August 21, 2008

Ahlan wasahlan ya Ramadhan


Hadith Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang berkah, Allah telah mewajibkan ke atas kamu puasanya, di buka padanya pintu-pintu langit, dan ditutup pada pintu-pintu neraka, dan dibelenggu padanya syaitan, demi Allah padanya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang diharamkan kebaikannnya, maka diharamkan", dan pada lafaz yang direkodkan oleh Imam Ahmad: "Dibuka padanya pintu-pintu syurga" sebagai ganti kepada "pintu-pintu langit". (an-Nasai, Ahmad, dan al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Ibn Majah, beliau menyatakan ia "Hasan Sahih").

...
2 bulan di rumah, entah iman makin ada peningkatan atau menjuman turun..Betapa hati ini perlu sentiasa dimanjakan untuk zikrullah, mengingati Allah sentiasa.Hati ini perlu dilembutkan semula, agar ia tidak terus-terusan larut dalam suasana yang mengeraskan hati. Benar-benar mudah mengalirkan air mata ketika membaca ayat-ayat peringatan Allah, ketika membaca riyadhus salihin, serta artikel-artikel rakan blog. Dan kerana iman yang naik turun, Rasulullah SAW benar-benar menganjurkan doa " Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu, mensyukuriMu serta memperbaiki amalan ku kepadaMu".

Taqwa, Takut tetapi Rindu, mungkin itu yang dirasakan oleh para salafussoleh. Dalam kacau bilau hati ini, hati ini tidak dapat tidak menginginkan rasa itu. Bahagia, dengan segala yang termaktub dalam Kitabullah, bahagia dengan segala ajaran Rasulullah SAW. Dan sekali lagi, untuk mendapatkan darjat sebegitu, 'self control' benar-benar memainkan peranan. Ya Ilahi, bantulah kami, tegarkan kami dengan janjiMu.

Secebis perkongsian daripada buku " Taqwa, Takut tetapi Rindu" karangan TG Abdul Hadi Awang:

"Alif Lam Mim.
Kitab Al Quran ini tidak ada sebarang syak padanya, ia menjadi petunjuk orang-orang yang bertaqwa. Iaiti orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib dan mendirikan sembahyang, serta membelanjakan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka.

Dan juga orang yang beriman kepada Kitab al-Quran yang diturunkan kepadamu, dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripada mu, serta mereka yakin akan adanya hari akhirat

Mereka inilah yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang yang berjaya"
Al Baqarah : 1-5

"Pernahkah Amirul Mukminin berjalan di jalan yang banyak onakdan duri?"
"Ya"
"Bagaimana?"
"Aku berjalan dengan waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak onak dan duri"
"Itulah hakikat taqwa"

Ibnu Abbas menyatakan, "Orang yang bertaqwa itu adalah mereka yang takut dalam keadaan berwaspada daripada balasan Allah dengan meninggalkan apayang didorong oleh hawa nafsu kepadanya, dan mengharapkan rahmat Allah dengan percaya kepada apa-apa yang datang daripadanya"

Taqwa itu seteliti itu. Seolah berjalan di jalanan penuh duri, perjalanan yang terlalu berhati-hati. Agar tidak tercucuk sedikit duripun. Diri ini perlu muhasabah semula, terlalu banyak duri yang tertusuk, dan untuk merawat luka duri itu juga perlu mujahadah. Wahai diri, ingatilah janji dengan PenciptaMu "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Rabb sekalain alam."
Moga Ramadhan ini, benar-benar membawa sinar taqwa. Ramadhan ku nantikan penuh rindu..



No comments: