Dia sejak akhir-akhir ini entah kenapa, semua SMS tidak dibalas, panggilan tidak diangkat, YM tidak seramah dulu. Sejumlah ayat yang dilontarkan kepadanya, hanya dijawab dengan sepatah perkataan. Dia tahu, dia perlu menjaga hablum minannaas, tetapi entah kenapa dia, responsnya terhadap apa jua dibalas dengan penuh hambar.
"Salam akak bila start kerja?","Selamat datang ke Perak, bestlah Perak ni, kita boleh berjuang sama-sama"
Samaada dia membiarkan soalan itu tidak berjawab, atau dia hanya menjawab dengan satu patah perkataan "Hmm", "Thanx", "Hmm", "Ok". Jika dia di tempat mereka yang mesra itu, sudah pasti sungguh kecewa dengan jawapan satu patah itu. Sungguh nampak dia tidak langsung berminat. Dan mungkin kerana itu juga, dia selalu sangat tidak menampakkan dirinya dalam YM.
Dia tidak menyalahkan sesiapa. Hatinya mungkin sudah terlalu kotor. Aura hati yang bercahaya akan menampakkan sinarnya keseluruh percakapannya, pendengarannya, serta perbuatannya. Itu satu pesan Kekasih Allah, Muhammad SAW, seketul daging yang baik yang namanya hati, baiknya hati itu maka baiklah segalanya.
Dia rasa bersalah, namun dosa dengan Penciptanya, dia boleh bertaubat. Tetapi dosa dengan manusia dia sendiri perlu menjejaki manusia itu, memohon maaf berjuta-juta kali agar dimaafkan. Dia teringat, buku-buku tasawwuf yang dibacanya. Riyadhus salihin yang acap kali dibacanya. Segalanya berkenaan dengan hati. Dan hati itu benar-benar memerlukan 'self control' yang benar-benar jitu. Dia tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan jemunya, amarahnya, kepada manusia, kerana dia perlu jaga hati manusia. Hablum minannaas
Dia tahu, taqwa itu ialah memaafkan. Memaafkan itu menghampiri taqwa. Seorang sahabat rasulullah saw dijanjikan syurga kerana hatinya yang terlalu bersih, tiada hasad, tiada dengki dan memaafkan, sedangkan amalnya cukup biasa. Dia tahu, taqwa itu ialah menjaga baik hubungan dia dengan Penciptanya serta juga segala yang diciptaNYA. Namun entah kenapa dia benar-benar rapuh sekarang.
Dia benar-benar mohon maaf. Dia mengharapkan Ramadhan kali ini, untuk kembali menjaga hati. Kau pergi, aku tak kan pergi, kau jauh, aku tak kan jauh, sebenarnya diriku masih mengharapkanmu. Ya, dia mungkin menyebabkan taulan nya menjauhkan diri dengan jawapan hambarnya. Ya dia mungkin sudah mencalarkan beberapa hati. Tapi dia benar-benar mohon teguran rakan-rakannya. Dia benar-benar mohon agar hati ini sentiasa ditundukkan. Ditundukkan kepada mematuhi perintah Penciptanya, ditundukkan kepada petunjuk yang benar.
Dia sekali lagi memohon maaf. Berjuta kemaafan...
Lord, can I gain Thou love?
PS: saya sedang cuba mencari sanad hadis tentang hati itu.
2 comments:
salam.ikut hati mati ikut nafsu rugi...ikutlah Ai-quran dan hadis sesungguhnya itulah pentunjuk sebenarnya...
benar.benar..
hablumminallah, hablumminannaas
ikutilah al quran, dan ikutilah sunnah rasulullah saw dengan gigi geraham
Post a Comment