Cerita satu
"Diam seorang perempuan itu tidak semestinya dia malu menyatakan dia setuju.. Diam seorang perempuan itu kadang-kadang kerana dia terlalu malu untuk menyatakan dia tidak setuju kerana dia tahu kata-katanya mungkin akan menyakiti hati seseorang. Diam seorang perempuan itu, kerana dia pegang sungguh-sungguh "berkatalah yang baik-baik atau diam". Namun, andai dalam perkiraannya diam dia itu mencalarkan hati orang, dia mohon maaf, dia tidak menduga diam dia mencalarkan hati orang. Dia sungguh-sungguh minta maaf..
Cerita dua
Alhamdulillah, 24 tahun telah dilalui. Ucapan hamdalah tak henti-henti ketika memasuki usia itu. Saya bertafakur, tarbiyyah Allah kepadanya selama 24 tahun sudahkah cukup-cukup mematangkan diri ini atau diri sendiri yang enteng dengan teguran-teguran Allah. Ketika usia 25 tahun, Rasulullah saw telah diamanahkan untuk menyelesaikan masalah perebutan hajar aswad, Zaid bin Akhtar telah bersedia untuk berjihad dalam peperangan fi sabilillah ketika usianya masih lagi muda belia. Dan saya? Istighfar yang berpanjangan. Hamdalah yang terus berpanjangan kerana masih lagi dalam iman dan Islam.
Keluarga bawa bercuti, ke Kelantan, Terengganu, Pahang. Mungkin kerana telah terlalu biasa dengan Kelantan, saya kurang memanfaatkan faedahnya. Shopping? The price is more or less the same with Melaka, so why must I do shopping there rite? Hmm, Terengganu, singgah sebentar di Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. Ketika kaki menjejakkan ke tanah ini, teringat pesan rasullah saw
Dari Abu Hurairah r.a..Nabi SAW brsabda..Jgn susah2 mlakukan prjalanan jauh melaikn untk mngujungi 3 masjid yaitu..Msjdku ini(Msjd Madinah).Masjidil Haram(d Makkah).Dan Msjid Aqsha(d Yeru Salem Palestin)..HR Muslim
Hmm, memang benar apa yang rasulullah saw katakan. Tidak berbaloi rasanya singgah ke Taman Tamadun Islam tersebut. Pada saya, ianya hanya berbentuk santai, dan tidak langsung mentarbiyyah. 22 buah model masjid seluruh dunia dipamerkan di situ. Namun maklumat yang disampaikan a) Masjid ini didirikan pada.... dan memerlukan masa...... untuk disiapkan; b)Masjid ini didirikan sempena mengingati so and so ..Hmm, alahai..
Hmm, alahai apalah nilai tarbiyyah jika ini maklumat yang disampaikan? Pentingkah untuk mengetahui berapa lama masjid ini disiapkan? Pada saya, biarlah disampaikan, apakah perubahan yang Islam telah lakukan contohnya di China, India dan sebagainya?
Tambah buat saya terkedu, ialah maklumat yang disampaikan dalam 'train' dan juga papan tanda setiap masjid adalah sama!
Di dalam masjid as sahra Palestin, tambah mengharukan saya. Video yang ditayangkan langsung tidak menunjukkan kesengsaraan kaum Muslim di sana. Maklumat yang disampaikan, Palestin menjadi rebutan tiga agama, iaitu Nasrani, Yahudi, dan Islam. Tapi tiada pula disampaikan kenapa menjadi rebutan? Kenapa ia dipertahankan sungguh-sungguh oleh kaum muslimin?
Di sekitar TTI, juga tiada langsung nilai tambah. Tiada sudut-sudut bacaan tentang tamadun Islam itu sendiri. Bila kegemilangan Islam? Apakah sumbangan Islam ketika kegemilangan Islam? Mengapa Islam jatuh terus-menerus. Tiada maklumat apa pun...
Dari segi praktikaliti juga:
Tempat wudhu' Masjid Kristal dengan Masjid Kristal itu sendiri, jauh..beberapa meter (mungkin dalam 5-6 meter), dan ketika usai berwudhu' kaum Muslimat perlu berpapasan dengan kaum Muslimin. Mungkin ada yang bertanya "itu pun nak jadi soal ke?" Tapi ingat kah kita dengan sunnah rasulullah saw, ketika azan dilaungkan, rasulullah seolah-olah tidak mengenal isteri-isterinya dan isteri-isterinya juga seolah-olah tidak mengenali Baginda saw?
Benarlah, setiap bidang perlu ada yang celik Islam. Agar setiap bidang itu ada unsur islamisasi itu. Islam itu tidak ternilai dengan bentuk kubah masjid sahaja, tapi ia ternilai dengan apa yang Islam itu bawa kaaffah ...keseluruhan..
Singgah pula ke Kuantan, di Kuantan, damai bayu yang memang ciptaan Allah memamg sunnguh mendamaikan.Tak sangka Teluk cempedak, airnya masih jernih. Pantainya masih putis. Subhanallah. Benar, kita kan tenang apabila kembali kepada fitrah. Dan fitrah itu adalah kembali kepada Pencipta...Laut, pantai, batu-bata, kanak-kanak riang ria, semuanya dari Dia...
Cerita tiga
Alhamdulillah, dah almost 1 minggu kat rumah, selain jemputan walimah sepupu, sahabat-sahabt dapat juga memanfaatkan masa dengan bacaan-bacaan ilmiah dan novel penyegar minda
1. Aku Terima Nikahnya oleh Ustaz Hasrizal : finished
2. Tundukkan hati oleh Tn Guru Nik Aziz : on going
3. Taqwa : takut tapi rindu oleh Tn Guru Haji Hadi : On going
4. PS : I love you by Checilia Ahern : finished (don't worry, its totally different from western novel)
5. Men from Mars, women from venus : on going ( Hmm, saya mengantuk bila baca buku ni..hehe)
6. Salju sakinah oleh Zaid Akhtar : finished (Insya Allah, saya akan post review. Its worth!)
7. Bahaya Sekularisma oleh Tn Guru Haji Hadi : On going
Moga ilmu-ilmu ini diamalkan.
2 comments:
Mens Are From Mars, Women Are From Venus is quite a tough book to finish.
But the best about this book is that we have the ability to know each gender without knowing them in present.
Another book that may suite your reading are 50 Facts That Should Change The World and The World Is Flat.
Bestkan bercuti.
thnk you for ur review..
so, wat does the second book all about? mind sharing?
Post a Comment