALlah. Kita mulakan dengan nama Allah, yg punya nama2 yg terbaik.

Dan kerana DzatNya yg Pemurah kita masih lagi diberi peluang untuk makan, minum, sihat tubuh badab. Sifat Ar Rahman adalah sifat Allah ke atas semua makhluknya( betulkan sy andai salah). Dan sifat Ar Rahim, Yg Maha Pengasih adalah untuk umatnya. Lantaran itu, shbt, kerana kedua SifatNya itu, Allah masih beri peluang kepada kita, untuk memperbaiki amal2, untuk bertaubat, walaupun hakikatnya, dosa yg bertimbun lagi banyak dari nikmat yg Allah beri kpd kita walaupun nikmat-nikmat tu kita tak pernah nampak!!

Pengahayatannya:
Kita mulakan dengan nama Allah. Bismillah. Mengikut apa yg disampaikan oleh ustaz, kita mulakan dengan basmallah, agar kita seiring dengan ALlah, agar kita sejalan dengan Allah. Dia bagi analogi, apabila dgn kwn, dua-dua bergaduh, maksudnya tak seiring lah kan? Asik nk bergaduh jer. Jadi dengan menyebut basmallah, di awal surah, kita berharap agar kita dari awal2 lagi sejalan dengan Allah. Agar rahmat Allah ada bersama kita.

3.الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam)
Again kalimah aqidah yg sangat besar. Tuhan sekalian alam.kalimah yg besar!.
Tapi, kita masih mampu untuk melakukan munkar. Sampai hati kita kan? Apakah benar2 kita mengaku Dia Tuhan sekalian alam? Apakah benar kita melakukan suruhannya dan meniggalkan larangannya?

4. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Seperti yg diterangkan di atas..Sifat Pengasih dan PenyayangNya Allah..

5.مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
( yg menguasai Hari Pembalasan)

Penghayatannya:
Ini bermaksud, hidup kita perlu ada visi yg sangat jauh. Hari Pembalasan. Segala apa yg dilakukan mesti difikirkan apa akan jadi di hari Pembalasan nanti?Syurgakah atau nerakakah? Dan apabila terfikirkan tentang syurga, sudah pasti kita akan berusaha untuk mendapat rahmatNya, kerana hanya dengan rahmatNya shj kita mampu jadi penghuni syurga. Dan apabila terfikirkan neraka sudah tentu kita pakan menjauhi segala munkar dan apa jua yg Allah murkai, kerana kita tahu, apa jua murka Allah boleh jauhkan kita dari rahmat Allah..
Hidup kita bukan sekadar di dunia, lulus pro 2, naik 4th year 2006, grad 2008, jadi dentist, kawen, sambung specialist, ada keluarga sendiri, ada klinik sendiri...
Bukan sekadar tu.. Kita punya visi yg terlebih jauh dari org2 yg bukan Islam..

Insya Allah sekadar berkongsi sedikit ilmu.
Insya Allah, akan disambung kemudian...
Semoga ada sedikit manfaat.

Andai tak dapat solat yg khusyuk 100%, cubalah sedikit demi sedikit dgn memahami maksud surah al-fatihah. Sy menyampaikan dan sy mengajak kalian, sama2 beramal kerana Allah.. Sama2 perbaiki amalan yg compang camping.. Sama2 perindahkan akhlak kerana Allah..

January 02, 2006

Al Fatihah


Assalamualaikum, sedikit permintaan dari sy yg kerdil.
Sama2 hayati terjemahan surah al-fatihah yg dibaca dalam solat.
Apakah benar solat kita mampu mencegah dari munkar?
Insya Allah pengisiannya akan sy letakkan apabila berkesempatan.

1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam,

3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

4. Yang menguasai hari pembalasan.

5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.

6. Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus,

7. ( iaitu ) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan ( jalan ) mereka yang dimurkai dan bukan ( pula jalan ) mereka yang sesat
.

January 01, 2006

bersyukurkah aku?

bismillahirrahmanirrahim..

dengan nama Allah yg punya nama-nama yg Terbaik. Segala puji hanya bagiNya Tuhan sekalian alam. Maha suci Allah atas segala kebesaranNya. Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW. Segala puji bg Allah yg masih memberi sedikit peluang untuk sama2 menikmati sedikit lagi peluang kehidupan demiNya...

Subhanallah, Alhamdulillah Allahu Akbar..

Buat ikhwah, akhawat yg dirahmati Allah..
Dalam tak sedar, kita dah masuk 2006. Dan semestinya umur juga semakin bertambah. Saya x tahu, perlukah sy mengucapkan Happy New Year? Mungkin perlu, sekadar mengucapkan. Terfikir, semakin hari bertambah, semakin usia bertambah, tapi iman di takuk lama, astaghfirullah. Semakin usia bertambah, semakin banyak nikmat yg x disyukuri, astaghfirullah, semakin usia meniggalkan semakin banyak dugaan yg tak ditempuh dgn sabar. Astaghfirullah. Laa ila ha illa Anta. Subhanaka inni kuntu minadzolimeen.Tiada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku tergolong dlm golongan orang yg menzalimi diri..

Dan semstinya, sy tak boleh mengaku umur sy masih 21 thn. Sekarang umur 22 thn.(kalo ikut perkiraan Islam, sy memang dah 22 tahun). Tp ilmu, iman dan amal sy tak secocok dengan umur yg Allah beri..

Terfikir. Dari kecil dilahrikan dlam keluarga yg cukup sederhana, tidaklah terlalu kaya, dan tidaklah hidup melarat, dengan dibajai sepenuh kasih syg,tetapi sy masih menita-minta. terlalu bnyk 'kalau' dlm sy dibesarkan oleh kedua ibu dan ayah sy yg mengasihi kami bertiga.. 'kalau' lah sy jadi anak bongsu, kan best?Astaghfirullah..

Kemudian diberi pendidikan yg ok. Dibesarkan dlm keluarga yg cukup pentingkan pencapaian akademik, alhamdulillah, dan akhirnya mama sy menempatkan sy di SRK P Methodist 1, dan alhamdulillah, bergaul rapat dengan kwn2 non-muslim memberi sedikit gambaran ttg kehidupan mereka walaupun waktu tu, sy masih x faham apa2. Dlm UPSR, alhamudulillah berjaya dgn cemerlang, kerana niat ketika itu, ingin ditempatkan di sekolah asrama penuh, aim saya Kolej Tunku Kursiah (TKC) ataupun Sekolah Tun Fatimah(STF), kerana ingin bersaing dgn sepupu. Tp alhamdulillah sy ditempatkan di SMKASR..

Sekolah agama. Tak pernah terfikir dpt sekolah agama.Mula2 mmg rasa rendah diri dgn sepupu, yalah dia sekolah terbaik negara, tp sy sekolah terbaik negeri jer.. Tp itulah yg Allah tetapkan untuk sy. Dan sememangnya itulah yg terbaik. Subhanallah! Alhamdulillah. Di situlah sy kenal apa itu ma'thurat, apa itu solat berjemaah, apa itu qiamulail, apa itu aurat. Alhamdulillah.. Allahu Akbar. Allahu A'lam..

Kemudian., alhmdulillah, dikurniakan kejayaan cemerlang dlm PMR, kerana waktu tu niat nk ke KISAS (kolej ISlam Sultan Alam Sham, kelang), tp x dpt. Ditawarkan ke SMS Muzaffar Syah, entah kenapa hati tak tergerak nk ke sana. Alhamdulillah, sekali lagi Allah, beri yg terbaik untuk sy. Ditaklifkan memegang jwtn penting di sekolah, mengajar sy erti tggjwb, erti pentarbiyahan, dan dipertemukan dgn cikgu yg faham fikrah Islam sbagai guru pengawas Alhamdulillah..Dan SPM aim unutk ke Ireland,nk amik medic, again nk bersaing dgn sepupu..

SPM, sekali lagi keputusan agak cemerlang walau x secemerlang mana. Ditawarkan ke Jepun, egineering, tp dalm mimpi Istikharah, mama nampak terlalu sedih. dan akhirnya sy buat keputusan tak pergi, walupun pd awalnya borang berhenti matrik dah ditandatangani. Alhamdulillah, itu keputusan terbaik dari Allah. Alhamdulillah.
Di matrik, sy kenal erti persahabatan. Sy mula nmpak arah tuju.

dan itulah yg terbaik utk sy. PNGK matrik alhamdulillah. Perancangan awal utk amik Dr Perubatan. Tp x kesampaian. X de rezeki.. Kecewa, kerana hanya mampu amik Dr Pergigian.Yalah org tak pndang pun dentist. Mak ayah terima seadanya, sy? Cukup kecewa..

Ditempatkan di USM kelantan. Again kecewa, jauhnya!Dahlah tu bukan dlm yg terbaik plak turanking ke 3 lepas UKM ngan UM.. Di USM, tau dental lagi susah dari medic. Medic kena blajar, dental kena blaja. Budak medic boleh cover topic medic, kami kena buat gg palsu lah, elective lah, kelas tambahanlah etc. Bosan dgn hidup dental student. Terfikir baik amik medic. Itulah sy waktu 1st year. Tp alhamdulillah, Maha Suci Engkau Ya Allah. Sememangnya ini yg terbaik utkku. Dan di sini, sy masih boleh belajar medical, masih boleh belajar dental. Bukankah itu satu kelebihan, jika dibandingkan dgn teman2 dental dr u lain? Walaupun jauh dari mak ayah, nak balik kena pk panjang, inilah yg terbaik utk sy. Kerana di sini, sy mula kenal erti sebenra da'wah, erti sebenra perjuangan, erti sebenar ukhuuwah islam, erti sebenar cinta, dan yg paling penting, sy dipertemukan dgn seorang shbt yg mencintai Allah..
Subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar.....

Itu hanya sedikit dari kisahku. Kalian mungkin Allah dah tetapkan yg terbaik buat kalian. Yakinlah dengan Allah. Dia MAha Mengetahui. Usah dikeluhkan nasibmu. Kerana Dia Tahu segala Yg terbaik, sedangkan kita makhluknya (yg diciptaNya) tak tahu apa2.. Saya sendiri, dari kecil bnyk perancangan, nk masuk TKC, nk masuk KISAS, nk gi Ireland, nk jadi viva A student, tp asik fail jer.. sumenyer tak kesampaian..Tp itulah yg terbaik utk saya.
dan saya semakin yakin, segala2nya dari Allah..

Takdir yg Allah tetapkan adalah yg terbaik. Cuma kita sbagai hambaNya tak bolehlah tak berusaha lgsung. Kalau benar ingin bertawakkal, buatlah yg sehabis baik.Kemudian srahkanlah kpd Allah. Jgn terlalu kata, 'itu dah takdir', tp sebelum tu usaha hampeh...

Sama2 teman, di tahun baru masihi ini, perkuatkan mujahadahmu. Tanamkan azam baru dalam hatimu, agar setiap hari yg dilakukan adalah lebih baik dari semalam..Segala2nya untuk meraih cinta Allah...

Currently, tgh habiskan buku prasangka baik dlm Al -Quran oleh Harun Yahya..Buku yg pd hemat sy sgt bagus.,..

Semoga ada sedikit manfaat dr sedikit tazkirah sy.
Semoga kita tergolong dlm gol2 yg diberi nikmat oleh Allah...
Semoga imankan makin bertambah dari hari ke hari....
Ameen yA Rabbal 'alamin..

Selamat tahun baru...